YM DATO’ MUHAMMAD ISMAIL BIN AMAIRUDDIN Darjah Kerabat (DK) Istana Balai Undang Luak Johol, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, (Yang Membawa Gelaran Yang Mulia Dato’ Raja Alam). Darjah Kerabat III Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra (YMM PEMANGKU RAJA), Istana Balai Besar, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.
aya mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang penyampaian dan komunikasi berkenaan informasi yang boleh mendatangkan kesan penting kolaborasi kerajaan dengan swasta. Antara skop tugas-tugas utama saya ialah menyusun atau menonjolkan agenda dakwah-dakwah khas kepada golongan tertentu dan mendekatkan agenda Islam selari dengan konsep rahmat sekalian alam. Dengan pengalaman dan kelulusan dalam bidang kreatif serta pengalaman luas dalam pelaburan kewangan termasuk penjenamaan produk maka saya diamanahkan beberapa tugasan penting oleh pihak kerajaan terutama dalam memperkasakan ummah tanpa menjejaskan hubungan akrab sesama kaum lain.
S
Misi penting ini adalah penting agar mengembalikan kegemilangan ummah dimana Islam pada mulanya asing kemudian menjadi dekat dan dimuliakan sepertimana perjuangan di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para Rasul yang lain. Agenda ini penting kerana melalui pendekatan yang kreatif dan dipenuhi ilmu mengenal tauhid sepertimana ajaran Nabi Ibrahim maka Islam yang dibawa berlandaskan Al Quran dan sunnah akan menjadi pilihan kepada golongan beriman dan insan yang mencari jalan mendekatkan diri dengan Tuhan Yang Maha Esa. Penggunaan media baru adalah sebahagian daripada alternatif dakwah yang jika digunakan secara bijaksana maka akan membawa pelbagai golongan mendekati Islam melalui konsep penceritaan yang indah dimana mampu meruntun hati orang ramai sebagaimana kisah-kisah yang terkandung dalam Al Quran. Sebagai makluman, bahawa saya dibentuk oleh acuan pendidikan keluarga dan kerajaan serta pengalaman dalam memikirkan banyak idea bernas, praktikal dengan kaedah penjimatan kos yang efektif. Berlandaskan latar belakang mendekati isi hati dan keperluan pemikiran RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA maka kelompongan dakwah dengan transformasi dan inovasi yang selari Al Quran dan sunnah lalu diterjemahkan ke dalam dunia media baru adalah melalui revolusi dakwah moden dimana kaedahnya kita datang ke setiap mata dan rangkum jiwa kemudian ikatkan dengan budi. Kaedah strategik dalam berdakwah ialah bukan memaksa umum tahu tentang Islam tetapi bagaimana menarik mereka mendekati lalu mencintai Islam dengan cara Kami Datang, Kami Lihat Dan Kami Takluk. Secara umumnya pendekatan ini adalah yang saya gunakan dalam mengurus organisasi besar, menjaga hubungan baik dengan golongan sasar, menarik pelaburan, membentuk kesetiaan pengikut dan mengembangkan misi organisasi. Memiliki ilmu tanpa memanfaatkan ilmu itu tidak akan menjadi sesuatu yang boleh dijadikan pelaburan akhirat yang bijak jika saya tidak menerokai sesuatu bidang dengan posisi yang sesuai untuk MERANCANG, MERENCANA, MELAKSANA DAN MENJAYAKAN misi DIA YANG DIBERI PETUNJUK.
