Sifat-Sifat Peribadi Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan agama Islam juga seorang yang tegas dan adil.Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika itu beliau memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Malah beliau sendiri yang mengangkat guni-guni gandum dan minyak untuk diberi kepada golongan yang memerlukan. l Berfikiran terbuka Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa. l Berani Sebelum memeluk Islam dengan begitu kuat menentang Rasulullah SAW sehingga menyebabkan beliau sangat ditakuti dan digeruni oleh orang yang memeluk agama Islam. Namun apabila ‘berani kerana benar’ beliau tidak gentar mengisytiharkan dirinya memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Satu-satunya Muslim yang berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau jugalah yang mencadangkan Rasulullah SAW supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka. Sebagai jaminan beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau diberi gelaran al-Faruq. l Adil Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau tidak memilih bulu dan mengetepikan soal status diri dan
sesiapa yang didapati bersalah, tetap akan dihukum. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda. Jasa-jasa dan sumbangan besar Umar terhadap Islam begitu dijanjikan kepadanya akan syurga. Bagi Umar segala kebaikan yang beliau lakukan selepas memeluk Islam seolah-olah masih tidak membayar segala dosa dan kesalahan beliau yang lampau itu. Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling mulia? Jawab baginda: Orang yang paling bertakwa. Kata mereka: Bukan tentang ini yang kami tanyakan. Jawab Nabi: Kalau begitu, tentang siapakah orang Arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang paling mulia di kalangan kamu pada masa jahiliah, dia jugalah yang paling mulia di antara kamu di dalam Islam sekiranya dia tafaqquh fiddin. (riwayat Bukhari) Tepat sekali jika yang dimaksudkan oleh baginda itu antaranya Umar al Khattab. Lebih-lebih lagi setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan. Apakah rahsianya Saidina Umar Al Khattab boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh fiddin (faham agama). Mukmin yang tafaqquh fiddin memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadat tetapi jahil tentang selok belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: Ertinya: Seorang Faqih (orang yang tafaqquh fiddin) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang ‘abid (orang yang banyak beribadat). (riwayat Tarmidzi, Ibnu Majaah dan al-Baihaqi) Nama penuh sahabat besar Nabi ini ialah Umar bin Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Dilahirkan pada tahun 583M daripada Bani Adi iaitu salah satu puak dalam kabilah Quraisy yang dipandang mulia, megah dan berkedudukan tinggi. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti. Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan nabi. https://aki2004.wordpress.com/2010/02/07/kehebatan-sayyidina-umar-al-khottab/
Umar mencabar kafir Quraisy menghalangnya dari berhijrah ke Madinah. Ketika perintah Allah supaya umat Islam yang ketika itu dipulaukan oleh penduduk kafir Quraisy berhijrah ke Yathrib, ramai dikalangan umat Islam takut untuk berhijrah. Ada yang tidak mahu meninggalkan kampung halaman masing-masing. Ada yang tidak sanggup berpisah dengan sanak saudara. Dan paling ramai kerana takut dibunuh kafir Quraisy yang menghalang disetiap sempadan negeri Makkah. Jika ada umat Islam yang keluar pasti akan dibunuh. Rasulullah SAW dan Abu Bakar sendiri berhijrah secara sembunyi. Namun keberanian Umar Al-Khattab mengatasi segalanya. Beliau dengan nekad akan menyahut seruan Nabi SAW untuk berhijrah ke Yathrib. Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya. Kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaabah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Kaabah terpaku menyaksikan kehadiran Umar dengan keadaan sedemikian. Mereka tidak berani mendekati,apalagi untuk bertanya sesuatu kepada Umar. Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Makam Ibrahim dan mendirikan solat. Selesai solat, Umar berdiri di sisi Makam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kafir Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah. Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anakanak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini”. Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata. Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar
mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajak mereka beradu senjata. Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puakpuak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan. Umar menjadi khalifah Pada tahun ke 13 Hijrah bersamaan 634 Masihi, Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua. Pelantikannya telah dicadangkan sendiri oleh Abu Bakar sebelum meninggal dunia. Para sahabat yang lain mengikut cadangan Abu Bakar kerana Umar sememangnya pilihan yang tepat untuk menjadi pemimpin Islam. Islam begitu gemilang di bawah pemerintahan Umar. Jajahan takluk Islam juga begitu luas sehingga ke Eropah dan melebihi separuh dari dunia. Selama pemerintahan Umar, kekuasaan Islam tumbuh dengan sangat pesat. Islam mengambil alih Mesopotamia dan sebahagian Parsi dari tangan dinasti Sassanid serta mengambil alih Mesir, Palestin, Syria, Afrika
Utara dan Armenia dari
pemerintahan
Romawi
(Byzantium). Sejarah mencatat banyak pertempuran besar yang menjadi awal penaklukan ini. Pada pertempuran Yarmuk, yang terjadi di Damaskus pada tahun 636 M, 20 ribu pasukan Islam mengalahkan pasukan Romawi yang mencapai 70 ribu dan mengakhiri kekuasaan Romawi di Asia Kecil bahagian selatan. Pasukan Islam lainnya dalam jumlah kecil mendapatkan
kemenangan
atas
pasukan
Parsi dalam
jumlah
yang
lebih
besar
pada pertempuran Qadisiyyah (tahun 636M), di sungai Eufrat. Pada pertempuran itu, jeneral pasukan Islam yakni Sa`ad bin Abi Waqqas mengalahkan pasukan Sassanid dan berhasil membunuh jeneral Parsi yang terkenal, Rustam Farrukhzad. Pada tahun 637M, setelah pengepungan yang lama terhadap Yerusalem, pasukan Islam akhirnya mengambil alih kota tersebut. Saidina Umar diberikan kunci untuk memasuki kota oleh pendeta Sophronius dan diundang untuk solat di dalam gereja (Church of the Holy Sepulchre). Umar memilih untuk solat ditempat lain agar tidak membahayakan gereja tersebut. 55 tahun kemudian, Masjid Umar didirikan ditempat beliau solat.
Pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Jabatan-jabatan penting telah ditubuhkan. Beliau juga telah mewajibkan zakat ke atas kuda. Kalendar Islam telah diperkenalkan oleh Umar mengikut Tahun Hijrah. Malah pengumpulan nasakh Al-Quran juga bermula pada zaman ini,kerana Umar menyedari semakin ramai hafiz yang gugur syahid di medan perang. Begitu banyak kemajuan yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Saidina Umar, berjalan di malam hari untuk mengetahui derita rakyatnya. Pada suatu malam, ketika Umar berjalan melihat keadaan rakyatnya bersama seorang pembantu melalui lorong-lorong kota Madinah, mereka bertemu dengan seorang wanita dan anak-anaknya duduk mengelilingi periuk besar di atas api. Anak-anak itu mengeluh kelaparan. Lalu Khalifah Umar mendekati keluarga itu bertanya kepada ibu itu apa yang terjadi, maka ibu itu menjawab anak-anaknya kelaparan kerana sudah 2 hari mereka tidak makan, yang dimasaknya hanyalah air dan batu supaya anak-anaknya boleh menunggu hingga tertidur. Umar bertanya kepada ibu tadi kenapa tidak diberitahu kepada Khalifah Umar?. Maka berkatalah ibu tadi: “Seharusnya dialah yang tahu keadaan kami, dia punya kuda dan juga ribuan tentera, seharusnya dia tidak boleh tidur nyenyak dirumahnya sementara rakyatnya seperti kami ini kelaparan dan kedinginan”, tanpa dia mengetahui orang yang ada dihadapannya adalah Khalifah Umar. Mendengar jawapan itu Saidina Umar terus ke gudang menyimpan gandum dan mengambil satu karung gandum bersama minyak samin. Saidina Umar mengendong sendiri gandum dan minyak itu walaupun pembantunya melarang dan ingin membantunya membawa barangan tersebut. Umar berkata: "Apakah kamu ingin memikul dosaku di hari kiamat kelak?" , kemudian Umar ke tempat wanita itu membawa barangan tersebut dan menghidupkan api serta memasak gandum yang dibawa bersamanya. Kemudian Saidina Umar r.a meminta perempuan tersebut mengejut anak-anak nya untuk makan makanan yang telah dimasaknya,sebelum berlalu Saidina Umar meminta wanita itu datang ke pejabat khalifah untuk mendapatkan bantuan segera, pagi harinya wanita itu pergi ke pejabat khalifah dan dia sangat terkejut kerana orang yang membantunya semalam adalah Saidina Umar bin AlKhattab.
