Lepak 1

  • Uploaded by: alia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lepak 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 873
  • Pages: 2
Gejala Lepak Wajar Ditangani Dengan Bijak Oleh SAMIR MUHAZZAB AMIN PELBAGAI bentuk gejala sosial yang melanda masyarakat dewasa ini menuntut cabaran untuk mengatasinya. Lepak umpamanya merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi pemangkin kepada pelbagai masalah sosial yang lain. Ini bermakna masalah lepak tidak boleh dipandang enteng. Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup untuk masa mati mu. Ini bermakna keinginan untuk mengecapi kebahagiaan hidup yang sejahtera di dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat adalah perlu kepada pengisian kehidupan dengan sesuatu yang wajar. Maka hendaklah ia sentiasa seiring dengan syariat Islam. Hakikat menunjukkan bahawa dunia ini tempat beramal untuk sekian waktu yang telah ditetapkan bagi seseorang dan ia bukanlah tempat untuk bersenang lenang semata-mata tanpa menghiraukan langsung hari perhitungan. Kehidupan di dunia ibarat seorang pedagang yang sentiasa merindui kampung halaman. Namun kerinduan itu tiada erti sekiranya sekembali ke kampung halaman dengan tiada apa-apa bekalan yang dibawa bersama. Waktu di dunia sangat singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna. Budaya lepak amat ditakuti kerana boleh memusnahkan masa depan negara. Kebanyakan yang terlibat dalam gejala ini terdiri daripada generasi belia atau golongan muda remaja yang sepatutnya menjadi teras kepada kepimpinan negara. Tanpa tujuan, masa generasi muda belia dibazirkan dengan aktiviti melepak. Pembelajaran Perkara tersebut seolah-olah tidak mempunyai tujuan di dalam memandu arah pembelajaran hidup yang patut ditempuhi. Adakah mungkin generasi muda hari ini merasakan lepak itu penting kerana mencontohi generasi yang lebih tua atau warga emas yang lebih sinonim membazirkan masa di kedai kopi? Apakah mereka menyedari laluan hidup yang sepatutnya mereka tempuhi adalah berbeza dengan laluan hidup yang akan ditempuhi oleh warga emas? Apakah sebenarnya yang menyebabkan generasi muda gemar melepak? Apakah nilai masa bagi generasi muda? Firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’as, ayat 1 hingga 5: Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kepada kebenaran. Dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran. Pepatah Melayu, “Masa itu emas.” Bertepatan dengan makna pepatah di atas, masa tidak akan kembali berulang dan akan terus berlalu walaupun sedetik. Oleh itu, pembaziran masa amat merugikan kerana banyak pembelajaran sosial dan kemahiran boleh diperoleh sekiranya dimanfaatkan dengan perkara berfaedah misalnya menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran. Dalam usia remaja, mereka bersikap ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru. Jika tanpa bimbingan dan tunjuk ajar, mereka mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Di sini faktor penyebab remaja melepak dapat dikesan melalui naluri keinginan yang mahukan kebebasan, keprihatinan dan kasih sayang. Bimbingan dan pengetahuan agama yang sedikit di samping kurangnya suasana hidup rukun damai dalam keluarga ataupun pengaruh keadaan di sekeliling yang negatif dan pergaulan yang tidak dikawal merupakan beberapa faktor remaja melibatkan diri dalam aktiviti melepak.

Hari ini aktiviti lepak telah melalui transisi lokasi. Kalau dahulu tempat-tempat awam seperti tamantaman permainan, stesen bas dan kawasan pejalan kaki sering menjadi lokasi utama. Aktiviti sekarang tidak terhad lagi kepada tempat-tempat sedemikian tetapi menular ke lokasi yang lebih ‘eksklusif’ umpamanya seperti pusat hiburan dan cafe bertaraf antarabangsa. Walaupun berlaku transisi, ia masih mengundang pelbagai masalah sosial. Adalah wajar sekiranya semua pihak terus cuba mencari resipi untuk mengatasi budaya yang tidak sihat ini. Dalam gerakan ini, program dan aktiviti seperti ceramah, motivasi, bengkel, program Rakan Muda, sukan dan rekreasi, dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Aktiviti-aktiviti komuniti yang boleh menarik pelbagai peringkat golongan perlu dikemaskini bagi menarik penyertaan dan penglibatan aktif di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Disarankan, pendidikan yang berteraskan agama disemaikan dengan keimanan, akhlak, nilai-nilai murni serta tatasusila ketimuran dari peringkat rendah lagi. Panduan Media cetak dan elektronik wajar memainkan peranan dalam usaha mendidik golongan ibu bapa ke atas cara gaya keibubapaan. Program dan risalah yang dapat memberi panduan kepada ibu bapa akan kepentingan hubungan kekeluargaan untuk mengatasi masalah kekurangan kasih-sayang dan keprihatinan terhadap anak-anak perlu disebarkan di setiap pelosok tempat. Program dan risalah tersebut perlu dibuat secara istiqamah atau berterusan dan tidak berkala. Seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat, ayat 13: Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu dapat saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. Saling mengenali merupakan tuntutan Allah s.w.t. kepada umat manusia. Tuhan yang menciptakan manusia, sudah pasti lebih mengetahui bahawa manusia tidak sempurna hidupnya tanpa mendapat bantuan dan kerjasama orang lain bagi memenuhi keperluan hidup. Naluri manusia secara fitrah berpaksikan kepada kemajuan, tidak mahu tinggal dalam kemunduran dan kemelaratan. Hal ini sangat penting diperjuangkan bukan sahaja oleh individu dan keluarga malahan bagi suatu bangsa dan sebuah negara merdeka supaya lebih bermaruah, berdaulat dan bermartabat. Oleh sebab itu, keutuhan budaya dan moral yang menjadi prinsip kelapan dalam Islam hadhari amat penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Secara keseluruhannya, fenomena budaya lepak yang menjadi tunjang kepada gejala sosial wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Ia penting untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang harmoni dan aman damai seiring dengan kemajuan negara. Setiap peringkat umur perlu menghindari amalan melepak tanpa arah tujuan agar masa yang ada dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

Related Documents

Lepak 1
April 2020 31
William Lepak
December 2019 20
Kutu Lepak
June 2020 21
William R Lepak
December 2019 23
1 1 1 1 1 1 1 1 1 .pdf
June 2020 90

More Documents from "Itseed Corca"

Lepak 1
April 2020 31
P.pdf
June 2020 11
Retro Panels
October 2019 32
Umar.docx
October 2019 19
M.pdf
June 2020 22
Proposal.docx
May 2020 12