LATAR BELAKANG
No K/P No. Passport
: 771127-14-5967 : A35571258 (MYS)
Alamat (R)
: No 35, Jalan Melati 6, Taman Melati, 53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Alamat (P)
: PREFERAKYAT B-20 MENARA BATA PJ TRADE CENTRE, DAMANSARA PERDANA 47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Jantina Status Email Twitter
: Lelaki : Berkahwin (1 isteri dan 3 anak perempuan) :
[email protected] [email protected] : @preferakyat @destarbiru @tenang2ajaaa
No Ahli Parti
: (00157507) PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
No. Tel (H)
: +6013 330 3337 / +6019 815 6008 (WHATSAPP)
No. Tel (O) No. Fax
: +603 7733 3311 : +603 77315209
Akademik
: Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas Setapak
UPSR 4A 1B 1984-1989 Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur SRP pangkat A 1990-1993 Sekolah Menengah Tinggi Setapak SPM pangkat 1 1994-1995 Ijazah Sarjana Muda Senireka Perindustrian, FAKULTI SENI KREATIF UITM SHAH ALAM CGPA 3.05 1996-1999
PENGALAMAN PROFESIONAL
SEKTOR KORPORAT PREFERAKYAT (MARAK STRATEGI) PENGASAS PROGRAM PREFERAKYAT (program kemanusiaan membentuk eko-kewangan, pendidikan, perumahan sewa milik, asrama pekerja asing, penyediaan peluang pekerjaan baru, inovasi sumber makanan dan perubatan, sains dan teknologi, komunikasi dan media baru, kesenian, keagamaan, kenegaraan dan undang-undang) – skim yang disokong kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi kewangan, korporat, dan komuniti antarabangsa. 2017- sekarang
SEKTOR KORPORAT MARAK STRATEGI SDN BHD (MILIKAN PENUH 100% BUMIPUTERA) PRESIDEN KUMPULAN MARAK STRATEGI PENAUNG KELAB PREFER 1 MALAYSIA PENAUNG KOPERASI PREFER 1 MALAYSIA SKIM PERUMAHAN PREFER 1 MALAYSIA Pemaju Pembangunan, Pembekalan Bahan Binaan, Trading, Perladangan dan KEWANGAN ISLAM 2007- sekarang MODAL BERBAYAR RM5 JUTA, MODAL DIBENARKAN RM 1 BILLION
SEKTOR KORPORAT TAMPIN HIGHLAND QUARRY SDN BHD PENGERUSI EKSEKUTIF Rakan Kongsi kepada tetuan Poh Lian Construction Pte Ltd Anak Syarikat (Subsidiary) kepada United Fiber System Limited – Main Board Singapore Exchange Securities Trading Limited (“SGX-ST”) Pengusaha Kuari, Pemaju Pembangunan, Pembinaan, Pelaburan, Kewangan (Financing), Hartanah, Trading Am dan Perladangan 2011-2013
SEKTOR KORPORAT SHEN DE ENTERPRISE SDN BHD PENGERUSI EKSEKUTIF Pemaju Pembangunan (Developer), Pembinaan, Hartanah (Properties), Trading Am, dan Perdagangan Komoditi 2010-2013
PENGALAMAN PROFESIONAL
SEKTOR KORPORAT THQ GROUP HOLDINGS SDN BHD PENGERUSI EKSEKUTIF Pemaju projek Perumahan Rakyat Mampu Milik 2011- 2013
SEKTOR KORPORAT MAJU JAYA ELEKTRIK SDN BHD PENGARAH PKK Class 1 (mekanikal dan elektrikal) CIDB G6, 2007-2013
SEKTOR KORPORAT ASIAN FINANCE BANK BERHAD KONSULTAN Pelaburan (Bank Guarantee, SBLC) 2010
SEKTOR KORPORAT HMN CONSTRUCTION SDN BHD PENGARAH PKK Class A CIDB G7, Pemaju Pembangunan, Pembinaan Kapal (Shipbuilder), Trading Am dan pembekalan Bahan Binaan. 2006-2008
SEKTOR KORPORAT RJR DINAMIK SDN BHD PENGARAH PKK Class A CIDB G7 dan Pemaju Pembangunan 2006-2008
PENGALAMAN PROFESIONAL
SEKTOR KORPORAT MERCU SA-LAM SDN BHD PENGARAH OPERASI PKK Class A, CIDB G7, Pemaju Pembangunan (Developer), Hartanah (Properties) 2005-20063
SEKTOR KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MIRAMAS (KNOWN AS BERTAM ALLIANCE BERHAD) PENGARAH PKK Class A, CIDB G7, Pemaju Pembangunan, Pemilikan Hartanah, Pembalakan, Perlombongan dan Pembangunan Ladang Kelapa Sawit 2002-2005
SEKTOR KORPORAT JETPA HOLDINGS LIMITED (TURKEY) Pengurus Kanan, Kawasan Asia Tenggara, (Senior Manager, South East Asia Region) Trading, Komoditi, Kewangan (Financing), Otomotif, Hartanah, Tekstil dan Pembuatan 2000-2003