Begitu juga kisah Umar berjalan di malam hari, pada suatu ketika Umar r.a sangat tertarik dengan seorang anak gadis yang enggan mencampurkan susu dengan air kerana takutkan Allah. Bahkan Umar melamar gadis itu untuk puteranya,Ashim bin Umar. Tangisan Khutbah Saidina Umar, mimpi Saidina Umar dan kematiannya Pada suatu hari dalam tahun 23 Hijrah, Saidina Umar yang sedang memberikan khutbah Jumaat dengan tidak semena-mena menangis. Para sahabat kehairanan, namun membiarkan Umar menangis kerana tidak mahu mengganggu khutbah beliau. Selepas solat Jumaat, para sahabat bertanya kepada Umar kenapa beliau menangis secara tiba-tiba. Saidina Umar menceritakan perihal mimpinya kepada sahabat yang bertanya. Saidina Umar mengatakan dia akan sentiasa redha dengan apa yang akan berlaku. Kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang bertakwa. Pada suatu malam, Saidina Umar telah bermimpi kakinya dipatuk ular sebanyak 3 kali. Umar yang berasa pelik dengan mimpi itu lantas berjumpa dengan Jaafar bin Abi Talib r.a. kerana isteri Jaafar yakni Asma’ binti Umais terkenal dengan kebolehannya mentafsir mimpi.(Ada riwayat yang mengatakan ketika itu Asma’ adalah janda Jaafar,bukan isterinya). Mengikut tafsiran Asma’ binti Umais, Saidina Umar akan ditikam sebanyak tiga kali dan beliau mungkin akan terkorban kerana itu. Umar pulang ke rumah setelah mendengar perkabaran itu. Pada keesokkan harinya, iaitu sabtu. Umar menjadi imam bagi solat subuh (pada zaman itu pemimpin negara adalah pemimpin dalam setiap solat). Pada hari sabtu, kebiasaannya Saidina Umar akan membaca Surah Yusuf pada rakaat pertama. Sehingga sampai pada ayat 84 yang berkisarkan kisah Nabi Ya’kub yang bersedih kerana kewafatan Yusuf yang terbunuh, Umar kembali menangis untuk beberapa ketika. Kemudian, Umar rukuk dan pada ketika inilah datangnya Abu Lukluk, seorang hamba yang baru dimerdekakan meluru ke arah Saidina Umar dan menikam sebanyak tiga kali. Hamba tersebut menikam belakang Saidina Umar. Crut! Tikaman yang pertama. ALLAHUAKBAR! Itulah lafaz yang keluar dari mulut Saidina Umar. Crut! Tikaman yang kedua. ALLAHUAKBAR! Crut! Tikaman yang ketiga. ALLAHUAKBAR! Umar tetap mengagungkan Allah walaupun dalam kesakitan. Abu Lukluk melarikan diri, Umar cuba meneruskan solatnya. Sami’allahulimanhamidah. Umar cuba untuk bangun Iqtidal. Dan ketika itu Umar terus rebah. Abdul Rahman bin Auf yang solat dibelakangnya berijtihad untuk meneruskan solat, Abdul Rahman lantas mara
kehadapan menggantikan Umar sebagai Imam pada pagi itu. Beberapa sahabat yang lain membatalkan solat mereka untuk membantu Umar, beberapa yang lain berusaha mengejar Abu Lukluk, tetapi Abu Lukluk berjaya melarikan diri. Beberapa ketika sahabat yang lain cuba membantu Saidina Umar Al-Khattab, namun takdir Allah telah menentukan Saidina Umar meninggal dunia ketika itu juga. Begitulah syahidnya seorang pembela Islam yang unggul. Syurga menanti kedatangan, kerana jika beliau tidak syahid sekalipun, Saidina Umar sememangnya salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Subhanallah. https://www.facebook.com/notes/-taubat-/umar-bin-al-khattab-al-faruq-pemisah-antarakebenaran-dan-kebatilan/190465410998780 JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB Pembangunan Negara
Mengemaskini Institusi Baitul Mal.
Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air.
Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir.
Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak orang yang baru memeluk Islam.
Dakwah
Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.
Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru tersebut bagi melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah.
Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah.
Pentadbiran
Mengemaskini Majlis Syura. Mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran seperti jabatan cukai dan harta, Jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan. Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran. Mengasaskan undang-undang Hisbah. Mengasaskan Taqwim Islam.
http://saidinaumaral-khattab.blogspot.com/2013/03/jasa-dan-pengorbanan-saidina-umar-bin.html
KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB 1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran a) Membentuk Majlis Syura Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersamasama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluasluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah. b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar AlKhattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam. c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanahtanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan. 2. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongangolongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam. b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenangwenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawaipegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit. c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran alQuran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, alMaidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran. 4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi a) Memajukan Sistem Pertanian Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah. Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara. BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB Nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullahbin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M dan berasal daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, danberkedudukan tinggi. Sewaktu kecil, beliau pernah mengembala kambing dan apabila dewasa beliau berniaga dengan membawa barang dagangan berulang-alik ke Syam. Pada zaman Jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai ketika terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam berbicara, dan berterus terang ketika menyatakan fikiran, serta pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemidato dan juga seorang ahli gusti (Rosnani Rifin, 2007).
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DAN ISLAM Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi Muhammad. Beliau merupakan pemberi sumbangan yang sangat besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum itu beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Ramai orang Islam yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbang akan orang Quraisy yang selalu merancang untuk mengusir mereka. Setelah beliau memeluk Islam, ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak berasa curiga lagi untuk mengerjakan ibadat. Beliau digelar “Al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka buat pertama kali dalam sejarah Islam (Rosnani Rifin, 2007).
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DAN HIJRAH Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Khalifah Umar keluar secara terang-terangan bersama pedang di tangan. Beliau sedia untuk menghunus sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya keluar berhijrah. (Rosnani Rifin, 2007).
KEWAFATAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil para sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi menggantikan pentadbiran beliau sebagai khalifah. Khalifah Abu Bakar mencadangkan nama Saidina Umar untuk dicalonkan memegang jawatan tersebut dan seterusnya mendapat persetujuan dari kalangan sahatan dan orang ramai (Rosnani Rifin, 2007). Khalifah Umar wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun iaitu setelah beliau memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Beliau wafat kerana ditikam oleh
Abu
Lu’luah
yang
berbangsa
Parsi
dan
beragama
Majusi.
Beliau dimakamkan di Madinah, berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu
Bakar
(Rosnani
Rifin,
2007).
SUMBANGAN DALAM BIDANG PEMERINTAHAN
Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Khalifah Umar sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Khalifah Abu Bakar iaitu dalam memperluaskan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, terjadinya perluasan kuasa Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Pasukan Islam berjaya menduduki Syria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi berturut-turut (Umar Al-Khattab Reformis Dunia
Islam,2010).
PEMBAHAGIAN KAWASAN PEMERINTAHAN Khalifah Umar telah berjasa dengan membentuk Majlis Permusyawaratan, Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagikan wilayah Islam kepada lapan wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah Makkah, Madinah, Syria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Palestin. Setiap daerah, pegawai khusus diangkat selaku gabenor. Gaji mereka adalah mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran percukaian
juga
diperkemaskan
(Umar
Al-Khattab
Reformis
Dunia
Islam,2010).
SUMBANGAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN MEMBENTUK MAJLIS SYURA Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Majlis Syura terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Antara
Syura
Am anggota
1. 2.
(Abdul
Latip,
2010;
Majlis
Syura
Uthman Ali
3.
Zaid Rahman
5.
Saad
bin
Abi
ialah:
Talib Tsabit
bin Abi bin
2005).
Affan
bin
Abdul
Rahman,
Tertinggi
bin
Muaz
Abd
bin
4.
