Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh dan salam satu Malaysia. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah kisah yang sangat penting dalam sejarah lslam.
Mari bersama kita kenangkan, Kisah teladan di dalam Al-Quran, kisah Muhammad Nabi akhir zaman, Israj Mikraj yang penuh keagungan.
Sidang hadirin, Nabi Muhammad saw merupakan anak kepada Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Baginda telah dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun. Baginda merupakan nabi akhir zaman dan risalahnya untuk semua manusia.Semasa menyampaikan dakwahnya, baginda telah mendapat pelbagai rintangan dan tentangan daripada kaum Quraisy.
Antaranya ialah tindakan kaum Quraisy memulaukan Bani Hashim dan orang lslam. Akibat pemulauan tersebut , Baginda telah kehilangan penyokong dan pelindung utamanya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tersayang Siti Khadijah bt Khuwailid yang telah meninggal dunia. Kesedihan ini ditambah lagi dengan penolakan dakwah oleh penduduk Taif. Lantas Allah mengingatkan Nabi dengan berfirman :
dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita………(surah ali-Imran :ayat 139)
Sebagai umat lslam, jangan kita mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan Allah seperti musibah banjir yang baharu kita alami. Redha dan mohonlah pertolongan daripada Allah Taala. Untuk mengubati kesedihan Baginda, Allah Taala telah memperjalankan Baginda melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, peristiwa ini juga untuk menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah Taala di samping kewajipan kefardhuan solat 5 waktu.
Sebelum diIsrak Mikrajkan, Baginda terlebih dahulu melalui proses penyucian hati oleh dua malaikat iaitu Jibrail dan Mikail. Setelah itu dimasukkan ke dalam hati Baginda hikmah, ilmu dan iman. Kemudian dimeterikan dengan “ khatimin Nubuwwah”.
Begitulah kawan-kawan, kita juga perlu menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat daripada najis terutamanya ketika menunaikan ibadat kepada Allah Taala.
malam isnin 27 rejab… tahun kesebelas kenabian menaiki Buraq….. ditemani Jibrail diperjalankan dengan jasad dan roh melihat keagungan Tuhan yang penuh keajaiban
Allah berfirman: “Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid AlHaraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” ( Surah al-Israk: ayat 1 )
Baginda telah melalui Madinah, Bukit Tursina, Baitul Laham dan seterunya ke Baitul Maqdis. Pelbagai gambaran dan suasana peristiwa telah diperlihatkan dengan penuh keajaiban.Setiap gambaran telah diperjelaskan oleh Jibrail as. Antara peristiwa yang telah dialami baginda ialah petani bercucuk tanam dan memungut hasilnya tanpa henti. Menurut Jibrail as itulah balasan kepada orang yang sanggup berjihad fiisabillah dalam menegakkan syiar lslam. Kita umat lslam sepatutnya mencontohi semangat dan keberanian orang Palestin untuk bersamasama berberjuang menentang keganasan Israel.
Allah berfirman: surah al Maidah 35 dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
Nabi juga melihat manusia memecahkan kepalanya dengan batu. Itulah balasan bagi mereka yang tidak menjaga solatnya. Sekarang ini ramai manusia meringan-ringan solat semata-mata untuk mengejar urusan duniawi. Ingatlah solat itu adalah diwajibkan kepada kita untuk dikerjakan.
Allah berfirman dalam surah al-Ankabut 45: dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar
sampailah sudah di Masjidil Aqsa, mengimani solat sekelian para anbia’,
sajak
minuman susu dipilih jua, akhirnya ke Sidratul Muntaha dimikrajkan pula.
Di langit pertama baginda bertemu dengan Nabi Adam. Di sini juga baginda melihat keadan orangorang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat keadaan orang yang berzina yang sangat buruk perlakuannya. Dewasa ini kita digemparkan dengan pelbagai gejala kelahiran anak luar nikah yang berleluasa. Ingatlah zina itu perbuatan keji dan dimurkai Allah.Ianya merosakkan keturunan manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 32 : dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Seterusnya di langit kedua baginda bertemu dengan Nabi Isa dan Yahya, di langit ketiga Nabi Yusof, di langit keempat Nabi Idris, di langit kelima Nabi Harun, di langit keenam Nabi Musa dan di langit ketujuh Nabi Ibrahim Khalilullah. Setelah itu, Baginda telah ke Sidratul Muntaha dan akhirnya ke Hadratul Qudus dan Hadratul Rabbul Arbab berseorangan diri untuk bertemu dengan Allah Taala. Baginda telah menerima kefardhuan solat yang asalnya 50 waktu, tetapi atas nasihat Nabi Musa kemudiannya Allah mengurangkannya kepada 5 waktu sahaja sepertimana sekarang.
Setelah itu, Baginda telah dibawa kembali ke Baitul Maqdis dan menunggang Buraq kembali ke Masjidil Haram di Mekah pada malam yang sama.
Penutup Suasana masyarakat terbahagi kepada dua, ada yang bertambah penuh keimanan seperti mana Abu Bakar yang akhirnya mendapat gelaran “asSyiddiq” tetapi ramai juga yang kufur kerana tidak mempercayainya manakala orang musyrikin menjadikannya sebagai bahan cercaan.
Kisah Israk dan Mikraj telah kita amati, Bersama kita mengukuhkan iman, Marilah kita bertekad di hati, Suruhan Allah sentiasa amalkan.
Bunga dedap di atas para Anak dusun pasang pelita Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta
Sekian terima Kasih Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh