Guru sebagai agen sosialisasi perlu menerapkan konsep bertunjangkan satu Malaysia sebagai satu proses membina generasi baru Malaysia yang berpendidikan, menggunakan bahasa Malaysia sebagai lambang penyatuan dan kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dan mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan negara Malaysia. Selanjut dengan itu, kita tahu bahawa di institut sekolah slot moral diadakan bagi pelajar bukan muslim dan slot bacaan yasin diadakan untuk pelajar Muslim. Kedua-dua agenda ini memang berobjektif bagi menerapi nilai nilai murni dalam kalangan pelajar. Hal ini dipercayai bahawa aktiviti seperti dapat membentuk individu dengan sifat kemanusiaan yang tinggi. Namun begitu, satu persoalan wujud bahawa adakah aktiviti aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan etnik pelbagai kaum? Pada pendapat saya, melibatkan pelajar Muslim dalam slot moral kita dapat menyatukan semua bangsa secara langsung selain waktu pdpc. Adakah idea ini sesuatu yang mungkin diadakan? Ya, sebab hal ini dapat dilakukan semasa waktu perhimpunan. Dalam para guru hanya berfokuskan dalam menjalankan aktiviti yng dirancang untuk pdpc. Tetapi, semasa waktu slot moral para guru boleh menjalankan peranan mereka sebagai agen sosialasi dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat mengurangkan jurang di antara pelbagai kaum. Bukan sahaja guru, malah pelajar juga boleh diberikan tugas untuk mengendalikan aktiviti - aktiviti yang sewajarnya untuk mengeratkan hubungan di antara pelbagai kaum. Selain itu, sebagai agen sosialasi guru juga memainkan peranan dengan mewujudkan kesedaran tentang politik negara kepada anak anak sejak di bangku sekolah. Para guru perlulah memberi galakan positif seperti selalu bawa saya ke ceramah politik supaya mereka dapat menyemarakkan minat terhadap perkembangan isu-isu semasa masa kecil lagi. Tambahan pula, guru sebagai agen sosialasi juga boleh menyediakan satu sudut dan meletakkan surat khabar yang ditulis dalam bahasa kebangsaan seperti Utusan dan Berita Harian. Parti politik merupakan badan di mana individu-individu yang mempunyai pandangan dan cita-cita yang sama boleh berkumpul di bawah satu organisasi. Parti politik berobjektif untuk memerintah negara dan melaksanakan rancangan berdasarkan kepada idealogi parti. Selanjutnya mereka juga berperanan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan rakyat bagi mewujudkan ketenteraman dan keharmonian negara. Namun begitu, kegagalan parti-parti politik untuk membuat demikian menjadi cabaran kepada pembangunan politik di negara Malaysia. Contohnya, pada tahun 2017, 14 haribulan Januari menurut Berita Harian Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming secara sinis membuat pendakwaan tentang kesebatian parti PAS dengan UMNO. DAP mengarahkan tentera-tentera sibernya menyalak di laman-laman sosial dengan memberitahu masyarakat Cina khususnya bahawa dasar berbaik-baik UMNO-Pas akan membawa kemudaratan kepada negara. Selanjutnya, pada 03 haribulan April, PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai begitu terbuka bahawa DAP adalah parti cauvinis. DAP adalah sebuah parti yang tidak ada prinsip dan sebuah parti yang semata-mata memikirkan keuntungan diri. Hal ini menunjukkan ketidakstabilan pemimpin terhadap politik serta akan menimbulkan rasa ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 30 haribulan Disember, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak apabila menyentuh nasib yang menimpa bangsa Melayu sejak lebih 70 tahun lalu berbanding bangsa lain. Menurut Perdana Menteri, beliau sedia dituduh rasis kerana
pendedahan nasib bangsanya sendiri yang dilihat telah merosot dalam tempoh berkenaan. Dalam hal ini, sifat keterbukaan rakyat untuk menerima kritikan dari pemimpin boleh menjadi satu cabaran politik yang boleh menimbulkan keregangan hubungan etnik pelbagai kaum di Malaysia. Dengan ini, apabila pemerintah memberi apa-apa nasihat atau kritikan rakyat harus bersikap rasional dalam menerima motifnya dengan hati yang terbuka. Seterusnya, rakyat harus mengambil tindakan yang sesuai sebagai langkah penyelesaian agar dapat membetulkan kesilapan yang telah sedang dibuat selama ini. Dalam isu berkenaan komuniti Melayu tidak seharusnya berasa tersinggung dan mengutuk pemimpin kita sebagai rasis. Sebaliknya mereka sewajarnya menganalisis sebab mereka dikritik serta membuat pembetulan untuk memulihkan keadaan yang kian merosot sepertimana diberitahu oleh Perdana Menteri kita yang bertanggungjawab. Kaum - kaum lain pula, bolehlah membuat penambahbaikan terhadap keadaan sedia ada. Sehubungan dengan itu, semua kaum dapat mengasah diri bersama sama dan menyatupadukan semua tenaga dan sumber manusia untuk menjamin kesejahteraan pelbagai etnik. Pihak pemimpin juga akan berasa terdorong untuk membimbing rakyat menuju ke arah mencapai kestabilan politik. lain itu, kemajuan teknologi komunikasi dan Internet juga kini menjadi cabaran yang utama kepada pembangunan politik. Dalam era globalisasi dan maklumat di hujung hari, cabaran yang dihadapi berbeza dengan zaman sebelum ini. Jika dahulu, cabarannya ialah kekurangan maklumat dan medium penyebaran. Cabaran pada masa kini pula sebaliknya, iaitu lambakan maklumat sehingga tidak dapat ditentukan kesahihan terhadap maklumat yang disebarkan itu. Dengan itu, Internet kini menjadi medan untuk bersikap ganas dengan menyebarkan pendapat sendiri dan maklumat mereka yang yang tidak sah mengenai sesuatu isu. Kemunculan "pengganas siber" ini sudah menjadi satu trend yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Contohnya, pada September 2017 pemilik wanita akaun Facebook telah ditahan kerana menyebarkan maklumat palsu yang bersifat rasis. Suspek menuduh bahawa ibadah puasa yang dijalani oleh kedua dua orang juruterbang dan pembantu juruterbang telah menyebabkan mereka untuk gagal memandu kapal terbang MH17 dengan selamat. Hal ini boleh membangkitkan isu perkauman dalam kalangan masyarakat Melayubyang beragama Islam. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan. Lanjutan ini, isu ini boleh menjadi cabaran politik dalam membina persefahaman antara kaum.