UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK D.R
KPP 2063 REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI TAJUK PELBAGAI MEDIA DALAM BILIK DARJAH
Disediakan oleh
ALI BIN SHAM
D20062028600
ABDUL RAZAK BIN ADAM
D20062028569
ARBAIN BIN HASHIM
D20062028579
Pensyarah PROF. MADYA DR. ABDUL LATIF HJ. GAPOR Fakulti
1
SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PELBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN Media ditakrif sebagai penyampai atau pembawa maklumat di antara sumber dengan penerima seperti filem, video, foto, risalah, poster dan sebagainya (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993).
Yusuf Hashim dalam bukunya Media Pengajaran dan Latihan
menekankan pengertian ini lebih tertumpu kepada agenda komunikasi kerana media dianggarkan memudahkan proses komunikasi antara pengantar dan penerima. Oleh itu media juga boleh disimpulkan sebagai peralatan dan bahan media yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan seperti suratkhabar, radio dan televisyen.
Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber (konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran.
Perbezaannya
hanyalah
terletak
pada
kaedah
dan
tujuan
penggunaannya.
GURU PERLU BERUBAH ? Berdasarkan hakikat di atas, guru adalah orang yang paling penting dalam urusan penyampaian maklumat kepada pelajar manakala pelajar pula akan bersedia menerima apa saja bentuk pelajaran yang diajar oleh guru. Tetapi pelajar akan menghayati usaha guru yang mampu mempelbagaikan teknik pengajaran kerana menurut Mohd Yusuf Othman dan Noor Razi Jusuh (2001), penggunaan alatan teknologi (media) boleh
2
meningkatkan kefahaman dan membolehkan pelajar mendapat maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa media adalah peralatan, perkakas dan bahan yang
telah
dikenalpasti,
dipilih,
dibina
atau
dipinda
untuk
menyokong
atau
mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun perkembangan teknologi masakini menuntut perubahan yang signifikan terutama dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan.
Tuntutan ini
merangkumi cara guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru hari ini telah disarankan supaya bertindak ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi) dan bukan lagi sebagai ‘pendita di atas pentas’ kerana guru sebagai agen perubahan masyarakat perlu bergerak secara kreatif dan inovatif. Fullan (1993) dalam bukunya “Changes Forces’ menyatakan “..teachers are agents of educational change and societal improvement…(and) ..each and every educator must strive to be an effective agent’. Pernyataan ini dapat melabelkan guru sebagai pelaksana, pencetus, pendengar, penasihat, penilai, pelakon dan penghibur malah boleh mencungkil bakat pelajar mengikut bidang yang diminati oleh pelajar berkenaan.
Perubahan dalam era zaman turut menggesa perubahan sikap guru dan Toffler (1997) mendefinisi era baru ini sebagai Third Wave selepas era pertanian dan perindustrian. Kemunculan
era
maklumat
ini
menggambarkan
manusia
bergantung
kepada
pemprosesan maklumat sebagai sumber dalam kehidupan. Rajah 1 menggambarkan dunia telah berubah mengikut keperluan sejagat pada pandangan Toffler.
3
ERA PERTANIAN Era di mana sumber ekonomi utama merupakan bahan pertanian
ERA PERINDUSTRIAN Zaman kedua di mana bahan-bahan mentah mula diproses kepada bentuk produk industri sebagai sumber ekonomi ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT Era masa kini yang menjadikan sumber maklumat sebagai bahan utama dalam setiap aspek ekonomi kehidupan ERA TEKNOLOGI BIO Era masa hadapan yang menggunakan kajian dan penemuan baru sebagai aspek utama ekonomi
Rajah 1 : Toffler / Perubahan Era Dunia Perubahan era dalam setiap zaman ini turut memberi impak terhadap sistem pendidikan di Negara kita yang sering berubah. Dari menggunakan kapur, beralih kepada pelbagai peralatan lain seperti slaid, risalah, akhbar, filem, video dan sebagainya kepada komputer sebagai komponen atau media perantara bagi mewujudkan dan mengekalkan komunikasi, kolaborasi dan juga akan memberi peluang kepada guru, pelajar serta pentadbir berkongsi sumber idea.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran masakini sudah jauh berubah melangkaui zaman terkini.
