Teks Hari Guru.docx

  • Uploaded by: Rosdila Azwana
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Hari Guru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,334
  • Pages: 9
TEKS PENGACARAAN SAMBUTAN HARI GURU SESI PETANG 2018 (NUQMAN) PERHATIAN. MOHON kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan kepada majlis sambutan hari guru yang akan berlangsung sebentar lagi. Terima Kasih. Para pelajar diingatkan supaya berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan. <> PALUAN KOMPANG

Rakan-rakan pelajar sekalian, marilah sama-sama kita berikan tepukan yang gemuruh kepada semua guru sesi petang SMK DATO’ IDRIS. DIA SEORANG GURU PENGGANTI AYAH IBU, DIA SEORANG GURU PEMBENTUK GENERASI BAHARU, DIA SEORANG GURU PEMBINA INSAN SEPADU, DIA SEORANG GURU PEWARIS TAMADUN ILMU, YANG TERUS HIDUP SEPANJANG WAKTU. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PETANG.

SALAM

SEJAHTERA…DAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM , PENGETUA SMK DATO’ IDRIS, YANG DIHORMATI ENCIK JAMASRI BIN JOHARI PENOLONG KANAN PETANG,SMK DATO’ IDRIS, Barisan pendidik yang disayangi, barisan badan kepimpinan sesi petang dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian… Bersyukur kita ke hadrat Ilahi,kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan insan-insan yang amat kita sanjungi dan hargai iaitu GURU..

SINGGAH KE PASAR MEMBELI IKAN, TIDAK LUPA MEMBELI GUNI, GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN, TEMA HARI GURU TAHUN INI. (ANNYSSA)

Hadirin dan hadirat sekalian,

PANGGILAN CIKGU ADALAH KERAMAT BERSABAR MENABUR JASA DAN JUGA BAKTI DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Muhammad Saifullah bin Sahidin. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad Saifullah bin Sahidin atas bacaan doa itu tadi.

YA ALLAH KAU BERIKANLAH RAHMAT UNTUK DIA INSAN GURU YANG AMAT KAMI SAYANGI SEMOGA HIDUPNYA SENTIASA SELAMAT DALAM SETIAP CABARAN YANG DIHARUNGI....

(NUQMAN) Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Perak Excellent. Sidang hadirin dipohon berdiri. <> Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas nyanyian tadi. Sidang hadirin dipersilakan duduk. Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Jamasri bin Johari, Penolong Kanan Petang SMK Dato’ Idris untuk menyampaikn ucapan. Dipersilakan. <> Terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Petang atas ucapan itu tadi. Hadirin sekalian, agenda seterusnya adalah membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Abdul Hadi bin Muhammad, Kaunselor SMK Dato’ Idris untuk membacakan teks perutusan tersebut, seterusnya, mengetuai bacaan IKRAR guru-guru SMK Dato’ Idris. <> Demikian tadi teks ucapan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk kita semua. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abdul Hadi.

JALAN BERIRINGAN BERPEGANGAN TANGAN KALAU TERJATUH SAMA MERASA GURU DAN MURID MENCIPTA KECEMERLANGAN SAMA-SAMA MENABUR JASA..

Tidak lengkap rasanya jika kita semua tidak mendengar nyanyian daripada barisan pendidik sekolah kita. Oleh itu, majlis mempersilakan semua guru sesi petang SMK Dato’ Idris untuk berdiri dan menyanyikan Lagu “KAMI GURU MALAYSIA”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. <> Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru sesi petang SMK Dato’ Idris atas nyanyian itu tadi. Seterusnya, sidang hadirin dipohon berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan Lagu “TERIMA KASIH CIKGU” kepada semua guru kita. <> Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Majlis dipersilakan duduk.

(ANNYSSA) Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Norhamizah untuk mengendalikan aktiviti permainan guru . Dipersilakan. <> Majlis mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang telah melibatkan diri dalam aktiviti permainan tadi. Terima kasih juga kepada Pengawas Pusat Sumber atas pengendalian acara permainan itu tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Rosdila Azwana Abdullah mengendalikan Cabutan Bertuah Murid bagi sesi pertama. Dipersilakan.

untuk

<>> Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Rosdila Azwana.

(NUQMAN) Hadirin sekalian,

DARI TEBU MENJADI GULA ARENA PERSEMBAHAN MENYUSUL PULA DARI PELAJAR GURU PUN ADA ILMU DIBERI KEKAL SAMPAI BILA-BILA.. BUAT BEKALAN PENUH DI DADA..

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, kita mulakan dengan persembahan SAJAK oleh Nur Najatul Amirah dan Anis Sofea sebagai tatapan khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan. Dipersilakan. <> Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Majlis diserahkan kepada Puan Siti Rosnani. Dipersilakan.

REHAT

(ANNYSSA) Sidang hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada Pasuakan Nasyid Sekolah. Majlis mempersilakan.

<> Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Nasyid atas persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Kita hentikan seketika acara persembahan yang seterusnya untuk memberi laluan kepada Aktiviti Permainan kedua pula. Dengan ini, majlis mempersilakan Puan Norhamizah untuk mengendalikan aktiviti. Dipersilakan. <> Terima kasih diucapkan kepada Pengawas semua guru yang terlibat dalam aktiviti permainan itu tadi.

(NUQMAN) Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan daripada guru-guru sesi petang SMK Dato’ Idris. Majlis mempersilakan Sir Fauzi dengan persembahan nyanyian beliau bersama pelajar. Sama-sama lah kita saksikan. Dipersilakan.

<> Demikian tadi persembahan yang sangat menarik oleh Sir Fauzi. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, Majlis sekali lagi mempersilakan Puan Rosdila Azwana untuk meneruskan acara cabutan bertuah. Dipersilakan. <>

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Rosdila Azwana.

(ANNYSSA) Untuk persembahan guru yang terakhir, majlis mempersilakan Encik Jamasri bin Johari untuk mendeklamasikan SAJAK. Dipersilakan.

<> Demikian tadi persembahan yang sangat menarik oleh Encik Jamasri, Penolong Kanan Petang kita. Terima kasih diucapkan.

(NUQMAN)

Hadirin dan hadirat sekalian, Kita teruskan majlis dengan acara Cabutan Bertuah kepada Guru-guru kita. Dengan segalanya hormatnya majlis mempersilakan Encik Jamasri bin Johari, Penolong Kanan Petang untuk mencabut LIMA nama guru bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dipersilakan.

Dibacakan nama bertuah yang pertama iaitu………………………….

1) 2) 3) 4) 5) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Jamasri bin Johari atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah itu tadi. Tahniah juga kepada guru-guru yang bertuah.

(ANNYSSA)

GURU… MENCURAHKAN ILMU DENGAN MOTIVASI MENGAJAR DENGAN PENUH DEDIKASI BERSABAR MENABUR JASA DAN BAKTI MENGISI MINDA YANG MASIH KOSONG INI PENGORBANANMU KU SANJUNGI MENJADI PENGGERAK JATI DIRI TERIMALAH SEDIKIT CENDERAHATI SEBAGAI TANDA KENANGAN BUDI

Seterusnya, pemberian hadiah kepada guru-guru yang akan disampaikan oleh Badan Kepimpinan Sesi Petang SMK Dato’ Idris. Guru-guru dimohon berada di tempat duduk masing-masing untuk menerima pemberian ikhlas daripada kami anak-anak didikmu.

<>

Pelajar yang ingin memberi hadiah individu boleh berbuat demikian sekarang.

<>

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar SMK Dato’ Idris atas tanda ingatan itu tadi..Sesungguhnya..Budi yang ditaburkan oleh guru selama ini tak termampu untuk kami semua balas.. Ucapan terima kasih kami buat cikgu..Sebenarnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru selama ini.

SEKUNTUM TERIMA KASIH KAMI BERIKAN, SEBAGAI MENGHARUMKAN HATIMU YANG SUCI, SETELAH MENDIDIK KAMI DENGAN SEPENUH HATI, MENJADI INSAN BIJAK BESTARI,

Kami mengharapkan agar para guru akan terus dirahmati Allah dengan tubuh badan yang sihat. Malah, kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang. Marilah sama-sama kita ucapkan “TERIMA KASIH CIKGU” kepada barisan guru yang kita semua sayangi ini. TERIMA KASIH CIKGU!!!

(NUQMAN) Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang, majlis mempersilakan Tuan Haji Abdul Aziz bin Ibrahim, Pengetua SMK Dato’ Idris. DIPERSILAKAN PEMENANG AKTIVITI PERMAINAN…. Tempat Pertama:

Tempat Kedua:

Tempat Ketiga:

SAGUHATI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Aziz bin Ibrahim atas kesudian untuk menyampaiakn hadiah kepada pemenang.

Sekarang, kita telah sampai ke acara pemotongan kek. Dipersilakan Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Aziz bin Ibrahim, diiringi Penolong Kanan Petang, Encik Jamasri bin Johari serta guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mei untuk acara pemotongan kek. <> Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua guru Sesi Petang SMK Dato’ Idris. Semua guru dijemput ke hadapan dewan untuk sesi bergambar.

(ANNYSSA) Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada petang ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru pada tahun ini. SESUNGGUHNYA GURU INSAN KEDUA SELEPAS IBU BAPA YANG PALING BERJASA KEPADA KITA. DIA MEMBERITAHU,MEMAHAMKAN,MENDIDIK DAN MEMIMPIN KITA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. TANPA GURU, SIAPALAH KITA. Ayuh bersama kita ucapkan SELAMAT HARI GURU.

TERIMA KASIH DAUN KELADI PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI BUAT GURU KAMI SUDAHI SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI JASA GURU TERPAHAT DIHATI

Sekian. Salam Sejahtera WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Related Documents


More Documents from ""