Tuntutan Menegakkan Syiar Islam

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tuntutan Menegakkan Syiar Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,400
  • Pages: 6
TUNTUTAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM ( 8 September 2006 / 15 Sya’ban 1427 H)

ّ‫ ثُم‬،َ‫ وَ َج َعلَ الظّ ُلمَا تِ وَالّن ْور‬،ِ‫حمْدُ لِ الّذِ يْ خَلَ قَ ال سّموَاتِ وَا َلرْ ض‬ َ ْ‫َال‬ .ُ‫ َأ ْشهَدُ َأ نْ لّ ِإلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬.َ‫الّذِْي نَ َك َف ُروْا ِبرَّبهِ مْ َيعْدُِل ْو ن‬ ‫صلّ وَ َسلّمْ وبَارِ كْ عَلَى‬ َ ّ‫ ال ّلهُم‬.ُ‫حمّدًا َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬ َ ُ‫وََأ ْشهَدُ أَنّ َسيّدَنَا م‬ ِ‫حمّدٍ ّوعَلَى أَلِ هِ وأَ صْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْ نَ َومَ نْ َتِب َعهُ مْ بِإِحْ سَانٍِ اِلَ َيْو م‬ َ ُ‫َسيّ ِدنَا م‬ .ِ‫الدّْين‬ .َ‫ ِإّتقُوا الَ حَقّ ُتقَاِتهِ وَلَ َت ُموْتُنّ إِلّ وَأَْنتُمْ ُمسْ ِل ُموْن‬.‫ َفيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬ Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah, Pada hari yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dapat menjadikan kita orang-orang yang dikasihi Allah serta kuat pegangan Agama. Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan, Kita sekarang berada dipertengahan bulan Sya’ban yang merupakan suatu bulan persediaan sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan Sya’ban banyak merakamkan peristiwa bersejarah diantaranya peristiwa pertukaran arah kiblat dari Masjid al-Aqsa di Palastin ke Ka’bah di Makkah al-Mukaramah. Jika pada bulan Rejab yang lepas kita diingatkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Dimana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekkah ke Masjidil Aqsa, di Palastin. Maka dalam peristiwa perubahan arah kiblat juga kita dapati bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

1

Hadirin Sidang Jumaat yang Dikasihi Allah, Peristiwa ini terjadi setelah berlakunya penghinaan yang begitu kuat oleh golongan Yahudi dan Kristian terhadap Islam dan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w. yang dikatakan meniru agama mereka kerana mengadap ke arah Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) ketika sembahyang. Sewaktu Rasulullah s.a.w. mula-mula tiba di Madinah, baginda diarahkan agar mengadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai dikalangan penduduk Madinah waktu itu terdiri daripada golongan yahudi dimana sememangnya kiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu, golongan yahudi sentiasa mengejek dan menghina baginda Rasulullah s.a.w. dan umat Islam kerana menganggap ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w. tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana meniru dan mengadap ke arah kiblat yang sama dengan mereka iaitu Baitul Maqdis. Maka melalui penghinaan dan ejekan oleh golongan yahudi ini telah memberi kesan yang cukup hebat terdapat umat Islam sehingga baginda s.a.w. berdoa’ dan memandang kelangit mengharapkan turunya wahyu yang mengizinkannya berpaling ke Baitullah di Makkah. Akhirnya selepas 16 bulan, barulah Allah s.w.t. memerintahkan agar baginda mengadap kea rah Ka’abah. Sebagaimana firmannya dalam surah al-Baqarah ayat 144 :

Maksudnya : “ Kerana kerap kali kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulangulang menadah kelangit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Ka’abah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang ( yahudi dan nasara) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Ka’abah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan ”. 2

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah, Ka’abah di Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palastin mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat bagi umat Islam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang begitu besar. Ka’abah telah dibina oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail dan merupakan rumah Allah atau masjid yang pertama dibina. Manakala Masjidil Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina iaitu 40 tahun selepas pembinaa Ka’abah oleh nabi Ibrahim a.s. sekembalinya baginda dari Makkah ke tanah airnya di Baitul Maqdis, Palastin. Maka, dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing berusaha untuk menguasai bumi suci tersebut, kerana ia mempunyai kelebihan menurut ketiga-tiga agama ini. Sehingga ada yang menyatakan bahawa jika suatu agama atau bangsa ingin maju dan menguasai dunia, maka mereka mesti menguasai Baitul Maqdis. Dan ini memang terbukti dengan kejayaan yahudi setelah menduduki bumi Palastin, dimana jumlah mereka yang sedikit sahaja tetapi mereka dapat menguasai dunia arab yang terdiri daripada ratusan juta penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Sidang Jumaat yang Dimuliakan, Kejayaan yahudi mendapatkan sebuah Negara yang dinamakan Israil atau dengan panggil Rejim Zionis di bumi Palastin pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Akhirnya mereka diberikan sebuah Negara haram di bumi Palastin atas nama simpati dan bagi menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang didakwa melakukan pembunuhan paling kejam dengan membakar berjuta-juta orang-orang yahudi. Tetapi sebenarnya dakwaan mereka ini adalah palsu dan suatu pembohongan kerana jumlah sebenar orang-orang yahudi pada masa tersebut tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa oleh mereka.

