Tonggak Dua Belas Pdf Nota

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tonggak Dua Belas Pdf Nota as PDF for free.

More details

  • Words: 8,183
  • Pages: 24
TONGGAK DUA BELAS

TONGGAK DUA BELAS (THE TWELVE PILLARS)

(Rajah ini diubahsuui daripada Ucaputama Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Ketua Setiausaha Negara di upacara perasmian Seminar Nilai Dan Etika, 2 Mac 1992)

TONGGAK DUA BELAS

1. MENGHARGAI MASA (The Value of Time) Orang yang menghargai masa menganggap "masa itu emas. " Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancangkan masanya. "Those who make the worst use of their time most complain of its shortness" - La Bruyere. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita, sama ada rasmi, tidak rasmi atau persendirian.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan sabar. "

AMALAN POSITIF    

Menepati masa Menyegerakan tugas Mempunyai perancangan waktu Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi  Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif  Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja  Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan Contoh: 1. Penggunaan masa secara maksimum memerlukan disiplin diri yang ketat. Caranya ialah dengan menggunakan catatan penggunaan masa (time log) setiap hari. Ini adalah satu tabiat yang mesti dimula dan dikekalkan. 2. "Tepat pada masa" adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil daripada ketinggian maruah diri dan adanya rasa hormat kepada orang lain. Contohnya, jikalau lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau temu janji, bermakna kita tidak ada maruah dan tidak menghormatinya.

(Al-Quran, 103: 1-3) "An inch of time cannot be bought by an inch of gold. " (Chinese Proverb)

3. Seseorang pegawai atasan perlulah mengetahui secara menyeluruh matlamat kerja, bidang kerja dan jangka masa yang diambil untuk menjalankan tugas-tugas apabila beliau memberi arahan kepada pegawai bawahannya. Beliau perlulah meminta supaya kerjakerja tersebut disiapkan dalam waktu yang munasabah dan mampu diselesaikan oleh pegawai yang diarahkan itu.

TONGGAK DUA BELAS 4. Seseorang pegawai yang menggunakan kemudahan kenderaan pejabat untuk urusan rasmi perlu memberitahu pemandu jangka masa urusan tersebut supaya dapat diputuskan sama ada pegawai tersebut perlu ditunggu atau tidak. Sekiranya tidak, pemandu tersebut hendaklah pulang ke pejabat untuk membuat tugas lain dan kembali semula pada masa yang ditetapkan. Tindakan yang sedemikian dapat menjimatkan masa pemandu tersebut. 5. Setiap pegawai perlu mengetahui cara menggunakan Word Processorsekiranya kemudahan ini terdapat di pejabat. Ini akan menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti dalam menjalankan tugas-tugas mereka dan membolehkan mereka menjalankan tugas harian yang penting semasa ketiadaan jurutaip. 6. Menggalakkan penggunaan time planner, iaitu jadual perancangan masa kerja. 7. Para pegawai dan kakitangan pejabat digalakkan merancang hal-hal peribadi mereka. Sekiranya mereka ingin keluar untuk urusan peribadi yang penting serta tidak menggunakan masa yang terlalu lama, kebenaran hendaklah dipinta terlebih dahulu. 8. Seseorang pegawai hendaklah tidak melengahkan kerja yang diarahkan. Sekiranya kerja-kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa sejam, beliau tidak seharusnya mengambil masa sehingga dua hari. 9. Produktiviti dan kualiti boleh dikawal dengan penggunaan masa yang terencana. Sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa dua hari tidak akan menjadi produktif jika mengambil masa seminggu. Bagaimana ini dapat dikenal pasti bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan kerja.

Orang yang mahir sudah tentu dapat menjimatkan masa. 10. Seseorang pegawai hendaklah sentiasa peka kepada kehendak masa dan oleh kerana itu ia hendaklah menyiapkan kerja selaras dengan keperluan semasa.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG            

Berbual-bual kosong Tidak menyegerakan tugas Tidak ada sense of urgency Tidak merancang pekerjaan Tidak ada prioriti Melayan tetamu yang tidak berkenaan Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi Membuat kerja peribadi di pejabat Berniaga di waktu pejabat Membuat kerja yang tidak mustahak Ke kantin dalam waktu bertugas Tidak peka kepada pembaziran masa

Contoh: 1. Pengerusi mesyuarat yang tidak merancang masanya dengan cermat dan tepat akan memanjangkan mesyuarat sehingga meleret-leret. Sesuatu mesyuarat yang sepatutnya selesai dalam masa dua jam tetapi terpaksa mengambil masa empat hingga lima jam dan ini membuang masa. 2. Jika prioriti tidak dikenal pasti semua perkara akan dianggap sama pentingnya. Ini merugikan masa, tenaga, wang dan lain-lain. Oleh itu perkara-perkara yang penting mesti didahulukan. Kriteria prioriti mestilah ditentukan berdasarkan objektif organisasi dan bukannya berdasarkan keperluan atau kemahuan individu. 3. Pembaziran masa boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Misalnya, pembaziran masa kerana leka berbual dan membuat kerja yang sama berulang-ulang kali.

TONGGAK DUA BELAS 4. Tabiat berbual-bual terlalu lama sewaktu melayan tetamu adalah membuang masa. Tetamu juga hendaklah sedar bahawa perbuatan mereka akan membuang masa orang lain. Demikian juga perbuatan berbual-bual panjang di telefon tentang hal-hal peribadi dan mengambil kesempatan semasa percakapan telefon secara rasmi untuk membincangkan hal-hal peribadi atau perkara yang tidak rasmi. 5. Salah satu sebab kesesakan di kaunter ialah kerana petugas di kaunter tersebut diberi tugas yang melibatkan kerja-kerja menulis yang banyak dan pengisian serta penelitian borang tertentu. Ini membazirkan masa para pelanggan.

Namun begitu kegigihan, kesabaran, kekuatan hatinya tidak akan padam sehingga selesai kerja atau matlamatnya tercapai. Peribahasa "sedikit-sedikit lamalama menjadi bukit" memang ditujukan kepada daya usaha sang semut. Daripada Forbes Epigrams kita dapati: "Diamonds are chunks of coal that stuck to their jobs. " Kedua-dua benda ini (intan dan arang batu) terdiri daripada unsur yang sama iaitu karbon. Arang batu yang melalui proses perubahan selama berjuta juta tahun akhirnya berjaya menjadi bahan yang paling keras dan berharga. "Victory belongs to the most persevering" kata Napoleon Bonaparte.

AMALAN POSITIF 6. Tidak menjawab surat daripada pelanggan dengan serta merta akan membanyakkan bilangan surat yang akan dijawab kelak yang tentunya akan mengambil masa. Hal yang demikian juga membuang masa pelanggan kerana dia tentunya menunggu jawapan daripada pihak pegawai. 7. Ahli-ahli mesyuarat terpaksa membuang masa untuk menunggu mesyuarat bermula disebabkan kelewatan ahli-ahli penting hadir pada mesyuarat itu.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN (The Success of Perseverance) Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu. Bila kita sebut ketekunan yang tergambar dalam ingatan kita ialah semut. Serangga yang kecil ini tidak kenal penat lelah apabila melakukan sesuatu seperti membina sarang ataupun membawa makanan untuk kumpulannya. Biasanya sang semut akan memikul benda-benda yang berpuluh kali lebih berat daripada dirinya.

 Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar  Rajin dan sentiasa berusaha  Tekun dalam menjalankan tugas  Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan  Berdisiplin dalam setiap pekerjaan  Berpandanganjauh  Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah  Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi  Sanggup berkorban  Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas  Tidak patah semangat  Bercita-cita tinggi Contoh: 1. Keazaman dan kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan dan ini mendatangkan kepuasan. 2. Ketekunan hanya akan lahir jika terdapat disiplin diri yang tinggi. Antara cara yang baik untuk mendisiplin diri ialah dengan selalu membaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi

TONGGAK DUA BELAS kecekapan. Hidup akan penuh dengan cabaran dan ini akan membuat seseorang lebih bersemangat.

9. Apabila seseorang ketua terlibat dalam usaha-usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan, selalunya is mendapat tentangan daripada pegawainya. Kita perlu mempunyai semangat untuk mengatasi segala halangan yang dihadapi.

3. Tabah serta sanggup menghadapi segala rintangan dan cabaran adalah strategi untuk mencapai kecemerlangan yang tinggi. 4. Ketua pejabat yang mempunyai harapan yang tinggi untuk organisasinya tidak mudah patah semangat apabila melihat kekurangan sumber, contohnya seperti kekurangan kakitangan. Setiap cabaran dihadapi dengan tabah dengan melatih kakitangan dan terus berusaha mendapatkan sumber-sumber itu. Beliau tidak mudah hilang pertimbangan dan tidak ragu-ragu tentang kejayaannya. 5. Seseorang pegawai baru yang diberi tanggungjawab hendaklah sentiasa bersedia untuk bertugas dalam apa jua keadaan pun. 6. Seseorang pegawai perlu melihat segala kerjayanya dari sudut yang positif. Sekiranya ada kelemahan dalam memikul tanggungjawab, perlulah ia meningkatkan pengetahuan, ketabahan dan berpandangan jauh supaya dapat menghasilkan sumbangan yang berkesan untuk kerjayanya. 7. Seseorang pegawai perlulah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang profesional dalam bidangnya. 8. Seseorang pegawai perlulah bersedia menerima apa-apa arahan yang di luar bidang tugasnya. Ini termasuklah urusan-urusan rasmi di luar pejabat. Beliau perlu sanggup berkorban untuk organisasi dan negara.

KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN AMALAN NEGATIF DAN DILARANG            

Mudah tersinggung Kurang berdisiplin Mudah putus asa Tidak tekun Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan kena marah Tidak ada inisiatif Tidak kreatif Suka bertangguh Disuruh buat, baru buat

Contoh: 1. Seseorang yang mudah tersinggung dan bersikap negatif akan sukar membaiki kelemahan dirinya. Ini akan membuatnya malas, lembab, takut menghadapi cabaran dan tidak tekun dalam kerjanya. Dia akan ketinggalan dalam semua bidang. 2. Membuat kerja sebarangan atau "asal ada" adalah contoh pegawai dan kakitangan yang kurang berdisiplin. 3. Tabiat "disuruh buat, baru buat" boleh dihapuskan dengan menentukan standard yang mesti dicapai oleh setiap pekerja. Ketua organisasi hendaklah memastikan perkara ini dilaksanakan. 4. Tabiat suka bertangguh boleh diatasi dengan penyeliaan yang lebih rapi dan kerap.

TONGGAK DUA BELAS 5. Ketiadaan inisiatif di kalangan kakitangan terjadi apabila ketua tidak menghargai idea dan cadangan baru serta curiga akan kualiti idea dan cadangan tersebut. 6. Pegawai dan kakitangan yang terlalu sensitif, apabila dimarah atau ditegur kerana membuat kesilapan tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna kerana gangguan mental. 7. Pegawai dan kakitangan yang tidak kreatif akan melakukan kerja rutin sahaja hari demi hari dan tahun demi tahun. Ini bukan sahaja menjadikan dia bosan dengan kerjanya sendiri, bahkan orang lain pun akan menjadi bosan dengan sikapnya. 8. Pegawai dan kakitangan yang mudah berputus asa akan merugikan bukan sahaja dirinya sendiri bahkan organisasinya juga akan rugi kerana kurangnya daya usaha, inisiatif, daya kreatif serta inovatif. 9. Sikap "disuruh buat, baru buat" tidak akan menghasilkan kecekapan serta hasil kerja yang bermutu dan kreatif. Sebaliknya keadaan begini akan membazirkan masa pengurus kerana dia terpaksa mengawasi setiap langkah yang dibuat oleh pekerjanya.

3.

KESERONOKAN BEKERJA (The Pleasure of Working)

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran.

Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. Ketiga, jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf. "Work done spontaneously and joyfully is never oppressive," tegas Mahatma Gandhi.

AMALAN POSITIF     

Menganggap kerja sebagai ibadat Mempunyai inisiatif sendiri Menghasilkan sesuatu yang berfaedah Mempunyai komitmen terhadap kerja Sedia memberi kerjasama

Contoh: 1. Konsep kerja sebagai ibadat akan menimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas. 2. Keseronokan bekerja lahir daripada sikap positif terhadap tugas dan sesuatu tugas itu dihasilkan daripada inisiatif sendiri. 3. Kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru. 4. Untuk menjadikan seseorang pekerja itu seronok beliau hendaklah diberitahu bahawa kerjanya itu penting dan membantu organisasi itu; bahawa kerja yang bermutu akan diberi pengiktirafan dan bahawa sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.

TONGGAK DUA BELAS 5. Kerja tidak akan membosankan jikalau pekerja itu mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi menyeronokan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas. 6. Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif seseorang itu perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG  Menganggap kerja sebagai beban  Tidak komited  Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua  Tidak diberi masa yang mencukupi  Kerja tidak diiktiraf  Hanya menunggu arahan  Tidak berdisiplin  Tidak suka menolong  Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar  Tiada peluang untuk meningkat  Tidak dipercayai dan selalu dicurigai Contoh: 1. Seseorang yang menganggap kerja sebagai beban tidak akan bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Ini akan menimbulkan rasa jemu dan bosan. 2. Ada beberapa perkara yang menyebabkan bekerja itu tidak mendatangkan keseronokan. Persekitaran yang tidak kemas, rakan sejawatan yang tidak bekerjasama dan ketua yang tidak mengharapi kerja adalah di antara beberapa keadaan yang tidak mendorong seseorang itu bekerja dengan baik.