Malah Mohd Nor Mamat (2000) menyatakan bahawa kehadiran era
maklumat atau gelombang dunia digital mula meresapi masyarakat umum sebagai suatu pakej yang tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan kita.
4
Di dalam
artikelnya “Era Maklumat dari Perspektif Islam” memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad dalam perutusan tahun baru 1997: Kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Zaman maklumat akan memaksa kita mengubah cara hidup dan bekerja. Lebih awal kita sesuaikan diri, lebih cepat kita pelajari dan lebih baiklah masa depan kita.
Pengajaran adalah strategi pra-rancang berasaskan pedagogi untuk menyampaikan maklumat terpilih, tersusun dan berurutan dengan mengharapkan keberkesanan dari aspek kemahiran, pengetahuan, pengajaran dan latihan.
Strategi pengajaran
penggunaan teknologi terkini merupakan penggunaan pengetahuan dalam situasi sebenar. Ertmer (1999) menyatakan teknologi menambah nilai kepada kurikulum, ia tidak mempengaruhi perubahan kuantitatif (membuat dalam masa yang lebih pendek), tetapi memudahcarakan perubahan kualitatif (mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks). Penggunaan CD-ROM juga boleh dikembangkan dengan rangka modul sediakala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod yang sesuai.
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN PENGGUNAAN MEDIA Kebanyakkan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan media mendapati teknologi yang digunakan (papan tulis elektronik) telah berjaya mengatasi masalah yang berkait dengan pemisahan di antara pensyarah dengan pelajar (Idrus, 1993 ; Brande, 1993). Beberapa kajian juga telah melaporkan paras dan jenis interaksi yang berlaku di antara pensyarah dan system media elektronik yang digunakan (Oliver & McLouglin, 1997)
5
Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa system media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap system media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).
Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan video, TV , sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000), Jamaludin Mohaidin (2000), Heinich et al (1996). Mereka berpendapat penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. pemulihan.
Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan
Malah video yang direka bentuk secara khusus dan sistematik boleh
menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya.
Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses P & P kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. Menurut Fontana(1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang.
Sebagai media pengajaran yang menghampiri
konkrit (Dale, 1985) video yang diguanakan secara sistematik dapat meransang daya imaginasi dan perbincangan. Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran
6
Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.
Ini selaras dengan kata-kata yang pernah
dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’
Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah. Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.
Molstad (1974) berpendapat media jika
digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.
KAJIAN PERANAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Media yang berpengaruh dalam dunia pendidikan ini telah dibukti keberkesanannya menerusi kajian-kajian yang dibincangkan sejak dahulu lagi. Comenius (1952), Jean
7
Jacques Roussesu dan Johanna Heinich Pestalozzi mendapati penggunaan media dalam pengajaran amat penting (Jamaluddin 1982). Media juga diikhtiraf sebagai satu komponen teknologi pengajaran yang penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran tradisional, media tetap penting walaupun guru
sebagai penggerak utama atau medium utama dalam penyampaian maklumat
Heinich turut mendakwa pengajaran tidak dapat dipindahkan / disampaikan secara tepat dan jelas. Apa yang sebenarnya berlaku ialah pemindahan symbol (oleh guru) kepada makna tersebut. Di sinilah penggunaan media seperti kesepaduan di antara lisan dan symbol grafik memainkan peranan yang penting untuk menajamkan lagi pemahaman kepada isi / makna sebenar dalam pengajaran tersebut.
Penggunaan media melalui perancangan yang sistematik dapat membantu guru-guru menyampaikan pengajaran dengan mudah dan berkesan setelah objektif pengajaran dan perancangan pembelajaran dikenalpasti.
Penggunaan media juga banyak
menyentuh tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti ‘overhead projektor’. Komputer dan menggabungkan aktiviti berpusatkan guru.
Di samping itu
pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran setelah guru dan media bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan pembelajaran.
