Tanda-Tanda Kebahagiaan dan Kesengsaraan > > Tanda-tanda Bahagia > > 1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan > senang kepada urusan akhirat > 2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan > membaca al-Quran > 3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak > diperlukan > 4. Sangat memelihara sholat lima waktu > 5. Menjaga diri dari yang haram dan > syubhat, sedikit atau banyak > 6. Bersahabat dengan orang-orang soleh > dan baik > 7. Rendah diri > 8. Bersifat dermawan yang ikhlas > 9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk > Allah yang lain > 10. Bermanfaat kepada orang lain > 11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia > menghadapinya > > > Tanda-tanda Sengsara > > 1. Rakus terhadap harta dunia > 2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung > pada kelezatan dunia > 3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah > (menceritakan cela orang lain) > 4. Menganggap enteng sholat 5 waktu. > 5. Bersahabat dengan orang-orang fasik > 6. Buruk prilakunya > 7. Sombong dan tinggi hati > 8. Enggan memberi kebaikan kepada orang > lain > 9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang > beriman > 10. Pengecut > 11. Lupa terhadap mati > > (Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)
PESANAN LUKMANUL HAKIM 01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti. 08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat. 09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya. 11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja. 13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga. 18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu. 19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu. 20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. 23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal. 24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan. 25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. Sekian, Wassalam.
Hadis 1 Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra berkata : "Rasulullah telah menasihatkan kami suatu perkara yang menggetarkan hati kami dan telah menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Bagindapun bersabda : "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan
sunnah para khulafa Ar Rasyidin AlMahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi ...bersambung...
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya. 15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain
semuanya tidur. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :1. Hakim yang tidak adil. 2. Orang kaya yang sombong. 3. Pedagang yang khianat. 4. Orang pemabuk/peminum arak. 5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 6. Pemilik harta riba'. 7. Pemakan harta anak yatim. 8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
tak kenal tak cinta itu benar tak kenal allah macamana nak cinta allah tak kenal rasul macamana nak cinta rasul tak kenal agama sendiri macamana nak cinta kepada agama kenal manusia banyak maka cinta kepada manusia tetapi tak kenal kepada pencipta manusia iaitu allah , ini sudah tak mengikut fitrah semulajadi maka jadilah hidup tunggang langgang.Allah tak suka manusia ini kerana dia tak mengenal tuhanya tetapi sangat mengenal akan hamba-hambanya.Manusia apakah ini?sedangkan ibu bapa sangat benci kepada anak-anaknya yang tidak mengenal siapa yang melahirkannya. Assalamualaikum wbt, Semakin hari semakin ramai manusia yang memperkatakan mengenai Imam Akhir zaman yakni Al Mahdi. Pelbagai pandangan telah dikeluarkan sehinggakan ada yang menyatakan bahwa Al Quran itu tidak lengkap kerana tidak bisa menjelaskan siapa itu Al Mahdi dan pelbagai perkara lain. Malahan menurut sebilangan besar ulamak, hanya hadith-hadith saja yang bisa menjelaskan isi kandungan Al Quran. Ada juga yang
menyatakan bahwa namnya Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, dan ada juga yang menyatakan bahwa namanya ialah Muhammad bin Hasan. Adakah benar Al Quran itu tidak lengkap? Sekiranya itulah pandangan kamu, maka keluarkanlah satu Al Quran sekiranya yang sedia ada tidak lengkap. Lupakah kamu bahwa hadith itu sendiri diambil dari Al Quran. Maka sekiranya kamu menyakini yang disebaliknya, maka buatlah kamu satu kitab dan berikan satu nama yang lain. Yang sebenarnya, kebanyakkan umat Islam sendiri belum tahu rahsia dan belum pula mengetahui Al Quran. Sekiranya kamu mengatakan bahwa Muhammad bin Abdullah atau Muhammad bin Hasan itulah namanya Al Mahdi, maka itu adalah pikiran kamu saja, yang kamu petik dari katakata orang lain. Adakah kamu sudah berjumpa dengan Imam Mahdi yang sebenarnya sehingga kamu yakin benar bahwa itulah orang nya? Adakah sekiranya kamu salah menyampaikan, kamu mahu bertanggungjawab karena memesong-mesongkan pikiran umat Islam? Adakah kamu mahu bertanggungjawab mengenai sesuatu perkara yang kamu belum mengetahui rahsia sebenarnya, lalu kamu menyampaikan kepada orang lain, lalu orang tersebut mengikut kata-kata mu, sedangkan kamu sebenarnya tidak tahu rahsia sebenar perkara tersebut? Mengapakah apabila dinyatakan bahwa namanya Imam Mahdi sudah tersurat di dalam Al Quran di dalam Surah Al Muzammil ayat -9, manusia menolaknya? Mengapakah bangsa dan agama asing mengetahui rahsia ini sedangkan Islam sendiri menolak? Memang sebenarnya sudah dijangka. Mengapakah di dalam Injil namanya juga sudah tercatit sebagaimana di dalam Al Quran (Al Muzammil : 9)? Jika benarlah Al Quran tidak lengkap, maka lengkapkan lah , sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar. Huraikan pengertian Alif di atas Aa, Alif di bawah Ee dan Alif di hadapan Uu. Mestinya kamu akan menjawab Aa Ee Uu saja, tanpa dapat menghuraikan rahsia sebenar setiap maksud. Tolong dijawab, jangan diberi alasan Allah hu'alam. Sekiranya kamu menjawab Allah hu'alam, maka siapakah yang membisaikkan di hati kamu, sedangkan di dalam Al Quran tidak ada langsung diceritakan mengenai Allah hu'alam? Siapakah pula yang membisikkan di hati kamu bahwa namanya Imam Mahdi itu adalah Muhammad bin Abdullah atau Muhammad bin Hasan? Sedarkah kamu bahwa iblis boleh mengaku-ngaku apa saja nama setelah wafatnya nabi-nabi? Semasa Nabi ada, Iblis tidak mampu dan tidak berani menyamar dan membisikkan kepada manusia. Sejarah telah menceritakan dengan lengkapnya di dalam Al Quran. Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, iblis telah menyamar sebagai Nabi Muhammad dan semua para-para nabi, mengakui bahwa "Aku- lah Nabi". Hanya apabila orang yang sudah sampai kasyap saja, barulah Iblis mengaku bahwa dialah yang membisik. Dan sebagai mana apabila kamu tidak bisa menjawab persoalan-persoalan, maka dialah yang membisikkan Allah hu'alam sedangkan Allah sudah menceritakan semuanya kepada kamu melalui Al Quran. Namun walaupun iblis bisa menyamar sebagai nabi-nabi, Iblis pula tidak bisa menyamar sebagai Rasulullah. Harus kamu pahami arti kata yang sebenarnya.
Iblis bisa berpakaian jubah putih, berjanggut panjang, mengakui bahwa dialah Nabi. Sedangkan itulah tugas dia, menyesatkan keturunan Adam. Siapakah yang membisikkan apabila kamu mengatakan bahwa Al Quran tidak lengkap? Siapakah yang membisikkan apabila kamu mengatakan bahwa Hadith yang lebih jelas dari Al Quran? Bukankah itu tugas Iblis? Ingatlah, jika Nabi masih hidup, Iblis tidak boleh menyamar. Di dalam dunia ini hanya ada satu orang saja yang kasyap, tidak lebih dari itu. Hanya ada satu orang saja yang benar-benar tahu rahsia Iblis, tidak lebih dari itu. Bagi pihak kami, kami tidak mengatakan "Allah hu'alam" karena semuanya itu nyata. Tidak ada yang tersirat melainkan sudah tersurat di dalam Al Quran yang maha suci. Sudah dinyatakan di dalam Al Quran " ..tidak ada satu pun yang ghaib di langit maupun di bumi melainkan ia semuanya nyata .." Dari Surah Ar Rad yang bermaksud "Alif laam miim raa. Ini adalah ayatayat Al Kitab (Al Quraan). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar: akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya). Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan, menjelaskan tanda-tanda Nya, supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Nya. Hanya apabila kamu sudah menjumpai tanda-tandanya di dalam AL Quran, apabila kamu bertemu dengan orang yang kamu cari, barulah kamu akan yakin. Apakah jawapan kamu apabila ditanya "Siapakah hakim kamu"? Al Quran atau Hadith? Bukan kami menolak hadith tetapi hadith tidak lengkap. Sunan Kalijogo Dari surah Yasin "Wal Quran Nil Hakim"
DOA SEORANG IBU Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat. Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh. Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu. Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun. "Anakku!" kata ibunya pada suatu malam. "Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati. Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi. Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau
mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu. "Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih. "Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan." Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian. Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta, terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori oleh tuan rumah. "Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri." Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir. "Pencuri, pencuri....." teriaknya keras sekali. Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu di hadapan umum. "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan. Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuri itu kepada pegawai raja: "Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!" Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya. Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalamrumah dia mendengar ibunya sedang beroda: "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah." "Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya. "Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam. "Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong." "Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya. "Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya. Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu." Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata: "Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi." Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu.
