Tazkirah.muslim Cintakan Harta Lebih Bahaya Daripada Serigala Buas

  • Uploaded by: Mohd Zaidi bin Harun
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tazkirah.muslim Cintakan Harta Lebih Bahaya Daripada Serigala Buas as PDF for free.

More details

  • Words: 300
  • Pages: 2
Muslim cintakan harta lebih bahaya daripada serigala buas Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad DUNIA ini penuh dengan fitnah dan ujian. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk dan di mana saja. Harta adalah fitnah paling besar kerana tiada siapa boleh terlepas daripadanya. Perkara itu ditegaskan Allah dalam alQuran Firman Allah bermaksud: "Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anakmu itu hanya sebagai cubaan (fitnah) dan sesungguhnya pada sisi Allahlah pahala yang besar." (Surah al-Anfal, ayat 28) Manusia ini jika tiada harta dianggap miskin, jika ada harta dianggap kaya, sedangkan kedua-dua keadaan itu adalah ujian dan cubaan Allah. Orang tiada harta ada dua keadaan, iaitu ada yang reda dan ada yang tamak. Yang pertama itu dipuji dan kedua dicela. Orang yang ada harta pula ada dua keadaan iaitu ada yang bakhil, kikir kedekut dan ada pula suka berbelanja. Yang satu dicela dan yang satu lagi dipuji. Orang suka berbelanja pula ada dua keadaan, iaitu yang membazir dan ada berjimat cermat. Dipuji ialah yang berjimat. Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman, janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah alMunafiqun, ayat 9) Dalam konteks bahayanya harta ini terhadap seorang Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i) Maksudnya, daripada perspektif agama, seorang Muslim yang cintakan harta dan pangkat kedudukan itu lebih berbahaya daripada serigala yang berada di kandang kambing. Demikian perbandingan digambarkan Nabi Muhammad SAW bagaimana harta mempunyai pengaruh besar kepada manusia. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Sebaik-baik harta ialah harta

Tazkirah

Muka 1 / 2

yang berada pada orang yang baik (salih)." (Hadis Riwayat Ahmad dan alTabarani)

Tazkirah

Muka 2 / 2

Related Documents


More Documents from "Kema Malini Thiagarajan"