Terjemahan Teks Ucapan PENGERUSI PELAKSANA KIBAR Mukaddimah: Dengan BismilLah AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat. Pembukan: Terima kasih kepada Pengacara Majlis. Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud. Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin. Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi. Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain. Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah. Semua Tenaga Pengajar SMAIP. Anak-anakku Putera dan Puteri yang sangat di kasihi sekelian. Isi Ucapan: Pertama sekali saya mengambil peluang keemasan ini untuk menglu-alukan kedatangan yang mulia tuan pengetua yang baru balik dari negara Amman Jordan yang jauhnya mengambil masa kira-kira 18 jam dengan menaiki pesawat (ballon kata orang Sarawak). Kita ucapkan: Selamat datang (Seribu AlhamduliLah kerana selamat kata orang Arab). Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh beliau terhadap AJK Pelaksana KIBAR, anakanak para peserta kepada “Kursus yang masih SUNTI ini”. Sekalipun beliau masih terlalu penat dan letih serta sakit-sakit setelah kembali dari negara Amman Jordan dengan mengharungi berbagai kepayahan dan kerumitan sepanjang penerbangan pulang. Beliau terus sahaja ke mari dari KLIA dan belumpun sempat kembali menemui anak-anak dan isteri beliau yang dirindui di negara Brunei Darus Salam. Beliau telah memaksa diri untuk datang menemui kita dan seterusnya akan menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian penangguhan kursus KIBAR. Kita ucapkan selamat datang tuan pengetua yang dikasihi. Semua ini menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin dan kometed dengan kerja (kursus) yang besar ini. Ini amat sesuai sekali dengan menamakan kursus ini dengan singkatan “KIBAR” (membawa makna DEWASA) sebagai kata jamak kepada perkataan “KABIR” (yang bermakna BESAR). Bermakna di dalam pengendalian kursus ini terdapat banyak perkara yang dianggap cabaran BESAR. Seperti kemusykilan yang besar, masalah yang besar, kesabran yang besar dan perjuangan yang besar. Samada dirasai oleh AJK Pelaksana mahupun oleh anak-anak peserta kursus Kibar. Kita telah menempuh berbagai masalah seperti kerosakan mesin potostat misalnya. Kerana peranannya yang begitu besar dalam melakukan kerja-kerjanya memotostat kertas kerja dan bahan berkaitan kursus. Kerosakan akibat beban tugasnya yang berat dan besar itu menyebabkan tertangguhnya penyedian sebahagian dari kertas kerja yang disediakan untuk kursus ini.
Demikian pula pelbagai masalah yang ditanggung oleh AJK Pelaksana seperti masalah yang dihadapi oleh Us. Fuad apabila ahli keluarga beliau memerlukan khidmat beliau dalam pengurusan perkahwinan ahli keluarga beliau di Sandakan dengan pasangannya di Beaufort. Beliau telah mengadukan hal tersebut kepada saya ketika sedang mengawas peperiksaan apabila beliau terpaksa bertarung perasaan antara “Kibar yang penting atau Keluarga”. Saya telah menasihatkan supaya beliau memilih kepentingan keluarga dengan berkata “Serahkanlah kepada Allah, pilihlah kepentingan keluarga selesai masalahmu”. Pada hakikatnya saya merasa begitu bimbang dan takut dengan ketiadaan beliau kerana menganggap beliau lebih utama dan penting berbanding dengan keupayaan dua tangan saya (untuk mengendalikan Kibar). Saya pujuk hati saya dengan berkata: “berserahlah kepada Allah, jangan takut dan jangan gentar Allah bersama kita”. Demikian pula apa yang menimpa Us. Akbar apabila salah seorang dari ahli keluarga isterinya meninggal dunia saya kata “Eloklah dibawa bersabar” sedangkan saya merasakan ketiadaan beliau bersama bagaikan kehilangan dua biji mata kerana beliaulah yang memberi semangat dan dorongan untuk saya terus melaksanakan Kibar. Demikian juga yang berlaku terhadap “Pengacara Majlis” kita yang popular juga menghadapi masalah apabila isteri kepada bapa saudara beliau (Us. Shahrin Imran) telah kembali kerahmatullah dihari-hari terakhir peperiksaan. Kami telah pergi menziarahi kawan karib kami Al-Hafis itu dan mengucapkan takziah. Saya melihat mata beliau merah dan bengkak kerana banyak menangis lalu saya katakan “Semoga Allah merahmatinya dan memasukkan beliau dalam