3. Tabiat "hanya menunggu arahan" adalah contoh kurang disiplin dan tidak bertanggungjawab. Inisiatif dan daya kreatif boleh membuat seseorang merasai keseronokan semasa bekerja. 4. Ketua yang selalu mencurigai kepemimpinan dan kebolehan pekerjanya akan menimbulkan rasa terasing di kalangan pekerja. Ketua seumpama ini tidak cekap dan tidak ada daya kepemimpinan yang baik. 5. Hal-hal yang mengganggu kerja dan mengakibatkan pekerja menjadi bosan, marah dan tidak berminat ialah: (i) Gangguan terhadap kerja yang sedang berjalan dihentikan kerana mengutamakan kerja-kerja berupa ad hoc, (ii) Ketua yang selalu mengubah-ubah keputusan atau membuat perubahanperubahan dengan mendadak,dan (iii)Pihak atasan yang mahukan hasil kerja dengan segera yang menyebabkan kerja itu menjadi tidak sempurna. 6. Rasa terasing yang dirasai oleh pekerja itu perlu dikikis kerana ia tidak mendatangkan semangat kerjasama. Rasa terasing akan menimbulkan sifat rendah diri yang tidak sihat dari segi pemupukan semangat berpasukan dan motivasi untuk meningkatkan produktiviti. 7. Pegawai dan kakitangan yang tidak suka membantu biasanya akan diasingkan oleh rakan-rakannya. Selain itu dia sendiri tidak akan dibantu dalam tugastugasnya walaupun dalam hal peribadinya.

TONGGAK DUA BELAS 8. Pegawai dan kakitangan yang selalu merasai jemu terhadap kerja dan lesu semasa membuat kerjanya adalah akibat sikap negatif terhadap kerja. Kerja dianggap tidak penting, diiktiraf dan mendatangkan sebarang keuntungan. Kelesuan wujud akibat kurangnya kreativiti dalam kerja kerana kerja dibuat secara rutin.

4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN (The Dignity of Simplicity) Kesederhanaan adalah sikap yang inenolak keterlaluan, sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan harmoni. Sesuatu yang keterlaluan, umparnanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang. Begitu juga orang yang suka menggunakan perkataanperkataan yang bombastic tidak begitu disenangi. Dalam tugas sehari-hari, sikap sederhana dalam percakapan, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian yang sopan dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi. Perbuatan seperti melambatkan kerja, ponteng kerja dan melanggar disiplin tidak boleh dibiarkan kerana ini bukan dianggap sederhana lagi. "Only those who have the patience to do simple things perfectly ever acquire the skill to do difficult things easily, " jelas Johann C. Schiller

AMALAN POSITIF  Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan  Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan  Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat

             

Bersifat pemaaf dalam pergaulan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Menepati janji Sedia menerima cadangan dan nasihat Jujur dan ikhlas Merendah diri Bijaksana dalam membuat pertimbangan Bermaruah dan berhemah tinggi Berjimat cermat Cermat dalam kata-kata Tidak memperagakan kemewahan Mesra dalam pergaulan Senang didampingi oleh semua pihak

Contoh: 1. Sesuatu kertas kerja yang dibuat hendaklah mudah difaham, tidak berbelit-belit, tidak terlalu tebal dan tidak mengandungi terlalu banyak rajah atau jadual yang tidak bersesuaian. Cadangan dalam kertas itu hendaklah mudah dilaksanakan. 2. Dari segi peribadi, orang yang sederhana tidak meninggi diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan, sedia menerima cadangan yang membina, merendah diri, jujur dan bijaksana. 3. Seseorang yang bersikap sederhana sentiasa memilih jalan pertengahan apabila berhadapan dengan dua keadaan extreme. Misalnya membeli alat pejabat, dia boleh berbelanja lebih untuk mendapatkan alat terbaik atau kurang berbelanja tetapi mungkin mendapatkan alat yang tidak berguna langsung. Kebijaksanaan berbelanja juga sifat seorang yang sederhana. 4. Amalan sedia menerima cadangan walaupun dari sesiapa, tanpa mengira pangkat. Kadangkala cadangan daripada orang bawahan yang terlibat dengan masalah itu lebih baik daripada pegawai-pegawai yang hanya tahu mengurus.

TONGGAK DUA BELAS 5. Sifat jujur adalah perilaku yang terpuji dan hendaklah ada pada setiap pegawai mahupun kakitangan. Pihak pegawai secara jujur hendaklah memberitahu kakitangannya secara berseorangan tentang apa yang diharapkan dari kerjanya, menegur kelemahannya dan memberi cadangan untuk membaikinya. 6. Seseorang yang bersifat sederhana tidak tamak menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan diri dan kedudukan. Misalnya, kalau dia tidak layak menikmati sesuatu kemudahan, dia tidak akan menipu atau mencari jalan untuk mendapatkannya. Andainya dia layak sekalipun dia tidak menagihnya dengan tamak. 7. Komunikasi secara lisan ataupun tulisan hendaklah senang difahami, tidak menggunakan perkataan yang pelik dan tidak biasa digunakan. Bahasanya mestilah mudah difahami.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG  Menonjol-nonjolkan diri  Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic  Berkelakuan mengada-ngada  Sombong dan meninggi diri  Menyukarkan persoalan yang mudah  Memperbesar-besarkan perkara kecil  Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi  Berlebih-lebihan mengampu ketua  Memperagakan kemewahan dan kedudukan  Membazir dan merosakkan harta kerajaan  Kerap menghias diri di pejabat  Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal.

Contoh: 1. Kesederhanaan tidak bererti sambil lewa dalam penghasilan keria. Kalau ini dilakukan, maka sikap demikian timbul kerana kemalasan dan tanpa disiplin serta tiada rasa tanggungjawab terhadap kualiti pekerjaan. 2. Menggunakan alat tulis seperti pen atau pensil untuk mendail telefon akan merosakkan harta kerajaan.Sikap ini tidak bertanggungjawab. 3. Berpura-pura dan berkelakuan berlebihlebihan adalah amalan yang tidak sederhana. Misalnya, seorang pegawai yang menonjol-nonjolkan diri jika ada majlis khas yang dihadiri pembesarpembesar negara dan ia cuba bercampur-gaul dengan mereka padahal, hal yang demikian bukanlah kebiasaan kelakuannya sehari-hari. 4. Ketua yang senang diampu adalah contoh peribadi yang rendah dan kurang disiplin dalam kepemimpinan. Ketua yang tegas dan adil dapat mengurangkan sifat suka mengampu ini. 5. Mempersukarkan persoalan yang mudah dengan merujuk kepada semua peraturan rasmi, walaupun tidak bersesuaian dengan tujuan untuk melengahkan keputusan. Perbuatan melengahkan keputusan ini terjadi kerana tidak cekap atau tidak bertanggungjawab. 6. Merosakkan harta benda kerajaan atau mendedahkannya sehingga mengakibatkan kerosakan ialah amalan yang tidak baik bahkan merugikan. Merugikan harta kerajaan bererti secara tidak langsung merugikan orang yang membayar cukai pendapatan.

TONGGAK DUA BELAS 7. Memperbesar-besarkan perkara kecil ialah penipuan dan menunjukkan sifat yang tidak jujur, lebih-lebih lagi jika kesalahan kecil diperbesarkan supaya orang yang bersalah itu akan dikenakan denda atau hukuman yang lebih berat. 8. Setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah mengelakkan diri daripada berpakaian tidak senonoh atau tidak sopan di pejabat atau semasa menghadiri majlis rasmi, misalnya memakai jeans, slacks, seluar pendek, selipar dan pakaian yang menjolok mata.

