Topik 3

  • Uploaded by: Maizatul Azura Yahya
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Topik 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,111
  • Pages: 23
TOPIK 3 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

JUN 2009

SCLM5033

1

KONSEP MULTIMEDIA 



Multimedia ialah persembahan sesuatu bahan (material) dengan menggunakan lebih daripada satu cara.Jika dirujuk kepada persembahan bahan melibatkan kedua-dua aspek iaitu bahan bertulis (teks) dan gambar (grafik atau rajah). Menurut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding televisyen atau kaset video.

JUN 2009

SCLM5033

2





Mayer (2001) menyatakan bahawa multimedia digunakan sebagai instrumen mempersembahkan sesuatu bahan menggunakan kedua-dua medium iaitu gambar misalnya graf, ilustrasi, foto, peta, animasi, video dan perkataan (sesuatu yang diucapkan). Multimedia dianggap sebagai instrumen penyampaian yang berkesan kerana pengguna lebih mudah memahami sesuatu maklumat atau konsep yang dijelaskan melalui rajah, audio dan gambar/grafik berbanding hanya melalui teks semata-mata.

JUN 2009

SCLM5033

3



Maklumat-maklumat multimedia dapat disampaikan melalui mod-mod tertentu, iaitu: 





JUN 2009

Media penyampaian – cth: pembesar suara & skrin komputer. Mod persembahan – tatacara persembahan (penataan dan gambar) Mod sensori – kesan kejiwaan atau kepekaan (audio dan visual)

SCLM5033

4

PANDANGAN TENTANG MULTIMEDIA Pandangan

Definisi

Contoh

1

Multimedia sebagai penyampai

Dua atau lebih alat

Skrin komputer & pembesar suara Projektor & suara pensyarah

2

Multimedia dan persembahan

Persembahan berbentuk lisan dan gambar

Teks pada skrin dan animasi Teks bercetak dan ilustrasi

3

Multimedia mod sensori (deria)

Deria lihat dan dengar

Suara latar dan animasi Syarahan kuliah dan slaid

JUN 2009

SCLM5033

5

REKA BENTUK PENGAJARAN MULTIMEDIA 



Reka bentuk pengajaran adalah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperoleh gol pengajaran. Reka bentuk antara muka ialah cara di mana pengguna boleh berinteraksi dengan isi kandungan melalui komputer.

JUN 2009

SCLM5033

6







Reka bentuk teknikal berkaitan dengan menstrukturkan pengaturcaraan sistem atau data yang diperlukan dalam reka bentuk pengajaran dan antara muka. Reka bentuk grafik adalah tentang komunikasi yang berkesan melalui skrin komputer. Kesemua reka bentuk ini bertindan dan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

JUN 2009

SCLM5033

7





Menurut Smith & Ragan (1993), reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang sistematik yang dapat merangkakan prinsip-prinsip pengajaran. Tujuannya ialah untuk mengesyor kaedah pengajaran yang optimum yang boleh mengubah pengetahuan pelajar, kemahiran dan afektif pelajar (Dick & Reiser, 1989).

JUN 2009

SCLM5033

8

REKA BENTUK PENGAJARAN MULTIMEDIA LEE & OWEN (2000) 

Proses reka bentuk pengajaran multimedia terdiri daripada: 

    JUN 2009

Analisis –penilaian keperluan & depanpangkal Reka bentuk Pembangunan Pelaksanaan Penilaian SCLM5033

9

FASA REKA BENTUK  



Fasa reka bentuk adalah fasa merancang projek multimedia. Perancangan faktor penting dalam menentukan projek multimedia kerana projek selalu gagal jika kurang perancangan. Hasilan pada fasa ini ialah dokumen Spesifikasi Reka Bentuk Kursus (CDS – Course Design Specification). Hasilan ini akan menentukan bagaimana ia akan kelihatan selepas tamat projek tersebut.

