Teks ucapan sorotan hari kemerdekaan 2008 Assalammualaikum wbktu. Dan selamat sejahtera. Yang berusaha Tuan Pengetua, Tuan haji Ahmat b Ahmat Othman,guru-guru Kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian Pelajar-pelajar yang saya kasihi Hari ini kita di ambang ke 51 tahun kemerdekaan Tanah air Sebelum Negara kita merdeka pelajar semua tahu Negara kita telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing’ Siapakah penjajah tersebut? ….Penjajah tersebut ialah portugis, belanda, Jepun Dan British. Semasa penjajah tersebut menjajah Negara kita terutamanya penjajah British. Apakah Yang mereka lakukan? Betul atau tidak semasa British menjajah Negara kita British telah mengeksploitisi system politik, ekonomi dan social?. Raja-raja kehilangan kuasa, British merompak semua hasil ekonomi kita dan di bawa balik untuk memajukan Negara mereka.British juga tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada penduduk Negara kita, Dalam satu peritiwa di Kuala Lumpur pada tahun 1915 seorang pegawai British bernama Arthur Kenion telah berterus terang dan telah meyatakan bahawa British memang tidak berminat untuk memberi pendidikan yang tinggi kepada penduduk Negara ini sebaaliknya mereka hanya berminat untuk menyediakan pendidikan sekadar menjadikan penduduk Negara ini menjadi petani atau nelayan yang lebih baik daripada ibu bapanya. Lihatlah wahai pelajar-pelajar begitulah nasib penduduk Negara kita semasa dijajah oleh Pihak British Untuk pengetahuan pelajar-pelajar semasa British menjajah Negara kita ramai .anakanak sebaya anda tidak dapat pergi ke sekolah. Mereka berada di dalam kemiskinan. Mereka ingin ke sekolah, mereka ingin pandai tetapi tidak ada sekolah yang didirikan.Sekolah hanya di didirikan di Bandar . Itupun untuk golongan bangsawan atau untuk golongan yang berkemampuan. Dari sumber lisan yang saya perolehi daripada ibu bapa dan saudara mara kebanyakkan sekolah pada masa itu tidak mempunyai kemudahan. Sekolah tersebut dikenali sebagai sekolah vernakular.Sekolahnya beratapkan atap rumbia dan lantainya tanah. Pelajar ke sekolah berkaki ayam, mkertas dan kapur sangat suKar, mereka guna arang. Kadang-kadang mereka menulis di atas tanah. Apabila hujan mereka berpayungkan daun pisang. Buku-buku teks tidak ada. Sekolah mereka jauh. Mereka berjalan kaki berbatu-batu. Cuba anda bayangkan keadaan tersebut. Jumlah pelajar ke sekolah amat terhad tidak seperti sekarang Itu zaman penjajah British. Bagaimanakah pula sisitem pendidikan kita selepas merdeka? Pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian Ini pula cerita saya selepas 14 tahun Negara mencapai kemerdekaan.Saya masuk darjah 1 pada tahun 1971-1976 iaitu selepas 14 tahun Negara mencapai kemerdekaan. nama sekolah saya sekolah Kebangsaan serom 8. Pada masa itu kerajaan telah mendirikan sekolah-sekolah di seluruh Negara baik di Bandar mahupun di luar Bandar. Sekolah saya sekolah kayu. Tidak ada kipas angin kerana belum ada bekalan elektirik
tetapi kami tak pernah merungut panas.. Kami terpaksa menggunakan perigi, Kami terpaksa menggangkut air menggunakan baldi untuk ke tandasi.Tiap-tiap pagi kami mencabut rumput. Tetapi kami Seronok. Guru di sekolah saya 7 lelaki dan 1 orang perempuan. Semua guru yang masuk ke kelas membawa rotan. Kami tidak berani untuk melawan guru. Kami sangat hormat guru kami.Ibu bapa juga sangat meghormati guru kami Pada masa itu belum ramai guru perempuan. Bahan bacaan sangat terhad.Di sekolah saya tidak ada perpustakaan.Cikgu kami bekalkan buku cerita untuk dibaca bergilir-gilir.Kami sangat seronok Alat-alat tulis sukar dibeli kerana bekalan terhad. Setiap hari saya ke sekolah berjalan kaki melalui jalan denai yang hanya boleh dilalui oleh basikal. Kiri kanan jalan semak samun.kerana masih belukar.Apabila hari hujan saya terpaksa berkaki ayam kerana jalan becak. cuba anda bandingkan keadaan diri saya dengan diri anda..Keadaan siapa yang lebih baik?. Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian Sekarang lihatlah sekolah anda, Setelah lebih 50 tahun Negara kita Merdeka.Keadaan telah jauh berubah. Banyak kemudahan yang disediakan.sekolah canggih-canggih., Universiti tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan tapi sayang seribu kali sayang ramai pelajar-pelajar tidak mahu menghargainya. Setiap hari sebagai guru kami terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi-jadi. Saya tahu ramai pelajar tidak berminat untuk lulus periksa,mereka tidak berminat untuk belajar ke universiti. Mereka tidak berminat untuk menjadi pandai. Dunia semakin berubah, Negara semakin maju tetapi mereka mahu undur ke belakang. Saya tidak tahu apakah yang anda mahu?Adakah ini nikmat kemerdekaan yang kita capai? Adakah warganegara seperti ini memampu mempertahankan kedaulatan Negara ini di masa akan datang? Sesungguhnnya Sungguh malang tanahair ini setelah para pejuang berjuang bertungkus lumus membebeskan Negara dari panjajah barat dan setelah 50 tahun kerajaan membangunakan Negara ini tapi pada hari ini ternampak tanda-tanda Negara akan menuju kehancuran. Tanda-tanda ini dapat dilihat pada pelajar-pelajar hari ini. Pantang salah sedikit pelajar akan bergaduh. Pantang cikgu tegur sedikit mereka akan melawan dan memaki guru. Perkataan-perkataan yang tidak baik seperti bodoh, babi, ejek-mengejek menjadi amalan harian. Sekiranya sikap pelajar-pelajar tidak berubah cuba anda bayangkan Negara kita 50 tahun akan datang Pada hari ini kemudahan sisitem pendidikan kita kelas pertama . Macam-macam ada tetapi sayang awak macam mana?. Cuba anda bayangkan, pelajar spm yang lulus sejarah dalam peperiksaan setengah tahun hanya 27 % sahaja. Dan pelajar yang gagal termasuk pelajar 5A Mereka memberi seribu alasan mengapa mereka tidak lulus. Alasan yang popular ialah mereka tidak berminat.Persoalannya ialah mengapakah tidak berminat?. Apakah yang menyebabkan kamu tidak berminat.? Mengapa kamu tidak mahu untuk cuba mengatasinya.? Sungguh mengecewakan..Inilah mentality anak merdeka yang hidup dalam kemewahan sehingga lupa asal usul diri mereka.
Pelajar-pelajar, sebenarnya tujuan kita mempelajari sejarah dan kita menyambut hari kemerdekaan setiap tahun adalah untuk membentuk jati diri,mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku agar kita tidak melakukan kesilapan yang akhirnya akan menrugikan diri bangsa dan Negara. Kita perlu mempunyai semangat patriotisme untuk memastikan Negara terus maju dan tidak dijajah lagi Pelajar-pelajar.Siapa kata kita belajar sejarah tidak dapat apa-apa faedah kerana kononnya anda tidak mahu menjadi peguam? Oleh itu anda beranggapan belajar sejarah tidak penting.Saya beri contoh kalau anda bekerja sebagai jurutera, kalau anda ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya anda sebenarnnyha perlu belajar sejarah. Dalam buku sejarah tingkatan 4 diceritakan kecangihan tembok besar negeri cina, binaan pyramid ,kita juga diajar berkaitan kemajuan yang dicapai oleh tamadun mesir, Mesopotamia dan Indus yang tiada tolok bandingannya. Sebagai seoraang jurutera sepatutnya mereka mengkajiSeni bina ini yang masih kekal hingga hari dengan gahnya Adalah sungguh memalukan jambatan lebuh raya yang belum digunakan di Negara kita Malaysia telah runtuh.Mengapa terjadi perkara sedemikian.?Jika anda jurutera tersebut Dimanakah maruah anda?. Keruntuhan jambatan ini melambangkan sikap jurutera pada hari ini dan masyarakat pada hari ini tidak mempunyai jati diri Dalan buku sejarah tingkatan 4 juga diterangkan kemunculan masyarakat arab Jahiliyah, Bilakah wujudnya masyarakat arab jahiliyah ? Kemunculan Masyarakat arab jahilyah sebenarnya bermula apabila runtuhnya empangan maarib semasa pemerintahan kerajaan Sabak. Empangan maarib yang menjadi nadi ekonomi masyarakatnya tidak diselenggara dengan baik menyebabkan empangan ini pecah .Selepas empangan ini pecah apakah yang terjadi kepada kerajaan Sabak? penduduk Sabak tidak dapat membaiki empangan tersebut.Mengapa? Jawapanya ialah mereka jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Mengapa mereka tidak mempnyai