6.
Razlina
Auf Waqas Jabal
Sebarang perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan, dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Selain itu, Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara samada dalam soal pemerintahan dalaman mahupun soal pemerintahan hubungan luar (Abdul Latip, 2010; Razlina Abd Rahman, 2005).
Melalui sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa sahaja permasalahan yang berlaku dalam semua aspek. Beliau turut membuka peluang dan kebebasan seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan sebarang persoalan dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menggangap manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah (Abdul Latip, 2010; Razlina Abd Rahman,
2005).
MEMBAHAGIKAN WILAYAH-WILAYAH ISLAM Islam telah berkembang luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru. Oleh itu, bagi menguruskan sesebuah negara ia memerlukan suatu pentadbiran. Melalui perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam dan beliau telah meletakkan beberapa orang pegawai di setiap wilayah tersebut untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada setiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran seperti Muawiyah bin Abu Sufian, Amru bin al-Ass, Mughirah
bin
Syu’bah
dan
Zaid
bin
Sumyah
(Razlina
Abd.
Rahman,2005).
Sebelum seseorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka terlebih dahulu bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam (Razlina Abd. Rahman,2005).
MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN TANAH Perluasan kuasa Islam telah menuntut Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Misalnya di Mesir, Syria dan Iraq segala tanah awam menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam di negara itu. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Justeru, tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan (Razlina Abd.
Rahman,
SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI
2005).
MEMAJUKAN
SISTEM
PERTANIAN
Khalifah Umar Al-Khattab telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Selain itu, beliau telah membina Empangan Abu Musa di Iraq yang menyambungkan sungai Dujlah (Tigres) dan bandar Basrah (Sumbangan Saidina Umar,
2010).
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang sihat dan berkualiti. Rakyat turut digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan lagi hasil pertanian. Sekiranya tidak terdapat hasil pertanian pada tanah dan tanah itu juga tidak dikerjakan, tanah tersebut akan ditarik balik (Sumbangan Saidina Umar, 2010).
MENAMBAHKAN PENDAPATAN
Untuk meningkatkan lagi pendapatan di sesebuah kawasan tersebut, Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Bagi golongan Dzimmi, cukai jizyah yang dikenakan juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Kharaj sebanyak satu dirham dikenakan atas tanaman barli manakala untuk gandum, dikenakan cukai berjumlah 10 dirham (Siti Hajar Abdullah,2009). Selain itu, Baitulmal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj. Oleh sebab itu, beliau telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin (Siti Hajar Abdullah,2009).
SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DZIMMI Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah satu kali Khalifah Umar memanggil sepuluh orang Dzimmi dari Kufah dan sepuluh orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan
(Siti
Hajar
Abdullah,2009).
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar dari negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam (Siti Hajar Abdullah,2009).
MENINGKATKAN TARAF KEDUDUKAN HAMBA Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Golongan hamba tidak lagi dihina dan ditindas, malah mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi mereka yang benar-benar menentang Islam dalam peperangan. Khalifah Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka (Siti Hajar Abdullah, 2009). Selain itu, taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Khalifah Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit (Siti Hajar Abdullah,2009).
MENGGALAKKAN
KEGIATAN
KEILMUAN
DAN
PEMBELAJARAN
Khalifah Umar telah melakukan pelbagai langkah untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan guru-guru dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Banyak sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah alBaqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya, umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandungan al-Quran (Siti Hajar Abdullah,2009).
SUMBANGAN MENGUATKAN
DALAM
BIDANG SISTEM
KESELAMATAN PERTAHANAN
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau telah menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau telah membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Beliau juga merupakan seorang pahlawan yang telah berjaya menundukkan Parsi dan Rom selain turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu, beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam demi meningkatkan sistem pertahanan Negara (sumbangan
Saidina
Umar,2010).
3.1 AKHLAKNYA KETIKA ZAMAN JAHILIYYAH
Zaman Jahiliyyah adalah zaman kegelapan, dari segi bahasa, jahiliyyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliyah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak. Politik ketika itu tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai system pemerintahan yang teratur, lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil. Ekonomi pula, Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas runtuhnya empangan Ma’arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru. Keadaaan sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk berdagang. Dari segi Agama dan Akhlak pula, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan kepercayaan animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lainlain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul. Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah
amat
buruk.
Mereka
mempunyai
sikap
yang
tidak
sopan
dan
tidak
berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan
dan mempunyai taraf yang cukup rendah. Begitulah keadaan dan kehidupan Umar AlKhattab sebelum menerima kebenaran. Pada ketika itu, Umar seorang yang mempunyai akhlak yang buruk, dia suka meminum arak, berjudi dan perkara buruk yang lain. Satu hari, Umar mengajak anak perempuannya pergi ke suatu tempat, sampai di kawasan itu, dia menggali lubang dan mengorek tanah bersama anak perempuannya itu, Umar menyuruh anaknya masuk ke dalam lubang yang digali, kemudian dia menanam anaknya dan tidak menghiraukan jeritan anaknya itu, akhirnya anaknya mati kerana ditanam hidup-hidup Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.. Begitulah sifatnya ketika Zaman Jahilliyyah.
3.2 AKHLAKNYA SELEPAS MENERIMA KEBENARAN
Sayyidina Umar Al-Khattab akhirnya memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Ia berlaku ketika Umar pergi ke Masjidil Haram untuk bertawaf di Ka’abah, dia terlihat Rasullulah s.a.w sedang melakukan solat. Didalam hati Umar terdetik untuk menyemak bacaan ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasullulah s.a.w. Pada malam hari, beliau datang dari arah hijab, lalu bersenbunyi di bawah kain Ka’bah, sehingga antara Umar dan Rasullulah s.a.w hanya ada kain ka’bah. Ketika mendengar Al-Quran luluhlah kalbu Umar, lalu menangis dan islam mula masuk dalam dirinya.Tidak lama kemudian, dia memeluk islam selepas melindungi Rasullulah s.a.w dari diserang, dan Umar terus mengucap dua kalimah shahadah dengan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Rasullulah itu pesuruh Allah.
Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu. Sebelum ini, orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraisy yang selalu mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam, ramai dari kalangan orangorang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar
“al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya. Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya. Dan merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w yang begitu rapat dan sentiasa melindungi Rasullulah s.a.w dari dikutuk, diejek, dihina dan banyak lagi herdikan dari kaum Quraisy terhadap baginda. Kehadiran Umar di dalam Islam, memberi lebih peluang untuk Rasullulah s.a.w berdakwah.
Sayyidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana, dia juga dikenali dengan sifat zuhud yanag dimiliki. Pernah diceritakan oleh Abdullah bin Umar dan ayahnya dan datuknya, ia berkata, “Pada suatu hari, Umar bin khatab memakai baju baru. Lalu dengan penuh kegelisahan, ia memangilku, ‘Kemari dan lihatlah wahai anakku, lengan bajuku menutupi tanganku, maka potonglah yang kelebihan itu, ‘ pintanya padaku. Didalam cerita lain, Umar juga telah menharamkan mentega untuk dirinya, kerana beliau tidak mahu memakannya, kerana beranggapan bahawa makanan itu tergolong mewah. Begitulah akhlak zuhudnya. Ketegasan beliau didalam melaksanakan hukum Allah, telah digelarkan oleh Rasullulah s.a.w dengan gelaran Asadullah, yakni Singa Allah. Beliau juga mempunyai sifat lemah lembut dan suka bertolak ansur terhadap isterinya. Dia juga memiliki sifat pemurah terhadap orang yang memerlukan bantuan. Kemahiranya didalam bidang peperangan amat dihormati orang lain. Begitulah bebrapa sifatnya yang boleh saya ceritakan. 3.3 AKHLAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN Umar Al-Khattab telah memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Umar Al-Khattab sangat dihormati oleh rakyatnya, kerana Keadilan beliau did dalam melaksanakan hukuman. Beliau merupakan khalifah yang kedu selepas Abu Bakar As-Siddiq. Sifat keadilan yang ditunjukkanya itu, memberikan kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Umar juga mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak, sehingga sanggup memberi upah kepada sesiapa sahaja yang memiliki bayi yang baru dilahirkan. Sikap kepimpinan beliau amat dipandang tiingi oleh rakyatnya, beliau sanggup memantau keluarga dan kerabatnya seperti
pengawasan orang yang terjaga, tidak lalai, dan tidak tidur,kerana imgin mejaga harta rakyatnya daripada dicuri, dirompak dan sebagainya. Beliau juga dipanggil dengan gelaran amirul mukminin.
