Tukar Masalah Kepada Cabaran

  • Uploaded by: NARDIR B LATIFF
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tukar Masalah Kepada Cabaran as PDF for free.

More details

  • Words: 293
  • Pages: 2
TUKAR MASALAH KEPADA CABARAN Alhamdulillah, saya baru saja dapat meyelesaikan masalah kiriman produk melalui pos untuk perniagaan mail order saya. Beberapa kali saya menghadapi cabaran pelanggan yang tidak menerima barang yang saya hantar dan masalah seperti ini hanya berlaku kepada pelanggan yang datangnya dari Johor, nasib baik saya menggunakan pos daftar, jadi saya dapat trace setiap masalah yang berlaku. Saya juga berharap kepada pemenang yang telah menghantarkan alamat kecuali En. Ishak, sudah pun menerima kiriman saya tersebut. Selagi kita ini manusia, kita akan sentiasa berhadapan dengan masalah dan dugaan. Ada yang kecil masalahnya malahan ada juga masalah yang mungkin tidak tertanggung oleh kita. Namun apa juga masalah, kita patut hadapinya dengan redha dan ikhlas. Setiap masalah adalah satu cabaran untuk kita atasi bagi memperolehi satu tahap kehidupan yang lebih baik. Jika kita menganggap masalah itu sebagai satu masalah dan halangan maka kita membiarkan konsep masalah itu berada di dalam pemikiran kita. Ini akan menarik lebih banyak kesukaran dan masalah lain dalam kehidupan ini. Kita dengar ada orang merungut ” banyaknya masalah dalam hidup aku ini” atau ” masalah datang bertimpa-timpa”. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, apabila kita membiarkan masalah menguasai pemikiran kita, kita hanya memikirkan masalah dan masalah akan terus datang. Jadi apa yang perlu dilakukan anggaplah masalah itu sebagai satu cabaran dan ianya hendaklah diatasi dengan kaedah atau cara yang terbaik. Sekiranya kita menghadapi masalah, tanyalah diri kita bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan masalah ini. Lakukan dan susun strategi yang terbaik dan hadapilah cabaran itu dengan penuh ketenangan. Setiap cabaran dan dugaan pasti akan ada jalan penyelesaianya. Jangan membiarkan kerisauan melampau menghantui pemikiran anda. Ini kerana dengan adanya kerisauan ia umpama satu jerat yang akan

menjerat anda ke arah kehidupan yang lebih bermasalah. Kerana itulah masalah akan datang sentiasa datang dalam kehidupan.

Related Documents


More Documents from ""