SEKTOR KORPORAT
PERUSAHAAN AUTOMOTIF NASIONAL (PROTON) Automotive packaging sdn bhd (vendor) Eksekutif Kanan, Program Pembangunan Vendor (PROTON VENDOR) (Senior Executive CKD Plant Assembly Department (Vendor Programme) 1997-2000
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) (PENGASAS ASAL) Ketua Biro Penerangan Gabungan NGO Malaysia SEJARAH Gabungan Ngo Malaysia adalah dicadangkan semasa penghujung era Perdana Menteri Ke 4 dan telah ditubuhkan semasa bermula era Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke 5 bagi menggabung semua NGO yang berbentuk program kemanusiaan terutama aktiviti berkaitan pembangunan modal insan, pembasmian kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan, menanamkan semangat kenegaraan dan menggalakkan aktiviti kumpulan secara berdaftar berlandaskan undang-undang. Matlamat penubuhannya ialah meraih peruntukan daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti sosial di peringkat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti yang disasarkan ialah meneroka aktiviti dan pemahaman terhadap skop yang belum diterokai oleh kerajaan terutama berkaitan kecairan dalam ekonomi gelap, permasalahan yang wujud tanpa sedar sehingga menjejaskan institusi di raja dan kerajaan. Perkongsian maklumat bersama pihak berkuasa dan jalinan hubungan diplomatik antara negara daripada peringkat akar umbi atas aspek ekonomi, keselamatan dan pemerkasaan modal insan. Melalui perkembangan teknologi maka kami mewujudkan kod komunikasi yang terbuka dan difahami oleh pihak berwajib agar maklumat langkah pencegahan, pengawalan, tindakan segera dapat diambil perhatian tanpa menjejaskan kredibiliti pentadbir. Apabila Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke 6 mengambil alih maka gabungan ini dibubarkan dan pakar terlatih dikumpulkan dibawah satu pejabat khas bagi membuat kajian analisa dan kajian dasar ekonomi, politik, keselamatan, propaganda dan khidmat nasihat terus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan pemimpin-pemimpin negara walaupun daripada pihak berbeza secara telus tanpa disedari oleh agensi kerajaan yang dinamakan sebagai PREFER 1 MALAYSIA (P1M). Skop kerja diperluaskan daripada aspek pengumpulan data dan cadangan kepada kaedah kajian pembiayaan dan perlaksanaan agenda perumahan rakyat, mencipta peluang pekerjaan baru, menghidupkan eko kewangan dan menjalinkan hubungan baik dengan institusi kewangan bagi menyelesaikan permasalahan modul eko kewangan yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan dibawah syarikat khas iaitu MARAK STRATEGI SDN BHD bersama geran perlaksanaan khas berkawal sebanyak RM250 juta daripada peruntukan ICU-JPM. Kelulusan khas itu adalah untuk menghidupkan eko-kewangan terjamin sebanyak RM18 billion setahun yang memberikan peluang kepada KWSP, TABUNG HAJI, KHAZANAH, PERKESO, LTAT, PNB mendapat peluang pelaburan terjamin antara 7% hingga 12% patuh syariah yang memberi peluang kontrak berterusan dalam tempoh 30 tahun kepada 770 kontraktor seliaan CIDB dari syarikat senaraian awam, GLC, kontraktor G7 bertaraf bumiputera atau bukan lalu mewujudkan pekerjaan di Malaysia kepada 200,000 orang muda tempatan dan 15,400 peluang perniagaan bumiputera melalui kerjasama bersama MARA, PUNB dan MIDA. Malahan program ini dilihat akan berkembang dengan skop yang lebih luas untuk mewujudkan eko kewangan membasmi kemiskinan kepada rakan negara ASEAN dan kemudian dibawa ke eropah timur dan bekas negara kesatuan soviet agar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam ekonomi dan pendidikan.
