Tug As An

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tug As An as PDF for free.

More details

  • Words: 4,458
  • Pages: 19
G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Apabila Parlimen Dibubarkan, Maka Kerajaan Akan Diperintah Oleh Caretaker Government. Sejauh Manakah Peranan Dan Kuasa Caretaker Government Ini Dalam Mentadbir Negara? Pendahuluan

Sebelum kita berbahas lebih lanjut tentang sejauhmana kepentingan MPP dibubarkan setelah lewat usia setahun; dan relevan mengaplikasi konsep caretaker government dalam PRK, adalah lebih baik kita meneliti dahulu sistem demokrasi dan Pilihanraya Umum (PRU) Malaysia. Di Malaysia, kita selalu mendengar terminologi ‘pembubaran parlimen’ apabila kerajaan sudah cukup 5 tahun atau sudah tiba masa untuk parlimen dibubarkan. Walhal, Parlimen itu sendiri terdiri oleh 3 institusi utama - (1)Yang DiPertuan Agong, (2)Dewan Negara, dan (3)Dewan Rakyat. Y ang DiPertuan Agong berfungsi sebagai guardian (penjaga) dan menjadi simbol kedualatan negara. YDA bersama-sama Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang DiPertua Negeri masing-masing mempunyai executive power. Dewan Negara pula terdiri oleh perwakilan-perwakilan yang dilantik dalam tempoh perjawatan yang tidak sama dan tidak bolehlah disamakan tempoh perjawatan mereka dengan tempoh perjawatan anggota-anggota Dewan Rakyat. Ini kerana ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui proses Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PR Kecil) dan institusi ini perlu dibubarkan dalam pada tempoh atau menjelang 5 tahun; sebagaimana dijelaskan sebelum ini. Bolehkah kita menerima hakikat ‘pembubaran Parlimen’ bermakna pembubaran ketiga-tiga institusi atau elemen di atas ini? Tuntasnya, terminologi ‘pembubaran Parlimen’ adalah tidak tepat dan elok disebut ‘pembubaran dewan rakyat’; sebagaimana yang pernah disinggungkan oleh salah seorang anggota Suruhanjaya Reid, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan ketika draf Perlembagaan dikemukakan pada tahun 1997 dahulu.

1

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Walaupun demikian, pembubaran ini langsung tidak meninggalkan apa-apa kesulitan di peringkat negeri kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri oleh satu dewan sahaja. Kefahaman seperti ini walaupun nampak remeh, namun ia patut diperbetulkan kerana bimbang akan menjadi ikutan atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan tertentu yang sah bertentangan dengan niat perlembagaan yang adil dan demokratik. Berbalik pada isu pokok - caretaker government, ada beberapa situasi hakikatnya menuntut pada wujudnya caretaker goverment. Pertama, apabila kerajaan (merujuk pada Dewan Rakyat) telah jatuh akibat undi tidak percaya; atau atas apa sebab sekalipun yang mengakibatkan Menteri Perdananya (PM) terpaksa meletak jawatan. Sebagai contoh, jika usul undi tidak percaya 16 September lalu diterima bahas oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan majoriti ahli-ahli Parlimen (MPs) tidak kira sama ada di pihak Kerajaan atau Oposisi menyokong undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, bermakna cartaker government perlu diwujudkan. Kewujudannya bukan dipilih dalam kalangan MPs Kerajaan aka UMNO/BN, tetapi melalui persetujuan seluruh MPs melalui proses representasi Parlimen sendiri. Kemudian, keputusan tersebut perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (DYMM YDA) untuk membentuk kerajaan sementara tersebut. Di Malaysia perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali, walaupun sebenarnya caretaker goverment ini boleh dilakukan dalam kadar yang perlu; tidak perlu kepada lompatan parti oleh MPs UMNO/BN ke pihak oposisi aka Pakatan Rakyat (PR) - PRK, DAP, PAS dan sebagainya. Cukup sekadar, mengangkat tangan dalam parlimen ketika mana usul tidak percaya diperbahaskan dan memerlukan pendirian setiap MPs atas representasi diri masing-masing. Dalam sejarah demokrasi Malaysia pernah menyaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meletak jawatan sebagai MB pada April 1997.

