Tulisan Jawi Dan Khat Arab

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tulisan Jawi Dan Khat Arab as PDF for free.

More details

  • Words: 6,978
  • Pages: 50
KOD KURSUS

:

UKP 1061

NAMA KURSUS

:

TULISAN JAWI

PRA SYARAT

:

TIADA

SINOPSIS Pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah tulisan jawi. Penekanan terhadap para pelajar dalam menguasai Sistem Ejaan Jawi yang mutakhir serta mengusai kemahiran asas menulis tulisan Khat Jawi. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penulisan Jawi dan Khat dengan mengadakan bengkel dan ceramah. Mengenal dan mempratikkan strategi pengajaran dan pembelajaran Jawi di sekolah. Pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian Tulisan Khat Jawi. OBJEKTIF 1.

Mempertahankan kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi.

2.

Dapat mengenali dan membezakan segala bentuk tulisan

3.

Menyayangi dan mencintai khazanah bangsa

KANDUNGAN KURSUS 1.

Sejarah dan perkembangan tulisan jawi

2.

Bentuk-bentuk tulisan jawi

3.

Kemahiran menulis

4.

Tulisan khat

TENAGA PENGAJAR

Mohd Fauzi Bin Ariffin PTj : Pusat Islam, UPSI 012-3555604

Tulisan Jawi (UKP 1061) Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. Tulisan

Jawi (‫ )توليسسن جاوي‬adalah satu seni penulisan yang telah

wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Seja r ah Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling

awal

ditemui

adalah

pada

akhir

kurun

ke-19.

Ini

menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Portugis,

di-Raja

Belanda

Melayu dan

dengan

Inggeris.

pihak-pihak

Selain

itu,

berkuasa

Pemasyhuran

Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Abjad

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris..

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. Bentuk hur uf Nama

Tung g Aw al

Tengah

Akhir

al

ka ta

ka ta

ka ta

alif

‫ﺍ‬

ba

‫ﺏ‬

‫ﺑ‬

ta

‫ﺕ‬

sa

Padanan R umi

‫ﺎ‬

a

‫ـﺒ‬

‫ـﺐ‬

b

‫ﺗ‬

‫ـﺘ‬

‫ـﺖ‬

t

‫ﺙ‬

‫ﺛ‬

‫ـﺜ‬

‫ـﺚ‬

s, (th)

jim

‫ﺝ‬

‫ﺟ‬

‫ـﺠ‬

‫ـﺞ‬

j

ha

‫ﺡ‬

‫ﺣ‬

‫ـﺤ‬

‫ـﺢ‬

h, (ḥ)

ca

‫ﭺ‬

‫ﭼ‬

‫ـﭽ‬

‫ـﭻ‬

c

kha

‫ﺥ‬

‫ﺧ‬

‫ـﺨ‬

‫ـﺦ‬

kh

dal

‫د‬

‫ـد‬

d

zal

‫ﺫ‬

‫ـذ‬

z, (dh)

