Terjemahan Teks Ucapan Penangguhan Kibar

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Terjemahan Teks Ucapan Penangguhan Kibar as PDF for free.

More details

  • Words: 1,020
  • Pages: 3
Terjemahan Teks Ucapan KIBAR Mukaddimah: Dengan BismilLah AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat. Pembukan: Terima kasih kepada Pengacara Majlis. Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud. Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin. Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi. Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain. Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah. Pengerusi Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Us. Abdin Umar. Semua Tenaga Pengajar SMAIP. Anak-anakku Putera dan Puteri yang sangat di kasihi sekelian. Isi Ucapan: Sebelum saya Merasmikan Penangguhan Kursus Intensif Bahasa Arab bagi calon-calon peperiksaan SMA dan STAM yang digelar “KIBAR” pada pagi yang penuh bercahaya dan dipenuhi barakah lagi indah ini. Sukacita saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada AJK Pelaksana kursus yang sungguh bermanfaat ini. Kerana mereka telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam selama tujuh hari berturut-turut dengan agenda serta aktiviti yang padat dan mantap. Mereka telah menghabiskan separuh dari masa cuti mereka demi semata-mata melaksanakan kursus ini. Sekalipun pada hakikatnya masa tersebut adalah masa yang dikhususkan kepada mereka untuk merehatkan diri dari pelbagai masalah persekolahan atau menghabiskan cuti mereka dengan kewajipan rumah tangga mereka. Demikian juga saya merekamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta yang telah menghabiskan masa cuti mereka di sini selama seminggu dari jumlah dua minggu cuti yang sebenarnya. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha anda semua dan menganugerahkan anda semua dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan juga kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Insya Allah. (Aminkan!!!!!!!!!!!cepat) Jemaah guru yang dimuliakan dan anak-anakku yang dikasihi sekalian! Sesungguhnya kamu semua tahu bahawa saya telah tinggalkan kamu pergi ke Jordan pada bulan yang lalu sebelum kursus ini dilaksanakan. Walaupun saya berada jauh dari kamu semua, namun kamu semua tetap berada jauh di lubuh hati dan nurani saya tanpa dapat melupakan kamu walaupun sesaat. Ketahuilah bahawa apa yang telah kami perbincangkan di sana selama sebulan penuh ialah mengenai agenda atau program yang bersesuaian untuk memartabatkan Bahasa Arab di negara kita khususnya sekolah-sekolah agama aliran arab seperti sekolah kita. Kursus Intensif Bahasa Arab yang telah kita

jalankan di sekolah ini adalah salah satu program yang sesuai untuk memartabatkan Bahasa Arab dari beberapa program yang telah kami perbincangkan semasa di Jordan. Oleh yang demikian sekolah kitalah yang pertama melancarkan program yang cukup berharga ini. Demikian juga sekolah kitalah yang lebih dahulu, yang pertama melaksanakan kursus yang diiktiraf sebagai salah satu program pendidikan dan aktiviti ko-kurikulum yang cukup berkesan untuk mengangkat martabat bahasa yang sungguh mulia ini. Saya berkayakinan bahawa kursus yang telah kita laksanakan ini telah mencapai objektif yang dirancang samada objektif khas mahupun objektif am. Dengan penuh harapan melihat kesan hebat yang terhasil selepas kursus ini, kami sebagai guru-guru di sekolah ini ingin melihat kemajuan di kalangan para pelajar dalam menguasai bahasa ini. Kami ingin mendengar patah-patah perkataan arab itu keluar dengan begitu mudah dari mulut para pelajar. Kita harap dapat bercakap sesama kita dengan menggunakan bahasa yang mulia ini. Kami teringin sangat menjadikan sekolah kita ini sebagai satu tempat yang bercirikan suasana kearaban. Satu masa nanti sekolah kita akan menjadi satu tempat yang penting untuk diziarahi atau didatangi oleh para pelawat dari dalam dan luar negara, terutama bagi mereka yang ingin atau suka mengamalkan bahasa ini. Juga tidak mustahil satu hari nanti sekolah kita akan menjadi “Ma’mal Bahasa Arab” yang cemerlang di negeri ini. Kita akan dapat mencapai semua yang sya sebutkan sebentar tadi setelah kita membiasakan pertuturan kita dengan bahasa ini setiap hari disemua tempat, sesama kita atau orang lain yang mengunjungi kita dari seluruh negara mahupun pengunjung dari seluruh dunia. Anak-anak yang dikasihi. Oleh itu kita hendaklah terus mengamalkan bahasa ini, mampu berfikir dengan bahasa ini sehingga kita mampu meluahkannya bila-bila masa sahaja kita mahu menuturkannya. Kamu wahai pelajar-pelajar STAM, kamu juga wahai pelajar-pelajar SMA adalah sebagai mesin penggerak dan pemandu kepada bahtera ini kesatu tempat yang tinggi yang dinamakan dengan martabat bahasa ahli syurga. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya sukacita yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada menjuarai pertandingan yang telah diadakan sepanjang kursus ini. Terutama sekali kepada pelajar yang meraih anugerah peserta terbaik samada dari calon peperiksaan SMA mahupun STAM. Kepada para pemenang saya ucapkan tahniah semoga kamu akan terus berjaya dengan cemerlang dalam segenap bidang kehidupan. Kepada mereka yang tidak berjaya meraih sebarang kejuaraan tidak usah berasa sedih dan jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah. Sebaliknya kamu hendaklah terus melipat gandakan usaha demi mencapai kejayaan dimasa akan datang. Ingatlah bahawa kemenangan dan kejayaan tidak akan kunjung datang melainkan setelah kita melipatgandakan usaha dengan bertungkus lumus tanpa mempedulikan segala kesusahan dan kepayahan. Ingatlah ayat Al-Quraan firman Allah dalam kitabNya yang mulia: “Sesungguhnya bagi setiap kesusahan itu ada kesenangan”. Ingatlah pepatah Arab ada mengatakan: “ sesiapa bersungguh-sungguh dia akan dapat – sesiapa yang bersungguhsungguh akan berjaya”. Ingat juga pepatah Melayu yang mengatakan: “Air yang lembut yang terus menitis itu mampu menembusi batu yang keras”. Ingatlah firman Allah dalam kitabNya yang mulia: “Allah tidak akan mengubah nasib (mujur yang ditakdirkan Allah)

yang ada pada sesuatu kaum itu, kecuali dia sendiri yang mengubahnya (menjadi malang).”. Ketahuilah bahawa seandainya “Mumtaz” usaha anda maka mumtaz/ cemerlanglah yang akan anda dapat. Tetapi jika usaha anda hanya setakat “Jaiyid” sahaja maka jayid/ baiklah sahaja yang akan anda dapat. Jikamu tidak melakukan sebarang usaha maka “Rasib” (gagal) sedang menunggu dihadapan kamu. Akhir sekali semoga kursus yang telah diadakan ini menjadi jambatan, jalan serta penghubung kepada peningkatan dalam peperiksaan dengan meraih kecemerlangan Insya Allah Amin ya Rabbal ‘alamin! (Aminkan!!!!!!!!!!cepat! ramai-ramai! Sama-sama) Maka dengan lafaz ‘ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN’ saya lancarkan Penangguhan Kursus Intensif Bahasa Arab “Kibar” ini dengan rasminya. DUA SAMPUL SURAT BERISI KEPUTUSAN UNTUK DIUMUMKAN Dengan ini juga saya isyitiharkan, pemenang bagi Anugerah Peserta Terbaik sepanjang “Kibar” ialah: 1. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta lelaki calon peperiksaan SMA ialah: …..??????? 2. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta perempuan calon peperiksaan SMA ialah: …..??????? 3. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta lelaki calon peperiksaan STAM ialah: …..??????? 4. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta perempuan calon peperiksaan STAM ialah: …..??????? 5. DAN…. Kumpulan Terbaik Kibar keseluruhan bagi calon peperiksaan SMA dan STAM ialah:?????????? Wabillahit taufiq…………..

TAMMAT

Related Documents