www.tazkirahjumaat.blogspot.com
21 Nov. 2008 (23 Zulkaedah 1429) UJIAN UNTUK KE SYURGA Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua anak Adam di bawah panji-panjiku di hari Kiamat dan akulah yang pertama masuk syurga. (Riwayat Ibni Assyakir dari Huzaifah) Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw. bersabda, ”Kami adalah umat terakhir dan terawal pada hari kiamat. Kami adalah umat yang pertama masuk syurga walaupun mereka diberi kitab sebelum kami dan kami diberi kitab sesudah mereka.”(H.R. Muslim). Untuk masuk ke syurga pelbagai ujian harus dilalui. Ujian pertama ialah ujian keimanan iaitu 6 rukun iman yang terdiri dari 4 perkara ghaib dan hanya 2 perkara yang nampak iaitu kitab dan nabi (orang terdahulu boleh melihat para Nabi). Seterusnya manusia diuji dengan ujian Islam seperti yang terkandung dalam 5 Rukun Islam iaitu mengakui Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasul dan apa yang dibawanya adalah benar, mengerjakan sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji. Ali-Imran [140]…..dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya),….. Manusia juga diuji di alam kubur. Setelah dibangkitkan, diuji pula di Padang mahsyar. Ujian terakhir ialah ujian meniti titian Sirat yang sangat halus iaitu sehelai misai Malaikat Malik Zabaniyyah, penjaga neraka. Malaikat itu sendiri jisim yang halus, apalagi misainya. Ada yang tergelincir ke dalam neraka semasa meniti dan ada yang berjaya melepasinya untuk ke syurga. Ali-Imran [185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Masuk ke syurga ialah satu kejayaan yang besar dalam ujian ini kerana syurga ialah hari raya yang sebenar dan di sana kita menjadi tetamu Allah. Tidak terasa kematian bila berada di syurga: Ad-Dukhan[56] Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; Berebut-rebutlah dalam mendapatkan tender syurga Allah s.w.t. Al-Mutaffififeen [26] ….. dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/07/31/ujian-untuk-ke-syurga/
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah) Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
dengan
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.) Dalam zikir yang lain pula: …..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim) Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya. Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih? Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah) Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin. “…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan” Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/22/subhan allah-wabihamdihi/ TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : • • •
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah" . "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".
Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini
kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]
KHASIAT MADU LEBAH “Siapa meminum madu di pagi hari selama tiga hari setiap bulan, nescaya ia tidak terkena penyakit yang berat” (Riwayat Ibnu Majah melalui Abu Hurairah r.a.”) Seperti mana firman Allah: An-Nahl [69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buahbuahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagaibagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/02/20/khasiat-madu-lebah/
KEKUATAN SEDEKAH Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling
dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah SWT menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita maklum bahawa gunung mahupun batu boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh jentera yang dinamakan buldozer atau sejenisnya yang diperbuat daripada besi).
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Malaikat yang pertama menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Malaikat yang kedua pula menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya " .
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat.
•
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah" .
•
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ".
•
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam khutbah baginda ketika sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya". Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati ini yang menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman Allah SWT; "Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah." {Qs. Al Lail (92) : 5-8}. Firman Allah SWT bermaksud; "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Banyak daripada kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui di tepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas dan sebagainya. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah SWT dan Rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah. Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan dapat kita bayangkan andai kata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah). Walau bagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih daripada yang sebelumnya. Apa yang penting harus diiringi dengan keikhlasan. Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (membelanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di
sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. Sedekah yang pahalanya terus mengalir. Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendoakannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Semoga dengan ini kita sebagai insan yang kerdil mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak dengan memperbayakkan amal jariyah melalui bersedekah.