MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR
Tuan Hj. Manap b. Saad. Ketua Penerbit, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
11 Julai 2008
Tuan/Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN BUKU-BUKU ILMIAH UNTUK PROGRAM JUALAN BUKU TERPAKAI Merujuk perkara di atas, kami dari Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) ingin memohon sedikit sumbangan buku-buku yang terpakai untuk dijual kepada warga IPBA sempena Program Jualan Buku Terpakai pada 21-23 Julai 2008. Program ini dijalankan serentak dengan Program Minggu Kesenian Islam IPBA 2008. 2. Program ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPBA bertujuan menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga IPBA di samping memanfaatkan segala bahan bacaan ilmiah yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. 3. Selain itu, buku-buku yang tidak dapat dijual akan diserahkan kepada pihak Perpustakaan IPBA untuk menjadi sumber bacaan pelajar dan pensyarah serta akan diserahkan kepada pihak Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang, Selangor ketika program bersama anak yatim pada bulan Ogos 2008. 4. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Exco Akademik MPP IPBA, Taiebah bt. Mohd Sagir boleh dihubungi melalui talian telefon 0133839882. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………….. (TAIEBAH BT. MOHAMAD SAGIR) Exco Akademik MPP IPBA, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.