JUN 2009

SCLM5033

10

CDS         

Menjadualkan aktiviti projek. Mengenal pasti ahli pasukan projek. Membangunkan perancangan projek. Menuliskan garis luar pengajaran yang lengkap. Mereka cipta reka bentuk antara muka. Lihat kembali reka bentuk untuk ketepatan isi kandungan teknikal dengan pakar subjek (SMEs). Lihat kembali untuk sokongan pengajaran atau pencapaian. Bangunkan piawai bagi fasa pembangunan. Bangunkan kesahan metodologi untuk sebarang ujian.

JUN 2009

SCLM5033

11

MEDIA-MEDIA DI DALAM MULTIMEDIA 

TEKS 



JUN 2009

Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Boleh digunakan untuk memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. SCLM5033

12



Grafik 





JUN 2009

Digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan Menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. SCLM5033

13



Audio 





JUN 2009

Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan (cthnya penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa). Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. SCLM5033

14



Animasi 





JUN 2009

Animasi berperanan menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Animasi mampu membantu di dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah. Animasi mampu menarik perhatian pengguna dengan mudah. SCLM5033

15



Video 





JUN 2009

Menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Merupakan antara sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi Sebagai satu sumber penyimpanan informasi dan sumber rujukan yang berkesan.

SCLM5033

16

INTERAKTIVITI DALAM MULTIMEDIA 





Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Video atau filem – cth media yang mempunyai gabungan pelbagai elemen seperti grafik, audio dan animasi tetapi dipersembahkan secara linear. Multimedia membenarkan pengguna menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan.

JUN 2009

SCLM5033

17



Borsook & Wheat (1992) menyatakan interaktiviti merangkumi:  

   

JUN 2009

Kecepatan respon atau tindak balas terhadap aktiviti pengguna. Masukkan maklumat yang tidak mengikut turutan di mana maklumat dimasukkan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa. Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem. Maklum balas serta merta. Pilihan utuk memberi arahan. Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia. SCLM5033

18

KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN 



Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif. Pelajar boleh belajar mengikut kesesuaian, masa dan cita rasa diri mereka sendiri.

JUN 2009

SCLM5033

19





Multimedia adalah sesuatu yang dinamik. Apabila diserapkan dalam bidang pendidikan melahirkan satu konsep pembelajaran yang baru – gabungan pendidikan + hiburan – edutainment (education + entertainment). Pemindahan isi pelajaran tradisi ke bentuk permainan dan hiburan menjadikan proses pendidikan itu sesuatu yang seronok bagi pelajar.

JUN 2009

SCLM5033

20





Multimedia memudahkan banyak proses penyaluran ilmu. Terutamanya bagi program-program pendidikan jarak jauh atau separuh masa. Cakera padat atau laman web yang berteraskan multimedia boleh digunakan secara berkesan bagi tujuan penyampaian sesuatu isi pelajaran dengan mudah dan efektif.

JUN 2009

SCLM5033

21

KESIMPULAN 



Sama ada secara sedar mahupun tidak, kita kini hidup dalam era yang penuh dengan penggunaan teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia. Teknologi ini telah mengubah cara kita bekerja, belajar, berfikir, bersosial dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai kelebihan atau kebaikan hasil daripada perkembangan teknologi ini, namun pemantauan yang berterusan terhadapnya perlulah sentiasa dilaksanakan.

JUN 2009

SCLM5033

22

PERBINCANGAN 

 

Apakah yang anda faham tentang reka bentuk pengajaran multimedia? Apakah fungsi reka bentuk pengajaran? Dalam fasa reka bentuk, bincangkan aktiviti yang perlu dijalankan semasa membuat spesifikasi reka bentuk kursus.

JUN 2009

SCLM5033

23

Related Documents

Topik 3
June 2020 7
Topik 3
May 2020 21
Topik
June 2020 21
Topik 3.docx
December 2019 17
Topik 3 Menilai
November 2019 13
Ho Topik 3
July 2020 4

More Documents from ""