3

Sebaliknya pembunuhan yang paling kejam dan paling dahsyat tidak berperikemanusian ialah pembunuhan yang dilakukan oleh golongan yahudi terhadap umat Islam, dimana mereka telah melakukan kekejaman dengan menyembelih umat Islam ketika mereka mula-mula memasuki bumi Palastin sehingga darah umat Islam yang mengalir di Masjidil Aqsa bagaikan air banjir. Begitu juga hari ini, kita dapat melihat kekejaman yahudi yang disokong oleh Amarika Syarikat telah membunuh ratusan nyawa penduduk awam di Palastin dan di Lubnan sejak sebulan terakhir ini dan menyebabkan ratusan ribu penduduk menjadi pelarian serta mengakibatkan kemusnahan harta benda yang begitu banyak. Hadirin Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan, Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palastin, kini yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa dengan alasan masjid ini dibina di atas Haikal atau Istana Kerajaan nabi Sulaiman a.s. Sememangnya Haikal Kerajaan nabi Sulaiman terbina berhampiran dengan Masjidil Aqsa. Tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjidil Aqsa, kerana Masjidil Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut seperti yang didakwa oleh mereka. Kerana nabi Sulaiman

a.s. sendiri merupakan

keturunan nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam dan bukannya milik yahudi yang sanggup membunuh nabi mereka. Hal ini telah dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Ali-Imran ayat 21 :

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan membunuh nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita mengembirakan mereka dengan azab siksaan yang tidak terperi sakitnya “.

4

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah, Akhirnya, bersempena kita menyambut nisfu Sya’ban pada hari ini. Mimbar Jumaat ingin menyeru seluruh para jamaah dan seluruh umat Islam agar menguatkan keazaman dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yahudi serta mengakui bumi Palastin dan Masjidil Aqsa adalah milik seluruh umat Islam dan Masjidil Aqsa serta nyawa umat Islam harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Diantara perkara-perkara yang perlu kita umat Islam renungkan sempena sambutan nifsu Sya’ban pada kali ini ialah : 1. Bumi Palastin dan Masjidil Aqsa serta nyawa umat Islam perlu dipertahankan. 2. Umat Islam perlu sedar dan menerima hakikat bahawa untuk mempertahankan agama Islam dan Umat Islam bukannya dengan bergantung kepada pertolongan musuh-musuh Islam seperti kuasa-kuasa besar dunia dan sekutunya. 3. Umat Islam wajib berganding bahu membantu memberi pertolongan dalam apa bentuk sekalipun termasuk sumbangan wang ringgit, tenaga dan doa untuk meringankan beban mangsa kekejaman tidak berperikemanusian zionis. 4. Kita umat Islam berdoa mengharapkan dibukakan pintu hati pemimpin-pemimpin Negara Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani mempertahankan Islam dan umat Islam dari terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. 5. Umat Islam di Malaysia perlu menunjukan tauladan yang baik dengan mengiratkan perpaduan dan memelihara silatur rahim. Sebarang perbezaan pendapat hendaklah ditangani secara berhikmah lagi bijaksana, kerana perbezaan pendapat bukan semestinya perpecahan.

5

Maksudnya : “ Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh) ” ( Surah al-Maidah ayat 78 )

ِ‫ وََن َف َعنِي وَِإيّا ُكمْ ِبمَا ِفيْهِ ِمنَ اليَات‬،ِ‫بَارَكَ الُ لِيْ وَلَ ُكمْ فِيْ ال ُق ْرءَانِ العَ ِظيْم‬ ُ‫ َأقُول‬،ُ‫س ِميْعُ العَ ِل ْي م‬ ّ ‫لوَتَ هُ ِإنّ هُ ُهوَ ال‬ َ ِ‫ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْ ُك مْ ت‬،ِ‫ل ِكيْ م‬ َ ‫وَالذّ ْكرِ ا‬ ،ِ‫ وَلِ سَاِئرِ الُ سْ ِل ِميْنَ وَالُ سْ ِلمَات‬،ْ‫َقوْلِي هذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ ال َع ِظيْ مَ لِ يْ وَلَ ُك م‬ .‫ فَا ْسَت ْغفِرُوهُ إِّنهُ ُهوَ ال َغفُورُ الرّحِيم‬،ِ‫وَا ُل ْؤ ِمِنيْنَ وَا ُل ْؤ ِمنَات‬

6

Related Documents