5. KETINGGIAN PERIBADI (The Worth of Character) Peribadi seseorang ialah "the total personality" - wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya dia membawa diri dalampergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan lagi hiasan luaran peribadi. Dari sifat dalaman pula seseorang itu perlu tenang, bersikap belas kasihan tetapi tegas, beramah mesra, kuat disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. "Buruk laku itu menambah buruknya amalan, sebagaimana cuka merosakkan madu, " ujar Imam Abu Hamid Muhammad alGhazali.

AMALAN POSITIF  Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan  Menyempurnakan tugas dengan amanah  Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab  Berilmu dan berpengetahuan luas  Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan  Sedia berkorban  Berlumba-lumba membuat kebajikan  Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan  Bersifat penyayang  Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran  Bertimbang rasa tetapi tegas  Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan  Taat setia dan patuh kepada arahan  Bersyukur dan menghargai kebaikan  Bersih daripada sifat dengki  Berani dan berpendirian teguh  Bertanggungiawab dan sedia berbakti  Jimat cermat dalam segala aspek  Tertib dan baik budi bicara  Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas  Cekal menghadapi cabaran  Bekerjasama dan saling hormatmenghormati Contoh: 1. Seseorang yang beriman dan bertakwa dapat dilihat daripada airmukanya yang jernih, bersih, manis dan menyenangkan. Dia cenderong ke arah kebaikan clan menggalakkannya serta peka kepada kejahatan dan mencegahnya. 2. Seseorang yang ikhlas tidak akan merasai terjejas dengan teguran, kritik, bangkangan dan pertentangan pendapat. Dia juga tidak merasai megah dengan pujian dan sanjungan. Teguran adalah peringatan ke arah kesempurnaan

TONGGAK DUA BELAS peribadinya dan pujian adalah amaran supaya dia mengawasi keikhlasannya. 3. Seseorang yang mencintai ilmu dan selalu menyebarkan kebaikan, sentiasa bijaksana dalam percakapan, tidak berlebih-lebihan, tidak memuji diri dan selalu memberi nasihat yang baik dengan ikhlas. Orang yang berilmu selalu menjaga lidahnya untuk menuturkan perkara yang benar, baik, mengajak kepada kebaikan, tidak mencerca, berbohong dan sebagainya. 4. Ketua yang adil selalu mengiktiraf kebaikan dan kelebihan orang lain dengan memberi peluang untuk meningkatkan kerjayanya. Seseorang yang adil selalu bersedia mengakui kesilapannya clan bersedia memaafkan kesilapan orang lain. 5. Seseorang yang tegas dan berani tidak teragak-agak mempertahankan kebenaran, kebaikan dan keadilan walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi. Namun begitu dia melakukannya secara sopan dan bijaksana. 6. Seseorang yang sentiasa menjaga maruah dirinya clan orang lain yang ia berurusan akan sensitif terhadap orang lain. Bila memuji dia ikhlas dengan pujiannya dan apabila menegur atau memarahi tidak di depan kakitangan yang lain. 7. Seseorang pegawai yang bertimbang rasa dan sentiasa sensitif terhadap kebajikan orang di bawah jagaannya akan melakukan sesuatu tanpa disuruh, asal sahaja behau sedar bahawa sesuatu itu perlu diambil tindakan. 8. Seseorang yang bersopan santun dan memahami adab bila berhadapan dengan orang yang lebih tua atau berpangkat lebih tinggi daripadanya, dia akan faham peranan dan kedudukannya

dan dengan itu tidak segan silu untuk menunjukkan perasaan hormat melalui tingkah laku yang sesuai. 9. Orang yang berilmu sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk pembangunan diri (self-development) dan juga bersedia mempelajari teknik-teknik baru dalam pekerjaannya. AMALAN NEGATIF DAN DILARANG  Selalu berpura-pura dalam tindakan  Bersikap sombong dan suka menunjuknunjuk  Sukar untuk membuat kebajikan  Suka mengumpat dan memtitnah rakan sejawat  Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan  Gopoh dalam bertindak  Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan  Mungkir janji  Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain  Pemarah dan tidak sabar  Khianat dalam melaksanakan tugas  Berdendam serta hasad dengki  Bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri  Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya  Mementingkan diri sendiri  Lembab dan malas berusaha  Pengotor dan selekeh dalam pembawaan  Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah  Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri  Suka membuat janji palsu  Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan  Percaya pada tahayul  Memfitnah orang lain  Suka mengintip salah silap orang  Tidak ada pendirian tetap  Tidak berdisiplin

TONGGAK DUA BELAS Contoh: 1. Pegawai yang perengus atau pemarah melemparkan fail kerana kerja-kerja yang diarah tidak memuaskan hatinya. Dia sepatutnya menyatakan perkaraperkara yang tidak memuaskan itu untuk diperbaiki. 2. Menggunakan kebudukan, kuasa dan kemudahan untuk memuaskan keperluan peribadi, misalnya membaiki atau membesar bilik pejabat mengikut selera peribadi.

8. Seseorang yang berdegil clan tidak mahu mengubah cara membuat sesuatu tidak akan maju kerana dia sentiasa berada pada tahap yang sama. Meluaskan pandangan dan mencuba sesuatu yang baru menunjukkan sikap ingin maju. 9. Sentiasa tuduh menuduh tanpa mencari punca sebenar. 10. Menjalankan urusan peribadi semasa waktu pejabat seperti ke bank, menghantar anak ke sekolah, bayar bil utiliti dan sebagainya.

3. Menerima rasuah. 4. Mengumpat dan menghina orang lain di khalayak ramai. 5. Kekejaman clan kezaliman boleh berlaku bila seseorang terlalu fanatik kepada sikap birokratik clan autokratik. Misalnya, setiap keputusan mesti mengikut peraturan rasmi walaupun tidakbersesuaian atau semua keputusan mesti dibuat oleh seseorang tertentu walaupun hanya perkara rutin. 6. Percaya kepada perkara yang tahayul akan merugikan bahkan ia membawa kepada syirik. Kita akan kerugian masa kerana sentiasa bergantung kepada untung nasib, rugi harta benda kerana berbelanja benda-benda yang tidak perlu. Ini akan menyebabkan kerugian dari segi keteguhan peribadi kerana sentiasa dalam keadaan takut dan risau. 7. Mengintip kesilapan orang lain adalah merupakan satu amalan yang buruk. Ini bererti kita selalu was-was dan ianya adalah dilarang dalam agama. la memburukkan perhubungan sesama manusia.

11. Antara amalan negatif yang menunjukkan sikap tidak berdisiplin ialah mengambil keputusan pada masa yang tidak sesuai untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu setiap pekerja tidak boleh membincangkan hal-hal peribadi pada waktu bermain di padang, di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI (The Power of Kindness) Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak merasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengan dia. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati, seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong. Mengapa kita sukakan sifatsifat sedemikian dan tidak yang sebaliknya? Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi manusia, iaitu sifat fitrah. Oleh kerana manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah menepikan sifat-sifat yang semula jadi dan perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik dan buruk. Pengawalan hawa nafsu amat penting dalam proses pembersihan diri daripada sifat-sifat buruk dan pengawalan ini hendaklah dilakukan melalui pemikiran yang waras dan wajar.

