Tiga tanda orang berhasad dengki Luqman Al-Hakim ada memberkan nasihat panjang Luqman anaknya yang di riwayat oleh Al-Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury. Antara kata-kata hikmahnya adalah: “ Hai anakku!, janganlah engkau meletakkan kebaikkanmu itu, keculai di sisi penjaganya. Hal ini seperti tidak ada pesahabatan antara kambing biri-biri dan serigala. Begitulah jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan orang yang jahat.” “Hai anakku!, jadilah engkau hamba kepada oaring yang baik, dan jaganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.” “Hai anakku!, janganlah engkau meminta sesuatu perkara itu dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan. Hal ini kerana yang demikian out akan memperlekehkan pandangan dan akal pikiranmu. “Hai anakku!, sekiranya enkau beradab walaupun sedikit, engkau akan peroleh faedah yang banyak.” “Hai anakku!, lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya, nescaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak. Jadilah engkau orang yang sederhana dan jaganlah boros. Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros.” “Hai anakku!, lazimlah dirimu dengan hikmah, nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama Allah s.w.t.” Luqman berkata lagi,: “Hai anakku!, ada tiga tanda orang yang berhasad dengki itu. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila dia tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.” Beliau juga berpesan: “Hai anakku!, barang siapa yang memikul sesuatu dan dia tidak terdaya, akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina.” Seterusnya katanya: “Hai anakku!, janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh. Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”
“Hai anakku!, berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya). Pemandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amatlah buruk.” Dan dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anakknya: “Hai anakku!, merendah dirilah engkau dengan kebenaran, nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.” “Hai anakku!, barang siapa yang lalai dengan permusuhan, di akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya, dia telah berdosa. Maka, berkatalah dengan dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap. Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”