Ucapan Perbahasan Bajet 2009

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan Perbahasan Bajet 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,768
  • Pages: 11
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 1.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB. Datuk Speaker, kerana telah memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Pembentangan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim bagi tahun 2009.

2. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Menteri Besar kerana telah membentangkan suatu bajet yang mapan bagi terus memacu pembangunan holistik Negeri Johor selain mempersiapkan

Negeri

dan

Rakyat

Johor

mengharungi cabaran dan badai ekonomi yang

keseluruhannya

dalam

semakin getir kesan

keruntuhan sistem kewangan yang telah melanda negara-negara ekonomi besar pada ketika ini. Ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini, sesungguhnya menuntut Kerajaan Negeri untuk menyediakan suatu pelan yang dapat terus merangsang ekonomi Negeri Johor, agar terus berkembang bagi mengelakkan kemakmuran yang sedang dinikmati oleh Negeri dan Rakyat Johor pada hari ini terjejas kesan tempias badai ekonomi global yang sedang merudum pada ketika ini.

3.

Sesungguhnya, dengan strategi bajet 2009 yang berdasarkan tiga komponen utama iaitu memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri; menggarap potensi sumber manusia dan meningkatkan tahap kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat, ditambah pula dengan gabungan Bajet 2009 oleh Kerajaan Persekutuan, saya sesungguhnya amat yakin dan penuh percaya, bahawa Negeri dan Rakyat Johor di bawah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Hj Abdul Ghani Othman, akan terus maju, membangun dan makmur, ke arah mencapai tahap sebuah negeri yang dilimpahi kebaikkan dan beroleh naungan serta keampunan dari Allah swt. Insya Allah.

4. Untuk makluman YB Datuk Speaker, Rakyat Johor di Kawasan Sedili, begitu amat prihatin dengan pembentangan Bajet 2009 ini. Justeru saya ingin menyampaikan salam takzim dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari mereka, terutamanya kepada YAB Datuk Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana tidak melupakan Sedili dalam perancangan Bajet 2009 kali ini. Pembinaan sebuah Balai Cerap berharga RM6 juta, di Tanjung Gemuh, Kampung Sedili Kecil, sesungguhnya amat menggembirakan Rakyat di Kawasan Sedili. Begitu juga dengan cadangan projek untuk membina sebuah Kompleks Sukan di FELDA Bukit Waha yang akan dapat

dimanfaatkan oleh generasi muda khususnya yang tinggal di kawasan Rancangan FELDA Gugusan Waha. Kedua-dua projek ini sedikit sebanyak sudah tentu akan membantu menggalak dan merangsangkan pertumbuhan ekonomi di Kawasan Sedili, selain faedah sosial yang bakal diterima oleh penduduk sekitarnya.

5. YB Datuk Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini, selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, setiap minggu saya akan ke Pekan Teluk Sengat yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Johor Lama. Bukanlah niat saya ke Teluk Sengat untuk masuk campur Kawasan orang lain, sebaliknya tujuan saya ke Pekan Teluk Sengat adalah untuk melihat-lihat dari jauh perkembangan dan kemajuan Pembinaan Jambatan yang terlibat dalam pembinaan rangkaian Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru.

6. Melihat dari kemajuan projek ini, kita dapat membayangkan bahawa apabila projek ini siap sepenuhnya, maka kawasan Desaru dan persekitarannya akan membangun dengan begitu pantas sekali. Masa perjalanan dari Senai, Johor Bahru dan Pasir Gudang ke sebelah Pantai Timur Johor menjadi pendek dan

lebih singkat. Kemungkinan masyarakat industri di Pasir Gudang yang semakin sesak untuk mula berpindah dan menetap di kawasan sebelah Pantai Timur yang lebih selesa, dan sihat persekitarannya, akan lebih tinggi selain kemasukan pelancong yang lebih mudah dan cepat ke kawasan ini. Sementara itu, jalan pesisir pantai yang menghubungkan Desaru dan Sedili telah pun lama siap termasuk sebuah jambatan yang menghubungkan Pekan Sedili dengan Kampung Sedili Besar. Semua kemudahan ini akan menjadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan melalui perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan yang berjangka pendek dan panjang.

7. Berdasar kemungkinan ini, saya ingin mencadangkan, sementara tumpuan diberikan kepada kawasan yang telah lebih maju dan berdaya saing, perhatian haruslah juga diberi kepada kawasan yang masih mundur tetapi mempunyai potensi tinggi

untuk dibangunkan seperti Kawasan Sedili.

