Ucapan Bajet 2009

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan Bajet 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,358
  • Pages: 14
UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 2009 YB. Hj Rasman Bin Hj Ithnain ADUN KAWASAN SEDILI 12/3/2008

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

1.

BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

2. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. 3.

YB Datuk Speaker. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB. Datuk Speaker, kerana telah memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Pembentangan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim bagi tahun 2009.

4.

Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Menteri Besar kerana telah membentangkan suatu bajet yang mapan bagi terus memacu pembangunan holistik Negeri Johor selain mempersiapkan

Negeri

dan

Rakyat

Johor

mengharungi cabaran dan badai ekonomi yang

keseluruhannya

dalam

semakin getir kesan

keruntuhan sistem kewangan yang telah melanda negara-negara ekonomi besar pada ketika ini. Ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini, sesungguhnya menuntut Kerajaan Negeri untuk menyediakan suatu pelan yang dapat terus merangsang ekonomi Negeri Johor, agar terus berkembang

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 bagi mengelakkan kemakmuran yang sedang dinikmati oleh Negeri dan Rakyat Johor pada hari ini terjejas kesan tempias badai ekonomi global yang sedang merudum pada ketika ini. 5.

Sesungguhnya, dengan strategi bajet 2009 yang berdasarkan tiga komponen utama iaitu memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri; menggarap potensi sumber manusia dan meningkatkan tahap kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat, ditambah pula dengan gabungan Bajet 2009 oleh Kerajaan Persekutuan, saya sesungguhnya amat yakin dan penuh percaya, bahawa Negeri dan Rakyat Johor di bawah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Hj Abdul Ghani Othman, akan terus maju, membangun dan makmur, ke arah mencapai tahap sebuah negeri yang dilimpahi kebaikkan dan beroleh naungan serta keampunan dari Allah swt. Insya Allah.

6.

Untuk makluman YB Datuk Speaker, Rakyat Johor di Kawasan Sedili, begitu amat prihatin dengan pembentangan Bajet 2009 ini. Justeru saya ingin menyampaikan salam takzim dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari mereka, terutamanya kepada YAB Datuk Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana tidak melupakan Sedili dalam perancangan Bajet 2009 kali ini. Pembinaan sebuah Balai Cerap berharga RM6 juta, di Tanjung Gemuh, Kampung Sedili Kecil, sesungguhnya amat menggembirakan Rakyat di Kawasan Sedili. Begitu juga dengan cadangan projek untuk membina

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 sebuah Kompleks Sukan di FELDA Bukit Waha yang akan dapat dimanfaatkan oleh generasi muda khususnya yang tinggal di kawasan Rancangan FELDA Gugusan Waha. Kedua-dua projek ini sedikit sebanyak sudah tentu akan membantu menggalak dan merangsangkan pertumbuhan ekonomi di Kawasan Sedili, selain faedah sosial yang bakal diterima oleh penduduk sekitarnya. 7. YB Datuk Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini, selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, setiap minggu saya akan ke Pekan Teluk Sengat yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Johor Lama. Bukanlah niat saya ke Teluk Sengat untuk masuk campur Kawasan orang lain, sebaliknya tujuan saya ke Pekan Teluk Sengat adalah untuk melihat-lihat dari jauh perkembangan dan kemajuan Pembinaan Jambatan yang terlibat dalam pembinaan rangkaian Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru. 8.

Melihat dari kemajuan projek ini, kita dapat membayangkan bahawa apabila projek ini siap sepenuhnya, maka kawasan Desaru dan persekitarannya akan membangun dengan begitu pantas sekali. Masa perjalanan dari Senai, Johor Bahru dan Pasir Gudang ke sebelah Pantai Timur Johor menjadi pendek dan lebih singkat. Kemungkinan masyarakat industri di Pasir Gudang yang semakin sesak untuk mula berpindah dan menetap di kawasan sebelah Pantai Timur yang lebih selesa, dan sihat persekitarannya, akan lebih tinggi selain

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 kemasukan pelancong yang lebih mudah dan cepat ke kawasan ini. Sementara itu, jalan pesisir pantai yang menghubungkan Desaru dan Sedili telah pun lama siap termasuk sebuah jambatan yang menghubungkan Pekan Sedili dengan Kampung Sedili Besar. Semua kemudahan ini akan menjadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan melalui perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan yang berjangka pendek dan panjang. 9.

