Ucapan Perwakilan Pemuda Muktamar Negeri 10 Mei

  • Uploaded by: dewan pemuda pas kawasan bukit katil
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan Perwakilan Pemuda Muktamar Negeri 10 Mei as PDF for free.

More details

  • Words: 968
  • Pages: 4
Yang Mulia Tuan Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Wakil daripada Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Melaka, Yang Dikasihi Ybhg.Ketua Dewan Pumuda Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek , Saudara Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yang Dikasihi Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Negeri, Yang Dikasihi Ketua dan Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan, Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat, Wakil-Wakil Gerakan Islam NGO, Pimpinan Mahasiswa, Para Perwakilan dari seluruh Melaka dan Para Pemerhati serta semua hadirin yang dihormati sekalian; Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh……

"Kami kisahkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami teguhkan hati (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun (menegaskan tauhid di hadapan pemerintah yang zalim) lalu berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika

kami menyembah yang lainnya bermakna kami mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." (Al-Kahfi: Ayat 13-14) Salam perjuangan dan selamat datang kepada semua sahabat seperjuangan di arena dakwah dan siyasi ke Muktamar Dewan Pemuda PAS pada kali ini . Terlebih dahulu saya Jauhar Md Dawi Perwakilan dari Dewan Pemuda Pas Bukit Katil merakamkan jutaan terima kasih kerana memperolehi ruang dan harap pengerusi tetap dapat beri lebih masa daripada masa yang diperuntukan dengan izin, InsyaAllah untuk mengemukakan beberapa perkara berupa pandangan dan mungkin juga berupa kritikan yang tidak lain tidak bukan untuk kita bersama bermuhasabah lantas menghasilkan pelbagai manifestasi mantap untuk bersama sama beradu di pentas politik tanahair kita . InsyaAllah… Sebelum saya meneruskan perbahasan berpedomankan isu pendidikan beserta perkembangan politik yang dilatari oleh isu-isu terkini dimana memerlukan pemerhatian yang serius di seluruh peringkat akar umbi dan juga kepimpinan…. Dan percayalah segala apa yang diucapkan pada petang ini adalah hanya kerana sayangnya kita pada parti dan perjuangan ini. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Bukit Katil mengucapkan sekalung terima kasih kepada kepimpinan Pemuda Negeri yang telah memilih Bukit Katil sebagai tuan rumah untuk dijadikan medan muhasabah pada kali ini. Tahniah sekali lagi buat kepimpinan terdahulu kerana berjaya berbelanja hemat dalam menjayakan Muktamar Negeri pada kali ini walaupun saya kira sudah sampai masanya kita bermodalkan sedikit bagi memperolehi credit dari rakyat yang kini sedang memerhatikan perkembangan PAS dalam usaha memenangi hati mereka. Muktamirin sekalian PAS , adalah sebuah gerakan yang berasaskan harakah islamiyah dan didukungi oleh para amilin yang semestinya sentiasa bersedia dan sepatutnya amat faham benar dengan disiplin tarbiyah , Konsep Taa’rif (dakwah) , takwin (tarbiyah) , tanfiz (perlaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan) yang mana jika ianya dijiwai dengan rasa tanggungjawab dan dengan penuh amanah nescaya , kita pasti tidak kedengaran mereka yang memberi alasan tidak dapat hadir mesyuarat exco hanya kerana Usrah cawangan ! Hadirin sekalian , Muktamar kali ini bukan sahaja menjadi medan untuk kita sekadar bermuhasabah tetapi sinikalnya medan kali ini mesti menjadi suatu medan kayu pengukur sejauh mana kemampuan kita untuk menempuh cabaran yang maha hebat jika tanpa sebarang penguasaan pelbagai cabang ilmu khususnya ilmu yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia dan penguasaan kepelbagaian bahasa. Ya ! kita mesti bermula untuk mengorak langkah kerana percayalah kita hari ini Dewan Pemuda bukan sekadar hadir untuk mengesat air mata rakyat tetapi kita hadir untuk memenangi hati rakyat.! Takbir......!!!!!!!!!!!!

Sahabat sekalian PAS melalui saat jatuh bangun dalam usaha memperluaskan sempadan dakwah yang berasaskan politik sejak 1982 lagi PAS bersunguh untuk merapati jurang antara kaum malah agama dan sehingga kini kita bersyukur kerana perjuangan kita di medan politik tanah air ini telah mencipta kelansungan yang pantas hasil terjemahan sokongan tidak berbelah bagi kaum Tiong Hua dan masyarakat Hindu menerusi kelab penyokong PAS , Walaubagaimanapun itulah adalah natijah yang terbukti dimelata negeri tetapi tidak sama sekali di Melaka negeri yang kita cintai. Dikesempatan ini Kami Pemuda PAS Bukit Katil yang melihat keberkesanan akan kewujudan kelab penyokong amatlah penting dan bagi memanifestasikan jurang yang hanya 11% untuk kita melestarikan cita dan impian bagi menumbangkan pemerintahan BN di Melaka tercinta ini maka kepimpinan Pemuda diperingkat negeri mesti bertindak pantas dan turun ke medan untuk menjayakannya bukan hanya seronok dengan program pelajar yang mana hari ini , itulah sogokan alasan yang menjadi kegagalan memahami awlawiyat amanah yang dipikul. Renungkanlah bersama................!!!!!. Hadirin sekalian , Suatu keadaan yang berlaku kini dilihat antara elemen jentera yang bertanggungjawab memacu kearah pemantapan ilmu dan kefahaman tanggungjawab di semua peringkat Parti adalah menerusi program pentarbiyahan .

Kami Pemuda PAS Bukit Katil percaya Lajnah Tarbiyah sentiasa bekerja keras dalam proses pembentukan amilin – amilin di seluruh negeri saya kira! sungguhpun begitu kita masih juga tidak dapat miliki amilin yang bukan sahaja terlibat tetapi mesti berperanan secara konsisten , maka disini antara kelompangan yang dikesani dalam program tarbiyah adalah Duplikasi yang lambat kepada golongan yang mampu memimpin , program tarbiyah yang didominasikan oleh kepimpinan – kepimpinan tertentu dan tiadanya perlaksanaan yang seragam . Harapan kami , Ketua Pemuda mengambil berat akan isu ini agar diselidiki dan disegerakan anjakan bagi memperkemaskan serta mempersiapkan amilin – amilin yang berkualiti tanpa perlu ada suatu suaka pemikiran yang bertempoh untuk mewaqafkan diri dalam gerakkerja kepartian.

"Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” (Al-Anfal, ayat 24)

Muktamirin sekalian , Ayat diatas adalah sebagai isyarat penutup bagi mengakhiri kalam ucapan saya pada kali ini , moga – moga Allah SWT memperkukuhkan saf kita untuk terus melayari bahtera Jihad di pentas politik tanah air kita khususnya dan dengan kesempatan yang ada ini sepertimana kita semua sedia maklumi dengan berbaki 23 hari lagi untuk kita bersama-sama berhimpun ke muktamar diperingkat pusat maka marilah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi arus perdana bagi merebut redho Illahi. Takbir ! Takbir ! Takbir ! Wassalam. Abu Adham , Baitul Tasnim 14 Jamadil Awwal 1430

Related Documents

Ucapan
October 2019 49
Ucapan
June 2020 28
Ucapan
October 2019 56
Ucapan
July 2020 22

More Documents from ""