Penggunaan visual-visual konkrit seperti televisyen berkeupayaan menarik minat pelajar kerana ia dapat menggambarkan dunia sebenar dan boleh memberi pengalaman konkrit bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan visual juga telah lama diketahui berkeupayaan meransang pembelajaran dan pemprosesan maklumat (Dwyer,1978: Maizurah, 2000).
8
Di dalam media biasanya mengandungi visual samada visual bergerak ataupun sebaliknya dan digabungkan pula dengan kecanggihan audio visual dan warna. Berdasarkan kajian Maizurah terhadap penggunaan rancangan TVP dalam pengajaran dan pembelajaran ,visual dalam media bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dapat menjelaskan bahawa media berperanan sebagai; i.
Sebagai alat penerangan
ii.
Sebagai alat pendorong
iii.
Sebagai pemberitahuan
iv.
Untuk memudahkan dan mengeneralisasikan idea-idea, maklumat dan proses yang kompleks
v.
Untuk mengenalpasti dan membezakan benda / sepsis
vi.
Untuk memperkayakan pembacaan
vii.
Untuk membekalkan pengalaman konkrit
viii.
Untuk mempertingkatkan ketahanan ingatan
ix.
Sebagai penarik perhatian
x.
Sebagai bahan demontrasi / pengajaran
xi.
Untuk menimbulkan respon emosi
xii.
Untuk menjimatkan masa
xiii.
Untuk menghiburkan
xiv.
Untuk menterjemahkan symbol perkataan
xv.
Untuk memberi pengalaman yang tidak boleh dirasa melalui cara lain.
PEMILIHAN MEDIA Pemilihan media merupakan komponen yang utama. Menurut Mohamad Hasan (2000) pemilihan media perlu berlandaskan ciri-ciri berikut;
9
i.
Kesesuaian –tajuk, dialog, konsep mata pelajaran dan lain-lain
ii.
Kewibawaan /kredibiliti dan kemaskini- fakta yang tepat
iii.
Aspek-aspek teknikal – ciri bahan media seperti jelas, tepat dan lain-lain
iv.
Berkaitan – dengan mata pelajaran dan objektif pembelajaran
v.
Ciri-ciri fizikal - bahan media tersebut.
Pemilihan media tidak boleh diambil ringan oleh guru kerana ia merupakan komponen utama dalam kebanyakkan model dalam sistem pengajaran yang komprehensif (Branson, 1975).
Terdapat banyak model-model yang dihasilkan sebagai panduan
pemilihan penggunaan media seperti model Dick dan Reiser (1989), Model ASSSURE, Model Kon Pengalaman Dale, Model Reiser dan Gagne dan sebagainya,
Setiap alat atau bahan yang ada perlu melalui proses pemilihan supaya bahan yang disediakan berguna (Ab.Rahim Selamat, 1985).
Menurut Syarifah Alawiah dalam
bukunya Teknologi Penjagaran (1984) media berfungsi untuk menjadikan pengajaran lebih tersusun, memperkayakan pengalaman, memberi maklumat dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok.
Bijak memilih media seperti yang dinyatakan dalam ASSURE memerlukan perancangan dalam pembelajaran.
Guru boleh memilih sama ada mengubahsuai, menggunakan
bahan media sedia ada atau membentuk bahan sendiri. Klassek (1972) mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru dalam penggunaan media. Setiap guru harus menentukan isi pelajaran terlebih dahulu sebelum menentukan media dan bahan yang hendak digunakan.
10
KITARAN MEDIA
PEMBELAJARAN (perubahan sikap) sumber
Pendekatan sistem kepada pengajaran
pemilihan
Pemilihan media dan bahan
Panduan media dan bahan
penilaaian kemudahan
Sumber ;Klassek C.B (1972) Instructional Media In The Modern School. Nebraska :Profersional Educational Publication.