2

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Sultan Selangor telah meminta bekas MB tersebut terus memegang jawatan sebagai pemangku dalam caretaker government di peringkat negeri sehinggalah seorang MB baru dilantik, namun beliau enggan berbuat demikian atas faktor kredibilitinya sendiri. Lanjutan itu, Ahli mesyuarat Exco Kerajaan Negeri (UMNO/BN) tetap mendakwa bahawa mereka tetap memegang jawab dalam Kerajaan Negeri biarpun MB mereka telah meletak jawatan dan enggan memegang jawatan dalam caretaker government yang sudah dibentuk melalui perkenanan Sultan Selangor sendiri. Tindak-tanduk Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri aka Exco tersebut adalah salah di sisi Perlembagaan. Ini kerana baik Menteri Besar - samalah Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri - adalah ‘tiang seri’ pada satu-satu Kerajaan. Jika tumbang ‘tiang seri’, bermakna tumbanglah Kerajaan. Pada waktu ini, caretaker government mempunyai kuasa sementera dalam tempoh yang munasabah - berminggu-minggu sampai berbulan-bulan asalkan tidak melewatkan usia 5 tahun atau menjelang 5 tahun. Prinsip ‘tiang seri’ ini boleh didapati dalam kes yang lain. Antaranya, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah apabila seorang exco dalam Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan; iaitu Datu Amir Kahar pada tahun 1995. Dalam situasi lain, caretaker government juga diperlukan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan PRU mesti dilangsungkan dalam masa 60 hari selepas Dewan Rakyat dibubarkan; sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan (PP). Pada waktu sebeginilah peranan Ketua Negara - DYMM YDA diperlukan sebagai guardian. Kuasa ini kekal dan sama sekali tidak berpindah kepada mana-mana pihak. Executive Power ini tidak musnah atau tidak lesap disebabkan caretaker government dan sebagainya selagimana kondisi-kondisi tersebut tidak dilambangkan sebagai ‘kehilangan kedaulatan’. Sebab itu kita melihat kakitangan kerajaan-swasta, PDRM, Tentera, Badan Kehakiman dan sebagainya masih melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab masing-masing seperti biasa, biarpun pilihanraya sedang berlangsung atau caretaker government sedang berkuatkuasa.

3

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Dalam sistem demokrasi berparlimen, ‘nyawa’ kerajaan adalah kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan. Sebab itu, kita mendapati wakil Ketua Negara atau Negeri (iaitu Perdana Menteri, Ketua menteri, Menteri Besar) dilantik berdasarkan pada kepercayaan bahagian besar (majoriti) ahli dewan. Bagaimana pula jika dewan ini dibubarkan setelah tamat tempoh? Atau Kerajaan Sementera tersebut ‘bernyawa’?; namun ia sama sekali tidak kekal apabila satusatu PRU berlangsung. Sebab itu, kita seharusnya benar-benar faham apabila satu-satu situasi memerlukan pada caretaker government, bermakna pihak yang mengisi government tersebut tidak boleh menggunakan prasarana dan keistimewaan tertentu sebagaimana biasa dinikmati oleh Kerajaan yang sebenar. Kita juga seharusnya tahu bahawa pembubaran Dewan Rakyat hanya membawa maksud pembubaran dewan rakyat sahaja; pihak-pihak lain seharusnya bertanggungjawab, amanah dan memainkan peranan secara etika atas kapasiti masing-masing untuk negara, bukan untuk kepentingan parti-parti tertentu atau pihak-pihak ‘tertentu’. ‘Bekas-bekas’ PM, TPM, Menteri-Menteri, Exco-exco ini sama sekali tidak boleh mendiami pejabat kerajaan, memanipulasi media-media massa milik kerajaan dan mendapatkan keistimewaan dari Kerajaan - seperti pengawal keselamatan Kerajaan, sokongan polis dll.

……tajuk lain Dalam amalan demokrasi di Malaysia, Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di England. Parlimen membuat undangundang, Enakmen digubal oleh DUN tetapi Undang-undang di negara ini bukanlah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

diisytiharkan

sebagai

tidak

sah.

4

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Undang-undang yang digubal oleh DUN di Sarawak dinamakan Ordinan. Begitu juga dengan undang-undang di Sabah serta undang-undang yang digubal sebelum Tanah Melayu merdeka, iaitu sebelum tahun 1957. Undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen dipanggil Akta, manakala yang digubal oleh DUN di Semenanjung ialah Enakmen. Undang-undang yang dibuat oleh menteri yang fungsinya untuk memperincikan Akta Parlimen ialah Perundangan Kecil. Dalam hal ini, menteri yang berkenaan mestilah mendapat keizinan daripada Parlimen terlebih

dahulu.

Mahkamah •

Persekutuan

Institusi

ini

menentukan

• Institusi ini boleh mengesahkan

ialah keadilan

negara.

undang-undang sebagai tidak sah.

• Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu

tindakan

kerajaan

adalah

tidak

sah.

Kedua-dua

kuasa

ini

diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah

lain.

Perlembagaan

ialah

undang-undang

tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undangundang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang

5

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Di sini jelas sekali terwujud kuasa check and balance yang dimainkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam menyemak undang-undang dan Parlimen Malaysia. Secara mutlaknya Parlimen Malaysia perlu mendapatkan kesahan undang-undang daripada Mahkamah Persekutuan. Inilah konsep pengagihan kuasa

yang

dijalankan

di

Malaysia.

Sebenarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terbubar apabila Parlimen dibubarkan. DUN yang belum sampai tempoh pembubarannya akan terus berfungsi. Parlimen terbubar apabila Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan pembubaran

Parlimen

ialah

Dewan

Rakyat.

Walau

bagaimanapun

di

Semenanjung Malaysia, tarikh pembubaran Parlimen selama ini adalah sama dengan tarikh pembubaran DUN, dan untuk menjimatkan kos, pilihan raya diadakan serentak untuk Dewan Rakyat dan DUN. Di Sabah dan Sarawak, pembubaran DUN-nya berbeza dengan pembubaran Parlimen. Jadi, kedua-dua buah negeri tersebut mengadakan pilihan raya yang berbeza tarikhnya dengan pilihanraya Parlimen. Mereka yang berumur 21 tahun pula sebenarnya layak untuk mengundi, bukannya wajib. Jadi, tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk

tidak

mengundi.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong merupakan komponen Parlimen. Komponen Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan yang tidak benar mengenai kedudukan tertinggi Yang di-Pertuan Agong dari segi perlembagaan ialah Yang di-Pertuan

6

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Agong mengetuai perjalanan pemerintahan negara, yang mengetuai perjalanan pemerintahan ialah Perdana Menteri yang memegang status Ketua Eksekutif. Yang di-Pertuan Agong ialah pemegang Kuasa Eksekutif, tetapi kuasa itu tidaklah dijalankan oleh baginda sendiri kerana ia diagihkan kepada Perdana Menteri atau kabinet

melalui

“The

Distribution

of

Power

Act

1956”.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undangundang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada

YDPA.

Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa

asalnya

adalah

daripada

YDPA

itu

sendiri.

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan,

7

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletak hak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkan hak kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat

kerajaan.

Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara ialah melantik Perdana Menteri dan Memanggil Mesyuarat Majlis RajaRaja. Kuasa mengikut budi bicara ini bermakna kuasa yang dilaksanakannya tanpa perlu mendapatkan nasihat dan kuasa tersebut termaktub dalam perlembagaan. Kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Ketua Hakim Negara dan melantik Yang Dipertua Negeri ialah kuasa mengikut nasihat, iaitu nasihat pihak tertentu, seperti Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Satu lagi kuasa baginda yang terkategori dalam kuasa budi bicara ialah menolak permintaan

pembubaran

Parlimen.

Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,iaitu untuk tempoh lima

tahun.

Suruhanjaya

juga

terbahagi

kepada

dua

jenis,

iaitu suruhanjaya tetap (seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya

Perkhidmatan

Pelajaran)

dan

suruhanjaya

khas

atau

sementara. Suruhanjaya ini ditubuhkan atas sebab tertentu demi kepentingan awam

dan

akan

dibubarkan

setelah

tamat

menjalankan

tugasnya.

Suruhanjaya Kereta Api merupakan suruhanjaya khas, sebenarnya suruhanjaya ini telah dimansuhkan dan fungsinya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan

8

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Awam. Manakala yang menjadi badan penyelaras antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ialah majlis-majlis yang ditubuhkan khas, seperti Majlis Tanah Negara,

Kebebasan

Majlis

peranan

Raja-Raja

dan

mahkamah

dapat

Majlis

dilihat

Kewangan

melalui

Negara.

perkara

berikut:

Tidak semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong kerana hanya hakimhakim Mahkamah Tinggi sahaja yang dilantik oleh baginda manakala Hakim Mahkamah

Rendah

dilantik

oleh

Sultan.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang disabitkan kesalahan boleh dipecat dan pemecatan dibuat oleh sebuah tribunal. Ahli-ahli tribunal terdiri daripada sekurang-kurang lima orang hakim yang berwibawa dan mereka dilantik oleh Yang

di-Pertuan

Agong.

Di samping itu ada Lembaga Tatatertib yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang dinamakan PIHAK BERKUASA TATATERTIB. Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan PERUNTUKAN

dalam

peraturan-peraturan PERLEMBAGAAN

yang

berkaitan.