Sedili merupakan sebuah kawasan yang luas dan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat perancangan yang bersesuaian dengan lokasi Sedili yang berada di antara Desaru dan Mersing, yang masih mempunyai banyak tanah terbiar dengan kawasan pantai yang panjang dan masih tidak dibangunkan sepenuhnya. Limpahan ekonomi dari projek Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru

akan sampai kepada penduduk di Kawasan Sedili sekiranya Kerajaan mengambil

inisiatif

untuk

menyediakan

perancangan

seterusnya

membangunkan potensi yang ada di Kawasan Sedili khususnya dalam bidang pelancungan. Rakyat di Kawasan Sedili juga amat berterima kasih sekiranya Kerajaan dapat menimbangkan untuk membina sebuah Institut Pengajian Tinggi, Pusat-Pusat Latihan Kerajaan ataupun sekurangkurangnya sebuah Sekolah Berasrama Penuh.

8. YB Datuk Speaker, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, penduduk Kawasan Sedili rata-ratanya adalah bekerja sebagai nelayan dan petani dengan pendapatan yang kecil dan tidak menentu. Berbanding dengan Kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Mersing, Sedili yang berada dalam Daerah Kota Tinggi masih jauh ketinggalan dan amat memerlukan perhatian dan bantuan dari pihak Kerajaan. Oleh kerana Pekan Sedili yang serba kekurangan, penduduk Sedili yang berjumlah lebih kurang 8 ribu orang dan kawasan sekitarnya terpaksa pergi ke Bandar Kota Tinggi untuk mendapatkan keperluan harian termasuk berurusan dengan pejabat-pejabat Kerajaan.

9. Namun begitu, dukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini bahawa, setelah 51 tahun kita merdeka, penduduk Sedili masih lagi belum mempunyai sistem pengangkutan yang sempurna dan selesa, yang dapat menghubungkan Pekan Sedili dengan Bandar kota Tinggi. Sehingga ke hari ini, hanya ada sebuah bas persendirian beroperasi bagi laluan ini dengan kekerapan yang amat terhad. Keadaan bas ini pula begitu uzur dan sering rosak dan mendatangkan kesulitan kepada penggunanya. Sehubungan dengan itu saya memohon supaya Perkhidmatan Bas MARA Liner yang sedang beroperasi di beberapa kawasan di Kota Tinggi dapat diperluaskan sehingga ke Pekan Sedili. Saya percaya, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan bas seperti MARA Liner yang terkenal amat cekap ini akan membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan kemajuan Kawasan Sedili. 10.YB Datuk Speaker, selain kawasan kampong tradisional, kawasan perkampungan FELDA juga masih mengharapkan bantuan pembangunan dari pihak Kerajaan. Selama ini, tanggungjawab membangunkan kawasan FELDA hanya dilaksanakan oleh FELDA sahaja. Dengan jumlah Tanah Rancangan FELDA yang besar, maka ada Rancangan FELDA yang telah lama wujud tetapi masih ketinggalan dan belum mempunyai kemudahan seperti dewan orang ramai dan sebagainya. Malah terdapat banyak kampung

tradisional yang lebih maju dengan pelbagai kemudahan khususnya yang mendapat bantuan dari pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). 11.

Justeru

itu

saya

ingin

mencadangkan

supaya

tanggungjawab

membangunkan kawasan FELDA ini tidak hanya terletak kepada FELDA semata-mata. Sebaliknya tanggungjawab ini harus juga diberikan kepada kementerian dan jabatan-jabatan yang bersesuaian dengan tanggungjawab dan portfolio mereka. Bagi pembangunan Rancangan FELDA yang berada dalam Dewan Undangan Negeri Sedili, saya juga ingin mencadangkan agar KEJORA dapat turut sama dilibatkan khususnya bagi Rancangan FELDA yang telah selesai membuat pembayaran kembali dan telah menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Saya percaya sekiranya cadangan ini dapat dilaksanakan, maka pembangunan di antara kampung tradisional dan Rancangan FELDA akan dapat dilakukan secara seiring dan lebih seimbang. 12. YB

Datuk Speaker, baru-baru ini saya telah ditemui oleh sekumpulan

penduduk dari Kampung Teluk Jeri, dalam Kawasan DUN Sedili yang mengadukan kepada saya bahawa pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tanah mereka untuk dibina sungai dengan dijanjikan akan mendapat pampasan. Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu.

