NUR SYAZWANI BINTI ABDUL AZIZ A156494 TUGASAN II UNDANG-UNDANG KETERANGAN II FAKTA-FAKTA YANG PERLU DIBUKTIKAN (FACTS WHICH NEED TO BE PROVED)
1. Bagaimanakah sesuatu fakta boleh dibuktikan? i. Keterangan lisan ii. Keterangan dokumen iii. Keterangan sebenar iv. Mana-mana kombinasi KETERANGAN LISAN & KETERANGAN SEBENAR (ORAL & REAL EVIDENCE)
1. Apakah maksud keterangan lisan? Seksyen 3(a) Akta Keterangan 1956 – Tafsiran Keterangan - segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara fakta yang disiasat. 2. Apakah peruntukan yang membenarkan pengemukaan keterangan lisan untuk membuktikan sesuatu fakta? Seksyen 59 Akta Keterangan 1956 - Segala fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisan. 3. Bolehkah seseorang yang tidak boleh bercakap memberikan keterangan lisan? Boleh. Seksyen 119 Akta Keterangan 1956 Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan keterangannya mengikut apa-apa cara lain yang menjadikannya boleh difahami, seperti, misalnya, dengan tulisan atau isyarat; tetapi tulisan itu mestilah ditulis dan isyarat itu dibuat di dalam mahkamah terbuka. Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan. 4. Apakah skop keterangan lisan di bawah Seksyen 60 Akta Keterangan 1950? Keterangan lisan mestilah langsung. Ia adalah langsung jika orang yang memberi keterangan itu sendiri melihat, mendengar atau melalui deria lain (eg : bau) dan bukanlah memberi pendapat kecuali pendapat pakar. 5. Apakah nilai keterangan (evidentiary value) sesuatu keterangan lisan? Nilai keterangan lisan bergantung kepada kredibiliti yang akan ditentukan oleh Mahkamah. Apabila saksi menipu – bukan saksi yang kredibel (Khoon Chey Hin v PP 1961) Saksi berkepentingan – tiada anggapan undang-undang yang saksi berkepentingan tidak boleh dipercayai (Balasingham v PP 1959) 6. Bagaimanakah nilai keterangan lisan ditentukan? Apakah ujian yang digunakan?
Samada tidak unshaken semasa soal balas adalah cukup untuk kredibel? TIDAK. instead the inherent probability or improbability of a fact in issue is the prime consideration. (Muniandy & Ors v PP) [1966]
7. Apabila keterangan lisan tidak boleh dipercayai, apakah kaedah selamat yang boleh digunakan oleh mahkamah? Apakah kes yang boleh dirujuk? Jika keterangan lisan tidak boleh dipercayai maka perlu bergantung kepada keterangan documen. PP v DSAI (1999). 8. Apakah maksud keterangan sebenar (real evidence)? Seksyen 60(3) Akta Keterangan 1956 – kewujudan atau keadaan apa-apa benda material. 9. Apakah contoh keterangan sebenar dalam kes sivil dan kes jenayah? Jenayah – pisau, gambar tempat kejadian Sivil - dokumen 10. Apakah perkaitan antara keterangan sebenar dan keterangan lisan? Keterangan sebenar selalunya akan dibuktikan semada memberi keterangan lisan. 11. Apakah maksud eksibit? Bolehkah keterangan sebenar menjadi eksibit? Exhibit ialah barang kes. Boleh. 12. Bagaimanakah seseorang boleh mengecam eksibit (keterangan sebenar)? Boleh mengecam ekshibit dengan menerangkan spesifikasi/rupa bentuk ekshibit tersebut semasa memberi keterangan lisan. 13. Adakah terdapat apa-apa keterangan sebenar yang tidak boleh dicam melalui ciri-ciri fizikalnya? Ada. Contohnya serbuk,darah, semen atau bahan lain. 14. Dalam keadaan apabila terdapat keterangan sebenar yang tidak boleh dicam melalui ciri-ciri fizikalnya, apakah yang perlu dibuktikan di mahkamah? Cukup untuk mengaitkan jagaan(possession) barang melalui saksi successive. 15. Apakah maksud rantaian jagaan (chain of possession)? Rantaian jagaan (Chain of Custody) menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (U.S. Department of Justice ialah satu “proses yang digunakan untuk mengekalkan dan merekodkan kronologi sejarah bahan bukti yang diperolehi daripada tempat kejadian” 16. Apakah kesan apabila terdapat keraguan dalam rantaian jagaan? Kesannya bantahan boleh dibuat jika terdapat keraguan 17. Apakah maksud afidavit? Affidavit ialah keterangan bersumpah. 18. Bolehkah seseorang saksi sumpah (deponent) di soal balas di mahkamah? Boleh.