Tugasan Bahasa Melayu Sem 9

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Bahasa Melayu Sem 9 as PDF for free.

More details

  • Words: 372
  • Pages: 2
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML2103: PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU SEMESTER: SEPTEMBER 2009 TUGASAN KURSUS (35%)

ARAHAN

1.

Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

2.

Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3.

Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4.

Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5.

Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6.

Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut.

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan SATU rencana akhbar dalam Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam Capaian terus ke seksyen) buat SATU esei panjang tentang SATU daripada tajuk berikut:

1. Analisis penggunaan ayat-ayat majmuk pancangan daripada segi jenis-jenis, struktur binaannya dan kekerapan penggunaan jenis-jenis itu di dalam SATU rencana akhbar Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam Capaian terus ke seksyen). (Jumlah: 35 markah) Panduan Pelajar: (a)

Kenal pasti dan senaraikan semua ayat majmuk pancangan dalam satu Rencana yang dipilih. (5 markah)

(b)

Jeniskan ayat-ayat majmuk pancangan itu. (10 markah)

(c)

Analisis struktur binaan ayat-ayat itu dari segi klausa utama dan klausa pancangan dan jenis kata hubungnya dan gunakan rajah pohon untuk menunjukkan struktur binaan itu. (15 markah)

(d)

Buat perkiraan peratusan kekerapan penggunaan bagi setiap jenis ayat majmuk pancangan. (5 markah)

2. Analisis penggunaan kata nama daripada segi binaannya (tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan), penggolongan kecilnya (kata nama khas, kata nama am dan ganti nama), dan kekerapan penggunaannya bagi setiap golongan kecil itu di dalam SATU rencana akhbar Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam Capaian terus ke seksyen). (Jumlah: 35 markah) Panduan Pelajar: (a)

Kenal pasti dan senaraikan semua kata nama yang terdapat dalam satu Rencana yang dipilih. (5 markah).

(b)

Jeniskan kata-kata nama itu daripada segi binaannya (tunggal, terbitan (termasuk imbuhan-imbuhan yang digunakan), majmuk dan gandaan). (15 markah)

(c)

Golongkan kata-kata nama itu ke dalam golongan kecilnya (kata nama khas, am, ganti nama). (10 markah)

(d)

Jumlahkan semua kata nama yang dikumpulkan dan buat perkiraan dari segi peratusan kehadiran bagi setiap golongan kecil kata nama itu. (5 markah)

Related Documents

Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45