KAUNSELING ISLAM
Aziz Salleh mendefinisikan kaunseling Islam sebagai :“Satu proses seorang kaunselor menolong individu secara memberi bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sst matlamat Keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada prinsip syariat.
Hassan Langgulung menyatakan kaunseling Islam ialah :“Proses pengajaran dan pembelajaran psikologi yang berlaku secara bersemuka Antara seorang kaunselor dan klien. Klien dibantu menggunakan kaedah penyesuaian langsung, memahami diri sndiri, kebolehan serta minat dan menggalakkan menerima takdir dari Allah
Tengku Sarina Aini dan Faridah (2006) mengatakan bahawa kaunseling Islam bukan sekadar bermaksud memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah, tetapi merupakan perkhidmatan pertolongan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia berlandaskan ruang lingkup yang telah digariskan oleh Islam.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP MANUSIA Imam al-Ghazali menekankan dalam diri manusia terdapat dua sifat iaitu kemalaikatan dan kehaiwanan. Sifat kehaiwanan bermakna apabila manusia berjaya dikalahkan oleh dorongan nafsu syaitan, kerana syaitan menjerumuskan anak Adam ke kancah maksiat Manusia boleh mencapai tahap malaikat apabila berjaya dalam perjuangan menentang nafsu syaitan dan tunduk kpd perintah Allah swt. Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya,Kimia Kebahagiaan :“Sebahagian sifat manusia adalah bersifat kebinatangan, sebahagian pula bersifat kesyaitanan dan bakinya bersifat kemalaikatan. Tugas binatang ialah makan,tidur dan berkelahi manakala tugas syaitan pula menyesatkan manusia, tugas malaikat pula hanya sujud pada Allah swt”.
OBJEKTIF KAUNSELING Mendorong manusia lebih menyedari tanggungjawab mereka sebagai pemimpin (Khalifah Allah).
Menjadi hamba (beribadah) kepada Allah dalam Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Meningkatkan kesejahteraan manusia supaya mereka boleh hidup aman di dunia dan akhirat.
Mengingatkan manusia membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Mendorong manusia membuat kebaikan antara manusia.
KONSEP KAUNSELING ISLAM Kehidupan yang sejahtera bukan sahaja didunia tetapi juga menfokuskan kpd akhirat Kaunselor perlu memahami pelbagai aspek mengenai manusia Sifat kejadian manusia Sifat-sifat manusia
KEJADIAN MANUSIA
MATERIAL –jasmani yg terbina daripada unsur darah,daging dan tulang SPIRITUAL- unsur roh,nafsu dan akal
“Sesungguhnya penciptaan salah seorang diantara kalian dihimpun di dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu yang sama, kemudian menjadi segumpal daging juga dalam waktu yang sama. Setelah itu, malaikat diutus untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk mencatatkan empat perkara;mencatat rezekinya, ajalnya, perbuatannya dan celaka atau bahagianya”. (Surah As-Sajdah ayat 7-9)
Peranan kaunselor ialah :MEMBIMBING MENOLONG
MENDORONG MEMBERI NASIHAT -Dalam Islam, seorang yang mempunyai masalah dianggap sebagai sedang diuji oleh Allah swt.
Apa yang dimaksudkan dengan masalah dalam Islam
KEMAHIRAN & TEKNIK KAUNSELING ISLAM HIKMAH Kaunselor bersifat dengan sifat2 nabi (benar,amanah,menyampaikan dan kebijaksanaan) NASIHAT YANG BAIK Memberikan perangsang kepada klien dan ia masuk ke dalam hati dan perasaan dengan lembut PERBINCANGAN YANG BAIK Mewujudkan hubungan yang baik diantara kaunselor dan klien dan mencari pendekatan yang dapat membantu klien
PROSEDUR SESI KAUNSELING Bersedia menerima klien Tempat kaunseling Adab memulakan kaunseling Kejelasan
OBJEKTIF KAUNSELING ISLAM 1. Mendorong manusia lebih menyedari tanggungjawab mereka sebagai pemimpin (Khalifah Allah). 2. Menjadi hamba (beribadah) kepada Allah dalam Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Fardhu Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah pula menjadi kewajipan secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (terus) dengan Allah S.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
3. Meningkatkan kesejahteraan manusia supaya mereka boleh hidup sejahtera di dunia dan akhirat. 4. Mengingatkan manusia membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. 5. Mendorong manusia membuat kebaikan antara manusia
Menurut Malik Badri objektif kaunseling dalam Islam ialah:
Membawa semula manusia kepada fitrah kejadiannya. Membawa semula manusia yang telah sesat Qalb kembali kepada kegembiraan dan kepercayaan.
Menanamkan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Membantu mendapat jiwa yang tenang (al-nafs-al-mutmainnah). Membantu mencapai ketenangan (Sakinah)
PRINSIP KAUNSELING ISLAM MENURUT GHAZALI (1980) Nasihat merupakan keperluan setiap manusia. Kaunselor perlu menjadi contoh teladan terbaik. Kaunselor perlu memahami proses dan konsep penciptaan manusia menurut perspektif Islam. Kaunselor perlu faham kandungan syariat Islam. Kaunseling Islam mendokong konsep amar makruf nahi mungkar. Pembinaan kerohanian adalah melalui ibadat dan tarbiyah diri.
KAUNSELOR ISLAM Siapakah sebenamya kaunselor?
Siapa sahaja boleh dianggap sebagai kaunselor sekiranya ia memainkan peranan sebagai tempat rujukan orang bagi mengadu hal dan menyelesaikan masalah serta diredai Allah. Islam pada prinsipnya meransang Muslimin seluruhnya supaya menjadi kaunselor dalam apa jua jurusan dan perkara yang mereka tahu dan berkemampuan. Kaunselor dan perbuatan kaunseling adalah dipandang mulia oleh Islam. Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempuma. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang kaunselor ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah. Rasulullah s.a.w. merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor.
KENAPA KAUNSELING ISLAM Banyak kajian yang dilakukan berkaitan keperluan kaunseling terhadap pelbagai isu Jenayah Masalah social Dadah
LGBT Pedofil Masalah perkahwinan
Tekanan dlm hidup
TUGASAN (26/02/2019) Cari ayat al-Quran atau Hadith berkaitan dengan 5 objektif yang telah dibincangkan