Berdasar kemungkinan ini, saya ingin mencadangkan, sementara tumpuan diberikan kepada kawasan yang telah lebih maju dan berdaya saing, perhatian haruslah juga diberi kepada kawasan yang masih mundur tetapi mempunyai potensi tinggi

untuk dibangunkan seperti Kawasan Sedili.

Sedili merupakan sebuah kawasan yang luas dan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat perancangan yang bersesuaian dengan lokasi Sedili yang berada di antara Desaru dan Mersing, yang masih mempunyai banyak tanah terbiar dengan kawasan pantai yang panjang dan masih tidak dibangunkan sepenuhnya. Limpahan ekonomi dari projek Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru akan sampai kepada penduduk di Kawasan Sedili sekiranya Kerajaan mengambil

inisiatif

untuk

menyediakan

perancangan

seterusnya

membangunkan potensi yang ada di Kawasan Sedili khususnya dalam bidang pelancungan. Rakyat di Kawasan Sedili juga amat berterima kasih sekiranya Kerajaan dapat menimbangkan untuk membina sebuah Institusi

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 Pengajian Tinggi, Pusat-Pusat Latihan Kerajaan ataupun sekurangkurangnya sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Sedili. 10.YB Datuk Speaker, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, penduduk Kawasan Sedili rata-ratanya adalah bekerja sebagai nelayan dan petani dengan pendapatan yang kecil dan tidak menentu. Berbanding dengan Kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Mersing, Sedili yang berada dalam Daerah Kota Tinggi masih jauh ketinggalan dan amat memerlukan perhatian dan bantuan dari pihak Kerajaan. Oleh kerana Pekan Sedili yang serba kekurangan, penduduk Sedili yang berjumlah lebih kurang 8 ribu orang dan kawasan sekitarnya terpaksa pergi ke Bandar Kota Tinggi untuk mendapatkan keperluan harian termasuk berurusan dengan pejabat-pejabat Kerajaan. 11.Namun

begitu, dukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang

Mulia ini bahawa, setelah 51 tahun kita merdeka, penduduk Sedili masih lagi belum mempunyai sistem pengangkutan yang sempurna dan selesa, yang dapat menghubungkan Pekan Sedili dengan Bandar Kota Tinggi. Sehingga ke hari ini, hanya ada sebuah bas persendirian beroperasi bagi laluan ini dengan kekerapan yang amat terhad. Keadaan bas ini pula begitu uzur dan sering rosak dan mendatangkan kesulitan kepada penggunanya. Sehubungan dengan itu saya memohon supaya Perkhidmatan Bas MARA Liner yang sedang beroperasi di beberapa kawasan di Kota Tinggi dapat diperluaskan

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 sehingga ke Pekan Sedili. Saya percaya, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan bas seperti MARA Liner yang terkenal amat cekap ini akan membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan kemajuan Kawasan Sedili. 12.YB

Datuk Speaker, selain kawasan kampong tradisional, kawasan

perkampungan FELDA juga masih mengharapkan bantuan pembangunan dari pihak Kerajaan. Selama ini, tanggungjawab membangunkan kawasan FELDA hanya dilaksanakan oleh FELDA sahaja. Dengan jumlah Tanah Rancangan FELDA yang besar di seluruh negara, maka ada Rancangan FELDA yang telah lama wujud tetapi masih ketinggalan dan belum mempunyai kemudahan seperti dewan orang ramai dan sebagainya. Malah terdapat banyak

kampung tradisional yang lebih maju dengan pelbagai

kemudahan khususnya yang mendapat bantuan dari pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). 13.Justeru

itu saya ingin mencadangkan supaya tanggungjawab membangunkan

kawasan FELDA ini tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada FELDA semata-mata. Sebaliknya tanggungjawab ini harus juga diberikan kepada kementerian dan jabatan-jabatan yang bersesuaian dengan tanggungjawab dan portfolio mereka. Bagi pembangunan Rancangan FELDA yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili, saya juga ingin mencadangkan agar KEJORA dapat turut sama dilibatkan khususnya bagi

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 Rancangan FELDA yang telah selesai membuat pembayaran kembali dan telah menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Saya percaya sekiranya cadangan ini dapat dilaksanakan, maka pembangunan di antara kampung tradisional dan Rancangan FELDA akan dapat dilakukan secara seiring dan lebih seimbang. 14.YB

