بسم الله الر حمن الر حيم Pendahuluan Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa jalan dan petunjuk yang nyata. Membawa manusia daripada jalan kegelapan kepada cahaya kebenaran menuju kepada jalan Allah azzawajalla. Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan keatas keluarga seterus nya keatas sekelian para sahabatnya yang mulia. Sirah Rasulullah s.a.w merupakan perjalanan hidup baginda yang meliputi setiap aspek kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia. Baginda menjadi ikutan uswatun hasanah kepada umat Islam dalam mengharungi kehidupan didunia hingga ke akhirat kelak. Amat lah penting, malah menjadi kewajiban kepada kita untuk mengetahui dan menghayati serta mengamalkan segala syariat yang dibawa oleh baginda. Rasululullah menjadikan diri nya sebagai contoh tauladan yang dapat diikuti oleh umat Islam hingga keakhir zaman. Rasulullah merupakan seorang pemimpin yang agung, ketua Negara, seorang suami misali, seorang ayah yang penyayang, seorang pendidik yang dapat memberikan petunjuk jalan kepada kebahagiaan, seorang panglima perang dan seorang pendakwah yang hebat. Sejarah telah melakarkan bahawa era nabawi yang diterajui oleh kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w telah melahirkan generasi muslim yang sangat hebat, berakhlak mulia, bersemangat juang dan jihad, memiliki iman yang mantap yang kesemua ini adalah hasil dari tarbiah insan agung Muhammad s.a.w. Ciri-ciri dan nilai akhlak yang terdapat pada baginda menjadi paradigma kepada umat Islam menjalani dan memahami erti kehidupan sebenar. Kebenaran yang meletakkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang maha Esa dan Muhammad sebenar-benarnya pesuruh Allah. Pembacaan sirah nabawiah ini perlulah dibuat dengan berpandukan paksi keimanan yang teguh dan menyelami setiap peristiwa dan pengajaran yang terdapat padanya. Ianya bukanlah bacaan untuk masa lapang tetapi sirah nabawiah merupakan satu rentetan kehidupan insan yang berakhlak mulia dan dapat mengadaptasikan kepada para sahabat sehingga menjadikan mereka seorang pejuang dan ahli ibadat yang hebat. 1
Di zaman mutakhir ini umat Islam seolah-olah telah melupakan dan mengambil sikap sambil lewa terhadap sirah nabawiah ini,. Apakah dengan hanya memperingati ulangtahun keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w dengan mengambil bahagian didalam perarakan dan slogan-slogan itu sudah memadai? Penghayatan yang sebenar terbit daripada keimanan dan keyakinan yang datang daripada aqidah yang murni dan sekaligus membuahkan akhlak yang terpuji. Maka sudah tentu pemahaman kepada akhlak dan keyakinan ini hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menghayati dan mengetahui akan sirah nabawiyah ini. Bagaimana Rasululullah dapat mentarbiah akhlak para sahabat dan umat sepanjang zaman. Nabi dapat mengubah cara hidup ummah daripada buruk kepada kebaikan. Tarbiah akhlak menurut sirah nabawiah ini perlu diperjelaskan lagi untuk dihayati serta diamal kan apalagi didalam keadaan masyarakat yang mementingkan kehidupan duniawi tanpa memperdulikan kehidupan ukhrawi. Sikap dan cara kehidupan yang diamalkan tidak menurut cara Islam yang sebenar mengundang kepada kekosongan jiwa dan hilang arah kehidupan. Akan lahir lah masyarakat yang pincang yang tidak mempunyai pedoman lantaran ketandusan ilmu pengetahuan agama. Marilah kita sama-sama merenung kembali sirah nabawiah yang telah menghasil kan sebuah tamaddun yang teragung yang dibangunkan atas paksi tauhid dan keimanan. Mencontohi dan mengamalkan sunnah adalah merupakan ibadah yang diberi ganjaran pahala oleh Allah s.wt.
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah s.w.t dan (balasan baik) pada hari akhirat kelak serta ia menyebut dan mengingati Allah s.w.t sebaik-baiknya (pada masa susah dan senang)” Al-Ahzab ayat 21. DEFINASI
2
Tarbiah bermaksud pendidikan, mengasuh, penjagaan dan maknamakna lain yang seumpamanya.1 Perkataan tarbiah (masdar/nama terbitan) daripada kata kerja rabba, yurabbi yang bererti mengasuh atau membela. Misalnya apabila dikatakan rabba al-walada bererti, dia telah mengasuh atau membela seorang budak.2 Perkataan akhlak berasal daripada kalimah bahasa Arab iaitu kata jamak daripada al-khuluq. Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalq yang bererti ciptaan seperti yang dijelaskan didalam Quraan surah as-Sajdah, ayat 7:
۷ ۖ وبدأ خلق ال نسن من طين الذي احسن كل شئ خلقه Maksudnya: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal daripada tanah.” Oleh itu keindahan ciptaan manusia juga mempunyai dua bentuk iaitu: 1. Insan Jasmani iaitu keindahan daripada segi zahir fizikal. Keindahan
ini termasuk dalam istilah al-khalq. 2. Insan Nafsani iaitu keindahan yang berbentuk batin iaitu diluar
fizikalnya. Keindahan ini termasuk dalam istilah al-khuluq atau pun al-akhlak.3
Akhlak yang baik dapat membentuk sakhsiyah(peribadi) yang mulia. Oleh itu contoh tauladan akhlak yang baik perlu diikuti dan dihayati daripada insan yang akhlak nya telah di perakui sebagai akhlak yang paling mulia dikalangan manusia melalui firman Nya,:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة Maksudnya: “ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu…” 1 Abd.Raof,Abd.Salim,Khairul Amin, Kamus Arab-Melayu, Oxford Fajar ,155 2 Muhammad Idris Abd.Raof Al-Marbawi, Kamus Idris Al-Marbawi, 223 3 Datuk Harun Din, Islam Rujukan elektif Akhlak Mulia, 2
3
(surah al-Ahzab ayat 21) Didalam nahu bahasa Arab, frasa ‘kana lakum’(bagi kamu) merupakan satu pengiktirafan yang menggambarkan bahawa Nabi S.A.W merupakan contoh teladan dan ikutan yang baik bagi umat. Malah ianya diperkuatkan dengan permulaan lafaz ‘laqad’ (sesungguhnya) satu gesaan yang cukup mantap4. Gambaran ketinggian akhlak Baginda s.a.w. juga dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang berbunyi :
Maksudnya : " Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia ” .
Tauhid harus menjadi paksi dan teras keperibadian yang unggul. Inilah pola penyelesaian dari Allah untuk manusia seluruhnya. Inilah bentuk pendidikan para Nabi, Musa, Isa, Muhammad dan Rasul-Rasul sepanjang sejarah.5 Apabila membicarakan soal tarbiah akhlak mengikut pandangan sirah nabawiyyah, sedikit sebanyak perlulah diketahui kronologi yang menjurus kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. agar dapat diterjemahkan kedalam masyarakat umat Islam masa kini (waqi’).
MUNCUL NYA CAHAYA KEBENARAN. Nabi Muhammad s.a.w telah hidup 40 tahun dikalangan masyarakat jahiliah sebelum beliau mendapat wahyu dengan membawa Risalah (agama) yang terakhir. Ketika Rasulullah s.a.w dilahirkan sekelian alam ini berada didalam kegelapan. Asas-asas peradaban manusia telah runtuh akibat dari gejalagejala kesyirikan dan kepercayaan kepada berbagai-bagai ilah (ketuhanan). 4 Nik Abdul Aziz Nik Mat, SIRAH NABAWIYYAH-insan teladan sepanjang zaman, 11 5 Hj.A.Ghani Hj.Shamsudin, Tajdid dalam pendidikan dan masyarakat,DPF,PUM 75
4
Manusia telah hilang sifat-sifat kemanusiaannya, orang-orang yang hidup senang lenang hidup didalam kerendahan akhlak. Bumi dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan berada didalam keruntuhan akhlak yang dahsyat. Namun atas kehendak Allah s.w.t yang amat mengetahui telah mengutuskan pesuruhnya yang telah diperlengkapkan dengan ciri-ciri keperibadian dan akhlak yang tinggi dan mulia untuk menghadapi umat yang pada ketika itu berada didalam kegelapan. Amat lah perlu bagi kita mengetahui fasa-fasa kehidupan beliau sebelum diangkat sebagai Rasul Allah dan sesudahnya agar dapat menghayati dan mendalami jiwa kekasih Allah ini.
