Audio visual merupakan bahan bergambar dan beraudio yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain sama ada
dalam
bidang
perniagaan,
seminar,
proses
pembelajaran
dan
pengajaran dan sebagainya. Perisian yang digunakan biasanya adalah slaid powerpoint. Namun demikian, bagi memastikan penggunaan audio visual yang berkesan dalam proses penyampaian sebarang maklumat tersebut banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Keadaan ini bukan sahaja untuk keberkesanan sesuatu penyampaian ataupun persembahan slaid malah ia adalah
untuk
menarik
minat
orang
yang
melihat
dan
mendengar
persembahan slaid tersebut.
Antara perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan sesebuah pembentangan ialah tentukan situasi atau tempat pembentangan iaitu berkenaan jumlah peserta yang megikuti seminar dan keluasan dewan yang digunakan
serta
objektif
seminar
tersebut.
Selain
itu
perlu
juga
mengambilkira ciri-ciri mereka yang mengikuti seminar tersebut. Ini bagi memastikan bahan persembahan bersesuaian dengan tema seminar dan peserta yang menghadiri seminar tersebut.
Kesesuaian bahan persembahan juga amat penting bagi menentukan keberkasanan sesuatu seminar. Hal ini amat penting kerana bahan yang disampaikan bersesuaian dengan tema seminar dapat menarik minat peserta dan memberi tumpuan. Kesesuain bahan tersebut adalah berkaitan
dengan fakta yang disampaikan dan boleh menjelaskan fakta dengan tepat dengan bukti yang kukuh.
Disamping itu kualiti teknikal bahan pembentangan juga amat penting yang mengambil kira kesesuaian warna yang digunakan, animasi, tulisan yang jelas, gambarajah yang bersesuaian serta maksud sesuatu gambar yang ditunjukkan adalah jelas dan tidak mengelirukan mana-mana pihak. Jangan sesekali menggunakan gambar yang mengelirukan serta gambar porno.
Kesimpulannya, penggunaan audio visual yang berkesan dalam seminar haruslah menitikberatkan perkara-perkara ataupun tips-tips di atas. Persembahan bahan yang menarik dan jelas akan menarik minat peserta yang datang.