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) (PENGASAS ASAL) Ketua Biro Penerangan Gabungan NGO Malaysia Maka disebabkan oleh peralihan politik dan kebangkitan rakyat maka dengan restu Perdana Menteri Ke 7 dan para pemimpin utama negara maka agenda ini dinamakan semula sebagai PREFERAKYAT dengan skop yang lebih luas dan kepada fungsi asal ideanya iaitu program kemanusiaan juga ekonomi terutama pendidikan, perumahan, makanan dan keselamatan dengan peruntukan dari hasil komersil. Walaubagaimanapun kerajaan reformasi hari ini lebih memahami dengan lebih tepat kaedah dan modul ini. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamed sentiasa mengikuti perkembangan program ini secara rapat dan sentiasa peka terhadap perkembangannya juga disedia maklumkan kepada bakal pengganti beliau kelak.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Bekas Penaung Srikandi Malaysia SEJARAH Srikandi Malaysia semasa asalnya adalah untuk para pemimpin wanita agar bersatu dibawah satu gabungan untuk mendapatkan apa yang diharapkan untuk memartabatkan dan membela kaum wanita daripada diskriminasi. Ia berperanan juga memberi peluang kepada bekas golongan LBGT dan bekas banduan untuk mendapat peluang kedua. Srikandi Malaysia bukan sahaja ditubuhkan untuk memuliakan kaum wanita tetapi juga menyerapkan unsur ekonomi dan bantuan kepada ibu tunggal muda untuk mengharungi kehidupan. Namun apabila kepimpinan mula melihat peluang dan ruang yang menjanjikan kuasa, kekayaan dan pengaruh maka Program Srikandi ini terpaksa dipecahkan dan hari ini diwarisi oleh pelbagai pertubuhan dalam memperjuangkan hak mereka. Namun kepentingan Srikandi diletakkan dalam gabungan akan lebih memperluaskan skop urusan kemanusiaan dan seperti diketahui bahawa golongan wanita adalah sangat komited dalam aktiviti persatuan.
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Pertubuhan Kerabat Diraja Langkat (WARIS) SEJARAH Pertubuhan kerabat diraja Al Langkat ialah bagi mengenang jasa para pemerintah di Semenanjung Tanah Melayu yang melindungi kerabat diraja langkat yang terselamat akibat serangan komunis yang menghancurkan semua institusi diraja di Sumatera yang terkenal dengan kekayaan budaya dan khazanah harta. Maka tindakan pantas pihak raja-raja Melayu menyelamatkan sebahagian waris utama dan melindungi mereka dengan menamakan semula dan meletakkan waris mereka dalam lingkungan keselamatan naungan raja-raja Melayu adalah agar pertalian kerabat itu terjaga sehingga mereka dimartabatkan semula. Malah generasi anak cucu mereka telah dikahwinkan dengan darah-darah kerabat agar menjaga warisan pertalian darah walaupun ada yang tidak lagi bermula dengan nama Tengku atau Raja.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Penasihat Persatuan Anak-anak Minang Kampung Baru Kuala Lumpur (Sutan) SEJARAH Orang Minang dan orang Mandaleng adalah antara orang awal yang menduduki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Kampung Bahru Kuala Lumpur maka kerana kuatnya semangat perantauan bagi anak-anak Pagaruyung dan Langkat ini maka mereka sentiasa dalam kelompok ekonomi, kekeluargaan dan juga semangat kekitaan yang tinggi. Budaya dan gaya yang dibawa juga menjadikan mereka sangat defensif dan saling rapat dalam banyak perkara yang nyata dan sembunyi. Ketaatan mereka itu adalah berlandaskan keturunan martabat dan dipecahkan kepada beberapa suku dan yang tertinggi mestilah berdarah langkat campur Chiniago berlandaskan berapa besar tanggungjawab yang harus dipikulnya juga mesti berdarah Sutan. Adat ini masih dijaga oleh golongan tua tetapi hampir luput dikalangan generasi yang telah lahir di sini. Ia bukan sahaja melibatkan isu pewarisan perniagaan, kekeluargaan, harta malah melibatkan beberapa perkara diluar kepercayaan sains moden.
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Bekas Penasihat Ekonomi Dan Pelaburan Pewaris Malaysia SEJARAH PEWARIS MALAYSIA adalah merupakan NGO yang memiliki lebih 300,000 orang ahli yang memiliki pergerakan bawah tanah yang memartabatkan isu Islam, raja dan orang Melayu. PEWARIS adalah pecahan selepas PAKEDA Yang membawa jalur putih sebagai lambang penyucian dan banyak disertai golongan professional sebagai tanda bersetia. Antara persaingan utama PEWARIS adalah BATAS yang lebih jelas membawa kepada lambang merah iaitu perjuangan. Bagaimanapun aktiviti NGO-NGO ini dianggap radikal dan membabitkan isu keselamatan sehingga dianggap kongsi gelap oleh pihak berkuasa dan dinyah aktifkan selepas melihat pembawakan ekonomi tidak dapat membantu ahlinya memahami dasar penubuhannya. Bagaimanapun pertubuhan seperti ini penting dalam menjaga hubungan baik di peringkat akar umbi bersama pertubuhan berdaftar atau tidak berdaftar dari kalangan kaum lain terutama dari kalangan bangsa Cina, India dan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dengan pemantauan pihak berkuasa dari bahagian MEIO, MKN, PDRM dan Tentera termasuk agensi perisikan antarabangsa.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Ahli Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bahru, Kuala Lumpur
SEJARAH Menjadi ahli Kelab Sultan Sulaiman adalah lambang imej politik orang Melayu. Ia menghimpunkan banyak sejarah kebangkitan dan perjuangan disebalik gambaran tenang kepada kelab yang sudah tua sejarahnya sebanding kerahsiaan sejarah masjid kg baru itu dan pasar ramadhan Jalan Raja Alang itu sendiri.
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Penasihat Ekonomi Dan Pelaburan Konsortium Koperasi Pengguna SEJARAH Asal cadangan penubuhan konsortium ini adalah bagi mengenengahkan isu ekonomi dan harga barangan kepada kerajaan yang membebankan golongan berpendapatan rendah termasuk dari kalangan B40 dan M40. Penubuhannya bukan sahaja bertujuan untuk mencadangkan tetapi melaksanakan pembangunan perniagaan strategi antara koperasi bagi menghidupkan eko kewangan antara koperasi. Memandangkan keseluruhan institusi koperasi itu melibatkan pelbagai syarat dan kekangan maka konsortium ini sewaktu itu dicadangkan agar semua anak syarikat milik koperasi diberi sedikit kebebasan untuk membentuk gabungan francais besar hasil daripada keluaran produk mereka terutama yang dihasilkan oleh pengusaha SME dan individu. Malah konsortium ini bertujuan menggabungkan kemahiran utama dan kelebihan setiap koperasi agar menjadikan koperasi kecil memiliki lebih peluang untuk bersaing dalam pasaran terbuka melalui bantuan nasihat kewangan dan pelaburan strategik tanpa membebankan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Walaubagaimanapun usaha ini menjadi sukar apabila kebanyakan koperasi utama di negara dikawal oleh para pemimpin berfikiran konservatif yang mencampur aduk kepentinggan posisi politik mendahului keperluan memperkasa lebih 3000 koperasi seluruh Malaysia itu sendiri akibat sikap pentingkan diri sendiri yang tidak boleh diajar serta jahil ilmu kewangan terutama berkaitan AMLFTA.