ZAMAN KANAK-KANAK. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada tahun 571 M, Ayah nya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Ayahanda Baginda meninggal dunia semasa Baginda masih didalam kandungan. Kemudian semasa Baginda berumur 6 tahun, ibunda yang tercinta menyahut panggilan Ilahi, tinggal lah Baginda bersama datuk nya Abdul Muthalib dan seterusnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda Abu Thalib. Keduadua orang ini mempunyai tanggungjawab yang berat disamping menjaga keluarga yang besar dan tanggungjawab menjamu dan menjamin orangorang yang datang berhaji ke Mekah pada setiap tahun. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w semasa kanak-kanak didalam keluarga yang besar dan kekurangan begitu membekas kedalam jiwa nya dan ini merupakan tarbiah yang dapat membentuk keperibadian dan kekuatan jiwanya.
AL-AMIN Rasulullah s.a.w telah ikut serta memberi sumbangan fikiran dan tenaga didalam usaha membina semula Ka’bah yang rosak dilanda banjir. Baginda sendiri telah berusaha mengangkat batu-batu dengan tangan baginda yang mulia. Perbalahan telah terjadi diantara puak-puak Arab iaitu siapakah yang layak untuk meletak semula Hajarul Aswad ketempat asalnya. Perbalahan ini dapat diatasi setelah mana semua pihak yang bertelagah bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Rasulullah s.a.w kerana baginda memang terkenal dikalangan orang-orang Arab di masa itu dengan gelaran “Al Amin” yang mempunyai amanah dan disukai ramai.6 6 M.Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 1, 76
5
PERKAHWINAN
Lantaran sifat baginda yang amanah, hatinya bersih dan akhlaq yang baik telah dapat menambat hati Khadijah binti Khuwailid seorang saudagar yang mashyur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan harta kekayaan. Khadijah r.anha telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawaran tersebut telah disambut baik oleh Rasulullah s.a.w dan tanpa membuang masa baginda terus menyatakan hasrat hati nya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamat.7 Faktor jarak perbezaan usia antara Baginda yang berumur 25 tahun dan Siti Khadiajah 40 tahun tidak langsung menjejaskan hubungan suami isteri baginda, malah sepanjang baginda bersama-sama Khadijah r.a, beliau tidak mempunyai isteri yang lain lagi. Rasulullah dengan akhlak nya yang mulia telah menjadi seorang suami yang penyayang, seorang ayah yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan hawa nafsu nya semata-mata. Ini dapat dilihat melalui perbezaan umur baginda dan isteri nya Khadijah. Kalau dibandingkan dengan keadaan masyarakat sekarang, pilihan utama kepada mencari calon isteri ialah dengan pandangan nafsu, memandang kecantikan semata-mata tanpa menilik kepada saranan nabi untuk memilih calon isteri.
Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii) 7 M.Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 1, 72
6
Ketika Baginda berusia 50 tahun, Khadijah yang telah mencurahkan kasih sayang dan seluruh kekayaan bagi kepentingan menyampaikan risalah Ilahi telah meninggal dunia dalam usia 65 tahun.
MADRASAH RASUL S.A.W. Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam AlQuran . Apabila Siti Aisyah r.ha. ditanya tentang akhlak Baginda maka jawabnya:
كان خلقه قرأنا Maksudnya:”Rasulullah s.a.w memiliki budi pekerti al-Quran”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat . Para sahabat telah diberi tarbiah langsung dari nabi s.a.w melalui madrasah tarbiah Rasulullah s.a.w. Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam . Kisah tauladan seorang Badwi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ naik berang dan hendak memukul Badwi tadi. . Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya Baginda membiarkan Badawi itu selesai membuang air kecil . kemudian Baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang membuang air kecil . maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya . kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak Baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .
7
Di antara perihal akhlak Baginda Rasulullah s.a.w8
• •
•
•
•
• •
• • • •
• • •
• •
Tangan Baginda s.a.w yang mulia itu tidak pernah bersentuhan dengan tangan perempuan yang bukan mahramnya. Baginda amat pemurah lagi dermawan sehingga tidak pernah ada se keping wang dinar emas atau perak pun yang tinggal didalam tangannya untuk jangkamasa yang lama. Baginda tidak pernah menolak atau menghampakan permintaan daripada orang yang meminta hatta dari harta yang dimilikinya sekalipun, padahal apa yang dimilikinya itu hanya cukup untuk dirinya. Baginda suka menjahit sandal atau pakaian apabila rosak dan melayani kepentingan keluarga serumah, bahkan bersama-sama isteri-isteri memasak. Baginda amat berasa malu jikalau berhadapan dengan orang banyak, beliau s.a.w tidak terus memandang wajah seorang dua yang dihadapannya itu, tetapi pandangannya menyeluruh kepada sekelian yang berada disitu. Baginda sentiasa menghadiri undangan walau pun datangnya daripada seorang merdeka atau hamba sahaya. Apabila Baginda marah, kemarahan nya bukan lah atas sebab cemuhan atau cercaan terhadap dirnya, namun Baginda amat marah manakala kehormatan Allah Ta’ala atau agama dijadikan sasaran. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui . Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orangorang muda dan kanak-kanak . Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya . Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan . Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya . Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan. Baginda gemar sekali menjenguk orang sakit walaupun tempatnya jauh dari kota Madinah. Baginda menyukai bau harum dan wangi-wangian, dan sebaliknya tidak suka dengan bau-bauan yang tidak enak.
8 Induk Pensucian Diri, Said Hawwa, 1125
8
Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai akhlak, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal,9 dan lebih dahsyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam . Anasir-anasir yang tidak sihat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya . Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam. Islam dilabelkan sebagai teroris. Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah . Ini semua menandakan Islam sedang diuji . Dan ia merupakan satu peringatan kepada kita . Cara terbaik malah wajib dilakukan oleh kita ialah kembali menghayati dan mencontohi akhlak Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBENTUK SYAKHSIAH DIRI Moral terbina dengan akidah dan fizikal terbina dengan teknologi. Akidah yang murni akan melahirkan keimanan yang sejati. Sedia mempelajari, beramal dan memperbaiki diri untuk menjadi insan kamil acuan daripada Baginda Rasul s.a.w. Sebagaimana yang kita ketahui rukun iman membentuk syaksiah individu. Kita dituntut untuk mengimani enam perkara10 yang memerlukan keyakinan dan keikhlasan hati. Hanya hati yang baik dan ditarbiahkan 9 ISLAM LIBERAL, Adian Husaini M.A, Nuim Hidayat, 2
9
dengan akhlak yang murni dapat merasakan kewujudan Allah s.w.t, para rasul Nya, para malaikat Nya, kitab-kitab, hari pembalasan dan qada’ dan qadar Allah s.w.t. Sabda Nabi S.A.W “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” –hadis riwayat Tirmizi.
Manakala rukun Islam membentuk syaksiah bermasyarakat. Kita disuruh melakukan lima perkara11 yang menjurus kepada kemaslahatan ummah. Pengucapan dan penyaksian kepada kalimah tauhid bukan sekadar lafaz dilidah dan ditasdiq kan dihati malah dituntut dengan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar. Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan kedalam kehidupan setiap orang Islam. Tuntutan syahadah ialah dengan menunaikan rukun Islam12 dan menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Nya.13 Pembicaraan tentang akhlak tidak dapat dipisahkan dengan sifatsifat mahmudah14 (terpuji/ taat yang batin) dan sifat-sifat mazmumah15 (tercela/ maksiat yang batin). Akhlak yang mulia merupakan tanda dan natijah iman yang sebenar. Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai inti pati segala ibadat.16 Peristiwa nabi berkhalwat di gua Hira’ merupakan satu pengajaran kepada kita betapa pentingnya untuk kita bermuhasabah dengan mengenepikan segala macam aktiviti seharian dan memusatkan perhatian kita hanya kepada Allah s.w.t.
