Tazkirah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tazkirah as PDF for free.

More details

  • Words: 607
  • Pages: 4
“Benarnya kepahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang Allah berikan kepada hambaNya. Tiada nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi nikmat tersebut. Dengannya seorang hamba dapat terhindar dari jalan orang-orang yang dimurkai, yaitu orang-orang yang buruk tujuannya dan jalan orang-orang yang sesat ( orang-orang buruk pemahamannya ). Sebaliknya, mereka akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat, yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya. Merekalah orang-orang yang terbimbing kejalan yang lurus, yang kita semua diperintah untuk memohonnya setiap kali solat. Benarnya kepahaman merupakan cahaya yang disemayamkan Allah dalam hati hambanya. Dengannya , seorang hamba dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, penyimpangan dan kelurusan ………” IBNUL QAYYIM

Akhlak ialah satu keadaan jiwa yang sudah mantap, yang menerbitkan tindakan-tindakan dengan mudah dan senang. Jika tindakan-tindakan itu terpuji di sisi syarak dan akal, maka keadaan jiwa yang menerbitkan tindakan itu dipanggil akhlak yang baik. Jika tindakan-tindakan yang lahir itu buruk, maka keadaan jiwa yang melahirkannya dinamakan akhlak yang buruk. ( IMAM AL-GHAZALI)

Akhlak mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah pada hari qiamat, kerana balasan untuknya amat besar. Akhlak juga mempunyai peranan penting dalam hubungan sesama manusia, kerana ia membenihkan kasih sayang, kemesraan dan menghapuskan kebencian dan perbalahan. Akhirnya ia memainkan peranan dalam memakmurkan dunia ini dari segi spiritual dan material.

Setiap muslim wajib berakhlak mulia dan dia akan di soal pada hari qiamat kelak tentang akhlaknya itu.

Imam al- Ghzali menjelaskan bahawa muslihat, tipu daya, perangkap dan pujukan shaitan terhadap manusia agar jatuh kedalam pelukan dirinya biasanya menerusi tujuh cara. 1- Syaitan melarang manusia agar ia tidak melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Orang-orang yang dipelihara oleh Allah s.w.t. akan membahtah larangan tersebut, dan berkata: “ Aku sangat perlu sekali kepada pahala daripada Allah s.w.t., Oleh kerana itu aku mesti mempunyai bekalan drpd dunia untuk menjalani kehidupan akhirat yang kekal abadi.” 2- Syaitan mengajak manusia untuk segera mengakhiri sesuatu ibadat dan ketaatan, seperti menghasut agar menangguh-nangguh waktu, nanti sahaja atau kalau sudah tua dan seterusnya. Orang-orang yang terpelihara dan terjaga oleh Allah s.w.t. akan menulaknya dengan mengatakan: “ Ajalku bukan pada tanganku, jika aku menangguhkan amal soleh hari ini untuk dilakukan esok, maka bila masanya amal hari esok tersebut aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari mempunyai amal masing-masing. 3- Bila-bila masa, syaitan mendorong manusia supaya terburu-buru utk mengerjakan amal baik dengan sangat tergesa-gesa dan mengatakan : “ Ayuhlah

4-

5-

6-

cepat-cepat beramal, supaya engkau dapat lagi memburu amal lainnya. Orang-orang yang selamat dan dijaga oleh Allah s.w.t. tentu menulak dan berkata: “ Sedikit tetapi sempurna dan istiqamah lebih baik drpd amal banyak tetapi tidak sempurna dan kurang istiqamah.” Seterusnya, syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna, sebab kalau tidak sempurna nanti akan dicela orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menulaknya dan akan berkata, “ Bagi saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana ingin mendapatkan pujian manusia.” Setelah itu syaitan menanamkan perasaan dlm hati orang yg beramal dgn mengatakan; “ Betapa tingginya darjatmu krn Berjaya melakukan amal soleh dan betapa pula engkau cerdik dan bijak “ Orang-orang yg baik dan diselamatkan Allah s.w.t akan menjawab, “ Sesungguhnya semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah s.w.t, ianya bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allahlah yg memberi taufik kpdku utk dapat mengerjakan amal yg Dia redhai, dan memberikan ganjaran yg besar dgn kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dgn banyaknya nikmat Allah kpdku, lagi pula dosadosaku sangat banyak” Setelah jln kelima gagal, syaitan membisikan hasutan di hati manusia: “ Bersungguh-sungguhlah dlm melakukan amal secara sembunyi atau rahsia,

jgn sampai diketahui manusia, sebab Allah s.w.t. jua menzahirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan

Related Documents

Tazkirah
November 2019 21
Tazkirah
June 2020 16
Tazkirah
November 2019 26
Tazkirah
May 2020 12
Tazkirah
June 2020 13
Tazkirah 09
June 2020 5