ALAT-ALAT CoRT IV CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. Penggunaan alat-alat CoRT dapat memberi seribu satu manfaat kepada kita. Faedah penggunaan alat-alat CoRT termasuklah:
menggalak seseorang berfikir lebih luas. mewujudkan ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif. membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. mewujudkan pemikiran yang tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru. melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara teliti. mencetuskan idea-idea baharu dan cara-cara berbeza melakukan sesuatu.
CoRT IV meliputi asas teknik kreatif, prosedur dan sikap. Kreativiti adalah sebahagian pemikiran yang melibatkan proses yang boleh dipelajari, diamalkan dan digunakan dengan cara yang sengaja. Terdapat 10 teknik CoRT IV, iaitu, 1. Ya, Tidak, Po 2. Batu Loncatan 3. Input Rawak 4. Cabaran Konsep 5. Idea Dominan 6. Takrifkan Masalah 7. Singkirkan Kecacatan 8. Kombinasi 9. Keperluan 10. Penilaian
Berikut adalah video bagi alat-alat cort 4 : click here Ya, Tidak, Po (Yes, No, Po)
Jika sesuatu perkara adalah benar atau betul, kata “YA”. Jika sesuatu salah atau tidak benar, kata “TIDAK”. Jika menganggap sesuatu perkara sebagai idea, khayalan atau cadangan kreatif, kata “PO”.
Contoh: 1. Kamera digunakan untuk mengambil foto. Jawapan:YA 2. Kamera digunakan untuk membuat panggilan. Jawapan: TIDAK 3. Telefon digunakan sebagai kamera untuk mengambil foto dan membuat panggilan. Jawapan: PO Batu Loncatan (Stepping Stone)
Idea yang dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat kreatif yang baru. Idea mungkin kedengaran bodoh, namun boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif.
Contoh: 1. Stadium bergerak. 2. Bandar baharu dalam hutan. 3. Telefon pintar Input Rawak (Random Input)
menggabungkan dua perkara yang tidak berkenaan secara rawak untuk mencetus ideaidea baru.
Contoh: 1. Setiap bab dalam buku boleh diceraikan dan boleh disimpan dalam kotak kosong. 2. Satu set televisyen yang mengandungi beberapa set skrin kecil yang boleh ditonton serentak dalam satu masa. Cabaran Konsep (Concept Challenge)
memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu.
Contoh: 1. Nasi Lemak berlauk ayam atau ikan untuk makan pagi dan tengah hari. 2. Pasar raya besar dengan pelbagai kiosk seperti bank, telefon dan alat-alat elektrik.
Idea Dominan (Dominant Idea)
Dalam satu situasi tersebut, hanya mempunyai satu idea dominan. Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru.
Contoh: Idea: Jalan raya digunakan oleh kenderaan beroda. Perubahan idea: Tram juga menggunakan jalan raya bersama-sama dengan kenderaan lain. Takrifkan masalah (Define the Problems )
Takrifkan masalah dengan tepat. Boleh menggunakan 5W1H untuk menaktrifkan masalah.
Contoh: 1. Masalah “Hidup di asrama banyak mengganggu emosi”. Masalah ini dapat diselasaikan dengan mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi. Singkirkan kecacatan ( Remove faults)
Kenalpastikan semua kecacatan atau kesilapan yang ada dalam. menyingkirkan kecacatan tersebut.
Contoh: Kecacatan: Masa guru yang lambat mengajar di dalam kelas. Penyelesaian: Guru besar mengadakan mesyuarat dengan menasihati guru agar jangan lambat ke kelas. Kombinasi ( Combination)
Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah.
Contoh: 1. Motor + Pengukur kelapa= Mesin Pengukur Kelapa 2. Telefon+ Kamera= Telefon Pintar Keperluan (Requirements)
Kenalpasti semua keperluan berdasarkan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
Contoh: 1. Keperluan membeli motorsikal- Peruntukan kewangan, bayaran bulanan, jenis kereta, warna kereta dan tempat membeli kereta.
Penilaian ( Evaluation)
menilai sama ada idea tersebut dapat dijalankan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya.
Contoh: Masalah: Kesesakan jalan dari Putrajaya ke Kajang dan Bandar Baharu Bangi Penyelesaian: membuka jalan bertentangan supaya dapat menambah bilangan laluan jalan ke Kajang. Penilaian baik kerana dapat menambahkan bilangan jalan namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan.