Tajuk Kuliah Dan Tutorial Gpm1083 Jan2019 (2).docx

  • Uploaded by: Hui Jun
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk Kuliah Dan Tutorial Gpm1083 Jan2019 (2).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 904
  • Pages: 6
aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

AKTIVITI PdP dan Tutorial GPM1083 MINGGU 1 2 - 4 Jan 2019

Kuliah: Penerangan untuk memahami konsep moral, akhlak dan etika Pelajar diminta memahami peraturan moral,adat agama dan undang-undang melalui proses perkahwinan yang dijalankan oleh sesuatu kaum. Tutorial: Sumbangsaran, Pembentangan peta minda Soalan: Buat banding beza di antara Moral, Etika dan Akhlak Soalan: Mengapakah manusia perlu kepada peraturan moral, adat, agama dan undang-undang?

MINGGU 2 7 -11 Jan 2019

Kuliah: Sesi soal jawab dan gallery walk bagi memahami tentang definisi, fungsi dan jenisjenis nilai Tutorial: Pembentangan dan mengkritik hasil kerja rakan tentang pemikiran moral Soalan: Huraikan kepentingan pemikiran moral bagi seorang guru Mengapakah manusia perlu mengimbangi pemikiran mereka? Cadangkan situasi-situasi yang sesuai mengikut jenis-jenis pemikiran moral berdasarkan artikel yang dicari.

MINGGU 3 14 -18 Jan 2019

Kuliah: Membincangkan teori-teori berserta contoh yang mudah untuk memahaminya. Tutorial: Perbincangan dan pembentangan Soalan: Membincangkan tentang teori etika melalui cerita “Robin Hood” Mengapakah teori etika ini perlu difahami oleh masyarakat kini? Pada pendapat anda, cukupkah teori-teori ini bagi membentuk seorang yang bermoral?

aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

MINGGU 4 21-25 Jan 2019

Kuliah: Pembeljaran kendiri – berbincang dan bersoal jawab sesama sendiri bagi memahami konsep dimensi moral dan prinsip-prinsip asas kemoralan.

Tutorial: Menjawab soalan-soalan dalam kumpulan dan dibentangkan di hadapan Soalan: Bagaimanakah dimensi moral dapat membentuk seseorang itu untuk menjadi insan bermoral? Jika anda merupakan seorang ketua, bagaimanakah anda mengaplikasikan prinsipprinsip asas kemoralan itu dalam pentadbiran anda?

MINGGU 5 28 Jan - 1 Feb 2019

Kuliah: Membincangkan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian dalam mengamalkan kehidupan bermasyarakat. Perbincangan dijalankan dalam bentuk peta bulatan (i-Think) Tutorial: sesi dialog yang bertajuk “Agama Islam agama rasmi Malaysia telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, bahaskan” Soalan: Bagaimanakah caranya nilai-nilai agama boleh membentuk masyarakat dan negara yang maju.

MINGGU 6 4-8 Feb 2019

Kuliah: Membuat perbandingan di antara agama dan kepercayaan Tutorial: Membahas tentang agama animisme dan kepentingannya dalam masyarakat sekarang. Soalan: Adakah animisme masih relevan dalam kehidupan abad ke-21 ini? Bincangkan. .

aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

MINGGU 7 11 -15 Feb 2019

Kuliah:Menonton tayangan video dan mengulas video tersebut dari segi perubahan nilai masyarakat. Tutorial: Menunjukkan bukti-bukti daripada akhbar-akhbar tentang perubahan nilai masyarakat Malaysia dan kesannya terhadap agama dan budaya sesatu bangsa. Soalan: Perlukah masyarakat Malaysia membuat perubahan nilai dalam kehidupan sekarang. Jelaskan. 1. Nyatakan nilai-nilai masyarakat atau kekeluargaan yang terdapat dalam video tersebut 2. Apakah nilai-nilai yang telah berubah berdasarkan video tersebut 3. Mengapakah berlakunya perubahan dalam nilai-nilai masyarakat Malaysia 4. Nyatakan cara untuk mengembalikan semula nilai-nilai kekeluargaan dan masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang. MINGGU 8 18 -22 Feb 2019