TONGGAK DUA BELAS Rasulullah (s.a.w.) bersabda, bermaksud: "Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa. "

AMALAN POSITIF  Bersopan santun setiap masa  Pemaaf dan berhemah tinggi  Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain  Ikhlas dan bertimbang rasa  Pemurah dalam usaha kebaikan  Mudah mesra dan bekerjasama  Merendah diri  Berbudi mulia  Boleh menerima teguran  Berlaku adil dalam semua tindakan  Sedia menerima cadangan

Contoh: 1. Seseorang itu sentiasa senang hati bila ada peluang membuat sumbangan. Dia menghulurkan bantuan dan memberi kerjasama walaupun tidak diminta. 2. Demi untuk meningkatkan perkembangan diri pekerja, seseorang pegawai hendaklah sentiasa bersedia memaafkan kesilapan kakitangannya kerana dia percaya bahawa kakitangannya mesti diberi peluang mencuba sesuatu yang baru walaupun terdapat kesilapan. 3. Seseorang yang berbudi mulia berterima kasih apabila menerima teguran dan dia sentiasa berwaspada dalam tindak tanduknya supaya orang yang berurusan dengannya akan sentiasa bertimbang rasa akibat dari keikhlasan dan kebaikannya. 4. Seseorang yang ikhlas lebih mementingkan penyelesaian masalah daripada mencari siapa yang melakukan kesalahan.

5. Sifat berhemah tinggi tidak menunjukkan sifat pilih kasih. Semua orang harus dilayan sama rata tidak kira pangkat dan kedudukan. Beliau tidak bertindak bersungguh-sungguh membantu seseorang yang berkedudukan tinggi, tetapi bertindak semata-mata kerana menjalankan tugas.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG  Kasar dan kurang sopan  Berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan  Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat  Tidak bertimbang rasa  Mementingkan diri sendiri  Sombong, bongkak dan membesarbesar diri  Bermuka-muka  Cepat menghukum tanpa siasatan  Cepat menuduh tanpa siasatan  Suka mencaci  Suka menghina orang  Tidak boleh menerima kritikan  Cepat membuat kritikan Contoh: 1. Sifat bermuka-muka melahirkan perilaku suka mengampu, terlalu menghormati orang berpangkat, tetapi tidak hormat kepada orang orang bawahan atau yang tidak mempunyai kedudukan. 2. Suka mengkritik hasil kerja pegawai dan kakitangan bawahan tanpa memberi cadangan untuk memperbaiki dan memberi tun juk ajar. 3. Sifat tidak bertimbang rasa dan cepat menghukum melahirkan perilaku cepat mengambil keputusan sebelum memahami masalah dalam perspektif sebenarnya. Misalnya, seorang juruwang tidak dapat balance kira-kiranya kerana

TONGGAK DUA BELAS kekurangan sepuluh sen diambil tindakan disiplin di atas kelalaiannya, pada hal juruwang itu memang amanah dan cekap bekerja tetapi kerana sebabsebab tertentu kesilapan itu berlaku di luar pengetahuan atau kuasanya. 4. Seseorang yang ditegur dengan baik kerana kesilapannya, menyimpan perasaan dendam terhadap si penegur tadi. 5. Sifat suka mencaci perilaku orang lain dan menuduh yang bukanbukan di depan khalayak.

7. PENGARUH TELADAN (The Influence of Examples) Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang membangun disebabkan pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Sebaliknya keruntuhan tamadun disebabkan kelemahan, kebodohan dan kelalaian pemimpin-pemimpin.Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain. " Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepemimpinan, tunjuk-ajar, akhlak, tutur kata atau tingkah lakunya yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Seterusnya baginda bersabda: "Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka is mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan Siapa yang memberi contoh kejahatan maka is mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat. "

AMALAN POSITIF  Sentiasa berkelakuan baik  Tidak tamak kepada harta dan kedudukan  Bermoral dan berakhlak tinggi  Tertib dan beradab sepanjang masa  Rajin dan kuat bekerja  Amanah dan bertanggungjawab  Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha  Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri  Berpandanganjauh  Berdisiplin dalam semua tindakan  Sanggup berkorban setiap ketika  Bekerjasama untuk kebaikan  Sederhana dalam tindakan dan tutur kata  Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran  Berbudi mulia serta merendah diri  Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat  Bersih hati dan fikiran Contoh: 1. Pemimpin yang berbudi mulia sangat mudah ditaati, dihormati, disegani dan bukan ditakuti. Dari cara ia berkomunikasi, seorang dapat membuat tanggapan tentang peribadinya. 2. Pemimpin yang boleh dicontohi ialah pemimpin yang luas pembacaannya. Pembacaan yang sempit dan sikap malas membaca walaupun kertas-kertas kerja yang perlu dibentangkan dalam satusatu majlis adalah perbuatan yang memalukan. 3. Perangai tamak seseorang itu tidak semestinya berkaitan dengan harta benda sahaja tetapi digambarkan secara keseluruhannya dari segi perilakunya. Misalnya, seseorang yang berilmu tidak akan tamak dengan ilmunya. Ilmu adalah untuk dimanfaatkan bersama, bukannya disembunyikan.

TONGGAK DUA BELAS 4. Ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi. 5. Sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini dihormati pekerja dan lebih mudah mengawal organisasi. 6. Seseorang yang mengutamakan masyarakat, tidak mengharapkan apaapa ganjaran kerana padanya sumbangan yang baik daripadanya sudah cukup sebagai ganjaran. Mementingkan diri sendiri sebenarnya menyempitkan peluang dan rezeki kerana peluang dan rezeki yang luas datangnya daripada pergaulan kita dengan masyarakat. 7. Tertib dan beradab mencerminkan seseorang yang penuh disiplin dalam urusan hidupnya, tahu berinteraksi sesama manusia, tahu membawa diri dalam semua situasi dan persekitaran serta tahu peraturan-peraturan dan etiket sosiobudaya bangsanya.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG      

Buruk perangai dan tingkahlaku Jahil dan tidak suka membaca Hasad dengki dan buruk sangka Mempersendakan agama Kedekut dan bakhil Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab  Suka mengumpat dan mengadudomba  Terlalu sensitif dan cepat marah  Tidak kenal budaya sendiri  Hipokrit serta berpura-pura  Tidak berpandangan jauh

Contoh: 1. Sifat tidak bermoral seperti ketawa berdekah-dekah bila mendengar jenaka lucah atau menceritakan jenaka lucah dalam mesyuarat, majlis rasmi dan sebagainya. lni juga menimbulkan perilaku suka mencarut. 2. Orang yang bermuka-muka atau hipokrit kelihatan bersungguhsungguh untuk membaiki tingkah laku orang lain yang dianggap tidak betul tanpa menyedari dia sendiri membuatnya. Misalnya, dia menyuruh orang berjimat cermat sedangkan dia sendiri boros, atau menyuruh orang lain bekerjasama dan hormat-menghormati pada hal dia sendiri suka menghina orang lain. 3. Orang yang jahil gemar memberi komen atau pandangan terhadap sesuatu perkara yang dia tidak mengetahui tentangnya. 4. Sifat mempersendakan agama menimbulkan perilaku yang memandang rendah akan hukum-hukum dan peraturan agama. Misalnya, endah tidak endah bila diberi salam dan apabila bersalaman genggamannya longgar dan tidak bertentangan mata. 5. Sifat tidak mengenali budaya sendiri, misalnya meletakkan kaki di atas meja, bercakap takbur clan bermegah di atas pencapaian diri sendiri. 6. Sifat buruk sangka, hasad dengki dan tamak adalah merbahaya dalam organisasi. Perangai ini akan menimbulkan banyak konflik dan mewujudkan suasana curiga-mencurigai.

TONGGAK DUA BELAS 7. Ketidakupayaan seseorang ketua berkomunikasi secara berkesan menyebabkan pegawainya salah faham tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan atau maklumat-maklumat yang hendak disebarkan.

 Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara  Accountable  Sentiasa belajar dari kesalahan  Bersikap profesional dan cekap

8. Tingkah-laku yang buruk ialah seperti berebut-rebut untuk mengambil makanan, mengisi pinggan sepenuhpenuhnya, bercakap semasa makan, mencungkil gigi di hadapan orang lain dan membuang hingus atau kahak.

Contoh:

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS (The Obligation of Duty) Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untungrugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan. Oleh yang demikian, sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya tugas dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat. Peribahasa Cina telah menegaskan: "Thinking well is wise, planning,well is wiser, doing well is the wisest and best of all. "

1. Sifat bistari akan membolehkan seorang itu berfikir semasa menjalankan tugasnya dan dapat membuat unjuran mengenai masalahmasalah yang akan timbul serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikannya dengan baik di samping mengambil langkah-langkah pencegahan. 2. Untuk menjalankan sesuatu tugas dengan berkesan, kita perlu memahami visi dan misi organisasi dengan jelas. 3. Apabila seseorang mengambil alih sesuatu tugas baru, jangan tergesa-gesa memperkenalkan perubahan tanpa mengetahui latar belakang organisasi yang dipimpin secara terperinci. 4. Mendengar dengan aktif akan membolehkan seseorang individu menjalankan tugasnya dengan teliti, oleh kerana tiap-tiap langkah yang terlibat telah diberi perhatian dengan terperinci. 5. Jika hasil kerja yang memuaskan diberi pengiktirafan, maka tugas yang dijalankan akan menimbulkan kegembiraan.

AMALAN POSITIF

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

 Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan  Tekun dan sabar menjalankan tugas  Selalu mempunyai inisiatif sendiri  Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas  Mementingkan kualiti  Cergas dan pantas bekerja

 Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab  Tidak boleh diharap  Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas  Tidak taat kepada arahan  Tidak bertangguh-sungguh  Suka bertangguh

TONGGAK DUA BELAS  Mengelak daripada tanggungjawab  Tidak peka kepada kualiti  Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri  Bekerja sambil lewa  Tidak cermat dengan harta kerajaan  Sentiasa membuat kesilapan kerja  Tidak ikut peraturan  Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar  Tidak suka membantu rakan sejawat  Berniaga di waktu pejabat Contoh: 1. Tidak peka kepada kualiti akan menimbulkan sikap "asal ada" atau "asal menjalankan tugas" seperti tidak meneliti sesuatu tugas dengan mendalam sebelum dilaksanakan. 2. Sifat "tidak boleh diharap" melahirkan perilaku yang tidak mempunyai sense of urgency dalam melaksanakan tugas. Misalnya, apabila diberi tempoh selama sepuluh hari untuk menyiapkan sesuatu tugas tetapi selepas dua minggu masih belum disiapkan, jikalau disiapkan pun hasil kerja kurang memuaskan. 3. Sifat menyeleweng melahirkan ketegangan peribadi semasa menjalankan tugas dan kadang kala terbawa-bawa dalam membuat keputusan. Misalnya, seorang ketua unit meminta sesuatu, tetapi oleh kerana dia tidak disukai oleh pihak atasan, maka segala keperluan unitnya tidak diberikan. 4. Apabila sesuatu tugas menghasilkan kejayaan, kejayaan itu dianggap hasil dari usahanya sendiri tetapi sekiranya timbul sesuatu masalah, ia akan cuba menyalahkan orang lain. Sifat ini mencerminkan sifat yang tidak accountable.

5. Ketaatan perlu dilihat dalam konteks yang lebih meluas. Mencurigai ketaatan seseorang itu terhadap seorang ketua akan menyebabkan hilangnya dorongan untuk bekerja. 9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT (The Wisdom of Economy) Menurut peribahasa Cina: "He who will not economise, Will have to agonise. " Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Ini kerana tabiat tidak berhemat lambatlaun akan mendatangkan kerugian sematamata. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Ia juga seharusnya tahu menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain. AMALAN POSITIF  Berhati-hati bila berbelanja  Accountable  Tidak membazir harta kerajaan  Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan  Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik  Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan  Mengadakan sistem kewangan yang berkesan  Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

TONGGAK DUA BELAS Contoh: 7. Seseorang yang bersifat accountable mempunyai jiwa yang luhur dan berdisiplin kerana conscience sentiasa memberi panduan agar jujur kepada dirinya, kepada ketuanya, kepada negara dan akhir sekah kepada Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

1. Keperluan organisasi adalah untuk faedah seluruh anggota organisasi bagi mencapai matlamatnya. Tetapi kemewahan bersifat individu, biasanya menurut kemahuan ketua. Dua perkara ini mesti dibezakan dalam pengurusan. 2. Sifat berhati-hati bila berbelanja diperlihatkan dengan mengutamakan perbelanjaan untuk keperluan organisasi daripada perbelanjaan untuk tujuan bermewah-mewah. Contohnya, pembelian kerusi dan meja baru untuk kakitangan lebih diutamakan daripada menukar kerusi dan meja ketua.

8. Teladan yang baik ialah pemimpin yang tahu membezakan antara keperluan organisasi dan kemewahan. 9. Penjawat awam perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Sifat berhati-hati ini perlu diamalkan di semua peringkat daripada perancangan hinggalah ke peringkat pelaksanaan dan seterusnya dalam penjagaan, penyelenggaraan, baik pulih dan penjualannya.

3. Keadaan pejabat yang kotor dan tidak terurus mencerminkan tiadanya daya usaha menyelenggarakan harta kerajaan dengan baik.

10. Seseorang penjawat awam yang mengendalikan kewangan kerajaan perlu mengadakan sistem kewangan yang berkesan dan dari semasa ke semasa mengikuti kursus-kursus yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam pengendalian kewangan. Wang kerajaan adalah wang rakyat yang perlu diurus dengan amanah dan cekap.