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Aminul Ummah Malaysia SEJARAH Yayasan Aminul Ummah Malaysia adalah dinaungi oleh Bekas Perdana Menteri ke 5 bagi memperkasakan agenda ummah dan membiayai pelajar tahfiz untuk mengenal intisari kerahsiaan al quran dan menterjemah kod kehidupan, ekonomi, kaedah syariat dan hakikat serta menjadikan para pelajar tahfiz berkemahiran dalam bidang duniawi dan ukhrawi. Perolehan yayasan ini akan mendapat peruntukan daripada perniagaan dan pelaburan patuh syariah. Tujuan penubuhannya ialah supaya dapat membiaya pelajar yang menguasai al quran agar menjurus kepada konsep kasih saying dan memahami Konsep Rahmatan Lil Alamin. Yayasan ini juga sepatutnya berperanan untuk menjalankan aktiviti dakwah dengan kerjasama erat bersama Yapiem, Jakim dan NGO Islam agar konsep dakwah yang lebih lembut dan menarik seperti zaman rasulullah dapat di martabatkan. Pendekatan pembiayaan yang dicadangkan untuk Yayasan Aminul Ummah bukan sahaja membiaya kepada ekonomi dan dakwah islam tetapi meliputi dalam memperkasakan pemikiran tauhid dan mendalami intipati Allah yang maha esa dengan memahami kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al quran. Bagaimanapun konsep mengenal yang dibawa ini sentiasa meletakkan syariat sebagai modul dan tidak menafikan perkara murni dalam setiap agama samawi. Yayasan ini juga bertujuan untuk merapati setiap tariqat yang tersasar dengan mengkaji dan membetulkan kelompongan pada jalan mereka agar kembali kepada Al quran dan sunnah rasul. Kekuatan tauhid dan dana itu adalah kunci kejayaan yang cuba diketengahkan melalui pemerkasaan ekonomi. ‘dirikan solat dan tunaikan zakat’.
PENGALAMAN PROFESIONAL
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Penasihat Ekonomi Orang Bugis, Jawa Dan Bangsa Johor SEJARAH Idea untuk membangunkan tempat pertemuan antara 2 laut iaitu Selat Melaka dengan Selat Tebrau (Pontian) sebagai hub ekonomi serantau antara Johor, Singapura dan Indonesia. Pembangunan yang lebih kepada dagangan produk SME yang mengutamakan produk halal dari Riau, Kalimantan dan Sulawesi bagi menghidupkan industri perkapalan komersil yang menjadi sejarah budaya Melayu Johor Riau Lingga. Sebagai makluman kebanyakan raja-raja Melayu mempunyai pertalian keturunan Bugis dan turun temurun menguasai kawasan hilir dan kuala sungai maka pembangunan ekonomi tidak mengetepikan sosio budaya dan adat istiadat yang berlandaskan kerjasama strategik yang sering diamalkan oleh para pemerintah Bugis sejak sekian lama bagi menjaga pelbagai bangsa dan kaum di kepulauan Melayu. Pembangunan ekonomi ini dilihat secara kesan panjang akan memberi peluang pasaran kepada kekuatan program kemanusiaan dan ekonomi yang membawa manfaat kepada lenih 100 juta penduduk persisiran Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Sunda dan Selat Jawa. Modul ekonomi yang dicadangkan adalah permulaan dengan pembangunan rumah mampu milik, mencipta pekerjaan berlandaskan pendidikan dan makanan serta hasil laut yang dikomersilkan. Malahan pengagihan pelaburan biotek merentasi sempadan negara dan kepelbagaian kaum ini akan mengembalikan semangat serumpun dan saling berkaitan juga memerlukan dibawah semangat 1 Bangsa Johor yang membawa bahasa Melayu Johor Riau Lingga sebagai bahasa jalinan ekonomi.