Walaubagaimanapun, masalah pemilihan media pengajaran menjadi satu isu yang sering dibicarakan dalam seminar, bengkel dan perbincangan. Isu ini menjadi masalah utama yang dihadapi oleh penyelaras sumber dan pelaksana pengajaran terutamanya bagaimana pemilihan bahan serta cara-cara bahan diintegrasikan dan diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Seminar Teknologi Pendidikan yang dianjurkan oleh JPN Kedah dan Institut Aminuddin Baki (1990) telah merumuskan bahawa kelemahan dalam pemilihan dan penilaian media adalah berpunca dari peruntukan dan peralatan yang tidak mencukupi , koleksi media yang tidak sesuai dengan P & P, bahan pusat sumber yang tidak berasaskan kepada keperluan dan jumlah pengguna, guru tidak mempunyai pengetahuan menilai dan mengaplikasi bahan serta kemudahan dan keadaan pusat sumber yang tidak sesuai dengan keperluan pengguna.
11
Oleh itu, masalah perlu di atasi dengan mengadakan perbincangan, penyaluran dan memperkenalkan model-model rekabentuk penggunaan media dalam pendidikan di samping melatih guru dan mengadakan kerjasama antara semua pihak terbabit.
KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pakar psikologi Jerome Bruner (1966) pernah menyatakan penggunaan media memberi satu pengalaman yang konkrit dan dapat membantu pelajar menyatukan pengalaman sediada mereka kerana penggunaan media juga memberi kesan langsung dalam mencapai kemahiran.
Menurut Maizurah (2000) penggunaan media bergantung kepada fungsi, tujuan dan maksud . Kajian penyelidikan beliau turut mengakui rasangan kepada perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada rasangan deria rasa (1%), sentuhan (1.5%), hidu (3.5%), dengar (11%) dan lihat (83%). Penyelidikan P.J Philip (1950) dan James S.Kinder (1973) juga mendapati pelajar akan memperolehi; 10% apa yang mereka BACA 20% apa yang mereka DENGAR 30% apa yang mereka LIHAT 70% apa yang mereka SEBUT 90% apa yang mereka SEBUT semasa mereka MEMBUAT sesuatu.
12
Galfo (1975) turut mempersetujui hasil penyelidikan ini dengan menyatakan kombinasi pancaindera pendengaran dan penglihatan berupaya menghasilkan kadar ingatan yang tinggi. Dalam konteks yang sama, Heinich (1993) menyatakan manusia belajar 10% melalui pembacaan. Manusia memahami dan mengingati sebanyak 20% melalui deria pendengaran dan 80% melalui pendengaran dan penglihatan.
Dapat dirumuskan
bahawa untuk menghasilkan kesan yang maksimum, proses pembelajaran mensti menggabungkan kesemua pancaindera.
Yusuf Hashim (1996), sumbangan media dalam pendidikan merangkumi beberapa aspek seperti; i.
Menjadikan pendidikan lebih produktif dengan membekalkan pengalaman baru yang tidak dapat disediakan oleh guru. Media juga akan meningkatkan kadar pembelajaran pelajar, menjimatkan masa dalam penyediaan dan pembelajaran.
ii.
Menjadikan pembelajaran lebih serta merta dan pantas iaitu membawa pengalaman baru dari serata tempat ke bilik darjah seperti kejadian gempa bumi di Taiwan, keruntuhan world trade centre di New York dan sebagainya.
iii.
Menjadikan pendidikan lebih saintifik
Walau bagbaimanapun media yang baik bukan hanya berfungsi sebagai alat Bantu mengajar semata-mata tetapi yang dapat diintegrasikan ke dalam system yang ada (kurikulum) kerana media merupakan alat untuk penyaluran maklumat atau mesej.
13
KAJIAN PERMASALAHAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM P &P Pembudayaaan merupakan permasalahan yang utama.
Pembudayaan memerlukan
proses penghayatan yang mendalam melalui pemikiran, sikap dan nilai yang perlu diamalakan oleh seluruh warga sekolah berkenaan.
Mungkin ia tidak dapat
dilaksanakan sekiranya sumber manusia atau guru tidak memainkan peranannya. Fullan (1993) menyatakan perkembangan sesebuah organisasi perlu seangkatan dengan kesedaran guru terhadap perubahan masa kini dan sentiasa memberi komitmen terhadap profersion.