Kuliah: Perbincangan secara ‘meja bulat’ untuk mencari isi tentang sikap kesabaran dan penerimaan dalam membentuk insan bermoral secara terpimpin. Tutorial: Penerangan dengan menggunakan teknik ‘hot seat’ bagi menjelaskan tentang integriti. Soalan: Apakah kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi? Nyatakan bidang tugas Institut Integriti Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk memupuk integriti dalam pendidikan? Bagaimanakah caranya anda mahu merealisasikan slogan ini, “Malaysia dikenali kerana integriti, bukan kerana rasuah” MINGGU 9 25 Feb - 1 Mac 2019

Kuliah: perbincangan: Bincangkan kenyataan di bawah dengan membuat perbandingan dengan masyarakat Malaysia. “Masyarakat Jepun dilaporkan mempunyai integriti yang tinggi contohnya tidak mengambil barang orang lain walaupun tertinggal di kawasan awam terbuka. Masyarakat Switzerland hidup sederhana dan tidak berlumba-lumba memperagakan kemewahan manakala masyarakat Sweden mempunyai rasa simpati yang tinggi kepada masyarakat dunia kurang bernasib baik dengan mengambil sejumlah pendatang dari Somalia, Bosnia dan Syria menjadi pemastautin dan seterusnya warganegara.” Tutorial: perbahasan Soalan: Rakyat Malaysia memiliki pemikiran kelas ke tiga kerana tiada sikap menghormati hak orang lain. Bincangkan

aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

MINGGU 10 4-8 Mac 2019

Kuliah: Perbincangan tentang Prinsip Rukun Negara dan kaitannya dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersyukur, setia kepada negara dan berbudaya cemerlang. Tutorial: Laporan Membuat laporan ringkas tentang diri sendiri yang menunjukkan mengamalkan nilai bersyukur, setia kepada negara dan berbudaya cemerlang yang telah dilakukan dalam kehidupan seharian. Laporan dibacakan di hadapan kelas. Soalan: Bagaimanakah 5 prinsip Rukun Negara boleh menjadikan rakyat Malaysia sentiasa bersyukur, setia kepada negara dan berbudaya cemerlang.

MINGGU 11 11-15 Mac 2019

Kuliah: Perbincangan

Tutorial: Membentangkan hasil dapatan perbincangan kuliah. Soalan: Berdasarkan keratan akhbar bincangkan peranan agen sosialisasi dalam menangani gejala sosial remaja. Pernahkan anda memainkan peranan sebagai agen sosialisasi. Ceritakan pengalaman anda. MINGGU 12 18-22 Mac 2019

Kuliah: Perbincangan

Tutorial: Soalan: KETAGIHAN melampau terhadap media sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja dikhuatiri menjadikan golongan ini terdedah kepada jenayah siber. Antara kejadian membabitkan kanak-kanak yang terlalu ketagih dengan media sosial ialah kes rogol dan remaja perempuan menghantar gambar lucah kepada kenalan lelakinya. Bincangkan dengan merujuk kepada peranan agen sosialisasi.

aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

MINGGU 13 23-31 Mac 2019

CUTI MINGGU 14 1-5 April 2019

Kuliah: Perbincangan kumpulan: Berdasarkan keratan akhbar berikut, bincangkan sebab SPRM campur tangan dalam soal pencemaran hutan dan sungai dalam melastarikan alam di Malaysia.

Tutorial: aktiviti hot seat Soalan: Kelestarian alam di Malaysia tidak dapat dicapai kerana sikap masyarakat Malaysia. Terangkan berserta bukti.

MINGGU 15 8-12 April 2019

Kuliah: Menonton video tentang ‘diskriminasi’ Bincangkan isu diskriminasi dan kaitannya dalam masyarakat pebagai kaum di Malaysia; Tutorial: menghurai tentang isu ‘mengambil nyawa’ Soalan: Bincangkan perkara-perkara di bawah: eunthanasia, hukuman mati, pengguguran bayi

MINGGU 16 15-19 April 2019

Kuliah: Menghuraikan etika penggunaan teknologi maklumat. Tutorial: Perbincangan dan pembentangan tentang isu seksualiti

aktiviti PdP dan Tutorial GPM1083

Soalan: Nyatakan definisi teknologi maklumat Nyatakan kepentingan teknologi maklumat dalam zaman industri 4.0 Mengapakah kanak-kanak perlu didedahkan tentang pengetahuan seksualiti?

MINGGU 17 - ULANGKAJI

Related Documents

Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26
Tajuk
October 2019 28
Tajuk
December 2019 17
Tajuk
May 2020 23

More Documents from ""