PERSEKUTUAN

9

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya PENUBUHAN

berhubung

kawalan

LEMBAGA-LEMBAGA

tatatertib

ini.

TATATERTIB

Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut: *Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; *Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1); *Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2); *Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1); *Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);

Siapakah yang bertanggungjawab menentukan dasar luar Malaysia? Dasar-dasar luar Malaysia dilaksanakan oleh Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri yang

10

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

dahulunya berpejabat di Wiswa Putra, Kuala Lumpur. Sebenarnya, kementerian tersebut hanyalah melaksanakan dasar sahaja kerana yang menentukan dasardasar tersebut ialah kabinet. Lazimnya, sesuatu dasar luar itu amat dipengaruhi oleh pendirian seseorang Perdana Menteri. Ini kerana kadangkala dasar luar memberikan penekanan kepada perkara yang berbeza pada waktu tertentu, iaitu berdasarkan pandangan semasa Perdana Menteri yang memerintah. Walau bagaimanapun, beliau tidak boleh menggubal dasar tersebut secara bersendirian, sebaliknya perlu mengemukakannya kepada kabinet dan mendapat persetujuan daripada badan tersebut.Di sinilah wujudnya had-had dan kawalan yang ada pada PM dalam menentukan dasar-dasar luar Malaysia yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh PM. Secara mutlaknya PM tidak boleh bertindak secara peribadi dalam menentukan

dasar-dasar

luar

Malaysia.

…artikel lain

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang DiPertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

…..Artikel lain

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.

11

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain. Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. (1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undangundang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang diPertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini. (3) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor manamana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan manamana fungsinya selain— (a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

12

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain. Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan. Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb. (1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya. (2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah dikira telah dilakukan di Negeri tempat kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah masingmasingnya dikira sebagai suatu Negeri. (4) Kuasa yang disebut dalam Perkara ini—

13

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

(a) adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40; (b) hendaklah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5). (5) Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang diPertua Negeri; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya. (6) Anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan layak dilantik semula, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga. (7) Seseorang ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri untuk menjadi anggota Lembaga Pengampunan atau untuk menjalankan buat sementara fungsi anggota Lembaga. (8) Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Raja atau Yang di-Pertua Negeri dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. (9) Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu. (10) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan, atau untuk meremitkan, menggantung atau meringankan, hukuman yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah

14

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam di dalam Negeri itu. (11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi Lembaga Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai "Raja atau Yang di-Pertua Negeri" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai "Ketua Menteri Negeri itu" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. (12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa yang disebut dalam Perkara ini— (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Isterinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang diPertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

15

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang diPertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.

Perkara 43. Jemaah Menteri. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara. (3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen. (4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. (5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

16

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

(6) Sebelum seseoraag Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. (7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri. (8) (Dimansuhkan). (9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri. Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara. (2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri. (3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri. (4) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Timbalan-Timbalan Menteri. Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen. (1) Perdana Menteri boleh melantik Setiausaha-Setiausaha Parlimen daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak1ah boleh memegang jawatan selepas

17

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara. (2) Setiausaha-Setiausaha Parlimen hendaklah membantu Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan Menteri. (3) Seseorang Setiausaha Parlimen boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya, dan pelantikannya sebagai yang demikian boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri. (4) Sebelum seseorang Setiausaha Parlimen menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Perdana Menteri sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. (5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Setiausaha-Setiausaha Parlimen. Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik. (1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik. (2) Seseorang yang dilantik sebagai Setiausaha Politik menurut kuasa Perkara ini — (a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; (b) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa; (c) tertakluk kepada perenggan (b), hendaklah terus memegang jawatan sehingga masa pelantikannya ditamatkan oleh Perdana Menteri. (3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi SetiausahaSetiausaha Politik sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi SetiausahaSetiausaha Parlimen. (4) Tugas dan fungsi Setiausaha-Setiausaha Politik, dan saraan mereka, hendaklah ditentukan oleh Jemaah Menteri.

18

G 76426 Rosniza bt Ibrahim SKSJ 2023 Pengantar Pentadbiran Awam _______________________________________________________________________________________ _

Rujukan http://promahasiswausm.wordpress.com/2008/10/31/caretaker-governmentdalam-prk/ ( 1/4/2009) http://www.voy.com/66209/8/ http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Persekutuan

19

Related Documents

Tug As An
June 2020 6
Tug As An 2
October 2019 5
Tug As An 1
June 2020 3
Tug As
April 2020 22
Tug As
November 2019 29
Tug As
June 2020 25