“ dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu kami dan janganlah engkau bicarakan lagi kepadaku perihal orang-orang yang zalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. ..” (surah hud ayat 37) maka nabi nuh pergi ke suatu tempat yang jauh, baginda mengumpulkan alat2 untuk membuat bahtera itu, serta besi paku dan sebagainya. Baginda mulai melakukan pekerjaan membuat bahtera tersebut. Pada suatu ketika waktu nabi nuh membuat bahtera tersebut kaum baginda pergi ke tempat itu. Mereka hairan melihat perbuatan nabi nuh. Lalu mereka tertawakan mereka. “HA...HA..HA..., Lihatlah nabi kita sudah gila. Dia menjadi seorang tukang kayu pulak........!” nabi nuh tidak berputus asa mendengar cacian dan ejek mereka itu. Baginda tidak mempedulikan mereka. Malahan, baginda meneruskan kerjaya mereka dengan tekun. Hinggalah baginda selesai membina bahtera. Apabila sudah sampai ke satu hari yang ditentukan Allah Taala menyuruh nabi nuh agar mengisi bahteranya itu dengan berpasang pasangan, satu lelaki dan satu perempuan. Nabi nuh menyuruh kaumnya segera naik ke bahtera tersebut tetapi mereka tidak menakui kata2 nabi nuh, malahan memperolok-olokkan dan menghina baginda. Adapun yang mahu naik ke bahtera itu ialah kaumnya yg beriman serta binatang-binatang berada di dalam bahtera itu. Allah taala menurunkan hujan yang sangat lebat. Sementara daripada bumi pulak keluar mata air dengan banyaknya.