Lot 1011, Lorong 9 Taman Bintang, 96500 Bintangor, Sarawak. _______________________________________________________ Guru Kelas Tahun 5, Sekolah Kebangsaan Nanga Balang, 96800 Kapit, SARAWAK.
2 Jun 2018
Tuan, Memohon Cuti Merujuk kepada perkara di atas, saya Geisha Sudau ingin memohon perhatian daripada pihak tuan. 2. Saya ingin memohon cuti selama 3 hari bermula pada 3 Februari 2017. Hal ini demikian kerana datuk saya sedang sakit tenat di kampung. Kami sekeluarga diminta untuk balik ke kampung untuk melawat datuk. Datuk saya kini dijaga oleh sanak saudara di hospital. 3. Oleh hal demikian, saya berjanji akan mendapatkan maklumat kerja sekolah daripada rakan sekelas dan akan menyiapkan tugasan sekolah sebelum kembali ke sekolah. Saya akan kembali ke sekolah pada 6 Februari 2017. 4. Saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang Benar, _______________ (GEISHA SUDAU) Murid Kelas Tahun 5