Ntahh 5.docx

  • Uploaded by: Mason Maur
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ntahh 5.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 894
  • Pages: 4
5.0 Ciri-ciri Pembelajaran Kolaboratif dan Pembelajaran Koperatif Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Abad ke-21 dilihat sebagai solusi dalam melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran di luar kotak kerana dunia kerjaya kini juga menekankan aspek kemahiran Abad ke-21 yang pelbagai yang mencakupi kemahiran berkomunikasi, 4M (Membaca, Mengira, Menulis, Menakul), sains dan teknologi, serta interpersonal. Bagi memastikan aspirasi pendidikan negara tercapai, semua pihak terutamanya masyarakat dan institusi kerajaan serta swasta perlu memainkan peranan dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Pengajaran dan pembelajaran juga perlu mengikut arus pemodenan supaya guru tidak terikat dengan teknik berceramah atau berpusatkan guru semata-mata. Guru hendaklah lebih kreatif semasa merancang dan mengaplikasi proses pengajaran dan pengajaran. Booth (1993) mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti. Smith and McGregor (1992) menjelaskan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah satu istilah yang menjadi tonggak kepada pelbagai pendekatan pembelajaran yang melibatkan usaha sesama murid atau murid-murid dengan guru.

Biasanya

murid-murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seramai dua atau lebih, saling mencari

persefahaman,

penyelesaian

atau

mencipta

suatu

hasil

pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran kolaboratif sangat pelbagai dan meluas, tetapi kebanyakannya berpusatkan kepada aktiviti murid untuk meneroka sesuatu sesi pembelajaran atau penggunaan bahan pembelajaran. Ini bermaksud dalam pembelajaran kolaboratif sesi pembelajaran bukan sekadar penyampaian atau penerangan daripada seorang guru semata-mata. Menurut Kagan 1991, kolaboratif tidak hanya bekerja bersama-sama tetapi bermaksud bekerjasama mencapai tujuan bersama yang tidak dicapai oleh individu atau organisasi. Menurut John Steiner 2000, pola kerjasama kolaboratif dari aspek peranan, hubungan nilai dan cara bekerja yang saling melengkapi antara satu sama lain. Penggunaan pendekatan pembelajaran kolaboratif adalah untuk membantu murid supaya dapat belajar dengan lebih berkesan dan efektif. Dalam pembelajaran kolaboratif, sifat pembelajaran kolaboratif adalah menekankan kepada penglibatan sosial dan intelektual. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi dan tumpuan murid berdasarkan kepada perbezaan tahap penglibatan murid

dalam sesi pembelajaran. Dalam pembelajaran ini, murid haruslah melibatkan diri secara aktif bagi memastikan mereka dapat menerima segala ilmu pengetahuan yang diberi semaksimum mungkin. Ini penting bagi memastikan mereka mendapat pencapaian yang terbaik. Seperti kita sedia maklum, murid mempunyai kecerdasan dan tahap pemikiran yang pelbagai. Oleh itu, murid akan berusaha untuk mengenali dan menyesuaikan diri mereka bersama pasangan serta komuniti mereka bagi membina suasana pembelajaran yang kondusif dan mencapai objektif pembelajaran tersebut. Pebelajaran secara kolaboratif dapat membantu meningkatkan kepuasan murid dalam pengalaman pembelajaran mereka. Sekiranya murid selesa dengan cara pembelajaran berkenaan, murid akan cenderung untuk terlibat secara aktif sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini sekaligus dapat meningkatkan pencapaian

akademik

murid.

Pembelajaran

secara

kolaboratif

juga

dapat

mengembangkan kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi lisan murid. Hal ini demkian kerana melalui pembelajaran seperti ini murid dikehendaki untuk saling bercakap dan berbincang semasa ahli kumpulan mereka. Objektif pembelajaran tidak akan dapat dicapai sekiranya murid tidak mewujudkan hubungan dua hala sesama mereka. Penggunaan aplikasi ICT membantu dalam pelaksanaan pembelajaran secara kolaboratif ini Sebagai contoh E-pembelajaran. E-pembelajaran adalah merupakan kaedah terbaru menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Seterusnya ialah pembelajaran koperatif adalah pendekatan yang digunakan secara meluas dalam kalangan guru-guru. Menurut Slavin 2005, Pembelajaran koperatif merupakan model

pembelajaran

yang memerlukan pelajar belajar dengan

mengaplikasikan aktiviti belajar dan bekerja dalam kelompok kumpulan pelbagai kebolehan. Manakala, dalam Suprijono (2009), pembelajaran koperatif merupakan semua jenis tugasan berkumpulan tidak terkecuali yang dipantau oleh guru atau melibatkan guru. Pembelajaran koperatif digunakan secara meluas disebabkan oleh pelbagai faktor. Pertamanya, pembelajaran koperatif adalah pembelajaran yang bersandarkan kepada teori pembelajaran yang jelas. Pembelajaran Koperatif mempunyai sandaran yang kukuh berdasaran terori pembelajaran termasuk Antropologi (Meade, 1936), sosiologi (Coleman, 1961), ekonomi (von Mises, 1949),

Sains Politik (Smith, 1759) psikologi (Piaget, 1950; Vygotsky 1978). Faktor kedua ialah penggunaan pembelajaran koperatif sebagai pendekatan pengajaran yang berkesan juga telah disahkan lebih dari 900 penyelidikan yang dilakukan oleh ahli akademik sama ada dari segi kekarapan dan keluasan skop khususnya berkaitan matlamat pembelajaran iaitu koperatif, persaingan dan individualistik. Faktor ketiga yang menyumbang kepada penggunaan secara meluas pembelajaran koperatif adalah kepelbagaian kaedah pembelajaran koperatif yang sedia ada yang boleh digunakan semasa mengajar. Pendekatan pembelajaran secara koperatif dapat merangsang pembelajaran murid dan meningkatkan kepuasan murid dengan pengalaman pembelajaran mereka. Terdapat lima elemen pembelajaran koperatif. Antaranya ialah kesalingbergantungan positif. Dalam ini, usaha setiap ahli diperlukan untuk memastikan kejayaan dalam aktiviti di dalam kumpulan. Ahli kumpulan juga akan menyumbang idea, usaha dan tenaga dalam melakukan sesuatu aktiviti. Elemen seterusnya ialah interaksi bersemuka. Pembelajaran secara koperatif ini memerlukan persemukaan antara empat hingga enam orang murid. Pembelajaran ini memerlukan murid untuk saling belajar bersama-sama dan menyelesaikan tugasan kumpulan. Kejayaan sesebuah tugasan itu bergantung kepada kerjasama ahli kumpulan dalam menyempurnakan tugasan. Elemen ketiga ialah akauntabiliti individu dan ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah dalam tugasan yang diberikan oleh guru tanpa ada murid yang menjadi parasit dalam kumpulan tersebut. Oleh itu, guru haruslah skala ahli kumpulan tidaklah terlalu besar agar ahli dalam kumpulan dapat membahagikan tugasan dengan adil dan mendapat peluang dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Elemen yang keempat ialah kemahiran interpersonal dan kumpulan kecil. Kemahiran ini penting kerana memerlukan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan. Kemahiran sosial haruslah dipupuk bagi memastikan kejayaan dalam

aktiviti

pembelajaran

yang koperatif

dijalankan.

Kemahiran

memerlukan

interpersonal

kepimpinan,

interaksi

dipenuhi

kerana

sosial,

saling

mempercayai, kebolehan membuat keputusan, pengurusan konflik yang baik untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru. Elemen terakhir ialah elemen pemprosesan kumpulan. Melalui pembelajaran koperatif, ahli kumpulan dan guru dapat membuat refleksi dengan menilai sejauh mana pengajaran dan pembelajaran

telah berjaya diselesaikan. Maklum balas daripada kumpulan lain juga akan membantu pelajar untuk menilai diri mereka sendiri.

Related Documents

Ntahh 5.docx
July 2020 4

More Documents from "Mason Maur"