Namun apa yang mendukacita penduduk di Kampung Teluk Jeri adalah, setelah 10 tahun berlalu, setiap kali mereka bertanyakan perkara ini, maka pihak JPS akan mengatakan bahawa pihak jabatan tidak mempunyai peruntukan untuk membayar pampasan. Sebagai mewakili penduduk ini, saya memohon agar Kerajaan dapat melihatkan perkara ini dan mengambil langkah segera untuk menyelesaikannya. Perkara remeh sebegini jika tidak diselesaikan segera akan membawa imej dan persepsi yang tidak baik di kalangan rakyat terhadap Kerajaan. 13. YB Datuk Speaker, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan antara jabatan yang mendapat peruntukan besar dalam Bajet 2009 ini iaitu sebanyak RM20.9 juta. Peruntukan yang besar ini tentunya mencerminkan betapa besarnya juga peranan Jabatan Agama Islam di dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya kita tidak dapat menafikan kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Agama Islam khususnya di dalam menjaga aqidah, pendidikan agama serta juga kebajikan umat Islam di Negeri Johor ini. 14.Banyak yang telah kita dengar bagaimana Jabatan Agama Islam begitu proaktif

dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada fakir miskin,

pelajar-pelajar miskin, mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran serta pelbagai bentuk bantuan yang lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu

kebakaran, Pejabat Agama Daerah boleh terus memberikan sumbangan atau bantuan segera berupa barang makanan serta wang kepada mangsa. Seterusnya, mangsa kebakaran tersebut boleh pula memohon bantuan untuk membina kembali rumah yang telah terbakar dengan bantuan maksimum sebanyak RM26 ribu. 15.

Namun begitu, untuk makluman YB Datuk Speaker, Pejabat Agama Daerah pada ketika ini hanya diberikan kuasa untuk memberikan bantuan segera sebanyak RM1 ribu sahaja manakala permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri untuk mendapatkan bantuan yang lain. Bagi mangsa bencana seperti ini, bantuan haruslah disalurkan dengan kadar segera bagi meringankan kesusahan mereka. Permohonan ke peringkat negeri tentunya akan mengambil masa untuk diluluskan. Dalam keadaan kos hidup yang tinggi pada hari ini dan bagi meringankan beban mangsa bencana seperti kebakaran ini, saya ingin mencadangkan supaya kuasa Pejabat Agama Daerah untuk memberikan bantuan segera dapat ditingkatkan dari RM1 ribu kepada RM10 ribu. Saya percaya dengan perlaksanaan cadangan ini akan lebih memudahkan bantuan segera yang sememangnya sangat-sangat diharapkan oleh mangsa-mangsa bencana seperti yang sebutkan tadi.

16. YB Datuk Speaker, aspek pendidikan merupakan suatu lagi elemen yang termasuk di dalam strategi Bajet 2009 iaitu untuk menggarap potensi sumber manusia atau pun apa yang kita panggil sebagai modal insan. Kerajaan melalui Yayasan Pelajaran Johor memang telah sejak sekian lama berperanan dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan tuntutan semasa. Pada ketika ini, Alhamdulillah, di RancanganRancangan FELDA juga telah diwujudkan Program Tuisyen Kampung yang memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di luar bandar untuk turut sama menikmati kemudahan seperti yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di kawasan Bandar. 17. Kesannya, tahun demi tahun, semakin ramai anak Negeri Johor yang berjaya mendapat tempat melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi tempatan mahu pun di luar negara. Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi ini sudah tentu memerlukan pembiayaan

yang tinggi khususnya

pembayaran segala bentuk yuran kemasukan dan asrama. Dalam keadaan kos sara hidup yang telah meningkat kesan kenaikan harga minyak tempohari, ada ibubapa yang tidak mampu untuk membiayai kos pendaftaran ini khususnya bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah yang hanya bekerja sebagai nelayan atau buruh.

18.Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan motivasi anak-anak Johor untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan bagi mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa yang mana anaknya telah berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, saya ingin mencadangkan agar Insentif diberikan kepada mereka ini dengan jumlah minima sebanyak RM1 ribu bagi setiap pelajar. Bantuan ini bolehlah disampai melalui suatu majlis meraikan kejayaan mereka ini. Dengan insentif dan majlis yang diadakan ini akan mengeratkan hubungan di antara golongan pelajar dengan Kerajaan. Hubungan yang erat ini akan memudahkan mereka ini menyumbangkan semula khidmat mereka apabila telah tamat belajar kelak.

Related Documents

Ucapan Perbahasan Bajet 2009
December 2019 36
Ucapan Bajet 2009
December 2019 31
Teks Ucapan Bajet 2009
June 2020 29
Bajet 2009
October 2019 39
Bajet
June 2020 28