Ulama tersohor di Aceh Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH PELBAGAI tanggapan dan persepsi mengenai bencana tsunami yang berlaku pada 26 Disember tahun lalu. Macam-macam andaian dan analisis spontan di sebalik tragedi itu. Secara umumnya kejadian itu adalah takdir Allah s.w.t. Namun ada segelintir manusia yang berpandangan lain. Ada yang menganggap kejadian itu disebabkan balasan Tuhan ke atas keingkaran dan kedegilan sebahagian hamba-Nya? Setiap kejadian ada hikmah dan sebab musababnya. Tidak wajar kita menganggap sesuatu kejadian itu diturunkan khusus untuk `membalas' dosa atau perbuatan mungkar sesuatu golongan. Selalunya bencana yang Allah turunkan berbentuk umum. Tuhan menurunkan sesuatu musibah ataupun nikmat untuk dijadikan iktibar oleh hamba-hamba-Nya dalam usaha mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan seseorang. Di Kampung Kuala, Aceh setengah masyarakat menganggap kononnya kejadian itu dikaitkan dengan karamah seorang ulama atau wali. Dikatakan kejadian itu terjadi disebabkan kedegilan dan kemungkaran manusia. Kononnya mereka melakukan kemungkaran di perkarangan makam ulama terkenal di situ. Malam sebelum bencana tsunami melanda Aceh, diadakan pesta tari menari, minum minuman keras dan sebagainya berhampiran makam ulama berkenaan. Seorang imam masjid di kampung berkenaan cuba melarang, tetapi diancam akan ditembak sekiranya terus mengganggu mereka. Kebetulan esoknya 26 Disember, tsunami melanda Aceh. Kawasan tersebut mengalami kerosakan teruk. Kerana (kebetulan) kejadian itu, sebilangan masyarakat di situ begitu kuat meyakini ia adalah balasan Tuhan di atas kedegilan dan kejahilan manusia yang `menceroboh' makam ulama berkenaan. Apa yang hendak dinukilkan di sini ialah mengenai serba sedikit sejarah dan riwayat kealiman ulama yang dimaksudkan, iaitu Syeikh Kuala. Kehebatan Syeikh Kuala memang tidak boleh dinafikan di Aceh. Beliau terkenal ke seantero Indonesia malahan Nusantara dan kepulauan Melayu. Di Aceh sendiri beliau di antara beberapa ulama besar dan agung yang menjadi sebutan sepanjang masa. Dalam konteks Aceh beliau dianggap sebagai pelita yang menyalakan syiar Islam di sana khasnya pada abad ke 17. Ulama yang lain ialah Hamzah Fansuri, Nuruddin AlRaniry dan Syamsuddin As Samathrani. Hamka di dalam makalahnnya berjudul Aceh Serambi Mekah (lihat buku Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia - Prof. A Hasjmy, Al Maarif, 1993) menyebut, ``Apabila kita sebut nama dua orang ulama Aceh akan samalah erti seribu atau dua ribu orang.'' Kata-kata itu dirujuk kepada salah seorang ulama di atas iaitu Syeikh Kuala. Maknanya kehebatan dan kealiman Syeikh Kuala sama taranya dengan kewarakan dan kealiman seribu hingga dua ribu manusia lain. Idola Nama penuh Syeikh Kuala ialah Abdurrauf dan ditimangkan dengan nama Syeikh Amiruddin Syeikh Abdurrauf Al-Fansuri As-Singkly. Beliau lahir pada 1001 H (1593 M) di Singkel sebuah perkampungan di pesisir pantai di Aceh. Ayahnya bernama Ali Al-Fansuri merupakan pengasas Sekolah Agama Dayah Simpang Kanan dan seorang ulama terkenal di daerahnya. Fansuri di hujung namanya adalah sempena nama salah seorang idola (gurunya), Hamzah Fansuri dan sekolah tempatnya mula-mula belajar. Abdurrauf berpengetahuan luas dalam serba serbi cabang ilmu. Beliau menguasai ilmu fikah, tasauf, mantik, falsafah, hukum, kaji alam dan sebagainya. Beliau adalah gedung ilmu kepada masyarakat Aceh khususnya pada zaman Sultan Safiatuddin Johan Berdaulat (1641
