INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144 Tuan pengarah ILPKBPP Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Tuan, MEMOHON MAKAN BAGI SUPPER DI LUPUSKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN MENU MINUM PAGI DAN MINUM PETANG. Saya selaku Exco kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILPKBPP mewakili pelajarpelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ingin memohon agar makan “supper” waktu malam jam 9.00 -10.00 malam di gantikan dengan minum pagi 9.30 pagi dan minum petang 5.30 ptg. 2. Perkara ini adalah disebabkan untuk mengurangkan kesesakkan bagi pelajar ketika membeli makan dan kekurangan masa untuk membeli makan di kafeteria ILPKBPP. Masalah pula bagi pelajar ketika itu kerana ada pelajar yang tidak dapat membeli makanan disebabkan terlalu ramai pelanggan pada waktu rehat yang sama bagi pelajar. 3. Permohonan ini juga adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan “supper” kerana ramai pelajar yang tidak makan pada waktu malam bagi “supper” yang disediakan. Bagi makanan yang tidak habis pihak dewan makan terpaksa membuang makanan tersebut begitu sahaja. Memohon agar pihak tuan/puan dapat meluluskan permohonan ini bagi memudahkan perjalanan masa bagi semua pihak yang terlibat. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. “PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF”
Yang menjalankan tugas, ……………………………………….. (AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN) Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Jabatan Tenaga Manusia.