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Bekas Penasihat Pembangunan Ekonomi Melayu Bekas Majlis Kerajaan Negeri Kelantan Istana Balai Besar. SEJARAH Membangunkan Kelantan dan Terengganu serta selatan Thailand itu adalah memiliki sejarah tersirat dalam kisah Istana Serendah Sekebun Bunga. Pembangunan dicadangkan ialah mewujudkan kluster bandar Al Muhammadi yang berpusat di Lojing yang membawa ke sempadan Pahang, Terengganu, Perak, Kedah dan Selatan Thailand dengan mengambil kira koridor pembangunan utara dan pantai timur sebagai landskap pembangunan walaupun ia tidak popular dari segi komersil. Memandangkan faktor mukabumi dan sumber air maka cadangan bandar bandar berangkai itu adalah membawa kepada rumah tani pintar, pelancongan hijau dan industri produk fesyen serta seni logam. Walaupun Kelantan terkenal dengan cara islamik tetapi tidak dinafikan bahawa rakyat Kelantan adalah yang paling peka dalam hal berkaitan fesyen dan tren terkini. Maka idea kemanusiaan yang ingin diterapkan ini mendapat perkenan mantan KDYMM AL SULTAN ISMAIL PETRA bersama sokongan mendiang RAJA THAILAND, KING BUMIBHOL ADULYADEJ yang bersetuju memberikan subsidi bekalan simen spesifikasi AMERICAN PORTLAND sehingga RM8.50 setiap 50kg agar pemerkasaan pembangunan infrastuktur berkonsepkan Islam itu lebih berdaya saing juga jangan menidakkan kehendak kemanusiaan di samping mewujudkan perniagaan berangkai.
PENGALAMAN PROFESIONAL
Kesan pembangunan ini akhirnya akan turut dirasai oleh orang islam di selatan Thailand yang sedia maklum merupakan hubungan rapat rakyat sehingga ke institusi diraja dari segi pertalian darah dan ekonomi. Bagaimanapun kemangkatan ALMARHUM Y.A.M TENGKU MUHAMMAD SABLI IBNI ALMARHUM KDYMM SULTAN IBRAHIM sebagai penyokong kuat usaha menjadikan agenda ini dijayakan menjadikan hubungan rapat dengan istana agak kelam sehingga dapat diperkenankan semula oleh KDYMM AL SULTAN MUHAMMAD V, SULTAN KELANTAN.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Penasihat Pembangunan Ekonomi Melayu Dan Pewarisan Adat Undang Luak Johol SEJARAH Pembangunan semula bandar baru 1200 ekar Felda Pasir Besar dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, sebagai pengangkutan darat dan industri berlandaskan produk tekstil dan untuk hub perubatan berlandaskan biotek dan herba. Malahan ia dicadangkan sebagai bandar baru informasi teknologi merangkum sehingga ke sempadan Johor, Pahang dan Melaka. Mengembalikan kegemilangan rekabentuk Minang, Rawa, Langkat dan Siak dengan kekayaan sosio budaya dan bandar pelancongan berkembar dengan memandangkan secara sejarahnya rumpun Minangkabau ini ada kaitan dengan jalur kesultanan dan adat negeri Perak maka idea bandar budaya ini menjadikan Johol bersama Kuala Kangsar sebagai hub kebudayaan ilmuan dan keseniaan kesusasteraan nusantara. Bagaimanapun pertelingkahan antara bekas undang dan undang sekarang menjadikan usaha ini tertangguh kerana mahu menjaga nama baik ke dua pihak sehingga pihak mahkamah membuat keputusan akhir penjawatan mereka. (RULE OF LAW).