MUKMIN
:
ZAHIR TAAT dan BATIN TAAT. Apa intipati mereka? Orang Mukmin. Mereka hampir dengan ALLAH, namun sering mempertikaikan kedudukan hati mereka. Samada dalam keadaan berdusta dengan ALLAH atau tidak; mereka ini sering dilanda kemaruk cinta terhadap Penciptanya. Kemaruk hinggakan memanafaatkan segala khazanah yang Penciptanya berikan kepadanya; agar sering rapat perhubungannya dengan Penciptanya. Apabila ada sahaja yang memutuskan perhubungan dengan Penciptanya, sering mempertikaikan dirinya, seringkali mengadu dan mengadu tanpa putus asa yang ianya gagal dalam kemaruknya kepada Penciptanya. Sering melakukan apa yang Penciptanya mahukan, dan berhati-hati dalam tindaktanduk nya agar tidak keluar dari garisan dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam perkara yang Penciptanya tak redha. Kenapa apa? Kerana takut pehubungannya putus dengan Penciptanya.
MUNAFIK
:
ZAHIR TAAT dan BATIN TAK TAAT bila bersama orang MUKMIN (ZAHIR TAAT dan BATIN TAAT) sebab nak selaraskan kononnya dalam keadaan taat di mata orang MUKMIN walhal di belakang orang MUKMIN; adakalanya orang MUKMIN itu difitnah, ditomah dan dicaci, diumpat atau segalanya yang melanggar perintah ALLAH…. Adakah mereka rapat dengan ALLAH. Jauh sekali di lubuk hati mereka; mahu melakukan dengan kemahuan Penciptanya, malahan tidak mengenal Penciptanya. Apakah iblis kenal Penciptanya? Iblis tak menyesal. Kalau kenal; kenapa tak taat? Tak kenallah tu.. Kenapa Nabi Adam alaihissalam minta ampun dengan ALLAH… dan menyesali perbuatannya… kerana kenal lah..