golongan wali-wali dan mereka yang soleh, sabarlah terhadap apa yang menimpa, bersabar itu amat elok”. Saya tidak sedar bila kedua mata saya bergenang air mata sehingga kami sama-sama menyembahyangkan jenazah isterinya. Beliau sendiri yang menjadi iman walaupun terpaksa mengambil masa untuk memulakan solat jenazah kerana terlalu sebak. Setelah selesai dia meminta Us. Hj. Jasri untuk membacakan doa kerana dia sudah tidak larat meneruskannya kerana ketika itu kedua matanya mencucurkan air mata bagaikan hujan yang turun lebat. Ketika itu saya berkata di dalam hati: “Bilakah pula sampainya giliran aku? Sekiranya dia kembali kepada Allah akibat derita penyakit “Kencing Manis” aku juga salah seorang dari pengidap penyakit yang bahaya yang dikatakan sebagai pembunuh yang nombor satu di negara kita. Kejadian ini mendorong saya bertekad untuk meneruskan kursus KIBAR. Sekalipun syaitan sering kali membisikan perkataan “Tengoklah keupayaan kamu untuk melaksanakan kursus ini, siapa nak tolong kamu? Kamu sendiri? Apa sebenarnya yang kamu mahu? Minta dipuji atau….? Ketika itu saya hampir-hampir mengangkat ke atas kedua belah tangan saya dan “surrander” menyerah kalah terhadap hasutan yang menyesatkan itu. Akhirnya saya berserah bulat-bulat kepada Yang Hidup lagi Tiada Mati (Allah) dengan menguatkan azam dan tekad. AlhamdulilLah dengan berkat taufiq dan hidayah dari Allah serta bantuan semua AJK Pelaksana akhirnya kursus KIBAR berjaya juga dilancarkan sehinggalah tiba masa menuai pada hari yang penuh gemilang dan bercahaya dari cahaya yang datang bersama tuan pengetua yang dikasihi. Antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah mengujudkan suasana perbincangan dan membuat kajian pada setiap peserta mengenai kertas kerja dan bahan yang disediakan. Antaranya ialah perbualan harian ketika bangun pagi, ketika sarapan, kudapan mararau dan megabi. Semua bahan ini adalah hasil usaha pelajar tingkata 6, lalu dengan bersusah payah (kerana kurang mampu) saya terjemahkan ke Bahasa Arab Fasih. Oleh itu saya
dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dari segi kaedah nahu berkaitan dengan gaya bahasa dan pembarisan ayat aatau dari segi kesalahan tulisan samada disedari ataupun tidak. Demikian juga dengan kertas kerja yang bertajuk “Kehadiran Pelawat” yang menunjukkan bagaimana cara berbahasa dengan orang yang kita hormati dengan mengunakan gaya bahasa yang khusus hormat dan bersopan ketika bercakap. Saya membuat kertas kerja ini kerana khuatir kalau ada pelawat luar datang bertutur dalam bahasa arab sedangkan anak didik kita masih menamalkan perbualan yang hanya layak dituturkan dengan sesama pelajar. Terdapat banyak lagi bahan dan kertas kerja tidak sempat dicetak kerana kerosakkan mesin potostat seperti perbualan murid perempuan dengan ketua kelas kerana masalah matematik yang gagal difahami dan ingin berjumpa cikgu Sazali. Perbualan yang dimuatkan ialah perbualan yang bersopan di antara murid dan guru dengan menggunakan gaya bahasa yang elok dn bersopan. Saya berharap keretas kerja tersebut akan boleh diedarkan kepada murid satu hari nanti. Jemaah guru dan pelajar yang dikasihi sekelian. Kedua : saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta Kibar atas kesungguhan dan kometmen yang ditunjukkan demi menghidupkan Kibar. Mudah-mudahan anda semua diberkati Allah mendapat taufiq dan hidayah sehingga mampu meningkatkan prestasi seterusnya berjaya meraik kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi Amin! Saya juga ingun mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar terbaik Kibar dan juga kumpulan terbaik Kibar yang akan diumumkan oleh pengetua sebentar nanti. Demikian juga kepada para pemenang acara pertandingan sempena kibar seperti pertandingan membaca, melukis, pengucapan syaer, membuat nota dan hafazan. Demikian juga kepada semua pegawai polis serta perisik Kibar. Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan atau sijil penghargaan kerana memenangi tempat pertama kedua dan ketiga. Akhir sekali mari kita sebutkan kalimat perangsang Kibar iaitu: “Peserta Kibar Boleh!!-kejayaan dalam peperiksaan boleh- keputusan Mumtaz bolehkeputusan 10 Mumtaz STAM boleh. Sekian.