Tatakelakuan Pelajar Di Masjid

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tatakelakuan Pelajar Di Masjid as PDF for free.

More details

  • Words: 391
  • Pages: 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (60) Tarikh

: 5 Februari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991 : Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid Dukacita didapati akhir-akhir ini keadaan di mana sebilangan pelajar tidak dapat menunjukkan adab serta tatatertib yang baik ketika berada di masjid untuk solah berjemaah, jelasnya bagi fardhu Jumaat. Terdapat perlakuan di kalangan pelajar yang berbuat dan bergurau sesama sendiri, serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para jemaah lainnya. 2. Perlakuan sedemikian boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap disiplin pelajar, sekaligus menggugat kewibawaan sekolah yang akan dianggap sebagai gagal memberikan pendidikan yang berkesan. Hal seumpama ini tidak seharusnya dibiarkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat dengan perlakuan tersebut masih kecil. 3. Sebagai langkah kawalan, sekolah-sekolah adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut : (a)

Sentiasa memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib ketika berada di tempat-tempat khas, lebih-lebih lagi apabila berada di masjid, surau atau madrasah, melalui perhimpunan mingguan, atau dilakukan oleh guru di dalam kelas, di samping pengajaran mata pelajaran Agama Islam.

(b)

Guru-guru ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan pelajar di masjid di mana lazimnya pelajar menyempurnakan fardhu Jumaat dan di masjid-masjid di mana guru-guru menjadi kariahnya.

(c)

Bagi menentukan keberkesanan pengawasan, lebih sesuai jika pelajarpelajar dikelompokkan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Pengawas Sekolah. Pelajar-pelajar seharusnya berada di saf-saf yang diperuntukkan kepada mereka.

(d)

Lain-lain tindakan yang dapat membantu mengawas perlakuan tidak berdisiplin pelajar ketika di masjid.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1.

Y.B. Dato’ Sri Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan

7.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan

8.

Timbalan Ketua Setiausaha II

9.

Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Related Documents

5- Adap Di Masjid
June 2020 26
Masjid Di Jepang 2
December 2019 37
Masjid Di Jepang 1
December 2019 33
Di Zawiyyah Sebuah Masjid
October 2019 32
Adap Di Masjid
June 2020 26

More Documents from ""