ra

‫ﺭ‬

‫ـر‬

r

zai

‫ﺯ‬

‫ـز‬

z

sin

‫ﺱ‬

‫ﺳ‬

‫ـﺴ‬

‫ـﺲ‬

s

syin

‫ﺵ‬

‫ﺷ‬

‫ـﺸ‬

‫ـﺶ‬

sy

‫)‪s, (ṣ‬‬

‫ـﺺ‬

‫ـﺼ‬

‫ﺻ‬

‫ﺹ‬

‫‪sad‬‬

‫)‪d, (ḍ‬‬

‫ـﺾ‬

‫ـﻀ‬

‫ﺿ‬

‫ﺽ‬

‫‪dad‬‬

‫)‪t, (ṭ‬‬

‫ـﻂ‬

‫ـﻄ‬

‫ﻃ‬

‫ﻁ‬

‫‪ta‬‬

‫)‪z, (ẓ‬‬

‫ـﻆ‬

‫ـﻈ‬

‫ﻇ‬

‫ﻅ‬

‫‪za‬‬

‫ـﻊ‬

‫ـﻌـ‬

‫ﻋ‬

‫ﻉ‬

‫‪ain‬‬

‫‪gh‬‬

‫ـﻎ‬

‫ـﻐـ‬

‫ﻏ‬

‫ﻍ‬

‫‪ghain‬‬

‫‪ng‬‬

‫ـڠ‬

‫ـ ڠـ‬

‫ڠـ‬

‫ڠ‬

‫‪nga‬‬

‫‪f‬‬

‫ـﻒ‬

‫ـﻔ‬

‫ﻓ‬

‫ﻑ‬

‫‪fa‬‬

‫‪p‬‬

‫ـﭫ‬

‫ـﭭ‬

‫ﭬ‬

‫ﭪ‬

‫‪pa‬‬

‫)‪k, q, (q‬‬

‫ـﻖ‬

‫ـﻘ‬

‫ﻗ‬

‫ﻕ‬

‫‪qaf‬‬

‫‪k‬‬

‫ـﻚ‬

‫ـﻜ‬

‫ﻛ‬

‫ﻙ‬

‫‪kaf‬‬

‫‪g‬‬

‫ـڬ‬

‫ـ ڬـ‬

‫ڬـ‬

‫ڬ‬

‫‪ga‬‬

‫‪l‬‬

‫ـﻞ‬

‫ـﻠ‬

‫ﻟ‬

‫ﻝ‬

‫‪lam‬‬

‫‪m‬‬

‫ـﻢ‬

‫ـﻤ‬

‫ﻣ‬

‫ﻡ‬

‫‪mim‬‬

‫‪n‬‬

‫ﻦ‬

‫ـﻨ‬

‫ﻧ‬

‫ﻥ‬

‫;‪awal: a, i, u‬‬ ‫)‘( ‪akhir: k,‬‬

‫‪nun‬‬

‫‪w, u, o‬‬

‫ـو‬

‫ﻭ‬

‫‪wau‬‬

‫‪v‬‬

‫ـۏ‬

‫ۏ‬

‫‪va‬‬

‫‪h‬‬

‫ﻪ‬

‫ـﻬ‬

‫ﻫ‬

‫ﻩ‬

‫‪ha‬‬

‫‪y, i, e taling‬‬

‫ﻲ‬

‫ـﻴـ‬

‫ﻳ‬

‫ﻱ‬

‫‪ya‬‬

‫‪e pepet hujung‬‬

‫ـى‬

‫ى‬

‫‪ye‬‬

‫‪ny‬‬

‫ـڽ‬

‫ڽ‬

‫‪nya‬‬

‫ـپـ‬

‫پـ‬

hamzah ta marbutah

‫ء‬

‫ء‬

‫ة‬

‫ـة‬

awal: gugur; akhir: k, (’) t, h, (ṯ)

Catatan: 1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.

2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

Contoh Na ma-na ma har i dalam tu li san Jaw i Isnin

‫ﺍﺛﻨي‬

Selasa

‫ﺛلﺙ‬

Rabu

‫ﺭﺍﺑو‬

Khamis

‫خﻴﺲ‬

Jumaat

‫جﻌة‬

Sabtu

‫ﺳﺒﺘو‬

Ahad

‫ﺍﺣد‬

Bacaan lanjut Sejarah •

H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258263.



R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.



J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

Kaedah •

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD), Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.



Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

SEJARAH TULISAN JAWI Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi didalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau.

Tetapi apa yang jelas disini nama Jawi

tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut Satu Persoalan timbul iaitu dari manakah datangnya istilah Jawi untuk tulisan Jawi ? Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat

beberapa ciri

tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.

Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu keambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993). adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15M hingga awal abad ke-20M.Dalam manuksrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti •

batu bersurat,



manuskrip lama,



kertas lama,



majalah,



batu nisan,



bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya



ukiran-ukiran pada masjid , istana



azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Ciri- Ciri T ulisan J awi Terdapat empat ciri Utama yang dipunyai oleh Skrip Jawi iaitu : a) bertindan secara memugak b) ligatur1 c) aksara2 berbaris atau mempunyai titik d) aksara bersambung * Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

1

Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas. Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikan maklumat. 2

Manuskrip Melayu

Apa itu Manuskrip

Melayu ?

Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20. Menga pa I a P enting

?

Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkara yang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.

Contoh Manuskrip

T er kenal

Hikay at Hang T uah Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya bernakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka. Misa Melayu Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak serta membicarakan tentang adat resam dan budaya Perak. Sir at Al- Mustaqim Disusun dan ditulis oelh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim. Kita b T ib Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yang menggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugut dan meroyan.

Sy air Ser atus Siti Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadi khalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri. Hukum Kanun Melaka Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dadn dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong. Car a Menyimpan Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yang berterusan dan sebaik mungkin supaya selamat dan tidak hancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaran udara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk dan serangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengan segera

Per anan Mas yar aka t Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda, keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ketahui ada menyimpan manuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua pihak membolehkan Pusa t Manu skrip Melayu

memperolehi

manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna. Pusa t Manu skrip Melayu Pusa t Manu skrip Melayu

, perpustakaan Negara Malaysia telah

ditubuhkan pada tahun 1985 dan diberikan tanggungjawab seperti berikut :•

Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu daari dalam dan luar negara;



Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan menerbitkan bibliografi;



Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan menyalin manuskrip Melayu;



Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;



Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui penerbitan dan pameran.

Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalam dan luar negara didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusa t Manusk rip Melayu

telah mendokumen dan menerbitkan katalog

manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan Afrika Selatan. Pusa t Manu skrip Melayu

ini telah berjaya mengumpulkan

koleksi berjumlah 2,940 naskah iaitu koleksi manuskrip Melayu yang terbesar dalam simpanan

sesebuah institusi di dunia.

Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui proses pengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam bilik simpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsius dan kadar kelembapannya 55%-65% sepanjang masa. Bagi manuskrip yang rosak ianya akan dibuat pembaikan. Manuskrip dalam simpanan Pusa t Manu skrip Melayu dibenarkan untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yang terakam dapat disebarkan dan dimanafaatkan. Usaha mengkaji dan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui

Projek Mualim Tamu. Pusa t Manuskrip

Melayu juga sering

mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dan sebuah jurnal ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu 'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat keBaratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris. Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan

tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia

membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara. Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawanpahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman prakemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dengan perbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawi digunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjian dan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’, ’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia.

Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayatayat al Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ; [ K etahuilah bahaw a pengajar an al Qur an terhada p kanak-kanak ter ma suk daripada s

yiar-syia r a gama y ang dipe gang oleh

par a pendok ong a gama k er ana dalam pengajar

an al

Qur an ter da pa t be ber apa per kar a y ang cepa t mer esa p k e dalam ha ti sepe r ti k ete guhan iman dan aqidah iman daripada

ay at-ay at al Qur an ] . (Ruj:Abdullah al Amin al

Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina

dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayu menyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa Arab, tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu.

Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan

bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agenda globalisation of American culture (globalisasi budaya Amerika). Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsabangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih untuk membangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

Ditulis oleh Naim Firdausi THURSDAY, 01 NOVEMBER 2007 12:06

Inskripsi bertarikh 779 masihi ditemui di Ligor, Semenanjung Malaya merujuk kepada perhubungan antara India dan Malaya. Dr Quarutch Wales telah menemui ukiran zaman Kedah Tua di atas batu bersegi empat, mengandungi simbol rumusan ye-dharma selatan India pada kurun ke-empat, terpampang pada tiga bahagian dalam tulisan Pallava atau Vatteluttu ditulis dalam kurun ke enam. Di wilayah lain dalam kawasan Kedah ditemui pula tulisan Sanskrit bertarikh 1086. Inskripsi ini ditinggal oleh Kulothunka Chola I (Empayar Chola). Ini juga merujuk kepada hubungan perdagangan Empayar Chola dengan Malaya. Semua inskripsi Sanskrit ini merujuk kepada kegiatan dan pemerintahan negeri selatan India. Rekod J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu dan A.W. Hamilton mengatakan bahasa Sanskrit menjadi salah satu bahasa komersial di Nusantara sepanjang sejarah. Pelayaran pendagang India memberi kesan ke atas saudagar Sumatera dan Melayu semenanjung selama beberapa kurun berkaitan dengan aktiviti perdagangan. dalam kurun ke `17, Syarikat Belanda Timur India mewajibkan penggunaan bahasa dari India dalam urusan surat-menyurat. Istilah Melayu dalam buku simpanan dan kira-kira kebanyakannya dalam bahasa Sanskrit di Melaka dan perlabuhan yang lain sehingga kurun ke 19. Kata pinjaman frasa Sanskrit India dalam bahasa Melayu umpanya akka – kakak, kadai – kedai, kappal – kapal, katikam – ketika, nagaram – negara, purva – purba, raja- raja, suniyam – sunyi, tali – tali, vakaibagai. Tulisan Melayu Tua adalah Kawi bercampur dengan tulisan jawi ditemui

