Ucapan Lambaian Kasih Ppd 2018

  • Uploaded by: Hafifah Kusin
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan Lambaian Kasih Ppd 2018 as PDF for free.

More details

  • Words: 649
  • Pages: 7
UCAPAN TUAN PPD PASIR GUDANG

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH GURU PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2018

OLEH:

TUAN HAJI MD YUNAN BIN ABDUL MAJID DI KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU

11 MAC 2019

Terima kasih saudari pemimpin majlis Bismillahirrahmaanirrahim….

Yang Diraikan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad, Mantan Guru Prasekolah SK Desa Cemerlang. Yang diraikan Cikgu Aterah binti Ahamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3 merangkap mantan Guru Prasekolah SK Pasir Gudang 1. Yang dihormati CIkgu Padzlan bin Monthel, Guru Besar Taman Mount Austin merangkap pengerusi Prasekolah Daerah Pasir Gudang. Yang dihormati Encik Tuah bin Kamisan, Penolong PPD Rendah Daerah Pasir Gudang. Yang dihormati Encik Hamdan bin Abdul, Penolong PPD Prasekolah Permata Daerah Pasir Gudang. Yang dihormati Cik Hajah Suhaila binti Sapuan, Penolong PPD Bahasa Melayu Rendah Daerah Pasir Gudang, Yang dihormati Puan Fujiah binti Muri, Penyelia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang

Guru-guru besar Daerah Pasir Gudang atau wakilnya, Guru-guru prasekolah Daerah Pasir Gudang, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya, saya dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang bermakna ini. Terima kasih kepada JKD Prasekolah Daerah Pasir Gudang atas jemputan ini dan tahniah kepada jawatankuasa

pengelola

kerana

telah

merancang

dan

menguruskan majlis ini. Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan persaraan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad dan majlis perpisahan Cikgu Aterah binti Ahamad kerana kenaikan pangkat beliau.

Hadirin sekalian, 2. Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cikgu

Hajah Rahmah binti Ahmad diatas perkhidmatan beliau selama 34 tahun di bidang pendidikan iaitu selama 20 tahun berkhidmat sebagai guru aliran perdana dan selama 14 tahun berkhidmat sebagai guru prasekolah.

3. Tentu banyak memori suka duka yang telah beliau lalui sepanjang tempoh tersebut. Mungkin dalam ucapan beliau nanti kita akan mendengar cerita pengalaman pahit manis sepanjang karier beliau sebagai pendidik.

Secara peribadi, saya ingin

mengucapkan tahniah kepada beliau kerana pada hemat saya, beliau beroleh kesihatan yang sangat baik walaupun sedang berada dalam kategori usia emas. Syukur Alhamdulillah. Doa dan harapan kita semua agar Allah S.W.T memberkati kehidupan beliau. Semoga beliau berada dalam ruang waktu yang lapang untuk beribadah, diberikan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kegembiraan bersama keluarga tersayang.

4.

Di

sini

juga

saya

mengambil

kesempatan

untuk

mengucapkan tahniah kepada Cikgu Aterah binti Ahamad atas

kenaikan pangkat beliau selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3.

Terima kasih diucapkan

kepada beliau atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada anak-anak prasekolah selama ini.

Semoga beliau terus

cemerlang dan berjaya dalam kerjaya beliau.

Hadirin sekalian, 5. Kemenjadian murid dan kecemerlang sesebuah organisasi adalah bergantung kepada ketuanya dan anak buahnya. Seperti mana Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad dan Cikgu Aterah binti Ahamad, saya dimaklumkan mereka merupakan otai kepada guru-guru prasekolah Daerah Pasir Gudang. Mereka sentiasa menjadi tempat rujuk bagi guru-guru prasekolah Daerah Pasir Gudang dalam pelbagai bidang, sama ada bidang pengurusan atau akademik. Tahniah dan syabas cikgu.

6. Saya difahamkan bahawa cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad pernah mewakili Daerah Pasir Gudang bagi Anugerah Pendidikan Prasekolah Kategori Luar Bandar. Sebelum beliau

menamatkan perkhidmatan, kelas beliau juga telah terpilih untuk menerima kunjungan guru tadika dari Indonesia sebagai lawatan penanda aras.

7.

Akhir kata, bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pasir

Gudang, sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad kerana dedikasi, komitmen dan kerja keras beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik.

Kepada guru-guru

Prasekolah Daerah Pasir Gudang, saya berharap teruskan perjuangan mengurus dan mendidik anak bangsa.

8.

Buat Cikgu Aterah binti Ahamad, sekali lagi saya

merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru prasekolah dan ucapan tahniah sekali lagi diberikan atas kenaikan pangkat beliau sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3. Semoga penghijrahan ini pastinya akan membawa ke arah yang lebih baik.

Sekian.

Wabilahitaufik

walhidayah

wassalamuakaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Related Documents

Kasih
November 2019 58
Ppd
November 2019 27
Ucapan
October 2019 49

More Documents from ""