Datuk Speaker, baru-baru ini saya telah ditemui oleh sekumpulan

penduduk dari Kampung Teluk Jeri, dalam Kawasan DUN Sedili yang mengadukan kepada saya bahawa pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tanah mereka untuk dibina anak sungai dengan dijanjikan akan mendapat pampasan. Peristiwa ini berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu. Namun apa yang mendukacitakan penduduk di Kampung Teluk Jeri adalah, setelah 7 tahun berlalu, setiap kali mereka bertanyakan perkara ini, maka pihak JPS akan mengatakan bahawa pihak jabatan tidak mempunyai peruntukan untuk membayar pampasan. Sebagai mewakili penduduk ini, saya memohon agar Kerajaan dapat melihatkan perkara ini dan mengambil langkah segera untuk menyelesaikannya. Perkara remeh sebegini jika tidak diselesaikan segera akan membawa imej dan persepsi yang tidak baik di kalangan rakyat terhadap Kerajaan. 15.YB Datuk Speaker, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan antara jabatan yang mendapat peruntukan besar dalam Bajet 2009 ini iaitu sebanyak RM20.9 juta. Peruntukan yang besar ini tentunya mencerminkan

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 betapa besarnya juga peranan Jabatan Agama Islam di dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya kita tidak dapat menafikan kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Agama Islam khususnya di dalam menjaga aqidah, pendidikan agama serta juga kebajikan umat Islam di Negeri Johor ini. 16.Banyak

aktif

yang telah kita dengar bagaimana Jabatan Agama Islam begitu pro-

dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada fakir miskin,

pelajar-pelajar miskin, mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran serta pelbagai bentuk bantuan yang lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu kebakaran, Pejabat Agama Daerah boleh terus memberikan sumbangan atau bantuan segera berupa wang tunai dan barang makanan kepada mangsa. Seterusnya, mangsa kebakaran tersebut boleh pula memohon bantuan untuk membina kembali rumah yang telah terbakar dengan bantuan maksimum sebanyak RM26 ribu. 17.Namun

begitu, untuk makluman YB Datuk Speaker, Pejabat Agama Daerah

pada ketika ini hanya diberikan kuasa untuk memberikan bantuan segera sebanyak RM1 ribu sahaja manakala permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri untuk mendapatkan bantuan yang lain. Bagi mangsa bencana seperti ini, bantuan haruslah disalurkan dengan kadar segera bagi meringankan beban kesusahan mereka. Permohonan ke peringkat negeri tentunya akan mengambil masa untuk

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 diluluskan. Dalam keadaan kos hidup yang tinggi pada hari ini dan bagi meringankan beban mangsa bencana seperti kebakaran ini, saya ingin mencadangkan supaya kuasa Pejabat Agama Daerah untuk memberikan bantuan segera dapat ditingkatkan dari RM1 ribu kepada RM10 ribu. Saya percaya dengan perlaksanaan cadangan ini akan lebih memudahkan bantuan segera yang sememangnya sangat-sangat diharapkan oleh mangsa-mangsa bencana seperti yang sebutkan tadi. 18.YB

Datuk Speaker, aspek pendidikan merupakan suatu lagi elemen yang

termasuk di dalam strategi Bajet 2009 iaitu untuk menggarap potensi sumber manusia atau pun apa yang kita panggil sebagai modal insan. Kerajaan melalui Yayasan Pelajaran Johor memang telah sejak sekian lama berperanan dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan tuntutan semasa. Pada ketika ini, Alhamdulillah, di RancanganRancangan FELDA juga telah diwujudkan Program Skim Tuisyen FELDA (STF) yang memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di luar bandar untuk turut sama menikmati kemudahan seperti yang diperolehi oleh pelajarpelajar di kawasan Bandar. 19.Kesannya,

tahun demi tahun, semakin ramai anak Negeri Johor yang berjaya

mendapat tempat melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi tempatan mahu pun di luar negara. Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi ini sudah tentu memerlukan pembiayaan yang tinggi khususnya pembayaran

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 segala bentuk yuran kemasukan dan asrama. Dalam keadaan kos sara hidup yang telah meningkat kesan kenaikan harga minyak tempohari, ada ibubapa yang tidak mampu untuk membiayai kos pendaftaran ini khususnya bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah yang hanya bekerja sebagai nelayan atau pun buruh. 20.Sehubungan

dengan itu, bagi meningkatkan motivasi anak-anak Johor untuk

lebih berjaya dalam pelajaran dan bagi mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa yang mana anaknya telah berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, saya ingin mencadangkan agar Insentif diberikan kepada mereka ini dengan jumlah minima sebanyak RM1 ribu bagi setiap pelajar. Bantuan ini bolehlah disampai melalui suatu majlis meraikan kejayaan mereka ini. Dengan insentif dan majlis yang diadakan ini akan mengeratkan hubungan di antara golongan pelajar dengan Kerajaan.

