T1 Pengurusan Kokum.docx

  • Uploaded by: Daus Firdaus
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View T1 Pengurusan Kokum.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,773
  • Pages: 15
KERTAS CADANGAN PROJEK “KONSERT SIFIR” SK TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED, KUCHING SARAWAK

TARIKH : 15 MAC 2019 HINGGA 15 APRIL 2019

ANJURAN : KELAB ‘STEM’ (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS CLUB) IPG KAMPUS BATU LINTANG

DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED

1.0

PENGENALAN Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang perlu diberikan penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Salah satu kemahiran dalam matematik yang sering menjadi isu ialah penguasaan sifir dalam kalangan murid. Ianya merupakan salah satu masalah yang sukar ditangani terutamanya murid yang terlibat dengan Latihan Intervensi. Sehubungan dengan itu, sebagai guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, kami akan melaksanakan program yang berkaitan dengan pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Oleh hal demikian, program yang akan dianjurkan ialah Konsert Sifir bagi mengatasi masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid di SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

2.0

RASIONAL Berpandukan Teori Howard Gardner iaitu Kecerdasan Pelbagai spesifiknya kepada kecerdasan muzikal, Konsert Sifir ini merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai medium untuk melatih murid menghafal sifir dengan kaedah nyanyian berserta iringan muzik. Menyanyi sambil menghafal sifir merupakan kaedah inovasi yang akan diterapkan berdasarkan perancangan berikut. Sejajar dengan itu, ianya turut merangkumi pendidikan bercirikan didik hibur yang ingin diterapkan dalam pendidikan abad ke-21 kini. Demi memantapkan lagi usaha dan inisiatif ke arah pembentukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti, program ini akan dilaksanakan dan diterapkan oleh pihak sekolah bagi memberi pendekatan baharu kepada murid serta sekolah mengenai kaedah untuk menguasai sifir dengan lebih mudah di samping meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran matematik.

3.0

PERINCIAN PROJEK KONSERT SIFIR Konsert sifir merupakan inovasi kepada aktiviti penghafalan sifir tradisional di mana murid akan membaca sifir mengikut urutan secara terus dengan iringan muzik lagu kanak-kanak. Melalui pendekatan baharu ini, murid didedahkan

dengan kaedah menghafal sifir dengan lebih mudah dan menyeronokkan menggunakan lagu-lagu yang terkenal dalam skop murid sekolah rendah misalnya, lagu Twinkle Twinkle Little Star, lagu Tiga Kupang dan lagu Bangun Pagi Gosok Gigi. Ritma lagu tersebut dipilih kerana sangat mudah dihafal dan sering dinyanyikan oleh murid-murid kerana corak lagunya dapat ditukarkan lirik dengan sifir 6, sifir 7 dan sifir 8. Oleh yang demikian, harapan penganjur ialah dengan melalui projek ini, sedikit sebanyak dapat melatih murid menghafal sifir bagi mengurangkan isu lemah sifir dalam kalangan murid.

4.0

5.0

OBJEKTIF 4.1

Memberikan pendekatan baharu untuk menguasai sifir 6, sifir 7 dan sifir 8

4.2

Mengurangkan kadar lemah sifir dalam kalangan murid.

4.3

Meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran matematik.

PENGANJUR Kelab ‘STEM’

(science, technology, engineering and mathematics club) ipg

kampus batu lintang

6.0

TEMPOH Dijalankan pada setiap pagi hari persekolahan bermula 27 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

7.0

TEMPAT Padang Serba guna Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching, Sarawak.

8.0

KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

9.0

SENARAI JAWATANKUASA Penasihat

:

Puan Fatimah Binti Buang

Pengerusi

:

Encik Alex Murphy Anak Banta

Naib Pengerusi

:

Encik Ismail Bin Swaidi

Setiausaha

:

Encik Muhammad Firdaus bin Mohd. Pu’ad

Bendahari

:

Encik Achai Bin Junaidi

AJK Dokumentasi

:

Encik Heng Kok Liang

AJK Pengangkutan :

10.0

Encik Lee Lang Wing

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Semua murid akan dikehendaki untuk berada di padang serba guna sekolah seawal 7 pagi atau sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah. Murid-murid akan duduk di dalam barisan kelas masing-masing seperti susun atur semasa perhimpunan sekolah. 2. Aktiviti akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Twinkle Twinkle Little Star, Lagu Tiga Kupang dan Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi dengan iringan muzik sebagai pendedahan untuk mengenal ritma lagu yang akan digunakan masing-masing untuk lagu sifir 6, sifir 7 dan sifir 8. 3. Setelah membiasakan murid dengan ritma lagu-lagu tersebut, murid akan diberi tunjuk ajar lirik lagu sifir 6 diteruskan dengan sifir 7 dan sifir 8 secara verbal oleh pihak penganjur. 4. Murid-murid akan menyanyikan lagu sifir 6, sifir 7 dan sifir 8 dengan iringan muzik pada setiap sesi aktiviti dijalankan sehingga masa tamat. Untuk lirik lagu sila rujuk Lampiran A. 5. Murid-murid akan dipanggil untuk menyanyikan lagu tersebut di pentas dan diberikan pensel sebagai tanda penyertaan.

11.0

PELAN TINDAKAN Bulan

Mac Minggu

M1

M2

M3

April M4

Aktiviti Penubuhan dan perbincangan dengan ahli jawatankuasa Merangka kertas kerja Membuat cadangan penambahbaikan terhadap kertas kerja Menghantar kertas kerja kepada Penolong Ketua Penyediaan bahan keperluan dan pembahagian tugas

Pelaksanaan program di sekolah “Post-mortem” Penyediaan laporan Rajah 1.1 : Carta Gantt bagi pelan tindakan program

M1

M2

M3

M4

12.0

JADUAL AKTIVITI Bil.

Tarikh

Masa

Aktiviti

1.

15/3/2019 –

7.00 – 7.30 pagi

Menghafal Sifir 6 - 8

15/4/2019

Tiada sesi dijalankan sekiranya cuaca hujan atau terdapat program lain pada hari tersebut.

13.0

IMPLIKASI KEWANGAN 13.1

Penerimaan Bil.

Perkara

Kuantiti

1.

Sumbangan PIBG

RM 50.00

2.

Tabung Kelab STEM

RM 20.00

Jumlah Keseluruhan

13.2

Perbelanjaan

Bil.

Bahan

Unit

Harga

Jumlah

RM 70.00

Jumlah Unit

Jumlah

Seunit 1.

Kertas A4

1 ream

RM 12.00

RM 12.00 X 1

RM 12.00

2.

Pensel

7 kotak

RM 7.00

RM 7.00 X 7

RM 49.00

Jumlah Keseluruhan

14.0

RM 61.00

PENUTUP Semoga segala yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga Konsert Sifir ini dapat memberi pengalaman yang bermakna dan impak yang positif terhadap semua pihak khasnya terhadap diri peserta bengkel yang dapat memenuhi objektif. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat dhargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

…………………………………….

……………………………………

(MUHAMMAD FIRDAUS BIN

(ALEX MURPHY ANAK

MOHAMMAD PU’AD)

BANTA)

Guru Pelatih IPGKBL,

Guru Pelatih IPGKBL,

Setiausaha Konsert Sifir,

Pengerusi Program Konsert Sifir,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Batu Lintang.

Batu Lintang.

Disahkan oleh,

……………………………………. (PUAN FATIMAH BINTI BUANG) Guru Besar, Penasihat Konsert Sifir, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

LAMPIRAN A

Lirik Lagu Sifir 6 (Twinkle Twinkle Little Star) Kita belajar sifir enam Satu enam enam Dua enam dua belas Tiga enam lapan belas Empat enam dua puluh empat Lima enam tiga puluh Enam enam tiga puluh enam Tujuh enam empat puluh dua Lapan enam empat puluh lapan Sembilan enam lima puluh empat Sampai di sini saja

LAMPIRAN A

Lirik Lagu Sifir 7 (Lagu Tiga Kupang) Satu tujuh tujuh Dua tujuh empat belas Tiga tujuh dua puluh satu Empat tujuh dua puluh lapan Lima tujuh tiga puluh lima Enam tujuh empat puluh dua Tujuh tujuh empat puluh sembilan Lapan tujuh lima puluh enam Sembilan tujuh enam puluh tiga Kita belajar sifir Sifir tujuh sangat mudah Ala sangat mudah la la la

LAMPIRAN A

Lirik Lagu Sifir 8 (Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi) Kita belajar sifir lapan Sangat mudah sangat senang Satu lapan sama lapan Dua lapan enam belas Tiga lapan dua empat Empat lapan tiga dua Lima lapan empat puluh Enam lapan empat lapan Tujuh lapan lima enam Lapan lapan enam empat Sembilan lapan tujuh dua Sampai di sini saja

LAMPIRAN B

SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED, KUCHING SARAWAK JALAN BELATOK, 93050 KUCHING Tel : 08 – 2641 069

Fax : 08 – 2641 069

Tarikh

: 7 Mac 2019

Encik Busong bin Atang Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, 93050 kuching. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PROGRAM KONSERT SIFIR 2019

UNTUK

MENAMPUNG

PERBELANJAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Program Konsert Sifir bagi tahun 2019 seperti maklumat berikut: Tarikh Murid yang terlibat

: 15 Mac hingga15 April 2019 : Tahun 4, 5, dan 6

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) bagi menampung sebahagian daripada anggaran perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. 4. Segala pertimbangan dan sumbangan yang diberikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………………………. ( MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD PU’AD ) Setiausaha Program Konsert Sifir, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

LAMPIRAN C

Minit Mesyuarat Program Konsert Sifir SK. Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching Sarawak Tarikh : 3 Mac 2019 Lokasi : Bilik Gerakan Masa : 2.00 p.m. Kehadiran : 7 orang

KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Puan Fatimah Binti Buang Encik Alex Murphy Anak Banta Encik Ismail Bin Swaidi Encik Muhammad Firdaus bin Mohd. Pu’ad Encik Achai Bin Junaidi Encik Heng Kok Liang Encik Lee Lang Wing

AGENDA 1.

1.1

Ucapan Alu-Aluan

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Buang selaku Guru Besar SK. Tan Sri Datuk Haji Mohamed. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di dalam mesyuarat ini. Beliau mengingatkan supaya semua ahli jawatankuasa yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk program ini.

1.2

Beliau menyerahkan mesyuarat ini untuk dikendalikan oleh En. Alex Murphy Anak Banta selaku Ketua Projek perkhemahan pengakap peringkat sekolah 2019.

1.3

En.

Alex

menerangkan

perancangan

perkhemahan

membahagikan tugasan jawatankuasa kepada Ahli jawatankuasa.

Kemudian

2.

Pemilihan murid yang terlibat

2.1

Murid yang terlibat hanya terdiri daripada murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6)

3.

Pelaksanaan Program

3.1

Pengerusi meminta cadangan daripada guru untuk pelaksanaan program. En. Heng Kok Liang

telah mencadangkan supaya mengumpulkan murid-

murid di padang serba guna seawal 7 pagi, iaitu sebaik sahaja murid-murid tiba di sekolah. 3.2

En. Achai pula mencadangkan supaya aktiviti akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Twinkle Twinkle Little Star, Lagu Tiga Kupang dan Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi dengan iringan muzik sebagai pendedahan untuk mengenal ritma lagu yang akan digunakan masing-masing untuk lagu sifir 6, sifir 7 dan sifir 8.

4. Dana dan Sumbangan Kewangan 4.1

Pengerusi meminta cadangan daripada ahli jawatankuasa untuk mengutarakan pendapat mengenai dana dan sumbangan kewangan.

4.2

En. Achai mencadangkan supaya memohon dana daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

5. Hal-Hal Lain 5.1

En. Muhammad Firdaus menguruskan tentang lirik bagi lagu-lagu sifir tersebut.

6. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

…………………………………….

……………………………………

(MUHAMMAD FIRDAUS BIN

(ALEX MURPHY ANAK

MOHAMMAD PU’AD)

BANTA)

Guru Pelatih IPGKBL,

Guru Pelatih IPGKBL,

Setiausaha Konsert Sifir,

Pengerusi Program Konsert Sifir,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Batu Lintang.

Batu Lintang.

LAMPIRAN D

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. a. b. c.

KETUA PROJEK Membentuk jawatankuasa Mempengerusikan mesyuarat Merujuk kepada penasihat

2. PENOLONG KETUA PROJEK a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua 3. SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang. 4. BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya. 5. DOKUMENTASI a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

6. PENGANGKUTAN a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta.

Related Documents

T1 Pengurusan Kokum.docx
October 2019 8
T1
June 2020 24
T1
April 2020 19
T1
December 2019 37
T1
August 2019 19
T1
November 2019 14

More Documents from ""