di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Inilah tulisan tua yang digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di Indonesia. Ia banyak dipengaruhi tulisan Sanskrit yang menjadi bahasa Lingua Franca antara Hindu dan Buddha.

Batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof Othman Mohd Yatim sebagai: Penampang Utara: Bismillahirrahmanirrahim dara buta buka atamat Majanu berbawat daya/seda ahmat Pwan balat anak sadang Ahmad Majanu ma Malaga pada Allah

“Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-

sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur.” (di baca oleh Casparis) Penampang selatan: bismillahirrahmanirrahim pertama Ahmad Majanu masuk ke jalan tatkala raja-raja danan batun barah talang ketangkap lalagi phana wassalam 1385 “Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Penyayang, Ahmad Majanu adalah yang mula-mula muncul di tepi jalan ketika raja dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. Akhirnya beliau ghaib (dalam tahun Saka 1385) Sejarah penulisan bahasa Melayu terbahagi kepada empat zaman. Melayu Kuno Tulisan tertua bertarikh 682 Masihi ditemui di Kedukan Bukit, berhampiran Palembang dan banyak lagi bertarikh dari kurun ke 7 hingga kurun ke 9 telah dijumpai di Sumatera, Jawa barat, Luzon, Manila dan lain-lain lagi. Tulisan Melayu tua ini menjadi contoh tulisan Melayu Kuno atau tulisan Melayu awal. Kesemua inskripsi ini ditulis dalam tulisan pallava yang kebanyakannya meminjam dan berunsur tulisan Sanskrit. Tulisan ini berakhir pada kurun ke 17. Zaman Peralihan Tulisan peralihan moden Melayu terawal yang mashur ialah dalam tulisan Arab di batu bersurat Terengganu ditulis dalam kurun ke 14 Masihi. Zaman ini juga ada ukiran teks Kawi Jawa bercampur aduk

dengan tulisan Arab di temui di Pengkalan Kempas. Zaman Melaka Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

Melayu Moden Masakini Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6. ]

Inskripsi Kedukan Bukit

Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm. Teks Melayu Kuno: svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu apunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik di sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa apunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari minānga vala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yam duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu di mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātam sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula…. marvuat vanua …..(laghu mudita dātam śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa ..... Terjemahan: “Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari

pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minānga tāmvan. Baginda membawa 2000 tentera bersama…. seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka sampai di …. Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan…., tangkas, gembira dan mereka membuat perjalanan ke negeri… agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan…”

Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yang diaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.

Inskripsi di Gunung Jerai Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu. H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2]. Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab in situ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencil dan menyepikan penemuan ini dari

hebahan.

Matawang Kedah

Wang Emas ini diperkenalkan pada zaman Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 - 1687), Kedah.

Wang Emas pada zaman Sultan Sulaiman Shah 1620, Kedah

Duit bertarikh 1141 Hijarah (1728 Masihi) terukir Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman.

Duit ayam sabung bertenggek di atas beberapa gelang ini diperkenalkan di zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah (1710 - 1773), Kedah. Ia menunjukkan nilai 5 sen dalam Dollar perak Spanyol dan setiap gelang dinilai sebagai satu sen dollar perak Spanyol.