Sikap dan keengganan menerima teknologi dalan perubahan dalam pendidikan juga merupakan kekangan terhadap kekerapan penggunaan alat Bantu mengajar / media di dalam kelas.
Ini berikutan kemahiran yang lemah untuk mengendalilkan peralatan
media serta kurang dorongan dari pihak sekolah menggunakan peralatan berkenaan di dalam kelas (Shaffee , 1990:199-120).
Perubahan dalam budaya kerja perlu bagi
mewujudkan budaya saing dan mampu menghadapi pasaran kerja yang semakin mencabar ( Wan Zah, Haslinda, 2000).
Kekeliruan terhadap konsep media sebagai teknologi dalam pendidikan menimbulkan banyak masalah. Teknofobia atau takut terhadap media terutamanya media elektronik juga turut berlaku di kalangan guru dan pensyarah berikutan tiada diberi penerangan dan latihan yang cukup di peringkat latihan asas (T.Subahan dan Abd.Mutalib, 1984). Brumby (1989) menyatakan antara penghalang utama dalam kemajuan penggunaan teknologi ialah kekurangan kemahiran, kebolehan dan pengalaman. Akinyemi (1986) mengenalpasti tiga faktor utama teknofobia di dalam kajiannya iaitu ketakutan kepada
14
media teknologi, ketakutan kepada peralatan elektrik atau mesin, dan ketakutan terhadap tanggapan peranan guru akan diambilalih oleh media.
KESIMPULAN Jika ditinjau sejarah penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah wujud bermula dengan penggunaan papan Bantu sebagai alat untuk menulis dan melukis, yang kemudiannya berkembang kepada penggunaan buku tulis dan buku bacaan. Kaedah chalk dan talk juga tidak mencukupi, sehingga alat pandang dengar diperkenalkan. Dari sinilah kita diperkenalkan foto, akhbar, slaid, filem, video, tv, radio dan sebagainya bagi tujuan pengajaran
Perancangan kurikulum abad ke 21 seharusnya bersifat futuristic, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Sehubungan dengan itu integrasi media ke dalam kurikulum merupakan proses penggabungan atau penyatupaduan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di jalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu jelaslah media sebagai media dalam pengajaran merupakan elemen penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta mampu mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran
15
BIBLIOGRAFI Yusuf Hashim, Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhad Kuala Lumpur, 1996
Heinich, R.Molenda m dan Rusell, J.D, Instructional Media and The New Technologies of Instruction, Macmillan, New York 1993.
Dale, Edger, Audio-Visual Methods. NY : The Drydeen Press 1957
DOKUMEN, JOURNAL, KERTAS KERJA, LAPORAN, MAJALAH DAN TESIS Balakrisnan M, ‘Penerimaan dan aplikasi teknologi pendidikan di peringkat sekolah rendah’. Tesis Sarjana Pendidikan , USM.
Naim Hj.Ahmad (1993), ‘Teknologi Pendidikan Satu Ikatan Longgar’ dalam Forum 2, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.
Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000), ‘ Penggunaan Rancangan TVP Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’
Fadzilah Ariffin, ‘Penggunaan Teknologi Dalam Menambahkan Nilai Bahan Sumber’ dalam Seminar Kebangsaan 2000
Muhamad Hasan Abd Rahman, Media Pengajaran – Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan, Kuala Lumpur, UPM 2000
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Potensi dan Cabaran Dalam Pembelajaran Maya dan Elektronik, Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-13,2000.
16
Gagne, R.M Briggs, L.J &Wager, W.W (1992). Principles of Instructional design (4 th Ed.) New York: Holt, Rinehart and Wintston
17
ISI KANDUNGAN
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengenalan Guru Perlu Berubah Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan Media Kajian Peranan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pemilihan Media Kajian Keberkesanan Penggunaan Media dalam Pengajaran dan Pendidikan Kajian Permasalahan Penggunaan Media dalam Pengajaran dan Pendidikan Kesimpulan Bibliografi
18