Ucapan Lambaian Kasih Pengrusi 2018

  • Uploaded by: Hafifah Kusin
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan Lambaian Kasih Pengrusi 2018 as PDF for free.

More details

  • Words: 763
  • Pages: 8
UCAPAN PENGERUSI PRASEKOLAH

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH GURU PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2018

OLEH:

ENCIK PADZLAN BIN MONTHEL DI KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU

11 MAC 2019

Bismillahirrahmaanirrahim….

Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatu wassalamu ala ashrafil ambia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera,

Terima kasih saudari pemimpin majlis, Yang Diraikan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad, Mantan Guru Prasekolah SK Desa Cemerlang, Yang diraikan Cikgu Aterah binti Ahamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3 merangkap mantan Guru Prasekolah SK Pasir Gudang 1, Yang dihormati Tuan Hj Md Yunan bin Abdul Majid, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Yang dihormati Encik Tuah bin Kamisan, Penolong PPD Rendah Daerah Pasir Gudang, Yang dihormati Encik Hamdan bin Abdul, Penolong PPD Prasekolah Permata

Yang dihormati Cik Hajah Suhaila binti Sapuan, Penolong PPD Bahasa Melayu Rendah Daerah Pasir Gudang, Yang dihormati Puan Fujiah binti Muri, Penyelia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang Guru-guru besar Daerah Pasir Gudang atau wakilnya, Guru-guru prasekolah Daerah Pasir Gudang, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul bagi meraikan persaraan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad dan salam perpisahan buat Cikgu Aterah binti Ahamad atas kenaikan pangkat beliau selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3.

2. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Md Yunan bin Abdul Majid Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Terima kasih tuan kerana sudi bersama kami warga Prasekolah Daerah Pasir Gudang untuk meraikan majlis ini. Selamat datang diucapkan juga kepada tuan-tuan dan

puan-puan ke majlis yang amat bermakna buat Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad dan Cikgu Aterah binti Ahamad.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Dalam apa jua ucapan perpisahan, kata puji-pujian sesuatu yang lazim. Dalam Majlis ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada yang diraikan atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan pendidikan.

Tentu sekali dalam perkhidmatan yang begitu

panjang banyak jasa yang telah dicurahkan yang menjadi detikdetik berharga dalam sejarah perkembangan dunia pendidikan amnya dan prasekolah khususnya.

4. Saya selaku Pengerusi Prasekolah Daerah Pasir Gudang, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga dengan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad dan Cikgu Aterah binti Ahamad kerana meraka sangat dedikasi

dan tidak lokek berkongsi idea dan pendapat dalam menjayakan apa jua program yang dianjurkan diperingkat zon dan daerah.

5. Walaupun perkenalan saya dengan Cikgu Hajah Rahmah binti Ahmad sangat singkat namun dapat saya rasakan bahawa beliau seorang pendidik yang sangat perihatin, berhemah dan mempunyai banyak pengalaman dalam dunia pendidikan prasekolah, pengurusan mahupun akademik.

Beliau juga

bergiat aktif dalam aktiviti prasekolah, sama ada di peringkat zon, daerah mahupun negeri.

Saya sangat berharap agar

kejayaan yang dikecapi dan semangat beliau akan menjadi aspirasi kepada semua guru prasekolah daerah Pasir Gudang.

Cikgu Hajah Rahmah binti Ahamd yang diraikan,

6. Inilah yang dikatakan, umpama kayuh telah sampai di muara, umpama pelari telah sampai di garisan penamat. Cikgu Hajah Rahmah telah menamatkan perkhidmatannya dengan jaya sekali. Malah dalam keadaan beliau yang masih gagah dan

kuat. Tahniah diucapkan kerana beliau telah berjaya sampai ke noktah terakhir.

7.

Saya mewakili seluruh warga Prasekolah Daerah Pasir

Gudang, ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan dari Cikgu Hajah Rahmah andai ada diantara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan cikgu. Maaf juga dipinta kerana baru hari ini kami berkesempatan mengadakan majlis ini setelah hampir 10 bulan cikgu bersara. Kami hanya mampu merancang, namun begitu Allah adalah sebaik-baik perancang. Walaubagaimanapun kami mendoakan agar Cikgu Hajah Rahmah sihat selalu dan lebih sejahtera menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta tanpa memikirkan beban kerja. Berehatlah dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.

Hadirin sekalian,

8.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan syabas dan

tahniah buat Cikgu Aterah binti Ahamad atas kenaikan pangkat beliau sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pasir Gudang 3. Semoga penghijrahan ini pastinya akan membawa kearah yang lebih baik.

Kami juga mendoakan agar Cikgu

Aterah binti Ahamad akan terus berjaya dalam kerjaya beliau. Terima kasih juga saya ucapkan atas khidmat bakti yang telah cikgu berikan sepanjang berkhidmatan beliau selaku guru prasekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian, 9. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Guru Prasekolah Daerah Pasir Gudang. Saya yakin dan percaya segala usaha dan kerjasama yang erat yang ditunjukkan ini akan memberikan impak besar terhadap ukhuwah kita.

10. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, terimalah serangkap pantun daripada saya;

Malam hari berlagu unggas, Memecah kesunyian di dalam hutan, Walaupun terpisah tempat bertugas, Budimu cikgu dalam ingatan.

Sekian.

Wabilahitaufik

walhidayah

wassalamuakaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Related Documents

Kasih
November 2019 58
Ucapan
October 2019 49
Lambaian Timur
May 2020 20

More Documents from ""