Terjemahan Teks Ucapan Wakil Peserta KIBAR Mukaddimah: Dengan BismilLah AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat. Pembukan: Terima kasih kepada Pengacara Majlis. Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud. Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin. Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi. Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain. Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah. Pengerusi Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Us. Abdin Umar. Semua Tenaga Pengajar SMAIP. Serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Isi Ucapan: Saya sebagai Wakil Peserta KIBAR sukacita menyatakan di sini bahawa saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu dalam segenap bidang. Saya juga bukanlah orang yang paling fasih bertutur dalam Bahasa Arab. Mungkin ada orang yang lebih fasih daripada saya dan lebih layak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan selaku Wakil Peserta Kibar pada pagi yang sungguh indah ini. Tetapi setelah semua peserta sepakat memilih saya untuk menjadi wakil melalui undian, maka saya tidak kuasa untuk menolaknya. Jemaah Guru dan rakan peserta yang dikasihi sekalian. Pertama sekali: sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua di atas keprihatinan kometmen serta iltizam beliau terhadap anakanak didik beliau yang menyertai Program KIBAR yang sungguh bermanfaat ini. Yang kedua: saya bagi pihak semua peserta Kibar merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan syabas kepada AJK Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab “KIBAR” di atas kesungguhan serta kometmen mereka melaksanakan kibar mulai dari awal pagi hingga hanpir ketengah malam setiap hari selama seminggu tanpa henti, khusus untuk mendidik, mengajar dan mentarbiah kami anak-anak yang masih “KECIL” sehingga objektif diadakan kursus ini iaitu men “DEWASA”kan kami dengan agenda-agenda yang cukup bermanfaat. Sebenarnya sebelum “KIBAR” dilancarkan kami memang tidak mampu bertutur dalam Bahasa Arab sekalipun kami telah lulus setiap kali peperiksaan diadakan setiap dua kali setahun. Setelah diberi pendidikan melalui percubaan dan pengamalan yang berterusan dalam Bahasa Arab ini selama seminggu, kami merasakan bahawa kami berjaya di “DEWASA”kan hari demi hari. Kadang-kadang kami tidak menyedari bagaimana kemampuan kami menuturkan Bahasa Arab bertambah setiap detik yang berlalu. Kami
jadi pembelek dan pengkaji pelbagai jenis kamus tanpa disuruh oleh sesiapa untuk kami melakukan pekerjaan yang mulia ini. Setiap peserta kursus ini sentiasa melihat dan merujuk kamus dan kami sentiasa membawa kamus ke mana-mana sahaja tak kira masa. Kadang kala kami bertukar-tukar mengguna kamus kami masing-masing demi mencari makna kalimah, kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Kami juga berjuang habishabisan dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Terus terang saya dan kawan-kawan katakan bahawa Kertas Kerja dan segala Bahan yang disediakan untuk “KIBAR” itulah yang mendorong kami melakukan kerja-kerja yang berfaedah ini. Sehingga kami merasa begitu yakin akan kemampuan kami sekurang-kurangnya menyamai kemampuan sebenar kami sebagai pelajar (SMA atau STAM). Oleh yang demikian kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Pelaksana kursus ini, semoga Allah akan membalas segala pengorbanan tuan-tuan semua dengan balasan sebaik-baik ganjaran. Penutup: Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya bagi pihak semua peserta Kursus Intensif Bahasa Arab “KIBAR” yang terdiri dari calon-calon peperiksaan SMA dan STAM ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengikuti kursus ini mungkin terdapat perkataan dan perilaku kami yang menyinggung perasaan. Kami semua berharap dan mendoakan agar semuanya terus berada dalam keadaan sihat, panjang umur dan murah rezeki. Wabillahittaufiqi walhidayah wassalmu ‘alaikum warah matullahi wabarakatuh.