ilmu pengetahuan? Jawapannya semasa kerajaan Sabak maju masyarakatnya mengabaikan ilmu pengetahuan. Masyarakatnya tidak mahu mempelajari teknik membina empangan yang telah dikuasai oleh masyarakat terdahulu. akhirnnya pelajarpelajar kehidupan masayarakat sabak kucar-kacir . dan masyarakat ini akhirnya dikenali sebagai masyarakat jahilayah iaitu masyarakat yang jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan,,berakhlak rendah, suka bergaduh,sukaberjudi,berzina,menipu,merompak,membunuh. Dan sebagainya.Adakah anda mahu menjadi seperti ini.? Jadi ambilah iktibar dan pengajaran daripada perisitiwa tersebut. Kalau kita tidak belajar sejarah dah tidak membaca sudah tentu kita tidak tahu. Jadi kita akan jahil.dan menysahkan orang lain. JELAS TAK pelajar-pelajar. FAHAM TAK? KALAU anda FAHAM APAkah YANG anda FAHAM. Kalau anda faham saya mahu anda berubah. Saya mahu anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Anda masa muda dan peluang masih luas. Prasanra system pendidikan kita lengakap dan bertaraf kelas pertama. Kalau anda mengaku sebagai wargnegara Malaysia yang bermaruah rebutlah peluang ini. Pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian
saya percaya. selepas meninggalkan alam persekolahan ada di kalangan pelajar yang berada dihadapan saya akan menjadi pemimpin. Anda mungkin menjadi pemimpin politik. Oleh itu saya ingin berwasiat. untuk menjadi pemimpih yang baik anda perlu mengkaji pelbagai peistiwa sejarah baik dalan mahupun luar negara untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Ramai pemimpin yang kecudang di dunia akibat mereka buta sejarah. Dan ramai rakyat yang hidup melarat kerana tidak mengambil iktiubar dan pengajaran danripada sejarah masa lampau Pelajar-pelajar, selain itu juga saya ingin mengingatkan pelajar-pelajar bahawa sambutan hari kemerdekaan akan bermula tetapi pelajar perlu ingat sambutan hari kemerdekaan bukan merupakan hari uuntuk berpesta, atau berhibur atau bergembira tatapi hari kemerdekaan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran kerana kita dapat nghirup udara dengan bebas tanpa ancaman motar ,bedilan peluru dan bom berangkai. Saya berharap anda menyambut hari kemerdekan dengan penuh tatasusila,dan sentiasa bermuhassabah diri untuk sentiasa membaiki kesilapan agar menjadi warganegara yang cemerlang ,gemilang dan terbilang. Sempena semangat hari kemerdekaan saya juga mahu pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Kalau sebelum merdeka anak-anak muda berjuang bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan tetapi sebagai anak merdeka saya mahu anak-anak muda dihadapan saya berjuangan bermati-matian untuk mengisi kemerdekaan agar maruah Negara tidak tergadai lagi. Saranan ini saya khas tujukan terutama kepada pelajar lelaki seperti saudara Faiz ting. 6 atas,Erit 6 bawah, Nazreen 4D,Kuruparan 5F dan Tun Liang 4D dan lain-lain. Ok Siapa yang tidak sanggup menyahut cabaran saya. Ada!.... Pelajar yang tidak berani menyahut cabaran ini saya anggap pelajar ini seorang yang bacul dan tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia. Saya juga berharap dan menyeru kepada anak didik saya apabila anda mengibarkan jalur gemilang anda hendaklah beretika. Saya tidak mahu anda berbasikal dan berkonvoi mengibarkan jalur gemilang sambil berlagak samseng jalanan.tidak mengira pagi petang, siang malam.tanpa menghiraukan keselamatan diri. Terpekik terlolong bagai dirasuk hantu dan syaitan. Ini bukan budaya kita. Perbuatan ini tidak melambangkan semangat patriotik Hayatilah pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan. Okeylah pelajar-pelajar tekak saya pun dan kering , pelajar-pelajar pun dah penat akhir kata saya ingin mengudur diri jika ada salah silap atau ada kata-kata yang menguris perasaan saya memohon berbanyak-banyak maaf. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada allah Swt dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri Sekian dulu, Wabillah hitaufik walhidayah. Wasallamuaalakukm wbktu. Sekian terima kasih.