4. Sifat accountable dapat dilihat misalnya dalam perilaku organisasi yang menentukan jumlah perbelanjaan yang tepat. Contoh sifat tidak accountable ialah seperti mengemukakan permohonan perbelanjaan yang berlebihan dari yang diperlukan, dengan harapan jumlah yang sebenar akan diperolehi. 5. Kesedaran kepada prinsip "hasil" kerajaan datang daripada rakyat membuat sesebuah organisasi mengutamakan kepentingan rakyat. Misalnya, Pejabat Daerah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memudahkan rakyat membayar cukai dan mendapatkan perkhidmatan yang segera. 6. Orang yang cermat dan berhemat dengan harta sendiri atau harta kerajaan mempunyai sifat yang terpuji. Sifat ini akan menjamin harta benda itu tahan lama dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak. Kerosakan bererti mengakibatkan pembaziran wang.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG     

Boros dan suka membazir Memperaga kehebatan dan kemewahan Suka bermewah dengan harta kerajaan Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya  Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

TONGGAK DUA BELAS Contoh: 1. Tidak memadam lampu, menutup pendingin udara dan menutup paip air apabila telah digunakan. 2. Sifat boros boleh dilihat misalnya apabila menyediakan makanan yang terlalu banyak di dalam majlis-majlis rasmi, membazirkan masa dalam perbualan telefon dan menggunakan telefon di pejabat untuk kegunaan persendirian. 3. Pembelian alat-alat kelengkapan yang canggih dan mahal tetapi tidak digunakan sepenuhnya. 4. Tidak menyediakan alat kelengkapan dan keperluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 5. Memperagakan kemewahan, misalnya menggunakan wang yang berlebihan untuk menghiasi bilik-bilik pejabat. 6. Membiarkan pemandu menggunakan kenderaan di bawah jagaannya untuk kegunaan persendirian serta membiarkan harta kerajaan tanpa jagaan yang rapi. 7. Sifat bakhil terhadap keperluan organisasi menimbulkan sikap tidak peduli kepada masalah yang perlu diselesaikan, tetapi mengutamakan halhal lain yang tidak penting. Misalnya, membeli peti TV untuk kegunaan peribadi ketua sedangkan seorang kerani memerlukan kerusi baru kerana yang ada sudah rosak dan perlu diganti. 8. Menggunakan telefon di pejabat untuk kepentingan peribadi. 9. Mencetak borang atau dokumendokumen melebihi keperluan, akan mengakibatkan pembaziran wang kerajaan.

10. Mencari jalan mudah untuk kaya dengan mengamalkan rasuah, pilih kasih dan sebagainya.

10. KEUTAMAAN KESABARAN (The Virtue of Patience) Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengatur langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai wawasan itu. Kelakuan gopoh-gapah tidak membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga segala keadaan menjadi kucar-kacir dan rumit.Rasulullah(s.a.w.)bersabda bermaksud: "Sabar itu salah satu daripada cabang iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan. " Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sebagai kepala sesuatu badan.

AMALAN POSITIF  Tenang menghadapi masalah rumit  Mempunyai perhitungan jauh  Tahan menerima cabaran  Tidak putus asa  Pemaaf dan berhemah tinggi  Cermat dalam tutur kata

TONGGAK DUA BELAS Contoh: AMALAN NEGATIF DAN DILARANG 1. Sifat tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh melahirkan ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan yang bijaksana. Kalau sifat-sifat ini tidak ada atau kurang diperhatikan, akan timbul perilaku yang gopoh-gapah, lekas panik, penakut dan was-was. 2. Bertimbang rasa dapat menghalang sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu kerja terlalu hendak dipercepat, semata-mata untuk memuaskan kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan kerja tidak sempurna. Ini akan membawa salah faham dan permusuhan. 3. Seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan kerajinan di dalam kerjayanya akan diberi pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang. Pegawai mithali seperti ini boleh dicontohi serta dinaikkan pangkat. 4. Kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan boleh dielakkan sekiranya setiap masalah disiasat, dianalisis serta diberi pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan dibuat. 5. Keutamaan sesebuah organisasi ditentukan oleh ketuanya. Walaupun begitu seseorang pekerja yang sabar tidak bersungut bila keutamaan organisasi berubah, malah terus berusaha melaksanakannya. 6. Salah satu sifat terpuji ialah mendengar dengan sabar sesuatu ucapan bila berada dalam sebarang majlis dan tidak meninggalkan majlis sebelum tamat.

 Selalu mengubah pendirian dan keputusan  Tidak sanggup berkorban  Takutkan cabaran  Lekas mengalah  Berpandangan sempit  Tidak tahan menghadapi kesusahan  Tidak bertanggungjawab

Contoh: l.

Sifat pemarah melahirkan perilaku cepat mencari kesalahan dan memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu kecil sahaja.

2. Mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah seperti mengambil dadah, minum arak dan berjudi akan mendatangkan kemudaratan. 3. Tanpa sifat sabar, seseorang akan rasa sukar dan lemah semangat bila menerima cabaran besardalam menjalankan tugas. Sifat lekas mengalah menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti. 4. Memotong baris ketika beratur di kantin atau dewan makan. 5. Suka menonjol diri di khalayak ramai. Misalnya, terlalu banyak bercakap dalam mesyuarat. 6. Cepat membuat kesimpulan tanpa usul periksa apabila sesuatu ekspektasi tidak tercapai. 7. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pujian dan anugerah adalah contoh perbuatan yang tidak ikhlas.

Page 33

TONGGAK DUA BELAS 11. PENINGKATAN BAKAT (The Improvement of Talent) Semua manusia mempunyai bakat. Cuma lebih atau sedikitnya berbeza di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Mengapa bakat perlu ditingkatkan? Bakat ialah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Hal yang demikian penting bagi kita kerana persekitaran yang ada sentiasa berubah. Perubahan membawa kepada peningkatan hidup yang lebih selesa. Oleh itu sebarang bakat baik dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan yang lainnya memang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Pemupukan bakat bukanlah secara paksaan tetapi dengan gaya yang tersendiri mengikut masa dan keadaan. Rabindranath Tagore pernah menegaskan: "Not hammer strokes, but dance of the water sings the pebbles into perfection. "

Contoh: 1. Apabila wujud pengiktirafan kepada usaha-usaha original, maka seseorang yang mengemukakan idea-idea itu akan merasa bangga jika ia dilaksanakan, tetapi tidak diremehkan jika tidak sesuai. 2. Apabila seseorang kakitangan yang mempunyai idea-idea baru memberitahu atau menyampaikan kepada ketuanya, maka idea itu tidak dibiarkan begitu sahaja, tetapi dibincang dan diambil perhatian. 3. Semua kakitangan dianggap berbakat dan digalakkan untuk mengetengahkan bakat masing-masing dalam sebarang bidang. 4. Menggalakkan penubuhan kelab-kelab yang bersifat kreatif, misalnya kelab seni dan budaya, kelab fotografi dan kelab lukisan.