Beliau pernah keluar dengan sahabatnya pada waktu malam, untuk melihat keadaan rakyatnya, supaya dapat memberi bantuan yang terbaik. Beliau banyak memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Walaupun sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Antara sumbangan beliau terhadap perkembanga Islam ialah Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran dengan membentuk Majlis Syura. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Seterusnya pembaharuan dalam bidang ekonomi banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepadarakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Memperbaharui taraf kedudukan hamba. Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas
seperti orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi Memajukan sistem pertanian Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. 5.0 NASIHATNYA DAN WASIAT Ada beberapa nasihat dan wasiatnya, antaranya penilaiannya terhadap kadar kenikmatan dunia. Suatu hari Umar bin Khatab r.a. melewati tempat sampah. Beliau berhenti, sementara sahabat yang lain terlihat dan menunjukkan rasa jijik, kemudian Umar berkata, “Inilah dunia yang selalu kamu buru dan kamu lindungi.” Umar juga menasihati supaya berhati-hati terhadap dunia kerana ada balasan disebaliknya itu. Umar Al-Khattab berkata : “Seandainya aku menginginkan, nescaya aku dapat hidup mewah dengan memakai pakaian yang lebih halus dari kamu, Aku juga mampu memakan makanan yang lebih lazat dari kamu, serta menikmati berbagai kenikmatan lain yang tidak kamu nikmati. Akan tetapi , aku menghindari semua itu, kerana aku pernah mendengar bahawa Allah membinasakan sesuatu kaum kerana melakukan seluruh perbuatan ku sebut tadi.” Allah SWT berfirman :
Maksudnya : 20. Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu Dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas Dengan azab Yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi Dengan tidak berdasarkan alasan Yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik" Nasihatnya yang boleh saya masukkan lagi di sini ialah tidak mencintai dunia. Umar bin Khattab menganjurkan untuk tidak mencintai dunia kerana beliau berpendapat bahawa jika
seseorang menginginkan dunia, maka kepentingan akhiratnya terancam. Sebaliknya, jika ia menginginkan akhirat, maka urusan dunianya terbengkalai. Kalau memang demikian kenyataannya, silakan engkau memilh kepentingan mana yang lebih utama.
Hadith tentang Umar 1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim) 2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi 3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi 4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi 5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga. 6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar 7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari. 8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Katakata Abdullah bin Umar)
Umar Sebagai Orang Yang Pertama 1. Pertama digelar Amirul Mukminin 2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam 3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak 4. Pertama mengharamkan nikah mut’ah 5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan 7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan 8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir 9. Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka) Umar Dan Al-Quran Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah : 1. Kisah tawanan Badar – ayat 28 Surah Al-Anfal 2. Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat – Ayat 125 Surah Al-Baqarah 3. Ayat Hijab – Ayat 53 Surah Al-Ahzab 4. Ayat tentang asal-usul kejadian manusia – Ayat 12 Surah Al-Mukminun 5. Ayat tentang arak – Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’ 6. Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq – Ayat 84 Surah At-Taubah 7. Kisah orang Munafiq – Ayat 6 Surah Al-Munafiqun 8. Ayat 5 Surah Al-Anfal 9. Ayat 16 Surah An-Nur 10. Ayat tentang penghalalan jima’ di malam bulan Ramadhan – Ayat 187 Surah Al-Baqarah 11. Ayat 97 Surah Al-Baqarah 12. Ayat 65 Surah An-Nisa’ 13). ayat 13 Surah Al-Waqiah - See more at: http://www.eramuslim.com.my/bibliografi-latar-belakang-saiyidina-umar-alkhattab-ra/#sthash.y9Fxz1gy.dpuf