Rumusan Pembentangan "The Example" by Kamil Tajuk “The Example” merujuk kepada contoh teladan seluruh ummat Islam iaitu Nabi Muhammad saw. Sesi ke-2 enrichment class yang berlangsung di Dongyang Technical College ini ibarat sesi diskusi minda mengenai keperibadian, kepimpinan Rasulullah sepanjang baginda berhubungan dengan ahli keluarganya, sahabatnya, musuhnya, non-muslim dan lain-lain yang sepatutnya dicontohi oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Saya membuka medan bicara dengan memaparkan 5 prinsip utama untuk menjadi manusia yang hebat sebagaimana yang digariskan oleh pakar-pakar motivasi hebat dunia iaitu : 1) 2) 3) 4) 5)
Mission Statement (jelas halatuju) Character Building (pembentukan sahsiah diri) Self-controlling (selia kendiri yang hebat) Strategic Collaboration (kesatuan,perpaduan)
Total Action (tindakan menyeluruh)
Lantas, saya menimbulkan persoalan kepada hadirin, jika betullah ini pakej untuk menjadi manusia yg hebat sebagaimana kata sarjana Barat. Adakah Islam yang diyakini kebenaran itu tidak menyediakan pakej sebegini untuk menjadi manusia yang hebat sehebat Rasulullah yang diakui sendiri oleh seorang penulis Barat, Michael Hart? Maka, sebenarnya Islam telah menyediakan kesemua pakej tersebut iaitu: 1) 2) 3) 4) 5)
Syahadah yang jelas dan suci Solat yang membentuk keperibadian yang mulia Puasa yang mampu mengawal nafsu Zakat yang mencerminkan kesatuan dan budaya saling membantu Haji yang menggambarkan tindakan yang menyeluruh kita dalam Bergama
Hakikatnya, semua dari kita berhak menjadi manusia yang hebat hanya dengan mengikuti kewajipan-kewajipan yang sedia ada + PENGHAYATAN yang mendalam terhadap setiap suruhan yang dilaksanakan. Seterusnya, apabila kita sudah mampu memperbaiki diri kita, tiba pula masa untuk mengajak orang lain untuk bersama-sama dalam kebaikan. Dan saya menekankan, soal mengajak kepada kebaikan ini merupakan suatu perkara subjektif yang tiada satu dan duanya. Bahkan ia memiliki beribu-ribu cara, dan bermatlamatkan satu perkara. Buat seorang penulis, sedarlah tinta penamu mampu mengetuk pintu hati manusia yang lalai, buat seorang jurugambar, lasermu yang mahal itu sudah cukup untuk mengetuk mata-mata kealpaan insan bergelar
manusia dan juga buat seorang pemidato, tutur katamu mampu meluluhkan lautan keegoan seorang hamba. Maka, gunakanlah setiap inci kelebihan yang engkau miliki untuk menyeru manusia kearah kebaikan kerana itulah tugas utama kita sejak diputuskan untuk hadir ke dunia ini. Sila tengok slideshow yang disediakan untuk maklumat lanjut ^^.