Anda ingin lebih cantik dan menarik ??? # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan. # Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". # Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
Di mana cantiknya seorang muslimah? Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Amalkan beristi'azah (membaca A'uzubillahiminasyaitanirrajim). Maksudnya: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (telah dikutuk oleh Allah) sebelum anda melakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabat: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Quran begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah AlIkhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
Wallahu a'lam bissawab. Renungkanlah! Kita sebenarnya: Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1Muharram Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamuallaikum Lebih suka pakai cap, topi daripada tudung, kopiah Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA...... Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT?? Sempena Awal Muharam ini iaitu pada 17 April 1999 (ingatkah kita tahun Islam yg keberapa?) bagi memperingati peristiwa penghijrahan Rasullullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah 1,420 tahun yang lalu, samasamalah kita berhijrah sedikit sebanyak (jangan berazam semata-mata) dari sifat yang kurang elok ke arah budi pekerti yang lebih baik. Yang Tuhan suruh tu sama-samalah kita buat, yang dilarang tu kita pakat tinggallah. Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada
hamba-hambaNya tetapi kita masih lupa padaNya. InsyaAllah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau. Wallahualam. "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki = di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
TERKOPAK KULIT KEPALA - PENUNGGANG MAUT DIDAKWA KENA HAYUNAN KAYU PUCHONG, 26 MEI: Seorang penunggang motosikal terkopak kulit kepala sehingga menampakkan tengkoraknya selepas dihayunkan dengan sebatang kayu oleh seorang anggota polis yang membuat sekatan jalanraya. Mangsa, Ramli Othman, 24, cedera parah ketika melarikan diri daripada sekatan polis dekat Plaza Tol Puchong Barat Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Ahad lalu, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya 29 Mei lepas. Menurut saksi yang turut membonceng motosikal tersebut, Mohd Fadelli Maulud, 20, dalam kejadian jam 1 tengahari Ahad yang lepas, dia dan Ramli tidak memakai topi keledar menggunakan laluan motosikal di LDP untuk kerumah seorang kawan di Taman Industri Puchong. Menurut beliau, sebaik melepasi plaza tol Puchong Barat LDP, kami nampak sekatan polis, Ramli memusingkan motosikal untuk melarikan diri. Tiba-tiba mereka nampak seorang anggota polis keluar dari bahagian tepi plaza tol sambil memegang sebatang kayu. Katanya, dia menunduk kepala di belakang Ramli dan anggota polis tersebut dipercayai menghayunkan kayu yang dipegangnya berikutan dia terdengar bunyi libasan sesuatu di atas kepalanya. "Motosikal yang kami naiki terbabas ke pagar dan saya terhumban ke depan. Bila saya bangkit dari terjatuh, saya nampak Ramli terlentang di atas jalan dan tidak bergerak lagi, (berada dalam keadaan koma). Saya meminta anggota polis terbabit memanggil ambulan. Anggota polis itu cakap ambulan akan datang lima minit lagi," katanya. Bagaimana pun katanya ambulan yang ditunggu tidak datang. Sebaliknya abang mangsa, Rahmad, 34, tiba di tempat kejadian jam 1.30 petang yang kemudiannya dimaklumkan oleh salah seorang anggota polis di situ bahawa Ramli mengalami kemalangan. Mangsa akhirnya dapat juga dibawa ke hospital Universiti Malaya jam 3 petang dengan sebuah teksi selepas dua anggota polis ditempat kejadian tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Rahmad berkata, dia membuat laporan polis di pondok
Polis Pusat Perubatan UM jam 4.10 petang sebelum merujuk laporan polis itu ke Balai Polis Puchong. Fadelli turut membuat laporan polis di Balai Polis Puchong pada jam 7.30 petang. Menurutnya, Polis yang bertugas di Balai Polis tersebut memarahi mereka kerana laporan yang mereka buat dikatakan bercanggah dengan laporan seorang anggota polis bahawa kejadian itu satu kemalangan, bukannya kes pukul. Jurucakap polis yang dihubungi, mengesahkan laporan yang dibuat berhubung kejadian tersebut dan kes Ramli disiasat menurut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu pembunuhan secara tidak sengaja. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Rohana Mohamad, 20,serta dua anak lelakinya, Mohamed Saifullah, 4, dan Mohamed Nasrullah, 2. KES RAMLI AKAN DIWAKILI PEGUAM Menurut bapa mangsa, Hj Othman yang juga seorang veteran PAS ketika ditemui di Warung Glamour Hj Saddam, Kg Sri Puchong kes tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Menurut beliau lagi ramai peguam berminat dengan kes tersebut dan dipercayai kes ini sedikit sebanyak akan memberi pengajaran kepada institusi serta imej Polis di Malaysia. Menurut bapa mangsa lagi, apakah anggota polis boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka serta boleh bertindak seperti samseng jalanan? soal beliau yang kesal dengan sikap seorang anggota polis yang bertindak keterlaluan terhadap pesalah trafik sehingga boleh menyebabkan kematian. Menurut Naib Ketua PAS Cawangan Kg Sri Puchong, Sdr Amin Saari, PAS Cawangan tersebut telah berusaha meringankan bebanan keluarga mangsa dengan menghulurkan bantuan sekadar termampu. Ahli-ahli juga turut membantu menguruskan jenazah Allahyarham tersebut. Menurut beliau lagi, "kami sedang memikirkan bagaimana untuk membantu menguruskan kos-kos perbelanjaan harian isteri dan anak-anak Allahyarham yang masih kecil serta perbelanjaan mengendalikan kes tersebut di mahkamah. Tambahan pula Allahyarham bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap ", ujarnya lagi. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan seumpamanya bolehlah menghubungi Tn Hj Yusuff Yunus, Kg Sri Puchong di talian 012-3086311 atau rumah 80610601.
IPOH, Jumaat : Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang didakwa memaksa ibu mentuanya berusia 72 tahun melakukan kelucahan melampau selepas menonton filem lucah, di Kampung Rapat, di sini. Lelaki itu yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan, ditahan semalam, ketika hadir ke balai polis di sini bagi untuk membantu siasatan selepas polis
menerima aduan mangsa, kelmarin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Ahmad Tejuddin Abdul Majed, berkata berdasarkan laporan, lelaki itu melakukan perbuatan itu 18 Mei lalu, tetapi mangsa hanya membuat laporan dua hari lalu. Beliau berkata, mangsa dikatakan ke rumah lelaki itu untuk menziarahi anak perempuannya. "Kejadian berlaku pada kira-kira jam 11 malam ketika isteri lelaki itu bekerja di sebuah kilang tidak jauh dari rumahnya. Pada mulanya, mereka hanya berbual di ruang tamu. "Lelaki itu kemudian dikatakan mengajak ibu mentuanya menonton filem lucah dan mengadakan hubungan seks. "Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan itu dan lelaki berkenaan didakwa mencabul kehormatan mangsa selain memaksa wanita tua itu melakukan kelucahan melampau," katanya di sini, hari ini. Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada anak perempuannya sebelum membuat laporan polis. Ahmad Tejuddin berkata, lelaki itu ditahan reman seminggu bagi membantusiasatan. Dia disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan atau mana-mana dua daripadanya.
Suatu penyesalan Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku. Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa
orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayat. Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam. Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut. Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri saya sendiri seolah-olah saya berada di klayak ramai tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin
televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikkan .........................................ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu. Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di klayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan bertapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah. Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid. Soalan saya kini siapakah dua orang yang saya jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya atau.....? Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang aku teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau kayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing.............dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah? Tolong ambil ikhtibar dari cerita ini.........saya hanya boleh menyampaikan sahaja tetapi tuan/puanlah yang boleh mengubah diri
Ihklas lillahi taala.....dengan harapan umat ini selamat di dunia dan akhirat,tolong sampaikan
MAYAT BANGUN DARI KUBUR Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya. Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya. "Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka. Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih. Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.