-1675). Malah pada zaman pemerintahan tiga ratu yang akhir (pemerintah Raja Perempuan); Nurul Alam, Zakiatuddin dan Kamalat Syah, Abdurrauf bertindak menjadi pemerintah di belakang tabir. Atas kapasitinya sebagai Kadi Malaliku Adil (Kadi Besar) beliau yang memutuskan segala hukum dan menjadi penasihat atau tempat rujukan utama kepada pemerintah. Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di Dayan (Madrasah) Simpang Kanan, di kawasan pedalaman Singkel. Selepas itu ke sekolah tinggi di Barus (Dayan Tengku Chik) yang dipimpin oleh Hamzah Fansuri. Di sekolah ini beliau belajar ilmu agama, sejarah, mantik, falsafah, sastera Arab/Melayu dan juga bahasa Parsi. Setelah tamat belajar di sekolah berkenaan beliau meneruskan pengajian ke sekolah Samudra Pase yang dipimpin oleh Syeikh Syamsuddin As Samathrani, salah seorang ulama yang juga merupakan pengikut kepada Hamzah Fansuri yang beraliran atau berfahaman `wahdatul wujud'. Sewaktu Syamsuddin diangkat menjadi Qadli Malikul Adil (Kadi Besar) pada zaman Sultan Iskadar Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah, Abdurrauf bertolak ke Mekah dan merantau ke beberapa buah negara Asia Barat lain untuk mendalami ilmu di sana. Semasa di Mekah beliau tinggal di Qusyasy dan belajar dengan Sheikh Sharifuddin Ahmad Al Dajaany Al Qusyasy (1583 - 1660) bertempat di rumah Aceh. Beliau dibantu oleh muridnya Sheikh Ibrahim Al-Kauraany (1616-1689). Semasa di sini beliau yang menuntut ilmu di Petani dan lain-lain. semasa ulama terkenal
bergaul dengan banyak ulama terkenal berasal dari Indonesia sana, seperti Sheikh Nawawi Bantan, Sheikh Abdul Samad Beliau juga sempat belajar dengan Sheikh Nuruddin Ar-Raniry dengan fahaman `wahdatul syuhud' itu berada di Mekah.
Beliau tinggal selama 19 tahun di Mekah. Pada tahun 1063 H beliau kembali semula ke Aceh. Dan apabila Nuruddin Ar-Raniry kembali ke Gujarat, India beliau dilantik menjadi Kadi Besar menggantikan Nuruddin. Sebelum pada itu Abdurauf menjadi mudir (guru besar) di Dayah Baiturrahman. Peranannya sebagai kadi cukup besar serta berpengaruh dan peluang ini secara tidak langsung membawa kepada kemajuan dan pengembangan Islam di Aceh, khususunya dan di Nusantara amnya. Aceh yang sudah dikenali dengan jolokan serambi Mekah terus diunggulinya. Kombinasi beliau dengan Sutlan Iskandar Muda meletakkan Aceh di tempat tertinggi dalam peta Islam ketika itu. Keagungan ini begitu dijulang oleh warga Aceh sehingga terbetik kata di dalam bahasa Aceh berbunyi ``Adat bak peutus Merehum, syarak bak Syikeh di Kuala'' maksudnya, ``Adat di bawah kekuasaan almarhum (raja), semantara syariat (Islam) di bawah Syeikh Kuala. Musnah Ayat ini mejelaskan betapa besarnya kuasa, peranan dan pengaruh Abdurrauf dalam pemerintahan ketika itu yang hampir sama besar dengan kuasa sultan. Ketika gabungan antara umara dan ulama inilah juga Aceh mencapai kegemilangan. Sementara itu Hamka yang juga ahli filsofi dan ulama moden Indonesia, di dalam tulisannya pernah menurunkan sebaris kata-kata yang dinukilkan oleh Fakih Shaghir seorang ulama terkenal di zaman Perang Paderi, iaitu nenek kepada Sheikh Taher Jalaluddin az-Azhari (meninggal dunia pada tahun 1956 di Kuala Kangsar), yang berbunyi: ``Maka adalah saya Fakih Shaghir menerima ceriteria daripada saya punya bapa, sebabnya saya mengambil pegangan ilmu hakikat, kerana ceriteria ini adalah ia setengah daripada adat dan tertib waruk orang yang mengambil fatwa juga adanya. Yakni adalah seorang aulia Allah dan khutub lagi kasyaf lagi mempunyai keramat iaitu, di tanah Aceh iaitu Tuan Syeikh Abdurrauf.''
Daripada sebaris kata-kata itu dapat disimpulkan bahawa martabat dan darjat Syeikh Kuala, (Abdurrauf) itu bukan kepalang. Beliau adalah seorang ulama yang bertaraf wali dan mendapat keberkatan begitu tinggi di sisi Allah. Walaupun beliau dianggap sebagai ulama yang mempunyai karamah dan diberikan berbagai-bagai keistimewaan (maunah) oleh Allah, tidak banyak karamah yang berunsur karut marut (khurafah) atau di luar pemikiran manusia dinukil pada kanvas kehidupannya. Mungkin perkara ini disembunyikan untuk tidak menimbulkan riak dan kekeliruan kepada umum.