TENTATIF JALINAN ORIENTASI MAHABBAH ( J.O.M) MASA
PERISTIWA
UCAPAN
7.30-8.00 pagi
Pendaftaran dan sarapan
-
8.00-8.05 pagi
Ucapan alualuan Pengerusi Majlis
Bismillahirrahmanirrahim,,, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,. Bagi memberkati majlis kita pada harini,marilah kita membaca ummul kitab al-Fatihah. (hadirin membaca fatihah bersama-sama) Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda.
(Ucapan aluan) Yang diraikan Ustaz 1 ,…………………………………. serta para hadirin sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah inayah-Nya kita dapat berkumpul di Dewan Dato Razali Ismail ini untuk bersama-sama mengimarahkan Program JALINAN ORIENTASI MAHABBAH ( J.O.M) bagi tahun 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.
Sidang hadirin sekalian, di dalam sebuah hadis riwayat Iman Tarmizi,Nabi Muhammad SAW bersabda: Yang bermaksud :” Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu,sama seperti orang yang berjuang di jalan Allah sehingga mereka kembali semula ke rumah mereka” Ini adalah kelebihan orang-orang yang menuntut ilmu, tanpa ilmu khasnya ilmu agama,kita akan berhadapan dengan bermacam-macam masalah.
CATATAN
8.00-8-05 pagi
Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Mohd Syazwan bin Shukri untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin amin amin Ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Syazwan bin Shukri atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh saudara Muhd Syazwan itu tadi majlis kita akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.
8.05-9.20 Ceramah pagi/tajuk1 ustaz 1 (Penghayatan Budaya Ilmu) & 9.20-10.35 (Apa erti saya pagi/tajuk2 menganut Islam)
Hadirin Sekalian, Untuk tidak melengahkan masa, sekarang, Majlis menjemput Ustaz 1,………………………………………. untuk menyampaikan ceramahnya. Untuk pegetahuan semua, ustaz ………………………………. ……………………………………………………………….. ………………………………. ……………………………… ……………………………… (Biodata Ustaz 1) Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ceramah) Terima Kasih kepada Al-Fadhil Ustaz …………………………Di atas panduan ,nasihat serta teguran itu tadi. (Sesi Soal jawab….tanya jika pelajar ada soalan yang ingin diajukan) (Ambil satu dua isi penting dan tekankan/ulas) Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil ustaz…………….serta para hadirin sekalian. -Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…… (cenderahati) -Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi.
10.3510.50 pagi
Rehat
-Dijemput Ustaz 1,………………………… dan para hadiran untuk menjamu makanan.
10.5012.05 tengahari /Tajuk3
Ucapan ustaz 2 (Penghayatan Rukun Iman) & (Islam dan Cabaran Isu Semasa)
Hadirin Sekalian, Untuk tidak melengahkan masa, sekarang, Majlis menjemput Ustaz 2,………………………………………. untuk menyampaikan ceramahnya. Untuk pegetahuan semua, ustaz ………………………………. ……………………………………………………………….. ………………………………. ……………………………… ……………………………… (Biodata Ustaz 2) Dengan segala hormatnya dipersilakan.
12.05-1.20 petang /Tajuk4
(Ceramah) Terima Kasih kepada Al-Fadhil Ustaz 2,…………………………Di atas panduan ,nasihat serta teguran itu tadi. (Sesi Soal jawab….tanya jika pelajar ada soalan yang ingin diajukan) (Ambil satu dua isi penting dan tekankan/ulas) Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil ustaz…………….serta para hadirin sekalian.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…… (cenderahati) -Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi. 1.20-1.45 petang
Penutup dan makan tengahari
Selesai sudah majlis kita pada hari ini, Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas &jemputan serta para peserta untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Kita tangguh majlis kita pada hari ini dengan tasbih kaffarah dan surah al-asri. sekian, wabillahutaufiqwalhidayah wassalamuaalaikum w.b.t