Types Of Gear-bm Version

  • Uploaded by: Shaik Syahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Types Of Gear-bm Version as PDF for free.

More details

  • Words: 409
  • Pages: 3
ENGINEERING DEPARTMENT

Modul Latihan: Jenis-jenis Gear 1) Gear Gear berfungsi untuk melakukan pemindahan pergerakan mekanikal, samada dari segi kelajuan, arah putaran atau arah pergerakkan. Disamping itu, pengunaan konsep gear mampu untuk mengurangkan pengunaan tenaga input. 1.1)

Gear Spur, Helical dan Herringbone

Paksi gigi gear

a) Gear Spur • Gigi gear selari dengan paksi gear. • Gear jenis ini lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.

Paksi gear

Gear Spur b) Gear Helical • Gigi gear mempunyai sudut helix dengan paksi gear. • Lebih mahal dari Gear Spur. • Pergerakkan Gear Helical lebih senyap dan lancar berbanding Gear Spur.

Gear Helical Paksi Selari

Gear Herringbone

Gear Helical Paksi Bersilang

ENGINEERING DEPARTMENT

c) Gear Herringbone • Hasil dari gabungan 2 Gear Helical yang bertentangan arah kiri dan kanan pada shaft yang sama. • Kelebihan gear ini berbanding helical adalah, ia dapat membatalkan daya tujahan pada paksi gear yang terhasil pada Gear Helical. • Gear jenis ini lebih mahal dari Gear Helical. • Hanya digunakan untuk pengunaan kuasa yang besar seperti ship drive. d) Kecekapan Gear Kecekapan bermaksud kemampuan sesuatu sistem untk menghasilkan output pada nilai input yang terendah. Kecekapan juga dipanggil sebagai efficiency. Kecekapan = Output/Input  Kecekapan untuk Gear Spur adalah diantara 98 ~ 99%.  Kecekapan untuk Gear Helical lebih kecil dari Gear Spur. Ini kerana geseran sepanjang sudut helix dan daya tujahan yang terhasil pada paksi gear.  Kecekapan Gear Helical Selari diantara 96 ~ 98%.  Kecekapan Gear Helical Bersilang diantara 50 ~ 90%.

1.2)

Worm dan Worm Gear Gear jenis ini adalah hasil dari pengubahsuaian sudut helix pada Gear Helical. Penggunaan gear jenis ini dapat mengelakkan sistem daripada berlakunya backdrive. Disamping itu, gear ini dapat beroperasi pada beban yang tinggi. Kecekapan gear ini dalam lingkungan 40 ~ 85%.

Worm Gear

Worm

Nisbah Set Gear = 1/Jumlah gigi worm gear

Worm & Worm Gear

1.3)

Rack dan Pinion Kebanyakkan aplikasi yang mengunakan sistem ini adalah untuk menukarkan mekanisma pergerakkan putaran kepada pergerakkan garis lurus. Sistem ini boleh berlaku backdrive, jadi ia memerlukan brake jika ia digunakan untuk memegang beban.

Rack dan Pinion

ENGINEERING DEPARTMENT 1.4)

Gear Bevel Kelebihan Gear Bevel adalah ia mampu untuk membuat pemdahan pergerakkan pada pelbagai sudut bergantung kepada dimension Gear Bevel. Terdapat 2 jenis bevel gear iaitu; i) Gear Bevel ii) Gear Bevel Spiral Kelebihan dan kekurangan pada Gear Bevel dan gear Bevel Spiral adalah serupa seperti kelebihan dan kekurangan pada Gear Spur dan Helical.

Gear Bevel

Gear Bevel Spiral

Cara Penyusunan Gear Bevel

Related Documents

Types Of
June 2020 28
Types
May 2020 33
Types
December 2019 48
Types Of Imagery
June 2020 3

More Documents from ""