Penggunaan Tenaga Nuklear Dalam Pembangunan Negara

  • Uploaded by: H.J.KUNG
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penggunaan Tenaga Nuklear Dalam Pembangunan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 399
  • Pages: 1
Penggunaan tenaga nuklear dalam pembangunan negara Teknologi nuklear membekalkan sumber tenaga sesebuah negara • Tenaga nuklear yang diperoleh berjaya menggantikan sumber tenaga konvensional yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, gas asli dan arang batu sebagai bahan api. • Teknologi nuklear menghasilkan kuasa elektrik tang kini semakin luas digunakan. Contohnya, di Perancis 65% daripada tenaga yang digunakan disumbang oleh loji reaktor nuklear. Dianggarkan hampir 17% daripada penggunaan elektrik dunia dihasilkanmenerusi teknologi nuklear. • Jadi, pembangunan negara amat bergantung kepada kuasa nuklear ini. Sumbangan teknologi nuklear dalam bidang pertanian tidak harus dinafikan • Teknik nuklear dapat diguna untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu (seperti kaedah pembiakan baka mutasi aruhan). • Teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk membasmi serangga perosak tanaman seperti kumbang, belalang dan lain-lain. Contohnya, untuk mengawal bilangan serangga perosak, tisu serangga diubah supaya ia mandul dan tidak dapat membiak. • Penggunaan teknik isotop radioaktif dan sinaran pengionan seperti sinar gama dan sinar-X berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan ternakan. Teknologi nuklear memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan • Radioisotop digunakan sebagai alat diagnostik di hospital untuk mengesan dan menentukan pelbagai jenis penyakit seperti ketumbuhan otak, kanser tulang, penyakit buah pinggang, sakit jantung dansebagainya. • Radioisotop Iodin-131 dicipta dan digunakan untuk membantu para doktor memastikan sama ada kelenar tiroid berfungsi dengan normal atau tidak. • Sinar gama daripada Cobalt-60 digunakan untuk mensteril bahan-bahan perubatan. • Jadi, teknologi nuklear ini membantu mencegah pelbagai jenis penyakit moden dan menyelamatkan nyawa manusia. Dalam era sains dan teknologi, bidang perindustrian dan pembuatan amat memerlukan teknologi nuklear • Teknik-teknik ujian tanpa musnah tolok nukleoni dan teknik penyurih sangat berpotensi menyelesaikan masalah di loji-loji kejuruteraan. • Naterium-24 dapat digunakan untuk mengesan rekahan dalam tuangan logam. • Percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem paip yang mengalirkan petroleum atau air membolehkan kadar aliran dan kebocoran bawah tanah dikesan. • Teknik-teknik nuklear membolehkan produk yang dihasilkan itu berkualiti dan selamat untuk kegunaan pengguna. Teknologi nuklear juga menyumbang kepada bidang ketenteraan • Teknologi nuklear sering dieksploitasi untuk membuat senjata nuklear. Contohnya, bom atom, bom nuklear dan peluru berpandu nuklear. Di samping itu, kapal selam nuklear juga dapat dibina (kapal selam nuklear yang pertama telah dilancarkan oleh Rusia pada tahun 1954). Teknologi nuklear penting dalam membangun dan memajukan bidang pendidikan • Disiplin sains dan teknologi seperti kimia, genetic, fizik, biologi, biokimia, kejuruteraan dan sebagainya amat bergantung kepada teknologi nuklear. • Penyelidikan dan pembangunan bidang-bidang tersebut memerlukan teknologi nuklear.

Related Documents