Tatacara Pendaftaran Penyertaan

  • Uploaded by: Rosmah Abdullah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tatacara Pendaftaran Penyertaan as PDF for free.

More details

  • Words: 270
  • Pages: 1
TATACARA PENDAFTARAN PENYERTAAN JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24 TAHUN 2008 1. Setiap permohonan bagi menyertai jambori mestilah mengunakan format borang rasmi yang disediakan (disertakan) atau di muat turun dari laman web. Salinan borang fotostat juga diterima. Borang pemimpin adalah bagi jawatan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin, Penolong pemimpin atau ahli biasa (yang tidak beruniform) dalam kontinjen. Manakala borang ahli Pengakap merupakan ahli yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelana, Pengakap Remaja atau Pengakap Muda dalam kontinjen sahaja. 2. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dalam dua salinan. Borang boleh diperolehi daripada Sekretariat Jambori atau pindah turun daripada laman web Jambori Antarabangsa Negeri Johor http://johorjamboree2008.com 3. Setiap borang mestilah telah lengkap diisi dengan maklumat diri peserta dan seterusnya wajib mendapat pengesahan dari Pesuruhjaya Negeri terlebih dahulu. 4. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar secara berkumpulan mengikut kontinjen daerah masing-masing berserta wang pendaftaran yang telah ditetapkan. Borang pendaftaran yang tidak lengkap TIDAK akan diproses oleh pihak urusetia. 5. Pendaftaran secara individu TIDAK akan dilayan. 6. Setiap data pegawai dan peserta kontinjen mestilah diisi dalam disket yang disertakan. Sila serahkan disket yang telah lengkap butiran bermaklumat terkini bersama borang penyertaan sekali dengan kadar bayaran penyertaan yang mencukupi. 7. Bayaran yang menggunakan cek atau wang pos atau money order hendaklah atas nama : Majlis Pengakap Negeri Johor 8. Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 15 November 2008 (Sabtu). 9. Keterangan lanjut berhubung Jambori Antarabangsa Negeri Johor Ke-24, boleh didapati daripada : SEKRETARIAT JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24 Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Km 9, Jalan Tanjung Laboh, Senggarang 83200 Batu Pahat, Johor, Malaysia. No. Telefon No. Fax atau menerusi lawan web

: 607-4288249 : 607-4288249 : http://johorjamboree2008.com

Related Documents

Penyertaan
May 2020 14
Borang Penyertaan
December 2019 30
Checklist Penyertaan
June 2020 10
Sijil Penyertaan
December 2019 65
Sijil Penyertaan
June 2020 17

More Documents from ""