AMALAN POSITIF  Memberi dorongan terhadap kreativiti  Memberi pengiktirafan kepada usahausaha original  Memberi galakan kepada pemikiran baru  Berani mencuba idea-idea baru  Mengenal bakat-bakat yang ada  Memupuk bakat-bakat yang ada  Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif  Menggalakkan percambahan fikiran  Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

5. Memberi hadiah kepada kakitangan yang telah melahirkan idea-idea kreatif yang dilaksanakan oleh organisasi. 6. Memberi penghargaan dimajlis perhimpunan kepada kakitangan yang telah menunjukkan bakat serta prestasi yang baik di dalam sesuatu bidang. 7. Memberi peluang kepada anggota organisasi menikmati kesenian yang berkualiti seperti persembahan simfoni dan gamelan. Di samping itu, jabatan hendaklah mengadakan pertunjukan pentasnya sendiri.

TONGGAK DUA BELAS AMALAN NEGATIF DAN DILARANG      

Menyekat pemikiran baru Tidak menggalakkan percubaan Takut mencuba sesuatu yang baru Tidak menghargai bakat yang ada Memperkecilkan usaha-usaha original Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti  Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

Contoh: I . Sesuatu idea yang baik akan terbiar begitu sahaIa apabila terdapat sikap takut unluk mencuba. 2. Anggota organisasi diminta oleh pengurusan untuk memberi idea. cadangan atau fikiran tetapi kesemua usaha itu tidak diberi perhatian. Amalan begini boleh menyekatkan daya kreatif anggota organisasi dan hilang kepercayaan kepada pengurusan. 3. Takutkan perubahan akan menghalang lahirnya idea-idea baru dalam organisasi. 4. Perasaan dengki akan menghalang kreativiti dan pemikiran baru. 5. Anggota organisasi yang berbakat akan hilang minat dan daya usahanya jika bakat mereka tidak dihargai.

12. NIKMAT MENCIPTA (The Joy of Originating) Kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Penciptaan aliranaliran seni membawa kepuasan sama ada dari segi keharmonian bentuk, warna dan bunyi yang memuaskan pancaindera. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana is memanfaatkan orang ramai. Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu dihasilkan secara baik dan indah, bukan sahaja elok dipakai bahkan indah dipandang. Inilah manusia yang sebenarnya seorang seniman. Sir Wilfred Grenfell ada mengatakan: "Real joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something worthwhile. "

AMALAN POSITIF  Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan  Sentiasa berada dalam cabaran intelektual  Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah  Over-zealous dengan pekerjaan  Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran  Senang 'bermain' dengan idea dan berani mencuba

TONGGAK DUA BELAS Contoh: AMALAN NEGATIF DAN DILARANG l.

Idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada mulanya diragui dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang biasa. Apabila dilaksanakan cara ini didapati sangat baik, memudahkan orang ramai membuat bayaran dan pungutan hasil.

2. Konsep lanskap pejabat pada mulanya tidak menyakinkan, tetapi setelah dilaksanakan bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan, hasilnya akan dapat menggembirakan semua orang.

 Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada  Takut menemui kegagalan  Memandang remeh usaha orang lain  Pemikiran tidak dinamik  Mempertahankan status quo secara membuta tuli  Tidak suka pembaharuan  Tidak sabar dalam penciptaan baru Contoh:

3. Idea memainkan piped music di pejabatpejabat pada mulanya dianggap canggung dan mengganggu, tetapi bila dilaksanakan dengan betul boleh menghilangkan rasa jemu bekerja atau jemu menunggu dan menimbulkan suasana gembira.

1. Suatu masa dahulu ada percubaan untuk menembak awan yang membawa hujan bagi mengelak banjir, tetapi usaha ini bertentangan dengan kehendak alam dan akibatnya boleh menimbulkan kemarau. Ini merupakan pemikiran yang tidak rasional.

4. Alam sekitar disesuaikan untuk mewujudkan ciptaan baru misalnya, Jambatan Temerloh menggunakan satu tiang besar sahaja untuk mengelak daripada dirempuh kayu-kayu balak semasa banjir. Jambatan lama yang mempunyai banyak tiang telah runtuh semasa banjir kerana sampah sarap terkumpul di situ.

2. Sifat memandang remeh usaha orang lain timbul kerana perasaan hasad dengki dan rendah budi pekerti.

5. Mengatasi masalah pentadbiran dengan formula tertentu ataupun mengeluarkan pekeliling khusus contohnya, Pekelilingpekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

3. Jika tidak sabar mencuba setiap perkara baru, tidak akan lahir kejayaan daripada pemikiran baru. 4. Sifat takut menemui kegagalan akan melemahkan organisasi, menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti. 5. Contoh pemikiran tidak dinamik ialah suka mengetepikan cadangan atau pemikiran baru sebelum diteliti dengan sebaik-baiknya.

TONGGAK DUA BELAS

SUMBER PETIKAN 1. Menghargai Masa (The Value of Time) La Bruyere dipetik daripada The Reader's Digest Great Encyclopedic Dictionary. N. Y.: The Reader's Digest Association, Inc., 1975. 2. Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of Perseverance) Forbes Epigrams dipetik daripada The Reader's Digest Great Encyclopedic Dictionary. N.Y..: The Reader's Digest Association, Inc., 1975. 3. Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working) Mahatma Gandhi dipetik daripada Katakata Bestari Kepimpinan. K.L.: Arkib Negara Malaysia, 1984. 4. Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity) Johann C. Schiller dipetik daripada The Reader's Digest Great Encyclopedic Dictionary. N.Y.: The Reader's Digest Association, Inc., 1975. 5. Ketinggian Peribadi (The Worth of Character) Imam Ghazali dipetik daripada Katakata Bestari Kepimpinan. K.L.: Arkib Negara Malaysia, 1984. 6. Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness) Hadith dipetik daripada Kata-kata Bestari Kepimpinan. K.L.: Arkib Negara Malaysia, 1984.

7. Pengaruh Teladan (The Influence of Examples) Hadith dipetik daripada Kata-kata Bestari Kepimpinan. K.L.: Arkib Negara Malaysia, 1984. 8. Kepimpinan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty) Peribahasa Cina dipetik daripada R. G. H. Siu, The Master Manager. N.Y: New American Library, 1982. 9. Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy) Peribahasa Cina dipetik daripada R.G.H. Siu, The Master Manager. N.Y: New American Library, 1982. 10. Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience) Hadith dipetik daripada Kata-kata Bestari Kepimpinan. K.L.: Arkib Negara Malaysia, 1984. 11. Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent) Rabindranath Tagore dipetik daripada The International Thesaurus of Quotations. N.Y.: Thomas Y. Crowell Co., 1973. 12. Nikmat Mencipta (The Joy of Originating) Sir Wilfred Grenfell dipetik daripada The Reader's Digest Great Encyclopedic Dictionary. N.Y.: The Reader's Digest Association, Inc., 1975.

Related Documents

Gurindam Dua Belas
October 2019 40
Tonggak 12
May 2020 20
Tonggak Duabelas
October 2019 25
Tonggak 12
November 2019 26
Belas Fotografias
October 2019 14