Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No 820, Taman Mahsuri, Fasa 2c, Lorong 10c, 06000 Jitra, Kedah. Tuan, Memohon Penukaran Kos yang Ditawarkan. Perkara di atas adalah dirujuk. Seperti yang sedia maklum, saya Mohammad Hazuwan b Hashim, no k.p. 911204-08-6385, memohon atas budi bicara pihak tuan untuk menukar kos program yang ditawarkan ( Pembantu kesihatan Awam Pelatih ) kepada : 1) Penolong Pegawai Perubatan pelatih.
2. Untuk makluman pihak tuan, saya tidak menolak atas jawatan yang diberi tetapi cuba memohon jawatan yang bersesuaian dengan taraf kelayakan. 3. Saya juga amat meminati bidang perubatan, kerana saya banyak melibatkan diri dalam bidang ini, contohnya, menjadi fasilitator negeri PROSTAR, mengikuti kem pertolongan cemas PBSM dan sebagainya. Saya amat mengharapkan budi bicara dan jasa baik dari pihak tuan, dengan memberi saya peluang untuk menceburi bidang ini selaras dengan kehendak kerajaan. Sekian, Terima Kasih. SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Pemohon, ( Mohd Hazuwan Hashim) 911204-08-6385