Inskripsi Nisan Ratu al-Ala di Minye Tujoh, Aceh Dalam tulisan huruf Jawa kuno[4][1], sebuah puisi berirama dibaca oleh Stutterheim seperti berikut: Hijrah nabi mungstapa yang prasaddha tujuh ratus asta puluh savarasaa, haji catur dan dasa vara sukra, raja iman (varda) rahmatullah, gutra bha (ru bha sa (ng) mpu hak kadah pase me tarukk tasih tanahsamuha, ilahi ya rabbi tuhan samuha, taruh dalam svarga tuhan tutuha, “baginda telah pergi, selepas Hijrah nabi (terpilih) mustafa, Jumaat, 14 haribulan Zulhijjah 791, Raja beriman Varda Rahmatallah, dari rumah Bharubha, yang menguasai Kedah dan Pasai, yang bertunas seluruh dunia, Ilahi wahai tuhan ku, tempatkan pemimpin kami dalam syurga

Tanggapan Raja Aceh dikatakan pernah menyerang kerajaan Kedah dalam kisah Puteri Lindungan Bulan, sebab itu dikatakan Raja Aceh tersebut menguasai Kedah dan Pasai. Di Nusantara, kebiasaan bentuk nisan tersebut menunjukkan permakam seorang perempuan seperti yang terdapat di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal dan Makam keramat Tok Jame berhampiran Kepala Batas, Jitra. Sumber sekunder yang lain saya pernah mendengar dari buah bibir orang tua-tua termasuk ayah saya sendiri, Kedah dikenali juga sebagai Kedah Pasai Ma.

Inskripsi Parsi di Kedah Kamus Munjid menyenaraikan 9 jenis kaligrafi Arab yang terkenal. Salah satu daripadanya adalah tulisan Parsi yang dipercayai turut dipinjam dalam sistem tulisan Jawi di Nusantara seperti huruf Ga dan Ca. Saya telah mempelajari 9 jenis tulisan arab tersebut pada suatu ketika dahulu. Hari-hari dan masa yang berlalu pergi menemukan saya dengan beberapa tulisan Parsi di Kedah.

Inskripsi ini seakan berbunyi Ibn Serdan 213 (Hijrah?), ia ditemui bersama longgokan batu-bata dan patung Hindu/Buddha di Chandi Lembah Bujang di Merbok Kedah. Sekarang ini tersimpan di Muzium Arkeologi dan Antikuiti Merbok, Kedah.

Ini pula adalah Inskripsi tulisan Parsi pada nisan Shaikh 'Abdul Kadir Ibn Hussain Syah. Tarikh yang ditemui seakan-akan 290 atau 291 Hijrah. Sayangnya nisan ini kaku dibawah naungan hujan dan panas. Sepatutnya pihak yang berkaitan menjaga nisan ini meletakkan cermin supaya tulisan tersebut tidak terhakis.

Kadaram dalam Inskripsi Tanjore

Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah. [1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21 [2] Ibid, hal. 45 [3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195 [4][1] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25

Artikel TULISAN JAWI Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa Oleh HAJI MUHAMMAD BUKHARI LUBIS BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih Mahmet berjaya membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani (Osmanlica) yang menggunakan satu aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa ini yang begitu rancak dan mendominasi, khasnya dalam kesusasteraan Sufi dan puisi rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa Kamal Ataturk mendapat tampuk pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan ialah pembaratan", Ataturk mengambil langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan bahasa Turki moden (Turkge), yang mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin atau tulisan rumi [antara hujah mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak dapat melambangkan setiap bunyi perkataan Turki, misalnya, perkataan alif-wau-nun membawa empat bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n (hadapan), un (tepung), dan チ n (kemasyhuran, suara, bunyi)]. Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan pelbagai aksara sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila Islam diterima di Kepulauan Melayu. Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi yang tentunya menguasai bahasa Arab yang menjadi paksi utama dalam Islam dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk digunakan. Bermulalah era pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri. Lalu diperkenalkan aksara baru, aksara Arab atau lebih terkenal sebagai tulisan jawi. Menurut sejarah, jawi di sini merujuk kepada Pulau Sumatera (maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah

Pulau Jawa. Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi seluruh golongan bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya "bahasa jawi" (tidak sekadar jawi merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman sebuah buku klasik, tertera: Inilah kitab yang bernama Hidayat al-Salikin - karangan Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan bahasa Jawi ¡¦). Ini memberi erti bahawa orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut nama tulisannya. Tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini, banyak bukti yang dapat diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti atau batu bersurat (misalnya: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu hidup (ditemui di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan), batu nisan (misalnya, di pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah), surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau datang ke negeri Melayu), kitab dan buku (misalnya `Aqa¡¯id oleh al-Nasafi yang bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan negara di Alam Melayu, catatan pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal perdagangan. Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan jawi dalam pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson pernah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang berkenaan. Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat khabar (misalnya al-Imam - yang terbit di

Singapura - 1906) dan majalah (seperti Bustan Arifin yang terbit di Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat dirumuskan bahawa tulisan jawi yang disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu. Hal ini semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan, sehingga terbukti dalam kegiatan kesenian pula. Tentulah perkara ini berhubungan dengan seni khat. Ternyata, orang Melayu sejak dahulu peka terhadap perkembangan seni khat, meskipun sehingga kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni khat bangsa Arab, Iran, dan Turki, misalnya. Oleh sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan, bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu, logam, tembikar, atau marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi, thuluth, nasakh, farisi, dan raq¡¯ah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu. Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan bangsa Melayu sejak berkurun-kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi bangsa Melayu bergantung sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi dihubungkaitkan dengan al-Qur¡¯an yang menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil penelitian terhadap ribuan manuskrip Melayu akan membawa pengkaji yang jujur dan objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi berjaya memelihara kemurnian dan ketinggian bahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya, martabat bahasa

Melayu haruslah dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi murni. Berdasarkan yang telah berlaku dan yang disumbangkan, sukar untuk menafikan bangsa Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya. Malah, tulisan jawi menjadi identiti bangsa Melayu pula. Sampai ketikanya, perubahan rasa berlaku. Lalu Angkatan Sasterawan 50 mengesyorkan: " ¡¦ sudah sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa akan menentukannya". Cadangan ini diterima oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan pembentukan satu badan untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi di Malaya dan di Indonesia. Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah sekarang. Sejak itu, berlakulah perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki, tulisan jawi dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri (malah pelbagai aspek undang-undang Islam diubah kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada suasana itu. Pada tahun 1960-an, mulalah pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang berhujah dengan melihat kelemahan sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat melambangkan bunyi/sebutan perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem ejaan jawi belum lagi dibaiki sepenuhnya, perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh bunyi: kembang, kambing, kumbang, kembung, kambung, kambang, dan kombang. Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan, masih ada gejala yang sama, perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek. Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan membimbing pembaca membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering kedengaran perkataan berkenaan. Janganlah dengan alasan serapuh itu, kita sanggup menghapuskan tulisan jawi yang

telah kita warisi berabad-abad dan berjasa besar dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks keagamaan, seperti yang lumrah di Turki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat untuk sembahyang berdasarkan tulisan ruminya sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk. Mangsa sistem persekolahan dasawarsa 60-an membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan jawi sehingga dalam wang kertas pun ada tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun sudah tercetak tulisan jawi dalam wang kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British menggunakan tulisan jawi dalam perutusan mereka. Janganlah pula sampai kita menemui sarjana bahasa Melayu (khasnya dari bangsa Melayu) yang tidak menguasai tulisan jawi. Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk dan membimbangkan, pada tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah rendah agama. Tindakan setakat ini tidaklah memadai. Kita harus berwaspada, sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi dikuburkan - maka mutiara dari Dunia Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk nenek kita dari Alam Melayu. Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada falsafah, ilmu, hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacam-macam bidang ilmu (baik dalam bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini menjadi identiti bangsa Melayu. Maka tidak hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung Seock dari Korea, yang mengkaji (untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa baginya tulisan jawi lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan dua aksara terlalu sedikit. Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi dan rumi, khasnya

