Tenaga Nuklear Di Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tenaga Nuklear Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 402
  • Pages: 4
Tenaga Nuklear di Malaysia...Biar Betul???

Kerajaan

bersedia menggunakan tenaga nuklear menggantikan minyak sebagai alternatif

jangka panjang untuk menjana kuasa elektrik jika harga bahan api itu terus melambung di pasaran dunia. Kerajaan akan mencari alternatif lain seperti tenaga solar, hidro, hidro mini, biomas dan bahan bakar yang diperbaharui daripada sampah sarap bagi menggantikan minyak. Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membina reaktor nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik. Adakah ini perkara baik atau buruk bagi kita? Untuk pengetahuan semua, teknologi nuklear ini bukanlah satu perkara yang asing bagi negara kita. Kerana Malaysia sudah pun mempunyai reaktor sendiri yang dikenali sebagai Reaktor Triga Puspati (RTP). RTP mula beroperasi pada tahun 1982 dibina bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan, pertanian serta kajian neutron.

Janakuasa nuklear menggunakan uranium dalam bentuk isotop, dengan melakukan beberapa siri tindakbalas bagi menghasilkan haba yang banyak. Haba tersebut akan digunakan untuk memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik. Uranium merupakan salah satu unsur yang paling mudah dijumpai di tanah, pokok dan air. Antara negara yang menjadi pengeluar terbesar uranium ialah Kazakhstan, Australia dan Canada.

Stesen Janakuasa Nuklear Ikata, Jepun.

Dalam analisis reaktor nuklear, stesen nuklear Ikata mempunyai tiga reaktor dan apabila ketiga-tiga kipas turbin reaktor ini bekerja serentak, ia mampu menghasilkan 2, 022 MW di satu lokasi sahaja. Dapat dirumuskan bahawa jika digabungkan empangan Kenyir dan Temenggor masih tidak dapat menandingi stesen nuklear Ikata. Jika Malaysia tetap mahu membina stesen janakuasa nuklear, harus diingat pembinaan janakuasa nuklear memerlukan kawasan pembinaan yang amat besar. Dicatat oleh asyy_shafie di 19:26 0 ulasan Rabu, 2009 Mei 27

Jenis-jenis Stesen Janakuasa di Malaysia

Terdapat

tiga jenis stesen janakuasa di Malaysia iaitu stesen janakuasa hidro, terma dan

gas. Stesen-stesen janakuasa ini didirikan di lokasi yang sesuai dengan penggerak utamanya.



Stesen janakuasa Hidro. Stesen janakuasa hidro menggunakan air daripada empangan sebagai penggerak utamanya untuk memusingkan turbin. Selain menjana tenaga elektrik untuk

keperl

uan negara, penggunaan stesen janakuasa hidro

juga dapat menjimatkan

pencemaran alam.



Stesen janakuasa Terma. Stesen janakuasa terma menggunakan bahan api seperti arang batu dan gas bagi memanaskan air dalam dandang. Dandang akan mengeluarkan stim bertekanan tinggi bagi memutarkan kipas turbin. Stim bertekanan tinggi merupakan sumber penggerak utama stesen janakuasa terma.



Stesen janakuasa gas. Stesen janakuasa gas menggunakan gas bertekanan tinggi sebagai sumber penggerak utama bagi memutarkan kipas turbin. Gas bertekanan tinggi dihasilkan daripada dandang pembakaran melalui pemampatan udara. Stesen janakuasa gas memerlukan air untuk menyejukkan dandangnya.

Dicatat oleh asyy_shafie di 01:14 0 ulasan

Related Documents