Hubungan

yang

erat

ini

akan

memudahkan

mereka

imenyumbangkan semula khidmat dan bakti mereka apabila telah tamat belajar kelak. 21.Akhir

sekali YB Datuk Speaker, di antara kesan kepada kemelesatan

ekonomi dan peningkatan kos hidup maka kebiasaannya akan pula diikuti dengan peningkatan indeks jenayah. Sehingga kini peningkatan ini belum begitu ketara bagi Kawasan DUN Sedili. Namun begitu kita haruslah

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 sentiasa lebih bersedia dengan jangkaan dan kemungkinan masalah ini akan berlaku pada masa akan datang. 22.Sedili

adalah sebuah kawasan yang agak besar dan berhutan belukar.

Penjenayah begitu mudah melarikan diri dari pihak penguasa PDRM sekiranya PDRM tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai dengan kawasan seperti di Sedili. Apa yang menyedihkan banyak pihak khususnya penduduk Sedili adalah, Balai Polis Tanjung Sedili hanya dilengkapi dengan sebuah kenderaan kereta peronda iaitu sebuah ‘Perodua Kancil’. Dengan sebuah ‘Kancil’ inilah pihak PDRM Tanjung Sedili terpaksa berkejar-kejar untuk melaksanakan segala tuntutan dan tanggungjawabnya. 23.Dalam

keadaan penjenayah mungkin menggunakan kenderaan yang lebih

canggih, saya memohon pihak Kerajaan agar dapat memberikan peruntukan sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada PDRM Tanjung Sedili agar pihak

PDRM

Tanjung

Sedili

dapat

melaksanakan

tugas

dan

tanggungjawabnya dengan lebih cekap dan efisyen dan sesuai dengan tuntutan dan keadaan di Kawasan Sedili. 24.YB

Datuk Speaker. Dalam keadaan unjuran ekonomi pada tahun-tahun

mendatang yang semakin menguncup dan tidak menentu, Pembentangan Bajet 2009 ini sesungguhnya menjadi harapan kepada Rakyat Negeri Johor untuk melihat Negeri Johor terus maju dan makmur sambil berjaya mendepani apa juga keadaan dan situasi ekonomi yang bakal melanda.

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 Tanggungjawab mengekal dan menambahkan kemakmuran bukan sematamata terletak di bahu Kerajaan Negeri sahaja. Sebaliknya semua pihak, Kerajaan, pihak swasta, ahli politik Kerajaan dan Pembangkang juga termasuk rakyat keseluruhannya mempunyai tanggungjawab dan peranan yang harus dimainkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 25.Justeru

itu, saya ingin menyeru marilah kita sama-sama berganding bahu

membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan cadangan-cadangan yang telah dibentangkan dalam Bajet 2009 ini. Janganlah hanya kerana kita menjadi Pembangkang, maka segala yang direncanakan oleh pihak Kerajaan semuanya salah dan tidak betul. Kemakmuran sekiranya dapat ditambah dan dikekalkan akan mampu dinikmati oleh semua rakyat Johor samada mereka penyokong Kerajaan mahu pun penyokong Pembangkang. Kesengsaraan dan kemelesetan ekonomi juga sekiranya melanda akan juga turut dirasai oleh semua Rakyat tidak kira apa pun fahaman dan pegangan mereka. 26.YB

Datuk Speaker, marilah sama-sama kita berdoa, mudah-mudahan, Allah

yang Maha Kuasa dan Maha Pemimpin, yang memimpin dan membimbing semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing semua fikir. Memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua di Dewan Yang Mulia ini, tetap di jalan yang benar, tetap dijalan yang diredhainya. InsyaAllah Negeri dan Rakyat Johor akan terus selamat, aman,

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009 makmur dan maju, serta dicemburui oleh negeri-negeri yang lain khususnya negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. 27.Yang

baik itu datangnya dari Allah swt. Yang buruk itu datangnya dari

kedangkalan ilmu dan pengalaman saya sendiri. YB Datuk Speaker, saya mohon menyokong cadangan pembentangan Bajet 2009 .

Related Documents

Ucapan Perbahasan Bajet 2009
December 2019 36
Ucapan Bajet 2009
December 2019 31
Teks Ucapan Bajet 2009
June 2020 29
Bajet 2009
October 2019 39
Bajet
June 2020 28
Intipati Bajet 2009
June 2020 26