di Malaysia. Namun, janganlah kita mengabaikan tulisan jawi ini. Jangan sampai kerana tidak dapat menilainya dan menghargainya, seseorang itu dengan mudah (mungkin pula bangga di samping menghina!) menolaknya ke tepi. Pada tahun 1995, dua orang teman saya dari Tajikistan menyatakan bahawa di negara mereka yang menggunakan bahasa Tajik (cabang bahasa Parsi), muncul semula hasrat untuk menggunakan tulisan jawi setelah tujuh dasawarsa dipaksa oleh pemerintahan Soviet menggunakan aksara siriliknya. Suasana ini berbeza daripada alam kita. Kita mempunyai kuasa menetapkan, maka terletaklah di atas bahu kita sendiri untuk membuat tindakan yang sewajarnya. Sesungguhnya, setiap lapisan masyarakat Malaysia harus berusaha ke arah mengembalikan penggunaan tulisan jawi dan meletakkannya semula seperti pada zaman kegemilangannya dahulu. Mesti ada rasa penghargaan dahulu, barulah kita dapat menghormatinya dan seterusnya mempertahankannya, memupuk kelangsungannya dan kelestariannya dalam bahasa dan kebudayaan Melayu. Marilah kita teliti peringatan bekas Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, bahawa tulisan jawi masih terus dipegang oleh orang Melayu meskipun tidak dihiraukan oleh orang ramai. Tulisan ini menjadi warisan yang tidak ternilai harganya bagi masyarakat Melayu.

Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi

Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi Oleh : Azwar Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam kurun waktu Abad ke-15 Masehi sampai pada awal abad ke-20 Masehi. Dalam Manuksrip Melayu ini tercatat

pelbagai

bahan

dan

ilmu

yang

menjadi

khazanah

kebudayaan Bangsa Melayu pada masa dahulu. Untuk memahami manuskrip-manuskrip Melayu, sebelumnya kita harus memahami tulisan jawi, karena manuskrip-manuskrip Melayu itu di tulis dalam tulisan jawi. Tulisan Jawi adalah tulisan Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita pahami sekarang ini. Artinya huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan bahasa Melayu, atau dengan ejaan Melayu.

Sejauh ini belum ada yang bisa memastikan siapa tokoh yang pertama sekali menemukan huruf itu dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan percampuran dua kebudayaan besar itu. Kalaupun kemudian tulisan itu disebut dengan tulisan jawi, sepertinya itu adalah nama yang diberikan setelah tulisan itu berkembang oleh pengamat-pengamat

bahasa

yang

mempelajarinya,

atau

para

pengamat yang menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai sumber kajiannya. Bisa jadi ahli-ahli sastra, ahli agama, dan lain sebagainya. Apapun tanggapan tentang tulisan itu, yang pasti tentu saja tokoh penggagas tulisan jawi itu sangat besar jasanya dalam khasanah keilmuan bagi bangsa Melayu khususnya dan dunia ilmu pengetahuan manusia pada umumnya. Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapat dipadankan dengan kata jawi di dalam kamus R.J Wilkinson, yang mengartikan kata-kata Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeda dengan beras pulut. Selain itu kata jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi dalam bahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata jawi dalam Bahasa Minangkabau yang dapat diartikan sebagai lembu atau sapi. Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khasanah kebudayaan melayu yang diperkirakan sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemasa kini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilah yang membangun kebudayaan melayu dan tulisan ini jugalah yang kemudian mengantarkan menuju bahasa Melayu yang kemudian berkembang menjadi Bahasa Indonesia setelah dikokohkan oleh para pemuda Indonesia dalam sumpah pemuda. Bukti historis bahwa adanya tulisan jawi

dalam kebudayaan

Melayu lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti : batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahanbahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata , batu lontar,

tembikar dan sejenisnya, ukiran-ukiran pada masjid, rumah, dan istana, azimat, rajah atau penangkal. Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah atau setara dengan 674 M. Selain itu juga ditemukan di Kedah bertarikh 290 Hijrah. Kedua hal ini jelas telah menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah disesuaikan dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab untuk menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi ejaan yang tidak ada dalam bahasa Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu. Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kita perhatikan pendapat-pendapat berikut ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh tim peneliti dari perpustakaan Malaysia. a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan. Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawi bermaksud campuran dimana beliau telah merujuk kepada ungkapan anak Jawi yaitu anak campuran keling dan ibu Melayu (disinilah timbulnya istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi adalah bahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan Arab sehingga dapat diartikan sebagai bahasa campuran. b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja

Jawi" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada

tahun 1999 mengatakan bahwa kata Jawi itu sendiri berasal dari nama suku Kaum Jawa. Artinya kata Jawi itu mengacu pada suku Jawa. Berikut adalah petikan daripada bukunya berkaitan perkara tersebut.

"Sudah ditakdirkan Allah bahwa di kalangan bangsa Melayu ini, suku yang lebih besar bilangannya adalah suku Jawa. Jadi merekalah yang membentuk kumpulan Melayu terbesar di tanah Arab pada zaman dahulu. Akibatnya orang-orang Arab menganggap semua manusia berkulit sawo matang dari Alam Melayu ini sebagai orang Jawa. Seterusnya segala disifatkan sebagai Jawi.

yang bersangkutan dengan orang Melayu Orangnya dikenali sebagai orang Jawi,

Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan bahasanya dinamakan bahasa Jawi dan tulisan yang digunakan dalam media persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama Islam yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masehi, semuanya mencatat bahwa penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guru atau pesan ayah supaya dia menterjemahkan kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara berurutan perkataan Jawi ini awalnya merupakan nama tanah, yaitu Alam Melayu, kemudian menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi nama tulisan pula." c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi" lebih setuju dengan pendapat Omar

Awang yang

menegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata dalam bahasa Arab al-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera, misalnya Yaqut, dalam Mu'jan al-Buldan, Abu Al-Fida' dalam Taqwim al-Buldan dan Ibn Batutah dalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta ini menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahwa tulisan Jawi itu dinamakan oleh orang Arab untuk merujuk tulisan ejaan yang digunakan oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.

Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahwa tidak logis bahwa Jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi adalah istilah yang berasal atau berakar dari kata Jawa. Sebuah kekeliruan bila tulisan jawi berasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku Jawa, karena tulisan Jawi telah ada sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada tahun 883 H atau pada tahun 1468 M.

d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernah menjadi tanda tanya kepada G.H Werndly ( yaitu ketua penterjemah Injil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M tentang asal-usulnya dan menyimpulkan bahwa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawah, yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi pulau Sumatera pada zaman itu, yang mungkin dihasilkan oleh orang Arab seperti yang disebut oleh Omar Awang di atas. e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenali sebagai Al-Jawah (sebuah daerah Asia Tenggara pada zaman purbakala). Amat Juhairi Moain pula lebih menyakini bahwa kata Jawi berasal Al-Jawah dimana dikatakan bahwa perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" yaitu sebuah nama daerah Asia Tengara pada zaman Purba. Bukti yang digunakan

adalah catatan Ibnu Batutah

dalam bukunya al-Rihlah menggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi

orang Arab bagian perkataan "Java" saja yang diambil, sedangkan "Dwipa" pula ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujuk kepada

keseluruhan

daerah

Asia

Tenggara.

Penduduknya

juga

dinamakan dengan kata adjektif " Jawi". Oleh karena itu "Jawah" dan "Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi pribumi di Asia Tenggara; bukan kepada suku Jawa yaitu penduduk yang berasal dari kepulauan Jawa. Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat dipahami bahwa tulisan jawi yang dipakai dalam berbagai manuskrip Melayu, merupakan karya kreatif dari para pendahulu untuk mengembangkan ilmu pengetahuan di tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian tentang asal usul tulisan jawi, hal ini memberikan isyarat bahwa masih perlu dilakukan kajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam manuskrip Melayu.

SEKIAN TERIMA KASIH

Related Documents

Tulisan Jawi Dan Khat Arab
November 2019 7
Tulisan
November 2019 43
Tulisan
June 2020 29
Tulisan
October 2019 42
Jawi
May 2020 17