10 Rukun Iman 11 Rukun Islam 12 ibid 13 Dato’Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat, 40 14 Taubat, Taqwa, Kasih akan Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan benar, Tawakal, Redha dan Mengingati mati 15 Gemar makan minum berlebihan, Banyak berkata-kata yg sia-sia, marah, Hasad, Kasih harta, Takbur, Riak, Ujub, Kasih akan dunia dan kasih dipuji. 16 Dato’Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat, 49
10
Amalan ini sebagai alternatifnya dapat dilakukan dengan bangun tengah malam dikala manusia lena diulit mimpi, mengerjakan ibadah solat tahjud dan sebagainya. Sebagai hikmat Ilahi disini tergambar sesungguhnya diri manusia itu sentiasa diselaputi oleh berbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, memperhitungkan dan menghisab diri sendiri ditempat-tempat sunyi, jauh dari suasana dunia yang sombong bongkak, hasad dengki, bermegahmegah dan sukakan keduniaan.17 Rasululullah s.a.w dan para sahabat terkenal dengan sifat zuhud dan taqwa. Baginda tidak mementingkan kemewahan harta benda dan kuasa, hanya yang diharapkan adalah keredhaan Allah semata-mata. Apabila ditinjau dari sudut hikmah perlakuan akhlak yang baik kita akan dapati esensi daripada amalan itu akan membuahkan iman yang dapat menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap Allah s.w.t. Rasulullah telah dapat meresapkan rohaniah kenabian Baginda hingga kan bagi mereka yang beriman dapat merasakan akan kehadiran rohaniah melalui nubuwwah dan risalah yang dibawanya. Kesedaran yang sebeginilah yang harus diterap kan kedalam jiwa insan yang mengaku sebagai Islam agar dapat merasakan segala apa yang ditarbiah oleh Baginda akan terus hidup hingga ke akhir zaman. Ini lah natijah daripada mengetahui dan menghayati serta mengamal kan sirah Nabawiah khasnya didalam cara membentuk akhlak yang mulia acuan daripada manusia agung Muhammad s.a.w. Iman yang telah diterap oleh Baginda s.a.w kepada para sahabat telah dapat melembutkan hati dan membaikkan peradaban dengan berpedoman kepada akhlak yang murni. Para sahabat gagah dan keras, sekeras besi mata pedang dalam berjuang menegakkan agama Allah dan sekaligus menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar tawadhuk dan rendah diri. Rasulullah berjaya melakukan kedua-duanya sekali hasil daripada tarbiah akhlak dan pemantapan iman secara menyeluruh. Keyakinan yang mantap terhadap Baginda dan risalah yang disampaikan telah menjadikan para sahabat insan rabbani, yang menjadikan Allah s.w.t sebagai matlamat hidup mereka.
PENUTUP
17 M.Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 1, 80
11
Sebagai kesimpulannya Rasulullah telah membina asas untuk membentuk masyarakat Islam dengan akhlak yang mulia. Risalah Islam bermatlamatkan akhlak mulia dan terpuji. Sabda Rasulullah s.a.w:
انما بعثت لتمم مكارم الخلق Maksudnya: “Sesungguhnya aku menyempurnakan akhlak yang mulia.”
diutuskan
hanyalah
untuk
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Institusi atau pusat tarbiah memainkan peranan penting didalam menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia. Ini dapat dilihat tatkala peristiwa mula-mula Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah membina masjid.18
Atas keutamaan masjid sebagai rumah Allah, maka Rasul s.a.w telah meletakkannya sebagai tempat pertemuan orang-orang Islam untuk berurusan akan hal-hal keduniaan dan hal-hal keakhiratan. Peranan masjid telah berjaya membentuk umat Islam yang berdisiplin dan berakhlak mulia. Masyarakat Islam khasnya seharusnya menjadikan masjid sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kebaikan, tidaklah terhad hanya sebagai tempat untuk mendirikan solah berjemaah semata-mata. Pendedahan kepada akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu ditonjolkan kepada anak-anak muda melalui bentuk yang mudah difahami untuk diamalkan dengan penuh keyakinan. Konsep tarbiah yang membentuk akhlak berpandukan sirah nabawiah dapat diterjemahkan dengan lebih terperinci agar difahami dan diamalkan oleh umat Islam demi menjamin masa depan yang akan menaikkan martabat ummah dan meletakkan Islam itu ditempat yang teratas.
Firman Allah s.w.t.,
18 Masjid Quba
12
هوالذي ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون. Maksudnya; “Dia lah tuhan yang telah mengutuskan RasulNya dengan membawa pimpinan dan agama kebenaran buat memenangkan keatas agama-agama keseluruhannya, walau pun ditentang oleh orang-orang musyrik.” -As-Saf: 9
Semoga Allah merahmati kita semua dan mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w di yaumil mahsyar kelak. Mudah-mudahan Allah menerima kita sebagai hambaNya dan Muhammad menerima kita sebagai umatnya.
.
13
14